1 2

6 Tips Mudah Cara Mencegah Masalah Jantung

Penyakit jantung merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia dan seantero dunia. Serangan Jantung yang mengakibatkan kegagalan fungsi organ jantung, berpotensi membawa maut secara tiba-tiba.

Terdapat 6 punca serangan jantung utama yang dikenalpasti, tetapi langkah cara mencegah penyakit jantung perlu lebih diambil perhatian.

Cara Mencegah Penyakit Jantung

Prinsip Kerja dan Fungsi Jantung

Jantung mengepam sekurang-kurangnya 2000 gelen darah ke seluruh tubuh setiap hari. Ia merupakan organ yang sangat bekerja keras tanpa henti umpama sebuah enjin di dalam sebuah kereta, memastikan sistem peredaran darah dapat berjalan dengan lancar dan sampai ke segenap pelusuk sistem kapilari darah.

Dikoordinasikan berpusat di medula oblongata dan sistem autonomi saraf, tindakan luar kawalan denyutan jantung memerlukan sejumlah tenaga efisien untuk memastikan ia berkerja secara efektif dan berterusan. Bekalan tenaga ini wujud dengan bantuan sejenis nutrien yang disebut sebagai koenzim Q10 atau CoQ10.

Apakah yang dikatakan sebagai koenzim Q10 dan apakah fungsinya?

Definisi CoQ10

Koenzim Q10 atau CoQ10 adalah nutrien larut-lemak yang dihasilkan secara semulajadi dalam tubuh dan wujud hampir di setiap sel. Kandungannya lebih tinggi dijumpai di organ yang bekerja keras dan memerlukan lebih tenaga koenzim untuk berfungsi seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.

CoQ10 adalah nutrien yang sangat penting bagi trilion sel dalam tubuh dan perlu dihasilkan sendiri untuk menjamin kelangsungan sistem tubuh. Untuk menghasilkan tenaga, sel perlu melakukan metabolisma gula dan lemak daripada makanan yang kita makan. Seterusnya ia dibawa melalui kilang penghasilan tenaga dengan menggunakan koenzim Q10.

Proses penukaran makanan kepada tenaga ini berlaku berulangan beribu kali sesaat untuk membekalkan laksana bahanapi kepada jantung dan organ lain yang memerlukannya secara berterusan. Tanpa koenzim Q10, sel tidak boleh menghasilkan tenaga sementara organ-organ penting tidak dapat menjalankan fungsi dengan sempurna.

CoQ10 juga terkenal dengan sifatnya sebagai antioksidan, melindungi membran sel daripada serangan radikal bebas. Sebagai antioksidan, CoQ10 juga membantu melindungi salur darah bagi mengatasi pembentukan plak akibat low-density lipoprotein (LDL) iaitu kolestrol tidak baik yang sentiasa menghantui penghidap penyakit tekanan darah tinggi (makan itu tak boleh, makan ini tak boleh).

Kadar Pengambilan Koenzim Q10

Pengambilan pemakanan seharian membantu membekal dan mengekalkan sumber CoQ10 dalam tubuh. Sumber semulajadi dari daging, ikan, minyak kacang soya, bijan dan kanola adalah sumber terbaik bagi proses penghasilan CoQ10 dalam tubuh (rujuk rajah 2).

Bagaimanapun jumlah CoQ10 yang terhasil biasanya terhad dan tidak lebih dari 10mg sehari. Walaupun tiada saranan dosej rasmi untuk pengambilan CoQ10 sehari, Dr. Weil (www.drweil.com) mencadangkan bahawa seseorang dewasa perlu mengambil sekurang-kurangnya 90-120mg CoQ10 sehari, lebih-lebih lagi jika individu tersebut mempunyai faktor genetik keluarga yang menghidap sakit jantung.

Bagi kanak-kanak pula perlu merujuk kepada penasihat pediatrik sebelum mengambil sebarang dosej CoQ10 kerana kadar penghasilan enzim ini secara semulajadi dalam tubuh adalah berkadar langsung mengikut faktor umur.

Berdasarkan kajian dan penyelidikan, tubuh manusia berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi diusia 20 tahun, dan menurun pada 20 tahun berikutnya.

Sehingga pada umur 40 tahun, jantung hanya berjaya menghasilkan lebih kurang 68.2% daripada jumlah penghasilan CoQ10 pada tahap tertinggi seumur hidup.

 

Jenis Makanan Saiz Hidangan Jumlah CoQ10 (mg)
Daging lembu 3 oz. 2.6
Daging ayam 3 oz. 1.4
Kacang tanah panggang 1 oz. 0.8
Brokoli rebus 1/2 cawan dipotong 0.5
Oren 1 biji medium 0.3
Strawberi 1/2 cawan 0.1
Telur rebus 1 biji medium 0.1

 

 Rajah 2: Jadual senarai kandungan CoQ10 dalam beberapa jenis makanan

6 Tips Cara Mencegah Penyakit Jantung

  1. Awasi pemakanan anda – Diet harian seharusnya kurang lemak dan kolestrol, sebaiknya pilih yang mempunyai kandungan vitamin dan fiber yang tinggi seperti oat serta buah-buahan & sayuran.
  2. Capai berat badan ideal – Kandungan kalori yang tinggi dalam badan tetapi tidak selaras dengan senaman atau aktiviti metabolisma boleh mengganggu berat badan. Jika anda mempunyai berat badan berlebihan (rujuk indeks BMI anda), penurunan 5% hingga 10% cukup untuk anda dapat rasakan peningkatan kesihatan jantung yang lebih selesa.
  3. Kekal aktif – Amalkan 30 minit aktiviti senaman, walaupun hanya pergerakan ringkas rasanya ia mampu memberikan perbezaan yang ketara terhadap kesihatan anda.
  4. Merokok adalah tidak digalakkan, berhenti lagi baik – Merokok membuatkan jantung anda bekerja lebih berbanding orang biasa walaupun dalam keadaan rehat, disamping itu boleh meninggikan tekanan darah serta risiko sakit jantung dan menjejaskan alam sekitar serta kebencian umum.
  5. Mesra dengan senyuman – senyum mahupun ketawa menandakan anda sedang merawat stress. Ciptakan keriangan dan ketenangan di dalam pergaulan sihat bagi merehatkan ketegangan salur darah dan untuk kelegaan otot muka, sudah tentu baik untuk jantung.
  6. Dapatkan suplemen terbaik CoQ10 anda – Sempurnakan keperluan harian jantung anda dengan CoQ-Trol Plus, mudah untuk diambil dan mudah untuk diserap bagi tindakbalas tubuh yang lebih efektif.

Sayangi Jantung Anda!

Facebook Comments:
6 Tips Mudah Cara Mencegah Masalah Jantung

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

5 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

5 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago