Ya ALLAH, Siapa yang ada penyakit or pernah mengalami PENYAKIT ini, hanya ALLAH jer yang tau betapa teruknya. Lagi-lagi kalau stress yang melibatkan (stress kecil or besar) kan. Nah masa tu la pesakit akan diserang tiba-tiba.
KENAPA SAYA TAU? Sebab saya sendiri pernah mengalami sakit ni. Tapi saya bersyukur pada ALLAH kerana telah menemukan saya suplemen yang boleh mengurangkan derita penyakit ni sikit demi sikit. Syukur ALHAMDULLILAH.
Sama-sama kita berdoa kepada ALLAH supaya kita sihat pulih seperti dulu. Bagi saya kesihatan itu amat penting. Sebab kalau kita sakit macam mana kita nak urus family kan…
– Rozy
Kisah di atas adalah kisah benar. Saya tidak ubah apa-apa. Pernyataan ini ditulis oleh pesakit sendiri. Penyakit yang dinyatakan di atas merujuk kepada masalah “Anxiety Disorder” atau lainnya dikatakan sebagai Gangguan Kebimbangan.
Setelah 7 tahun mengalami masalah ni, Roxy telah berjaya atasinya dengan bantuan suplemen tambahan shaklee. Bagi anda yang mungkin mengalami masalah yang serupa dengan Rozy, mungkin ini masanya anda dapat bebas daripada belenggunya. In Shaa Allah.
Masalah emosi yang keterlaluan adalah sesuatu yang serius. Kebimbangan (anxiety) yang dibiarkan berlarutan tanpa rawatan akan menyebabkan kemurungan (depression).
Kesan daripada kemurungan boleh menyebabkan pesakit boleh sampai terfikir untuk membunuh diri.
Terdapat 1 kajian yang dijalankan oleh Mohamed Affian Harris B. Omar dan Mohamed Sharif Mustaffa dari UTM, Malaysia yang bertajuk “ Tahap Kestabilan Emosi Pelajar di Sebuah Kolej Kediaman Institusi Pengajian Tinggi Awam”.
Kajian tersebut menunjukkan sebanyak 26.1% pelajar yang ditemuduga mengalami masalah emosi berbentuk kebimbangan dan 1.1% pula mengalami gangguan emosi berbentuk ketakutan trauma.
Walaupun kedua-dua gangguan emosi ini dikatakan tidak berbahaya, namun sebenarnya kedua-duanya adalah merupakan permulaan kepada masalah Gangguan Kebimbangan (anxiety disorder).
Jika anda mengalami masalah-masalah di atas, segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan segera.
Masalah kebimbangan yang melampau jika tidak dirawat akan menyebabkan masalah kemurungan (depression).
KEMURUNGAN BOLEH MEMBUNUH DIRI
Ramai yang tidak mengetahui bahawa kemurungan adalah suatu penyakit jiwa yang berbahaya. Ia menjadikan seseorang mengalami perasan yang rendah. Ia harus dirawat segera sebelum ia menjadi agresif, boleh mencederakan orang lain malah boleh membunuh diri.
Kemurungan berlaku apabila terdapat ketidakseimbangan hormon serotonin dalam otak. Ia terlibat dalam proses pemikiran dan mengawal emosi. Apabila berlaku ketidakseimbangan bahan kimia tersebut, otak tidak lagi mampu menyelaraskan proses pemikiran dan emosi dengan baik sehingga menjejaskan proses pengeluaran kata-kata, ingatan dan daya tindak seseorang manusia yang akhirnya menyebabkan kemurungan.
Faktor luaran yang memulakan masalah kemurungan ialah tekanan hidup, kurang yakin pada diri sendiri, pengalaman trauma seperti kematian orang tersayang secara tiba-tiba, perceraian atau gagal dalam peperiksaan.
Namun selalunya kemurungan lebih mudah terjadi pada pesakit yang mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidapnya. Ini bermakna ia adalah masalah genetik atau keturunan.Doktor selalunya memberikan pil penenang untuk sementara.
Ketika mendapatkan rawatan, emosi pesakit selalunya akan bertambah baik.Namun ramai pesakit tidak sedar bahawa memberhentikan pengambilan ubat secara tiba-tiba boleh menyebabkan kemurungan menyerang semula.Jadi sebelum cuba menghentikan rawatan, dapatkan nasihat doktor dahulu. Banyak rawatan alternatif lain yang boleh diberikan selepas pesakit bertambah tenang.
Saya mengesyorkan anda untuk mengambil ubat yang diberikan oleh pihak hospital, cuba tenangkan diri sebaik mungkin, perbanyakkan bersabar dan bacalah al-Quran terutama ayat-ayat ruqyah.
Selain kekuatan kerohanian atau dalaman, kita juga perlu sumber tenaga sihat untuk membantu keharmonian sistem dalam tubuh. Keperluan vitamin semulajadi dalam pemakanan juga turut boleh memberi impak positif terhadap kesihatan sistem saraf, membantu sistem imun dan juga menguatkan emosi.
Antara vitamin semulajadi yang boleh membantu kesihatan mental manusia adalah seperti:
B Complex mesti diambil setiap hari tanpa gagal. Vitamin B12 di dalam B Complex Shaklee membantu menyeimbangkan mood dan hormon dalam tubuh kita.
Kekurangan vitamin B12 di dalam tubuh akan menyebabkan kita mudah berasa tertekan. Asid folik membantu meningkatkan kadar tindakbalas antikemurungan yang sangat baik kepada pesakit.
Minyak ikan omega-3 sangat membantu dalam merawat masalah kebimbangan dan kemurungan.
