Wajah yang kasar, kusam, tiada seri, berjerawat, ditambah pula dengan masalah pori pori yang besar di wajah memang membuatkan kita tidak senang duduk.

Belek-belek muka di cermin, tiba-tiba terlihat pori pori yang tiba-tiba menjadi sangat besar. Dari jauh boleh dilihat tanpa perlu ditenung. Nak keluar rumah pun rasa malas. Kena pakai make up tebal-tebal. stress.

Di dalam artikel ini, saya ingin berkongsi dengan anda cara mengatasi pori pori besar pada wajah anda dengan kaedah semulajadi dan selamat, tanpa menggunakan bahan-bahan yang berbahaya.

atasi-pori-pori-wajah

10 Penyebab Pori-pori Wajah Membesar

Kita mempunyai lebih 300,000 liang pori pori pada wajah. Kebiasaannya, saiz liang pori-pori akan menjadi 2 kali ganda besar apabila kita berumur diantara 25 – 50 tahun.

Kadang-kala kita akan berasa geram apabila pori pori menjadi sangat besar.

Antara faktor penyebab yang menyebabkan terjadinya masalah pori pori membesar di wajah :

+1 – Faktor keturunan

Perubahan pori pori besar juga dipengaruhi oleh genetik yang diwarisi daripada ibu bapa dan umur yang semakin meningkat.

Jika ibu bapa memiliki pori pori besar dan berminyak, kecenderungan anak untuk  mempunyai pori pori besar semakin tinggi.

+2 – Penghasilan minyak berlebihan

Tubuh kita secara semulajadi akan menghasikan minyak sendiri dimana ia berfungsi untuk melindungi kulit daripada menjadi kering dan menghindari kekotoran.

Namun, jika penghasilannya menjadi berlebihan, ia boleh menjadi punca kepada pembesaran pori pori kulit termasuk di wajah.

+3 – Kekotoran pada wajah

Kekotoran diwajah boleh disebabkan oleh debu, pencemaran alam sekitar, sisa make-up yang tertinggal selepas muka dibersihkan. Pemakaian alat make up boleh menampakkan kita tampil lebih cantik.

Namun, pemilihan alat make up yang kurang berkualiti juga boleh menyebabkan kerosakan kulit terutama jika anda lupa membersihkannya dengan sempurna terutama jika anda tidak membersihkan make up anda sehingga tertidur ke pagi.

Pori pori kulit yang tersumbat tidak dapat bernafas dengan baik. Ia boleh menjadi pemicu terhasilnya liang pori pori yang besar.

+4 – Pembiakan bakteria pada kulit

Jika kulit kurang bersih, bakteria mudah untuk membiak di dalam kulit terutamanya pada liang roma.

Salah satu tanda terdapatnya bakteria pada kulit adalah dengan kehadiran bintik-bintik atau tompok hitam di wajah sehingga pori-pori wajah kelihatan semakin besar.

Baca Juga :  Pulihkan Kulit Rosak Akibat Kosmetik Dengan Set Kulit Shaklee

+5 – Pengaruh persekitaran

Keadaan cuaca di Malaysia yang beriklim panas, terdedah kepada sinaran matahari (sinaran ultra lembayung) secara berlebihan dan pencemaran alam sekitar menyebabkan kulit mudah rosak dan kendur.

Ia menyebabkan struktur liang roma menjadi lemah dan menyumbang kepada terjadinya pembesaran liang pori pori.

+6 – Faktor Penuaan

Peningkatan usia akan menyebabkan kerosakan kulit akibat pendedahan kepada persekitaran, sinar uv dan juga kerana penghasilan kolagen yang semakin menurun.

Faktor meningkatnya usia juga menyumbang kepada kehilangan keanjalan pada kulit.

+7 – Faktor Hormon

Liang roma muncul selepas akil baligh, iaitu apabila bermulanya pengeluaran hormon androgen.

Lelaki biasanya mempunyai liang pori pori yang lebih besar berbanding wanita kerana badan mereka menghasilkan lebih banyak hormon androgen iaitu testosteron dan dihydrotestesterone (DHT) yang bertanggungjawab menyerang kalenjar minyak.

Walaupun begitu, lelaki selalunya tidak ambil peduli akan masalah ini berbanding wanita yang sentiasa menitik beratkan aspek kecantikan diri terutama kecantikan pada wajah.

Bagi wanita, perubahan hormon yang paling ketara ketika menopous, semasa hamil dan semasa kitaran haid boleh menyebabkan peningkatan saiz pori pori di kulit wajah.

Kajian yang diterbitkan di dalam Journal of Investigative Dermatology pada 1995 mendapati bahawa hormon yang dihasilkan selama proses ovulasi akan meningkatkan sebum dan melebarkan pori pori.

+8 – Tabiat Merokok

Merokok tidak menyumbang secara langsung kepada terjadinya pembesaran pori pori di wajah. Namun, seseorang yang merokok terdedah kepada masalah kulit kendur dan kurang elastik.

Perkara ini mampu menyumbang kepada terjadinya pori pori besar di  wajah.

+9 – Kurang mahir aspek penjagaan kebersihan kulit wajah

Apabila kita tidak pandai menjaga kebersihan kulit, kesihatan kulit akan mula terganggu.

+10 – Masalah kekurangan nutrisi pada kulit

Diet yang tidak sihat dan pengambilan makanan yang tidak mengikut piramid makanan dan tidak seimbang serta pengambilan gula yang berlebihan mempengaruhi pembesaran liang pori-pori.

Apabila berlaku kekurangan nutrisi tertentu, ia akan mempengaruhi keanjalan kulit.

Cara mengatasi pori pori besar pada wajah

Setelah mengetahui penyebab terjadinya pori-pori yang besar di wajah, kami rasa anda sendiri telah dapat memikirkan sendiri apakah langkah yang patut anda ambil untuk mengatasi masalah ini.

Namun kami kongsikan juga cara untuk mengatasi masalah pori-pori yang membesar di wajah.

Baca Juga :  Suplemen Untuk Kulit Cantik: Hanya Dengan Resveratrol? Macam Tak Percaya

Membersihkan wajah secara teratur setiap hari terutama selepas melakukan aktiviti di luar rumah, dan selepas memakai make up.

Sekali sekala, gunakan skrub untuk menyingkirkan kulit yang telah mati, bakteria dan minyak berlebihan dari wajah anda.

Lindungi kulit dari sinaran matahari dengan memakai topi, payung dan krim pelindung kulit ketika anda berada di luar rumah.

Singkirkan minyak berlebihan dengan menggunakan kertas @ tisu penyerap minyak.

Cara mengatasi pori pori besar dengan nutrisi pemakanan

Kesihatan luaran bergantung kepada kesihatan dalaman dan apa yang kita makan. Jika kita jaga pemakanan dan tubuh mendapat cukup nutrisi, insyaAllah kita boleh lihat dari keadaan kulit kita. Di antara nutrisi yang tubuh kita perlukan bagi menjaga kesihatan kulit adalah:-

  • Collagen : menganjalkan kulit seterusnya mengecilkan pori pori yang besar

  • Vitamin C : menggalakkan penghasilan kolagen. Vitamin C bekerja bersama-sama kolagen bagi menghasilan kulit yang anjal dan bebas kedutan. Tanpanya, penghasilan kolagen akan terhenti.

  • Vitamin E : Vitamin E menjaga keelastikan kulit dan melindungi kulit daripada radikal bebas. Pengambilan yang konsisten mampu menghasilkan kulit tanpa pori pori besar.

  • Protein : diperlukan untuk membina dan membaikpulih sel tisu pada kulit dan tubuh badan kita. sel tisu yang sihat akan menghasilkan kulit yang sihat.

Kulit bebas pori pori besar dengan Set Pori Pori Halus Shaklee

 

kecilkan pori-pori wajah

Pengalaman pengguna

Kulit saya dahulu memang kusam. paling ketara, pori-pori dekat wajah saya memang besar-besar. Membesar dengan jayanya lah senang cerita. hari-hari fikir apa nak buat kasi pori-pori ni mengecil. Tak berjaya..

Sampai la suatu masa, saya cuba Collagen Powder Shaklee dan terus konsisten ambil 2 kotak(dalam sebulan). Tapi time tu sangat lupa nak belek muka. Busy.. kenapa ntah. Saya tak perasan.. Tapi emak da adik bongsu yang tegur. Adik saya lelaki ok. Tapi dia boleh perasan.. “Kenapa ye muka ko x nampak dah pori-pori tu. kalo takk.. Dari jauh dah nampak. Ko ambil apa??” “A ah.. Mak pun perasan. X nampak dah pori-pori tu” Opsss. Serius saya terus pergi cermin tengok muka. Memang pori-pori jadi kecik tau.

Happy sangat. Now, nak konsisten ambil Collagen Powder Shaklee balik. Al maklumlah… Semakin berusia ni. Nak kena la pastikan kolagen cukup dalam badan. Sebab kolagen ni penting utk semua. Bukan setakat kulit aje.

Baca Juga :  Hilangkan Jerawat Kronik Dengan Kaedah Rawatan Sel Dari Dalam

Nak pesan ni: Collagen Powder Shaklee jangan pulak telan macam tu aje. Tak boleh buat ala-ala telan nutriferon tu. hihhi. Sebab ada yang pernah buat. Akibatnya, tercekik!! :))) Lagi satu. Ada yang bertanya, jika ibu menyusu boleh ambil tak? jawapan saya, atas risiko sendiri. tapi saya ambil aje..dan saya juga menyusukan Dania. Apa yang saya perhatikan, bila saya ambil Collagen Powder Shaklee ni, saya akan mengalami BENGKAK SUSU. seriuss.. happy!!

Norhanita


Sejak dulu lagi tercari-cari produk yg dapat kurangkan parut jerawat n dpt kecilkan liang-liang pori. Dan pernah juga pakai set pencuci muka yg agak mahal…tapi keputusannya agak mengecewakan tapi alhamdullilah sejak sebulan lepas mengamalkan Vita-E Complex Shaklee… parut-parut bekas jerawat dh semakin hilang, liang-liang pori jugak dah semakin kecil. Kombinasi ESP + Vita-E Complex memang SUPERB!!!

Nurul Fareha Muhamad Daut


gara-gara promo Collagen Powder Shaklee bulan lepas, atie pn terjebak sama dengan aktiviti mencantikkan kulit..dan alhamdulillah, liang pori di muka ku dah MENGECIL!!!rasa licin je, xde la rasa menggerutu…ni testimoni sendiri ye..seronok yang beronok-ronok sbb sebelum ni mmg atie ada masalah liang pori kat muka ni besar.bila liang besar,mudah la kotoran,debu nak masuk, so blackhead pun banyak la…sekarang ALHAMDULILLAH…seronoknya!!

Atie Yc


after sebulan amik Vita-C dan Vita-E Complex Shaklee..kulit muka lebih halus..pori pon dah kurang nampak..apatah lagi whitehead kat hidung ni…tumit kaki yg pecah pon makin lembut..kalo x, b4 this mmg terasa kasar sgt..da mcm2 produk di sapu..lastly, amik Vita-E Complex sapu kt tumit…heheheh buat bskali ngn masker muka.. Alhamdulillah menjadi nampaknye… dan paling best, when my soulmate tegur tang ni**le..da back to normal color..cam b4 nyusu my lil son dlu..malah lagi ‘comel’ colornye… thanks a lot shaklee…skang ni dlm proses mencuba Vita-LeaAlfafa Complex plak..

Yat Hayati


testimoni kecilkan pori-pori

Ramai yang sudah mengalami sendiri perbezaan dengan Set Pori Pori Halus Shaklee. Kini, giliran anda untuk mencuba seterusnya?

Jom, hubungi saya untuk konsultasi eksklusif dan maklumat lanjut.

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
Cara Mengatasi Pori Pori Besar Pada Wajah Dengan Cepat Dan Semulajadi

2 thoughts on “Cara Mengatasi Pori Pori Besar Pada Wajah Dengan Cepat Dan Semulajadi

  • June 27, 2017 at 5:24 pm
    Permalink

    Memang merungsingkan bila ada masalah nie..huhu.. harap masalah saya boleh selesai cepat..

    Reply
    • July 5, 2017 at 11:57 am
      Permalink

      Betul Cik Jaja, Wanita memang sangat particular tentang kecantikan muka. Masalah pori-pori buat hari tidak menjadi tenang. hehe

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.