Seronok bila kita dapat bela kucing sendiri. Alhamdulillah kitaorang baru je bela seekor anak kucing a.k.a bulus sejak 3 bulan lepas. Umur dia baru je 4 bulan, kira dah mudah nak pisah dari ibu dia.
Saya berikan namanya Mika. Mika ni keturunan campuran baka kucing Maine Coone (bapa) dan Persian (mak); macam tula agaknya sebab saya tak expert tentang jenis-jenis kucing.
Punyalah seronok anak-anak bila ada anak kucing kat rumah. Habis digomolnya setiap hari. Sebenarnya ada juga bela 3 ekor dwarf hamster dan dah lama pun.
Tapi sejak dapat kucing, langsung dilupakan binatang kecik comel tu (mungkin sebab pernah kena gigit agaknya). Tinggal la abahnya yang setia menjaga semua hamster termasuk Mika sekali.
Sumber asal kutu yang ada pada Mika tak berapa confident nak kata. Cuma paling kuat mungkin pembawaan dari tempat asalnya dengan cara jangkitan.
Yelah kutu kan boleh melompat-lompat, bila bermain atau bercampur dengan adik beradik lama atau mak bapak dia, mungkin dari situ dia dapat.
Lagi satu cara, mungkin dapat dari persekitaran luar rumah. Mika pernah terlepas satu hari ke luar rumah, sebab tak perasan nak tutup pintu.
So, dia diam-diam mencelah keluar. Balik dari merembang atau berjalan-jalan explore new world mungkin di dah terjangkit kutu pada badannya.
Baca Juga >> Cara Mandikan Kucing Untuk Hilangkan Kutu Dengan Berkesan
Ohh ini mudah je. Kucing bila ada kutu memang sangat significant perangainya. Dia nampak resah gelisah dan asyik suka menggaru terutamanya pada leher dan bawah badan.
Kalau tak perasan memang kita tak akan tahu, kita ingat perangai biasa kucing suka menggaru. So, awalnya kami memang nothing to suspicious dengan tabiat Mika yang suka dok tergaru-garu tu.
Alkisahnya, sampai lah masa appointment dengan doktor vet untuk suntikan vaksin kali kedua. So, bawalah Mika ke klinik kucing. Sebelum doktor buat suntikan, kena check dulu; berat, suhu badan dan kondisi fizikal & kesihatan semua.
Hasil preliminary check, doktor cakap vaksin tak boleh cucuk hari ni.
“Cuba tengok ni, ini lah sebabnya” Doktor kata.
Mak aihh terkejut beruk dibuatnya. Doktor tunjuk bawah badan kucing kawasan perut kaki belakang, ada banyak sangat kutu bergayut-gayut dan melompat-lompat disebalik bulu-bulu halus dan panjang Mika. Dia macam bintik-bintik hitam tapi banyak. Eii gelinya. Eii seramnya.
Terfikir dalam kepala, apa sudah jadi dengan anak aku yang suka gomol Mika tiap-tiap hari? Tidur sekali pun pernah tu! Huhu ngeri sungguh rasanya. Dahlah kutu suka menokak kepala orang, berjemaah pulak tu.
Nasib baiklah anak tak ada simptom menggaru macam Mika. Daripada berhuhu huhu je, selepas hari kejadian cepat-cepat check badan budak-budak dan sikat rambut guna sikat kutu untuk detect kutu. Fuhh nasib baik tak ada.
Ada banyak je cara untuk buang atau hilangkan kutu kat kucing ni. Korang Google je internet “Cara Hilangkan Kutu Pada Kucing”, sure banyak orang kongsi petua / ubat / syampu / sabun tentang menghalau kutu kucing ni.
Nasib tak baik korang, terjumpa la artikel ni. Hehe salam perkenalan.
Tak habis lagi cerita kat bilik perubatan di klinik kucing tadi. Lepas doktor sahkan anak kucing kitorang ada parasit kutu tumpang duduk, so proses suntikan vaksin tidak dapat dijalankan.
Ditakuti akan mendapat komplikasi atau kesan sampingan lebih teruk ditambah pula dengan masalah kutu yang jahat ni. So sepakat vaksin perlu ditangguhkan ke hari lain.
Doktor vet berikan option ubat untuk hapuskan kutu kucing ni. Kitaorang ye kan je, proceed. