Ramadhan bakal menjelma tidak lama lagi bagi tahun 2017 M / 1438 H. Bagi umat islam sama ada di Malaysia atau seantero dunia, ia merupakan bulan yang dinanti-nantikan. Keberkatanya membawa seribu kekuatan untuk melipatgandakan amal ibadat kepada tuhan yang maha esa sebagai bekalan untuk hari di sana.

ramadhan-greeting

Namun, bagi penghidap gastrik ia merupakan satu cabaran yang amat kuat. Tuntutan berpuasa perlu dipenuhi dalam peluang tempoh masa yang diberikan sepanjang Ramadhan. Jika tidak, kita terpaksa mengganti puasa di kemudian hari sebelum menjelang ramadhan yang berikutnya.

Jika anda mempunyai gastrik, saya akan kongsikan dengan anda 5 cara mengatasi gastrik ketika puasa seperti berikut.

Adakah Gastrik Penghalang Puasa?

Benarkah gastrik akan membataskan kita untuk terus berpuasa? Sebenarnya, jika kena caranya, berpuasa bukanlah satu masalah. Kita tidak boleh berterusan memberi alasan untuk tidak berpuasa kerana menghidap gastrik.

Ini kerana sebenarnya semasa berpuasa, perut kita dalam keadaan rehat. Pada ketika itu, kadar rembesan asid hidroklorik di dalam perut akan menurun.

Di dalam perut kita ini secara semulajadi, asid hidroklorik akan terhasil dengan tujuan untuk mencernakan makanan yang kita makan. Sepatutnya, sel perut akan menghasilkan lapisan mukosa sebagai perlindungan terhadap kesan asid tadi.

Tetapi, apabila berlaku keradangan kepada dinding atau lapisan mukosa perut itu, maka terjadilah gastrik.Antara tanda-tanda atau simptom kita berisiko menghidap gastrik adalah seperti berikut :

  • Terasa sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen
  • Rasa tidak selesa pada perut
  • Perut terasa senak, berangin atau pedih
  • Terasa loya dan mahu muntah
  • Tiada selera makan
  • Perut terasa kembung, kerap sendawa dan kerap kentut selepas makan
  • Berat badan turun dengan mendadak
  • muntah berdarah
  • najis menjadi hitam

Gastrik bukanlah suatu hal yang disengajakan. Ia sering terjadi apabila perut mulai kosong atau lambat diisi. Maka, pada hari-hari biasa, adalah tidak sukar untuk kita mengawal kesihatan diri bagi mengurangkan komplikasi gastrik.

Tetapi, jika di bulan puasa, kita perlu membuat perancangan yang teliti supaya masalah gastrik tidak menjadi terlalu serius dan boleh dikawal.

Baca Juga :  Ketahui Tanda Penyakit Dari Bau Mulut

Walaupun begitu, terdapat kajian menunjukkan bahawa berpuasa adalah salah satu cara terbaik untuk melindungi usus perut daripada serangan gastrik asalkan kita menjaga pemakanan dan menepati masa pengambilan.

Bagaimana Mengelakkan Komplikasi Serius Gastrik Ketika Berpuasa?

Kuncinya adalah dengan mengambil 80% makanan beralkali dan 20% makanan berasid setiap hari. Berikut saya kongsikan cara mengatasi gastrik ketika puasa :

1) Menu berbuka puasa ala kadar tetapi sihat dan bertenaga

Berbuka dengan makanan manis semulajadi seperti  buah kurma atau buah-buahan lain yang kurang berasid. Perbanyakkan minum air kosong, ambil hidangan sup atau sedikit manisan. Rehat sebentar dan tunaikan  solat wajib waktu maghrib.

Setelah itu, ambil makanan yang agak berat seperti nasi dan lain-lain. Kayakan dengan makanan beralkali seperti sayuran kobis, brokoli, bawang putih atau sayuran berdaun hijau.

2) Makan sedikit tetapi kerap

Seboleh-bolehnya penghidap gastrik tidak perlu mengambil makanan secara sekaligus dalam kuantiti yang banyak. Amalkan pemakanan yang sedikit tetapi kerap untuk memberi ruang kepada keselesaan sistem penghadaman perut.

Ini dapat mengelakkan asid perut dirembeskan secara mengejut dan juga dapat mengawal paras gula dalam darah semasa proses metabolisma tubuh.

 3) Lewatkan sahur dan cepatkan berbuka puasa

Diriwayatkan hadith daripada Abu Dzar (r.a) mengatakan bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Selalulah umatku dalam keadaan kebaikan (ie. mendapat pahala) selama mereka menyegerakan berbuka dan mengakhirkan sahur.”

– [Hadith Imam Ahmad] 

Sesungguhnya amalan yang dianjurkan dalam sunnah Rasulullah ini mengandungi hikmahnya tersendiri. Dari aspek nutrisi, melewatkan sahur dapat mengurangkan rasa lapar, dahaga dan keletihan ketika puasa di siang hari.

Dengan ini jarak waktu antara sahur dan berbuka dapat dioptimumkan sebaiknya terutama bagi penghidap gastrik.

Selain itu, elakkan tidur selepas bersahur kerana aktiviti aktif sistem penghadaman perut akan menyebabkan rasa tidak selesa pada perut yang mungkin boleh menyebabkan rasa pedih ulu hati.

4) Kurangkan kafein dalam minuman

Kurangkan kapasiti minuman berkafein seperti kopi dan teh yang terlalu pekat , bersusu atau manis. Cukuplah sekadar rasa yang nipis dan kurang bergula. Minuman berkafein bersifat diuretik yang menyebabkan dehidrasi pada tubuh.

Baca Juga :  5 Cara Ubati Kayap Yang Anda Patut Cuba Sebelum Kayap itu Melilit dan Bercantum!

Kekurangan air boleh memburukkan lagi kesan gastrik pada pesakit.

5) Elak makanan yang merengsakan perut

Antara makanan yang merengsakan perut adalah makanan berlemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan bergoreng. Makanan-makanan jenis ini boleh menjejaskan kelancaran sistem pencernaan.

Tidak hairanlah jika ramai yang mengadu sakit perut selepas berbuka puasa.

Komplikasi Buruk Gastritis

Atasi gastrik segera kerana jika ia dibiarkan berterusan untuk tempoh masa yang lama, berkemungkinan besar untuk kita mendapat ulser perut dan pendarahan dalaman adalah tinggi.

Pendarahan yang berterusan pula akan menyebabkan kita mendapat masalah lain seperti anemia, pening kepala dan boleh juga pengsan akibat daripada kekurangan darah.

Malangnya, biasanya kita tidak akan sedar terjadinya masalah pendarahan dalaman sehingga ia mencapai tahap yang paling serius sekali. Oleh itu, sangat penting untuk kita mengambil perhatian berkenaan tanda-tanda awal pendarahan dalaman.

Terdapat bukti klinikal yang menunjukkan gastrik kronik boleh menyebabkan terjadinya kanser perut.

Saya berharap tips yang dikongsikan di atas dapat memberi manfaat kepada anda agar anda dapat menjalani ibadah puasa dengan baik dan lancar.

Suplemen Untuk Bantu Penghidap Gastrik Ketika Berpuasa

Bagi anda yang menghidap gastrik, usah risau dan gelisah untuk menghadapi bulan Ramadhan Al Mubarak. Alternatif pemakanan suplemen juga dapat membantu penghidap gastrik.

Di Shaklee, suplemen berikut dapat membantu anda mengurangkan komplikasi gastrik yang teruk dan memberi tenaga ketika berpuasa:

  1. B-Complex – Bertindak sebagai penenang kepada sistem saraf kita. Ia akan menjadi antistress kepada tubuh kita dan membantu meningkatkan sistem imun tubuh.
  2. Ostematrix – Mengandungi kalsium yang akan membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati. Kekurangan kalsium di dalam tubuh juga boleh menyumbang kepada terjadinya gastrik.
  3. Peppermint-Ginger Plus – Membantu memberi kelegaan dan rasa tidak selesa akibat masalah penghadaman dan mengurangkan masalah angin dalam perut.
  4. ESP Soy Protein – adalah protein yang membantu pesakit gastrik  berasa kenyang dan bertenaga lebih lama. Selain itu, ia sangat diperlukan untuk pemulihan luka di dalam perut dengan menggantikan tisu di dinding perut yang telah rosak akibat keradangan oleh asid.
Baca Juga :  Ini Rahsia Kayap Cepat Sembuh Dalam Masa 4 Hari Buat Kakak Ini Sangat Gembira

Apa kata Penghidap Gastrik Tentang Suplemen Shaklee?

Mari kita lihat apa kata seorang penghidap gastrik yang agak kronik menemui penyelesaian dengan bantuan produk Shaklee.

Kini Ponteng Puasa Tiada Lagi!

Saya berharap dengan sedikit perkongsian video di atas dapat memberi peluang kepada anda yang menghidapi gastrik untuk mencuba alternatif dengan produk Shaklee.

Semoga Ramadhan yang bakal tiba nanti dapat memberi sinar baru kepada anda untuk mengecapi nikmat berpuasa. In Shaa Allah.

 

Pilihan Set Mengatasi Gastrik

(1) Set Lengkap | RM329

cara mengatasi gastrik

(2) Set Mini | RM125

cara mengatasi gastrik

*Dapatkan penjimatan sehingga 15% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee dibawah kami. Kami akan bantu proses pendaftaran dan pembelian produk Shaklee dari mula sehingga ia sampai ke pintu kediaman anda.

Pertanyaan | Order

Dapatkan segera suplemen terbaik sebagai cara mengatasi gastrik ketika puasa dan konsultasi percuma daripada saya.

Pengedar Shaklee Kulim

 

Facebook Comments:
5 Cara Mengatasi Gastrik Ketika Puasa Elak Ulser Perut
Tagged on:                     

4 thoughts on “5 Cara Mengatasi Gastrik Ketika Puasa Elak Ulser Perut

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.