1 2
Kesihatan

7 Cara Mengatasi Mata kering Untuk Kembalikan Kesihatan Deria Mata

Mata Kering atau ‘Dry Eyes’ dikenalpasti sebagai rasa ketidakselesaan yang berlaku pada mata disebabkan oleh masalah reproduksi cecair mata atau air mata.

Cecair mata ini berfungsi sebagai pelincir bagi mata selain untuk pembersihan dan melembabkan lapisan luar mata.

Ketahui lebih lanjut mengenai punca, komplikasi dan cara mengatasi mata kering yang akan dikongsikan terus di dalam artikel ini.

Sindrom Mata Kering

Apabila ketidakstabilan pengeluaran, gangguan saluran atau kekurangan cecair mata berlaku; beberapa gejala mata kering akan timbul seperti:

  • rasa pedih pada mata
  • kegatalan sekitar mata
  • kehadiran mukus (cecair pekat) sekitar mata terutama di pangkal mata
  • terasa mata seperti berpasir
  • Mata menjadi merah
  • Silau mata atau sensitif pada cahaya
  • Kesukaran memandu pada waktu malam atau gelap
  • kesukaran untuk memakai contact lens
  • Keluar air mata berlebihan, tindakbalas tubuh terhadap mata kering
  • Penglihatan kabur, lambat fokus atau lemah penglihatan

cara mengatasi mata kering

Punca Masalah Mata Kering

Di antara punca utama yang boleh menyebabkan berlakunya masalah mata kering adalah:

#1 – Kekurangan Produktiviti Air Mata

Masalah mata kering boleh berlaku disebabkan tidak cukup pengeluaran air mata untuk membantu fungsi melincir dan membersih mata. Kelemahan fungsi pengeluaran ar mata pula bergantung kepada faktor seperti:

  • Aktiviti proses penuaan semulajadi
  • Mengalami gangguan masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, radang sendi atau athritis, fungsi tiroid tidak stabil dan kekurangan vitamin A.
  • Pengambilan preskripsi perubatan tertentu seperti antihistamin, pil perancang keluarga, ubat darah tinggi, terapi hormon atau ubat yang mengandungi decongestant.
  • Selepas melakukan pembedahan laser pada mata, biasanya menunjukkan kesan mata kering untuk sementara
  • Berlaku masalah pada kelenjar air mata seperti sumbatan, pembengkakan atau radang.

#2 – Air mata cepat tersejat

Penyejatan air mata boleh berlaku dengan lebih cepat disebabkan oleh:

  • Terkena angin kuat, asap, jerebu atau angin kering.
  • Mata kurang berkedip akibat terlalu fokus ketika membaca, memandu atau melakukan kerja-kerja yang kompleks melibatkan fokus mata
  • Masalah pada kelopak mata seperti entropion (kelopak mata bawah terlipat ke dalam) atau ectropion (kelopak mata bawah terlipat keluar) yang menyebabkan kehausan pada lapisan luar mata.

entropion-&-ectropion

#3 – Ketidakstabilan komposisi air mata

Komposisi air mata terdiri dari 3 lapisan: minyak, air dan mukus. Berlaku masalah pada salah satu lapisan ini mungkin menyebabkan berlakunya mata kering. Contohnya, minyak atau pelincir mata tidak dapat dikeluarkan oleh kelenjar meibomian di dalam kelopak mata yang tersumbat. kesannya boleh menyebabkan berlaku keradangan mata, bengkak mata dan masalah pada kulit mata.

#4 – Kerap memakai ‘contact-lens’ atau kanta lekap/sentuh

Kekerapan pemakaian kanta lekap/sentuh tanpa mengetahui jenis yang sesuai serta kaedah dan penjagaan yang betul boleh menyebabkan kerengsaan mata pada jangkamasa panjang dan meningkatkan risiko mata kering.

Siapa Yang Mempunyai Lebih Faktor Risiko Mata Kering

Risiko mata kering mungkin lebih mudah terjadi kepada mereka yang:

  • Berumur 50 tahun dan ke atas – Keupayaan pengeluaran air mata semakin berkurangan apabila usia meningkat terutamanya melebihi 50 tahun.
  • Bergelar seorang wanita –  Wanita lebih mudah menitiskan air mata, namun itu bukan penyebabnya. Wanita berisiko mengalami kekurangan air mata akibat perubahan hormon semasa mengandung, pengambilan pil mencegah kehamilan atau semasa menempuhi fasa menopouse.
  • Kurang diet vitamin A – Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan kornea mata menjadi kering dan membawa kepada masalah selaput mata, ulser dan lemah penglihatan. Turut menjejaskan retina mata yang boleh menjurus kepada risiko buta. Fungsi utama vitamin A adalah untuk menghalang jangkitan dan meningkatkan sistem imun tubuh yang sihat.

Komplikasi Buruk Mata Kering

Tanpa perawatan dan penjagaan mata yang baik, risiko mata kering boleh meningket sehingga menyebabkan masalah serius pada mata seperti;

  • Jangkitan Mata: Air mata juga berfungsi melindungi mata daripada jangkitan. Mata lebih terdedah kepada bakteria dan alergen jika mengalami masalah mata kering yang kronik.
  • Kerosakan Selaput Luar Mata: Mata kering boleh menyebabkan berlakunya hakisan, calar atau radang pada selaput mata. Lebih buruk lagi ia terdedah kepada risiko kerosakan kornea, ulser pada kornea atau penglihatan terjejas.
  • Kualiti Penglihatan Menurun: komplikasi mata kering boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang. Sukar untuk membaca, memandu kereta sendiri atau meneruskan kerjaya yang melibatkan fokus mata.

Cara Mengatasi Mata Kering

Langkah terbaik ialah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor pakar mata. Ketahui punca masalah dan rawatan khusus untuk mata anda. Kemudian disusuli dengan langkah kawalan dan pencegahan untuk memastikan masalah mata kering tidak menjadi faktor komplikasi yang lebih buruk.

Antara langkah sebagai cara untuk mengatasi mata kering ialah:

#1. Rehatkan mata seketika

  • Apabila berhadapan dengan tugas atau kerja yang memerlukan ketelitian melalui fokus mata dalam jangkasmasa yang lama, dapatkan masa seketika untuk mata berehat.
  • Lakukannya dengan menutup mata untuk kadar beberapa minit atau kerlipkan mata untuk beberapa saat.
  • Ini dapat membantu cecair mata disebarkan ke seluruh mata secara sekata disamping dapat mengatasi masalah mata kering.

#2. Gunakan kacamata

  • Ketika melakukan tugas di luar atau melakukan aktiviti di bawah sinar matahari, gunakan kacamata dengan pelindung UV.
  • Ia dapat melindungi mata daripada terik matahari, angin kuat dan udara kering yang boleh memburukkan lagi simptom mata kering.

#3. Kawal penggunaan kanta sentuh atau kanta lekap

  • Terdapat pelbagai jenis kanta sentuh di dalam pasaran sama ada untuk membantu penglihatan atau sekadar untuk aksesori mata.
  • Bagi mengelakkan masalah mata kering, pakai kanta sentuh hanya apabila diperlukan sahaja.
  • Jika tanda-tanda masalah mata kering semakin serius, hentikan penggunaanya sementara dan dapatkan rawatan segera sehingga mata benar-benar pulih.

#4. Elakkan tabiat menggosok mata

  • Menggosok mata ketika dimasuki habuk, bendasing atau ketika gatal adalah tindakan refleks biasa. Namun, jangan terlalu kerap atau kuat terutamanya ketika mengalami masalah jangkitan mata atau alahan.
  • Selain memburukkan lagi simptom mata kering, juga boleh menyebabkan keradangan selaput mata atau bahagian dalam kulit mata serta pendarahan.

#5. Berhenti merokok dan jauhi asap rokok

  • Rokok mengandungi pelbagai bahan kimia berbahaya sebagai bahan bakarnya, termasuk juga pada asapnya.
  • Bagi perokok, antara kesan sampingan merokok adalah melibatkan kesihatan mata, tidak kurang juga berkaitan masalah mata kering.
  • Bagi bukan perokok, elakkan terhidu asap rokok yang secara tidak langsung juga mungkin akan terkena pada mata. Pedih asap rokok serta kandugan kimianya bakal memburukkan lagi keadaan mata kering.

#6. Perbaiki sumber vitamin A dalam diet

  • Vitamin A boleh diperolehi daripada sumber haiwan atau tumbuhan seperti hati,susu segar, minyak ikan, brokoli, lobak, kekacang dan minyak sayuran.
  • Vitamin A membantu kesihatan kornea mata dan fokus penglihatan. Keperluan harian untuk pengambilan vitamin A adalah sebanyak 5000IU bagi orang dewasa.
  • Boleh juga di ambil dalam bentuk suplemen untuk mata.

#7. Tingkatkan pengambilan sumber minyak ikan

  • Minyak ikan semulajadi mengandungi kebaikan asid omega-3 (EPA dan DHA) yang sangat baik untuk mata.
  • Kajian klinikal menunjukkan wanita yang meningkatkan sumber omega-3 dalam diet mereka mempunyai risiko sindrom mata kering yang lebih rendah berbanding wanita yang kurang pengambilan minyak ikan.
  • Pengambilan minyak ikan harian yang disarankan adalah sebanyak 500mg bagi dewasa (tingkatkan 2 kali ganda jika mengalami penyakit jantung).
  • Boleh juga di ambil dalam bentuk suplemen minyak ikan.

Suplemen Untuk Kesihatan Mata

Berikut adalah di antara pertanyaan pelanggan di yourfabulousmama.net berkenaan suplemen yang sesuai untuk membantu mengawal masalah mata kering secara pemakanan nutrisi kesihatan.

Melalui konsultasi eksklusif, kami sarankan beliau untuk mengambil dua suplemen yang berkait rapat dengan kesihatan mata iaitu:

  1. CarotoMax – Mengandungi 6 sumber karotenoid yang sangat penting untuk kesihatan mata. Kandungan provitamin A (karotenoid) yang beraasal dari tumbuhan terpilih menjadikannya lebih selamat berbanding retinol (preform vitamin A) yang berasal dari sumber haiwan.
  2. OmegaGuard – Mengandungi khasiat minyak ikan ultra-tulen bergred farmaseutikal yang sangat baik untuk membantu kecekapan sistem saraf, jantung dan kesihatan mata. Tinggi kandungan EPA dan DHA untuk memenuhi keperluan harian asid omega-3 untuk dewasa dan kanak-kanak.

Next >> 8 Sebab Kenapa Perlu Percaya Shaklee

Masalah Kekeringan Dan Ketidakselesaan Mata Kini Terubati

#1 – Testimoni Pertama

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA,

Saya Nik Siti Mardhiah Bt Abd Rahman. 15 Oktober 2014 saya baru menginjak umur 31 tahun. Allah telah beri sedikit ujian kesihatan mata pada awal Oktober 2014. Saya mula perasan anak mata kedua-dua belah mata kering, kesat, berpasir dan tidak selesa seperti hari-hari sebelumnya. Walaupun saya rabun jauh dan bercermin mata saya belum pernah mengalami masalah seperti ini.

.

Hari berganti bulan, saya biarkan berlarutan kerana beranggapan mungkin ianya hanya sementara. Keadaan semakin teruk apabila menjelang malam selepas waktu Maghrib mata seolah-olah mengantuk, rasa sangat kesat dan berpasir. Padahal belum mengantuk pun lagi. Saya masih buat andaian mata saya kepenatan sahaja. Sedar tak sedar saya biarkan mata kekeringan tanpa apa-apa tindakan selama hampir 8 bulan.

.

Pada masa itu, saya mula rasa khuatir dan terfikir apakah ini tanda-tanda badan saya kekurangan sesuatu nutrien penting khususnya vitamin A dan Karotena. Hasil pembacaan semula tentang kesan jangka panjang akibat kekeringan mata boleh menjejaskan tahap fungsi penglihatan dengan lebih serius. Sebenarnya saya pengguna produk Shaklee sejak menyusu anak sulung pada tahun 2012 lagi tetapi saya tidak pernah sedar bahawa Shaklee ada satu produk emas yang sangat bagus untuk kesihatan mata.

.

Saya menghubungi semula upline saya Master Norhanita Yusof dan beliau mencadangkan cuba dahulu sebotol CAROTOMAX. Sebotol CAROTOMAX hanya mengandungi 30 biji dan minimum pengambilan hanya sebiji sehari. Botolnya paling kecil dan comel berbanding botol produk Shaklee yang lain. Pada masa itu saya hanya bertawakal kepada Allah S.W.T.

.

Saya cuma telan sebiji CAROTOMAX pada waktu malam. Pada waktu siang saya masih meneruskan pengambilan Set Penyusuan dengan kadar sangat minimum iaitu ESP, VITA-LEA IRON FORMULA, SUSTAINED RELEASE VITA-C 500gm, B COMPLEX, ALFALFA, dan OSTEMATRIX. Saya istiqamah pengambilan sehingga malam ke-3. Pada malam ke-4 sebelum pengambilan seterusnya, saya masih ingat sekitar jam 9 malam selepas solat Insyak terdetik rasa hairan dan aneh bebola mata saya sudah boleh digerakkan dengan lancar dan mata tidak seperti orang mengantuk!.

.

Teruja sungguh saya pada malam itu, macam-macam perasaan hadir-syukur, lega, gembira, malah rasa ajaib. Saya baru telan 3 biji sudah rasa perubahan positif? Betul ke ni? . Kemudian saya teruskan pengambilan sehingga ke 20 biji. Selebihnya 10 biji di simpan di dalam peti sejuk. Saya sengaja mahu menguji lagi keberkesanan si kecik CAROTOMAX ini. Saya teruskan pengambilan Set Penyusuan tanpa CAROTOMAX sehingga hampir 60 hari. Alangkah gembiranya hati selepas 60 hari mata saya tidak mengalami kekeringan semula seolah-olah seperti masih mengambil CAROTOMAX. Kemudian saya habiskan 10 biji yang berbaki.

.

Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t saya diberi kesempatan merasai kekeringan mata yang perit hanya selama 8 bulan sahaja. Sepanjang tempoh pengambilan CAROTOMAX syukur saya tidak mengalami sebarang ‘Healing Crisis’. Mungkin faktor umur saya yang masih muda proses pemulihannya agak cepat. Saya pastikan supaya kerap minum air bersih antara 2 liter sehingga 3 liter sehari. Kini saya baru sahaja mengetahui bahawa rawatan bagi kes mata kering, CAROTOMAX boleh di tingkatkan pengambilannya sehingga 2 biji 2 kali sehari. Bayangkanlah jika telan 1 biji sehari selama 3 hari sudah boleh merasai perubahan positif apatah lagi jika telan 2 biji 2 kali sehari?.

.

Saya jatuh hati dengan si kecik CAROTOMAX dan masih mahu meneruskan pengambilan untuk menurunkan tahap rabun jauh dan pelbagai faedah kesihatan yang lain kerana fungsi CAROTOMAX sangat banyak khasiatnya. “Saya hanya berikhtiar, penyembuhan penyakit hanya dengan izin Allah S.W.T.

.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

.

– NIK SITI MARDHIAH ABD RAHMAN, 31 Tahun

 “Datangnya cinta dari mata turunnya ke hati.
Penglihatan yang baik datang dari mata hadiah dari Ilahi”

Jom dapatkan info lanjut dan konsultasi eksklusif tentang produk daripada kami. Hubungi segera:

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

Direct Link Whatsapp:
019 – 477 1733 

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
7 Cara Mengatasi Mata kering Untuk Kembalikan Kesihatan Deria Mata

View Comments

  • nice info...!
    memang kena jaga kesihatan mata ni kan.. nak pakai lama lagi.. InsyaAllah.. :)

    • Bagi kita yg diberi kurniaan penglihatan yang baik awalnya, memang kena jaga mata sebaiknya. Fizikal dan rohani mata. Jika diabaikan dah berumur baru terasa kesannya.

  • mata ni memang kena jaga, nampaknya kena selalu makan vitamin nih,

    • Ya betul Puan/Tuan Ainul. Jaga mata boleh dalam dua kondisi. Pertama secara fizikal dan kedua secara kepenggunaannya. Fizikal termasuk pemakanan untuk memelihara fungsi. Kepenggunaan ialah berkenaan apa yang dipandang. Kedua-duanya memainkan peranan penting memelihara kesihatan mata untuk jangkamasa panjang.

Recent Posts

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

1 month ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

1 month ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

1 month ago
Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh
  • Info dan Berita

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh

Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More

2 months ago
Cara Hilangkan Batuk Secara Homemade Dengan Bahan Semulajadi Yang Mudah & Berkesan
  • Kesihatan

Cara Hilangkan Batuk Secara Homemade Dengan Bahan Semulajadi Yang Mudah & Berkesan

Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More

2 months ago
Resepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama
  • Resepi

Resepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama

Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More

2 months ago