Kulit kering adalah tanda tubuh mengalami kekurangan air. Wajah selalunya tempat yang paling banyak mengalami masalah kulit kering. Ia membuatkan kita rasa tak selesa. Kulit jadi gatal, bersisik dan cekang. Keyakinan diri juga akan semakin menurun.

Faktor Yang Menyumbang Terjadinya Kulit Kering

  • Faktor usia.
  • Kelembapan udara yang rendah.
  • Mandi wap atau mandi air panas
  • Salah menggunakan produk pembersih atau perawatan kulit.
  • Menggosok kulit terlalu keras.
  • Terdedah pada sinar matahari.
  • Adanya penyakit kulit tertentu seperti psoriasis atau ekzima atopik.

Apakah Kulit Kering Berbahaya?

Kulit kering menunjukkan kulit kita tidak sihat. Ia juga petanda bahawa sistem perlindungannya juga merosot. Jika dibiarkan untuk tempoh masa yang lama boleh menimbulkan beberapa masalah pada kulit dan tubuh kita. Berhati-hatilah!

(1) Menjejaskan penampilan

Kulit muka yang kering akan menyebabkan kulit menjadi kasar, kaku dan bersisik. Make up yang digunakan juga lebih sukar untuk diserap. Kulit menjadi kusam dan sukar untuk ditutupi dengan make up.

(2)Menimbulkan rasa gatal

Kulit yang kering menimbulkan keradangan. Keradangan akan menyebabkan berlakunya kegatalan pada kulit. Apabila kita menggaru,  iritasi pada kulit akan berlaku.

(3) Kulit menjadi sensitif

Kulit yang mengalami iritasi dan keradangan biasanya akan mula menjadi sensitif kepada produk-produk luaran yang digunakan. Penggunaan produk yang tidak sesuai akan menyebabkan berlakunya alergi dan iritasi pada kulit seperti kulit.

(4) Kulit mudah diserang kuman dan bakteria

Apabila kulit kering, sistem perlindungan kulit terhadap persekitaran termasuk kuman dan bakteria akan menurun. Jangkitan kulit lebih mudah berlaku. Di antara masalah yang timbul adalah terjadinya “breakout” atau jerawat yang timbul di sebahagian bahagian muka dan ianya sukar untuk disembuhkan.

(5) Penuaan menjadi lebih cepat

Kulit menjadi dan kelihatan tua sebelum masanya. Gejala-gejala penuaan akan mula terhasil seperti garis halus dan kedutan. Ini kerana pada ketika ini,kulit semakin hilang keanjalannya. Jika anda biarkan lebih lama tanpa dirawat, ia akan menjadi semakin teruk dan semakin sukar untuk dihilangkan.

Baca Juga :  Cara Membakar Lemak Dengan Cepat dan Berkesan

(6) Kanser kulit

Kanser kulit mudah terjadi kepada individu yang mempunyai kulit yang kering. Biasanya pengidap kanser kulit mempunyai bintik-bintik halus yang tebal dan kasar pada permukaan kulit. Jika tergores, bintik-bintik halus itu akan mengeluarkan darah.

Cara Mengatasi Kulit Kering Pada Wajah

Kulit kering buatkan kita rasa tak selesa. Kulit jadi gatal, bersisik dan cekang. Apa yang anda boleh lakukan adalah minum air kosong konsisten 3-4 liter sehari agar kekal terhidrasi. Ambil vitamin yang boleh membantu menstabilkan hormon, melembabkan kulit dan melindungi sel kulit dari sinar uv dan radikal bebas

Selain daripada itu, apa kata sekali sekala amalkan untuk buat masker. Saya suka sangat buat masker dari produk-produk shaklee. Tapi tu sampingan ajelah sebab yang paling utama adalah suplemen tu semua untuk dimakan. Haha

Jika anda pengguna Shaklee, saya nak sharekan Tips untuk buat masker yang best, confirm berkesan. Jangan tak cuba.

Apa yang anda perlukan adalah vitamin E dan/atau ESP. Kedua-duanya best. Selepas pakai, kulit terasa sangat lembut dan lembab. Kalau konsisten pakai dan pakai, insya Allah kulit anda cepat jadi lebih cerah dari sebelumnya. Cerah ye, bukan putih macam mayat. huhu..

Kalau anda tidak pernah mencuba Vitamin C, Vitamin E, B Complex, GLA Complex dan ESP Shaklee ni, apa kata anda cuba sekarang. Jangan risau. Semua produk Shaklee selamat. Ia dari bahan-bahan semulajadi. Mempunyai kajian klinikal dan ujian keselamatan bahan. Dijamin bebas dari bahan kimia berbahaya.

Order

Anda boleh dapatkan Set KulitCantik Shaklee di atas melalui kami :

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof

Klik Direct Link Whatsapp:

019 – 477 1733

Shaklee ID
866451

Facebook Comments:
Cara Mengatasi Kulit Kering Pada Wajah

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.