Ia mempunyai fungsi yang sangat penting untuk mengekalkan fungsi dan struktur neuron, iaitu sel dalam sistem saraf manusia. Menurut kajian tahun 1988 yang dipaparkan dalam Lancet, orang yang banyak ikan yang ada lemak omega-3 didapati kurang menghidapi kemurungan.
Magnesium mempunyai peranan yang penting di dalam fungsi neurologi. Ia juga terlibat di dalam banyak tindakbalas kimia otak. Kekurangan magnesium telah dikaitkan dengan simptom-simptom kebimbangan dan kemurungan.
Kalsium sangat penting untuk memastikan tubuh kita berfungsi dengan baik. Ia sangat penting untuk fungsi otak. Kekurangan kalsium akan menyebabkan kebimbangan dan emosi yang tidak menentu.
Denyutan elektrik di dalam sistem saraf bergantung kepada kalsium untuk berfungsi dengan baik. Apabila terjadi kekurangan kalsium pada sistem saraf, peluang untuk terjadinya serangan kebimbangan dan emosi yang tidak menentu akan meningkat dengan mendadak.
Kekurangan kalsium juga akan menyebabkan kekejangan otot, menggigil, kebas kaki dan jari, dan jantung berdebar.
Vitamin D sangat penting untuk otak. Terdapat kajian menunjukkan bahawa kekurangan vitamin D boleh menyebabkan meningkatnya simptom kemurungan.
GLA adalah asid lemak yang mempunyai banyak kebaikan. Di dalam badan manusia, GLA membantu menghasilkan prostaglandins iaitu hormon yang membantu menstabilkan imun sistem. Ia juga dikenali sebagai asid lemak omega-6.
Alternatif kepada ubat, ia juga membantu untuk mengatasi masalah kemurungan, rasa kebimbangan dan gangguan panik.
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
View Comments
Selain supplement banyakkan solat dan aktiviti kerohanian juga boleh membantu
Betul tu Kak Yong. Solat dan amalan kerohanian adalah kunci untuk ketenangan diri.
saya pun kekadang ada rasa kerisauan melanda badan ini, harap-harap ada ubat mujarab
Itu mungkin tindakbalas tubuh badan dalam kondisi tertentu. Ia adalah normal. Cuma jika timbul tanda gelisah, risau dan marah yang melampau dan kerap serta sukar dikawal, mungkin perlukan pemeriksaan dan rawatan pakar.
memang terbaik set shaklee
In Shaa Allah, diperbuat untuk manfaat kebaikan manusia.
Bahaya juga ye sakit anxiety disorder ni..
Salam Puan Bazilah. Anxiety Disorder melibatkan masalah kecelaruan mental. Bila ia datang, memang sukar untuk kawal diri dan umpama kita menjadi seseorang yang lain. Daripada banyak aduan, ramai yang terpaksa mengalaminya dengan kerap terutamanya bagi wanita yang ada masalah ini dan berkait dengan masalah kitaran hormon yang tidak stabil.
Setakat ni Alhamdulillah, berjaya bantu mereka dapat meredakan sedikit stress dengan bantuan nutrisi suplemen.
Assalamualaikum, nak tanya kalau ambil supplemen ni mesti berterusan utk seumur hidup atau ambil supplemen ni akan sembuh then tidak perlu consume lg?
Salam Cik/Puan Saheera. Suplemen tergolong dalam kumpulan makanan tambahan. Ia diconsume untuk membantu mengisi lompong-lompong nutrisi yang berlaku akibat faktor diet pemakanan & gaya hidup yang buruk serta kualiti sumber makanan hari ini yang sangat rendah. Maksudnya makan banyak tapi nutrisinya sangat kurang.
Akibat berlaku kekurangan nutrisi dalam tempoh yang panjang, maka apabila kita semakin meningkat usia, kita mula terasa kesannya. Buktinya banyak penyakit kronik mula menyerang dan kita mudah sakit apabila kita sampai ke usia tua - bahkan ramai yang kena pada sejak usia muda lagi.
Pengambilan suplemen perlu berterusan kerana kita perlukan nilai nutrisinya. Suplemen bukannya ubat, yang hanya perlu diambil ketika sakit dan berhenti selepas sakit hilang.
Nutrisi penting dalam suplemen Shaklee telah dikaji bertahun-tahun tentang keselamatan, keberkesanan dan piawaian kualiti sumber baha semulajadinya. Nutrisi ini akan membantu tubuh sama ada mengekalkan atau meningkatkan kembali fungsinya yang terjejas. Kesannya bergantung kepada tubuh individu dan tahap masalah kesihatannya.
Dari pengalaman kami, kebanyakkan pengguna meneruskan bantuan suplemen dalam diet harian atas sebab Shaklee Effect (kesan perbezaan sebelum dan selepas ambil suplemen).
Namun, ada juga yang berhenti ambil suplemen selepas masalah kesihatan berkurangan atau pulih. Dan tidak lama kemudian apabila masalah kesihatan datang semula, mereka kembali mengamalkan suplemen disebabakn Shaklee effect itu tadi (kesan perbezaan ambil dan tidak ambil suplemen).
Apa pun terpulang kepada individu, jika mereka sedar kesihatan itu penting dan berusaha ingin mengekalkannya, mereka boleh terus amal suplemen atau ambil kesedaran, amalkan diet dan gaya hidup sihat (tinggal tabiat lama dan jaga pemakanan).
Dari segi sembuhkan penyakit, itu bonus. Sebab fungsi suplemen ialah membantu tubuh mendapatkan nutrisi yang mencukupi untuk kembalikan fungsi sistemnya (if applicable). Suplemen tidak berfungsi untuk merawat, mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit.