Penjagaan gigi semasa hamil sangatlah penting. Pada ketika ini, gusi anda mudah bengkak dan mendapat jangkitan.
Kebanyakan ibu hamil akan mengalami sedikit pendarahan pada gusi mereka. Ia biasanya terjadi semasa memberus atau melalukan flos di celah gigi. Gusi yang bengkak dipanggil ‘gingivitis’. Gusi yang terkena jangkitan pula dipanggil ‘periodontal disease’.
Anda juga mungkin mengalami keadaan perembesan air liur lebih banyak daripada biasa.
Terdapat 3 punca yang menyebabkan perubahan keadaan gigi dan gusi semasa mengandung.
(1) Perubahan hormon.
(2) Bertambahnya pengaliran darah dalam badan anda. Keadaan ini boleh mengakibatkan gusi anda bengkak, menjadi sensitif dan berdarah.
(3)Kurang nutrien tertentu.
Pastikan anda menjaga kesihatan dan kebersihan gigi dan gusi semasa hamil ini. Jika masalah gingivitis tidak dipedulikan, ia mungkin menyebabkan masalah gusi yang serius.
Jangkitan pada gusi boleh membahayakan anda dan juga bayi dalam kandungan. ‘Periodontal disease’ boleh menyebabkan komplikasi termasuk kelahiran pramatang dan bayi lahir kurang berat badan.
Jadi, jaga kesihatan gigi dan gusi, dan dapatkan pemeriksaan gigi dan gusi di klinik berhampiran anda.
Tahukah Anda!
Ostematrix dan Vitamin C Shaklee sangat-sangat membantu mengatasi masalah diatas?
Norhanita Mohd Yusof
Klik Direct Link Whatsapp:
Shaklee ID
866451
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More
Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More
Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More