Skoliosis bukanlah sejenis penyakit, tetapi ia merupakan suatu keadaan dimana berlaku ketidaknormalan pada struktur tulang belakang; tulang belakang yang melengkung seolah-olah berbentuk C atau S.

Keadaan ini boleh dilihat secara fizikal apabila batang tubuh individu kelihatan bengkok atau melengkung ke kanan, ke kiri atau ke depan.

Cara Atasi Skoliosis

     Skoliosis sebenarnya boleh disebabkan oleh faktor genetik. Ini bermaksud jika salah seorang ahli keluarga mengalami skoliosis maka anda mungkin akan mengalami masalah yang sama.

Dr. Jeb McAviney, Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan The Spine Corporation

80% penyebab skoliosis tidak diketahui puncanya, manakala 20% lagi disebabkan oleh komplikasi penyakit tertentu seperti Cerebral Palsy, Distrofi Otot, Spina Bifida, Polio dan sebagainya.

Kebanyakan pesakit mula menunjukkan ciri-ciri Skoliosis pada peringkat umur kanak-kanak yang sedang aktif membesar iaitu di bawah umur 15 tahun.

Tahukah anda?

Skoliosis banyak berlaku pada wanita. 2% wanita menghidapi skoliosis berbanding hanya 0.5% terjadi kepada lelaki.

Bagi kategori umur, warga tua biasa mengalami masalah skoliosis. Kira-kira 1 daripada 3 orang berumur 65 tahun ke atas atau warga tua mengalami skoliosis di Amerika.

Satu kajian mendapati, 68% masalah skoliosis berlaku kepada individu yang sihat berumur 65 tahun ke atas walaupun tanpa tanda-tanda pada bahagian bawah tulang belakang.

Gejala Skoliosis

Pesakit skoliosis masih boleh melakukan aktiviti seperti orang biasa. Namun, seiring dengan pertambahan usia dan perkembangan tubuh yang berbeza menyebabkan hadirnya rasa sakit. Gejala skoliosis dapat dilihat dari perubahan penampilan dada,, pinggul dan bahu iaitu :-

  • Salah satu pinggung kelihatan lebih menonjol
  • Tubuh condong ke satu sisi
  • Salah satu bahu kelihatan lebih tinggi
  • Salah satu tulang belikat kelihatan lebih menonjol
  • Nyeri pada punggung, leher, pinggang (tidak semua)
  • Rasa sangat letih dan sakit pada tulang belakang apabila diri atau duduk terlalu lama
  • Mengalami gangguan pernafasan (sukar bernafas) dan
  • Mengalami gangguan pada jantung dan paru-paru.

Adakah Skoliosis Berbahaya?

Walaupun skoliosis bukan sejenis penyakit, namun ia mampu memberi kesan yang buruk kepada pesakit jika tidak dirawat seawal mungkin. Walau ada di antara penghidap skoliosis yang tidak mengalami apa-apa masalah di peringkat awal, namun lama kelamaan ia akan mengakibatkan kesakitan yang semakin teruk jika dibiarkan sehingga boleh menyebabkan penghidap kehilangan keupayaan untuk bergerak.

Baca Juga :  Cara Berhenti Merokok Paling Berkesan Untuk Selama-lamanya

Tulang yang semakin membengkok pula akan akan menyebabkan masalah kepada jantung dan paru-paru selain daripada sakit di bahagian belakang tubuh. Kebarangkalian lain yang mungkin terjadi jika skoliosis ini tidak di rawat adalah pesakit akan mengalami masalah sendi.

Kajian menunjukkan 60 hingga 70 peratus pesakit boleh mengalami komplikasi pada jantung dan paru-paru sekiranya tulang belakang kita membengkok melebihi 70 darjah. Ini kerana tulang belakang tersebut menekan paru-paru dan jantung lantas membuatkan pesakit sukar untuk terus bernafas.

 

Kaedah Rawatan Skoliosis

Terdapat 2 cara yang ada untuk membantu pesakit skoliosis iaitu

Tanpa pembedahan
Cara ini dilakukan pada pesakit skoliosis yang mengalami darjah pembengkokan tulang kurang daripada 20 darjah. Diantaranya adalah :-

  • melakukan aktiviti riadah seperti berenang, olahraga punggung,
  • fisioterapi atau peregangan

Jika pesakit mengalami pembengkokan pada kadar 20-40 darjah, rawatan tanpa pembedahan masih boleh dilakukan tetapi dengan sokongan rangka atau brace yang digunakan di badan atau leher yang akan berfungsi untuk menahan skoliosis dari menjadi semakin teruk.

Pembedahan
Pesakit skoliosis yang mengalami pembengkokan melebihi 40 darjah dan ke atas perlu menjalani pembedahan. Ia bertujuan untuk menghentikan progres pergeseran tulang belakang yang semakin teruk. Selain itu, pembedahan juga akan membetulkan kembali tulang yang telah membengkok.

Alternatif Cara Mengatasi Skoliosis!

Memandangkan tidak semua penghidap skoliosis memerlukan pembedahan, ditambah dengan faktor kos dan risiko yang bakal dihadapi, pengambilan suplemen tambahan juga adalah merupakan satu alternatif yang baik bagi membantu mengatasi masalah skoliosis. Di Shaklee, suplemen yang mampu membantu anda mengatasi masalah skoliosis adalah :

Vivix : Ia kaya dengan polifenol dan resveratrol yang mampu memperbaiki seluruh sistem sel tubuh sehingga ke peringkat DNA.

Ostematrix : Mengandungi kalsium, vitamin D, Magnesium dan mineral lain yang membantu memadatkan, menguatkan dan menyihatkan tulang.

Collagen Powder : Merupakan kolagen berkualiti tinggi dengan saiz 1000 Dalton yang dapat menyerap dengan mudah ke dalam tubuh. seterusnya membantu meningkatkan sistesis kolagen pada lapisan dermis kita dengan sangat berkesan. Ia membantu menguatkan tulang dan membantu menghilangkan kesakitan pada tulang belakang dan sendi.

Baca Juga :  6 Punca Badan Cepat Penat dan Letih Lesu Penyebab Kita Mudah Hilang Tenaga

 

Pengalaman Pengguna Shaklee

cara mengatasi skoliosis

Jika anda merupakan pesakit skoliosis, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Nasihat dan saranan pakar atau doktor adalah lebih utama untuk masalah skoliosis anda.

Namun, jika anda ingin cuba kaedah alternatif secara nutrisi untuk meringankan masalah skoliosis, hubungi saya untuk dapatkan keterangan produk suplemen yang bersesuaian serta konsultasi eksklusif untuk anda.

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
Cara Mengatasi Skoliosis Untuk Bantu Atasi Sakit Tulang Belakang

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.