Sebagai ibu bapa, kita perlu memantau perkembangan tumbesaran anak agar membesar dengan sempurna. Namun, isu yang sering menjadi masalah kepada ibu bapa adalah perihal anak yang tidak mahu makan atau sangat memilih makan sehingga menyebabkan pertumbuhan badannya menjadi tidak ideal dan kesihatan kerap kali terganggu.

Adakah anda juga mengalami masalah yang sama? Ketahui cara mengatasi anak susah makan agar perkembangan tumbesaran dan kesihatan mereka menjadi semakin baik. Sebelum itu, kita tengok dulu apakah yang menyebabkan anak susah untuk makan.

Tips Atasi Anak Susah Makan

12 Punca Mengapa Anak Susah Makan

+1 – Fasa Pertumbuhan Lambat

Menjelang umur 2 atau 3 tahun, pertumbuhan anak semakin perlahan, begitu juga dengan tabiat pemakanan mereka.

Di sinilah fasa mereka menjadi “picky eater” atau makan memilih bermula. Masuk era persekolahan, pertumbuhan dan mod selera mula agak sekata dan seimbang.

+2 – Memilih Makanan

Situasi normal bagi anak-anak membesar menjadi “picky eaters’ dan semua kanak-kanak normal melalui fasa pembangunan diri sebegini.

Mereka sangat sensitif dengan warna, bentuk dan rasa sesuatu makanan. Ibu bapa perlu kemahiran dan kreatif untuk mengawal situasi ini.

+3 – Mengalami tekanan

Kanak-kanak tidak suka dipaksa untuk merasa sesuatu makanan yang mereka tidak suka. Ia mungkin akan menyebabkan mereka malas untuk makan, makan bersendirian atau membunuh terus selera makan mereka.

Beri ruang dan bijak dalam komunikasi dengan kaedah rundingan yang baik mampu mengatasi masalah ini.

+4 – Alergik kepada makanan

Sesetengah kanak-kanak alergik terhadap makanan tertentu, atau mungkin pelbagai jenis makanan.

Diet harian yang terkawal atau peraturan makanan tertentu mungkin akan menyebabkan mereka menjadi bosan dan kurang minat untuk makan.

+5 – Jadi pakar rasa makanan

Pada awal fasa pertumbuhan kanak-kanak, mereka sangat peka terhadap rasa. Benda baru mesti kena lepas saringan rasa mereka dulu.

Mereka lebih cenderung menyukai rasa manis, lemak atau bergaram. Rasa pahit adalah musuh utama mereka.

Tidak hairanlah jika mereka lebih sukakan gula-gula, aiskrim & snek keropok kentang; dan sangat anti dengan ubat dan sayur.

Baca Juga :  Cara Mudah Mengatasi Bengkak Tonsil Yang Sering Berlaku dan Sangat Menyakitkan!

+6 – Sensitif kepada tekstur makanan

Sesetengah kanak-kanak mungkin memandang sinis atau berpaling terhadap makanan yang bakal diberikan kepada mereka kerana teksturnya seperti berjenis bubur, lembik, menggerutu atau licin.

Sesetengahnya mungkin sensitif kepada fizikal bentuk atau bau makanan itu.

+7 – Gemar satu jenis makanan sahaja

Sosej atau nugget merupakan jenis makanan yang paling digemari kanak-kanak. Kadang-kadang mereka lebih rela makan makanan ini sahaja berbanding makanan lain.

Ia juga disebut sebagai sindrom “Food Jag”. Pada mereka ia sudah cukup, sungguh sedap dan mengenyangkan.

Hakikatnya seperti tidak makan langsung kerana kandungan nutrien yang tidak seimbang.

+8 – Ketagihan kepada snek tidak sihat

Makanan ringan atau makanan segera amat mempengaruhi kanak-kanak.

Apabila sudah terperangkap dengan ketagihan snek sebegini, sukar untuk mengembalikan pola pemakanan sihat mereka. Hati-hati dengan pendedahan awal jenis makanan ini kepada mereka.

+9 – Kurang bimbingan dan galakkan

Bagaimana tabiat pemakanan ibu bapa dan keluarga begitulah ia mempengaruhi corak diet mereka.

Sokongan, bimbingan dan pendedahan amat penting untuk menggalakkan mereka memperolehi makanan yang baik.

+10 – Gangguan atas meja makan

Kanak-kanak mudah terganggu dengan TV, gajet telefon atau mainan di atas meja makan.

Menyebabkan mereka hilang fokus untuk makan. Beri mereka ruang untuk fokus dan mengenal makanan sementara sedang makan bersama keluarga – main boleh sambung kemudian.

+11 – Terlalu Letih

Akibat terlalu letih dengan aktiviti harian seperti bersekolah, tuisyen, bersukan atau aktif bermain di luar mungkin juga boleh menganggu mood dan waktu makan mereka.

Jangan terus paksa mereka makan. Berikan mereka waktu berehat, ia akan kembali normal setelah kembali cergas seperti sediakala.

+12 – Mengalami masalah kesihatan

Kanak-kanak mudah diserang sakit seperti demam, selesema, batuk dan pelbagai penyakit biasa lain.

Normal seperti orang dewasa juga, selera mereka juga akan menurun apabila sedang sakit atau mungkin menolak makanan buat sementara waktu.

Pada saat ini, berikan penjagaan yang terbaik dan elakkan mereka mengalami dehidrasi. Apabila sudah sihat, diet mereka akan normal kembali kebiasaanya.

Baca Juga :  Multi Vitamin Terbaik Untuk Kanak-Kanak Yang Ibu Patut Cuba

Cara Mengatasi Anak Susah Makan

  1. Kenalpasti puncanya: Rujuk 12 punca anak susah makan di atas atau ada punca lain untuk mengenalpasti mengapa anak anda susah mahu makan. Dari situ, ambil langkah mengatasi yang terbaik seperti dalam ruangan ini. Biarkan kanak-kanak membesar dalam dunia mereka. Ada masa mereka perlu bebas dalam aktiviti mereka, dan ada masa mereka perlu mengikut peraturan atau jadual yang ditetapkan oleh ibu dan bapa. Elak memberi kongkongan, lebihkan kerjasama dan galakkan.

  2. Berikan nutrisi seimbang: Setelah kenalpasti punca, perlahan-lahan ubah tabiat pemakanan mereka kepada yang lebih sihat. Berikan nutrisi makanan yang seimbang sesuai dengan usia dan keperluan mereka. Anda mungkin perlu menjadi agak kreatif bagi menarik minat mereka agar mereka mahu mencuba makanan di luar kebiasaan mereka.

  3. Atur jadual makan anak: Perut anak biasanya akan kosong setiap 3-4 jam. Anak cenderung makan sedikit tetapi kerap. Cuba atur untuk memberi mereka makan 7 kali sehari yang terdiri daripada 3 kali makanan berat dan diselang seli dengan snek sihat.

  4. Berikan nutrisi tambahan terutama protein albumin: Nutrisi lengkap sangat diperlukan oleh tubuh untuk pertumbuhan yang sihat dan kuat. Selain daripada vitamin dan mineral, protein albumin juga merupakan satu keperluan yang penting kepada sel di dalam tubuh anak anda.

Nutrisi Untuk Anak Yang Susah Makan

Di Shaklee, kami mempunyai penyelesaian kepada masalah anak anda. Sebenarnya, anak anda hanya perlukan Mealshake. Nutrisi lengkap yang mengandungi 19 jenis vitamin & mineral penting, 9 jenis asid amino perlu, sumber tinggi dalam kandungan serat dan protein, tinggi kalsium dan rendah glisemik indeks

Video dibawah adalah kisah 2 orang ibu yang mempunyai anak-anak yang sangat cerewet makan, sering tidak sihat dan kurus kering. Apa yang ibu-ibu prihatin dan penyayang ini lakukan untuk membantu anak-anak mereka? Jom tengok.

 

Itu kisah anak mereka yang dulu.. kurus kering, picky eater, dan sering tidak sihat di taska.  Sekarang tidak lagi. Alhamdulillah.

Mealshake ini sangat sesuai untuk anak-anak yang tidak pandai menelan tablet. Ia juga sesuai diambil oleh kanak-kanak berusia seawal 1 tahun ke atas.

Baca Juga :  Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Perlu Buat?

Untuk info lanjut dan dapatkan konsultasi eksklusif, hubungi kami di:

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 Direct Link Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
12 Punca dan Cara Mengatasi Anak Susah Makan & Selalu Sakit Di Taska

6 thoughts on “12 Punca dan Cara Mengatasi Anak Susah Makan & Selalu Sakit Di Taska

  • October 7, 2016 at 9:09 am
    Permalink

    Thanks sudah berbagi tips trick

    Salam dari negeri seberang 😉

    Reply
  • December 25, 2016 at 1:32 pm
    Permalink

    I really like what you guys are up too. This kind of clever work and coverage!

    Keep up the amazing works guys I’ve included you guys to blogroll.

    Reply
  • January 17, 2017 at 8:10 am
    Permalink

    bingung saya baru pertama punya anak susah ngatur makannya banyak nolak makan, setiap hari kadang mau makan yang itu-itu saja

    Reply
    • January 17, 2017 at 5:12 pm
      Permalink

      Normal kanak-kanak sememangnya ramai yang sukar menolak makanan yang tidak disukai mereka.

      Dalam hal ini, mealshake boleh membantu masalah anak tuan. Rasa vanilla yang manis semulajadi, pasti kanak-kanak sukar untuk menolaknya.

      Mahu cuba? Call | SMS | WA : 019 477 1733

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.