1 2

Cara Membakar Lemak Dengan Cepat dan Berkesan

Setiap insan impikan tubuh badan yang langsing dan sihat. Betul tak?

Kita boleh cakap tidak pada orang lain, tetapi kita tidak boleh menipu diri sendiri. Saya sendiri sentiasa menginginkan tubuh badan yang langsing dan cantik, juga sihat tentunya. InsyaAllah, sama-sama kita berusaha ke arah itu.

Saya ada terbaca bahawa minyak ikan omega-3 boleh membantu kita membakar lemak seterusnya mengurangkan berat badan.

Persoalannya, benarkah minyak ikan omega-3 boleh bantu kita bakar lemak dengan cepat?

Menurut artikel daripada www.livestrong.com

Fakta daripada “National Institutes of Health” Suplemen minyak ikan boleh membantu mereka yang mempunyai masalah berat berlebihan dan mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi untuk menurunkan berat berlebihan tersebut. A

Asid lemak omega-3 atau asid lemak poly tidak tepu boleh diperolehi daripada minyak ikan. Ia dikira satu keperluan di dalam diet dan pemakanan anda kerana tubuh kita perlukannya tetapi tubuh kita tidak boleh hasilkan

bakar lemak dengan cepat

Asid Lemak Omega-3 Buang Lemak Dengan Cepat

Di dalam tubuh kita ada satu hormon dipanggil Leptin. Leptin adalah hormon yang mengawal metabolisme tubuh dan juga mengawal selera makan.

Jika tubuh kita tidak bertindakbalas dengan baik kepada leptin, kita akan berapa cepat lapar dan dengan mengambil makanan yang berlebihan, tubuh akan mula menyimpan lebih banyak lemak.

Jadi, kita perlu mengambil omega-3 untuk membantu tubuh memberi tindakblas yang lebih baik terhadap Leptin.

Asid lemak omega-3 membantu tubuh kita untuk membakar lemak dengan membantu tubuh memberi tindakbalas dengan lebih baik terhadap hormon tubuh yang dipanggil Leptin (leptin adalah perkataan Greek yang bermaksud kurus).

Leptin akan memberitahu tubuh dan minda kita untuk mengurangkan selera makan dimana hasilnya kita akan terasa kenyang dan seterusnya hanya mampu mengambil makanan dalam kuantiti sedikit sahaja.

Dengan cara ini, kita mampu mengawal berat badan atau menurunkan berat badan yang berlebihan.

Selain itu, leptin juga berfungsi untuk meningkatkan kadar metabolisme tubuh dengan meningkatkan pengeluaran thyroid. Buat yang tidak tahu, hormon thyroid adalah sangat penting utk mengawal kadar metabolisme tubuh.

Leptin juga membantu tubuh untuk membakar lemak untuk menghasilkan tenaga. Banyak kan fungsi Leptin ni.

Kajian yang diterbitkan pada May 2002 di dalam “Obesity Research” menunjukkan bahawa tikus yang diberi makan minyak ikan mempunyai peningkatan berat yang lebih rendah berbanding tikus yang diberi makan minyak kacang soya.

Kajian yang diterbitkan pada 2004 di dalam “Lipids” membuktikan adanya hubungan antara kehilangan berat badan dan minyak ikan apabila tikus dengan pemakanan tinggi omega-3 menunjukkan pengurangan paras lemak dan leptin di dalam tubuh tikus-tikus tersebut. Rumusan dari kajian menyatakan DHA yang terkandung di dalam minyak ikan mengurangkan pengumpulan lemak tubuh dengan mennyekat pembesaran abnormal sel lemak dan peningkatan abnormal sel lemak.

Sumber : www.livestrong.com

Selain itu, omega-3 membantu kita mengawal selera makan dengan menstabilkan level gula di dalam darah.

Kajian di Australia menunjukkan bahawa mereka yang mengambil lemak-omega-3 ketika melakukan program senaman akan membakar lemak lebih banyak berbanding mereka yang hanya bergantung kepada senaman semata-mata dan juga berbanding mereka yang bersenam dan mengambil pelbagai jenis lemak.

Kajian di Jepun dan Republic Czech menunjukkan bahawa lemak omega-3 penghalang pembentukan lemak di tubuh dan ia juga mencadangkan lemak omega-3 membantu membakar lemak dengan lebih pantas

Sumber : www.nowloss.com

Selama ini saya ingatkan minyak ikan omega-3 ini untuk minda sahaja. Tak tahu pula yang ia juga boleh bantu kita untuk bakar lemak dengan cepat. Nampaknya lecithin dan jumpa pesaing.

Namun begitu, bagi anda yang sudah biasa mengambil lecithin, jangan risau kerana lecithin memang berkesan untuk menurunkan berat badan. Begitu juga dengan minyak ikan omega-3. Apa yang membezakan kedua-duanya adalah harga dan kadar keefektifannya. Tentulah yang lebih mahal, kesannya lebih bagus. Namun begitu, jangan risau. Kedua-duanya mampu membantu anda menurunkan berat dengan berkesan. Ikut kemampuan anda.

Omega-3 memang membantu kita untuk bakar lemak. Namun, jika anda mahukan kesan yang lebih menakjubkan, dapatkan Set Lengkap Bakar Lemak.

bakar lemak dengan cepat

Hubungi saya di 019-4771733 untuk konsultasi suplemen yang bersuaian dengan keperluan anda.

atau isi sahaja form di bawah.

Facebook Comments:
Cara Membakar Lemak Dengan Cepat dan Berkesan

View Comments

  • You have shared a nice blog. I really want to say you thanks for sharing this nice article with us. This one is enlightened blog post.

    • Thanks for your visit Sir. You have a nice web also. Hope we can share info in future..

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

5 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

5 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago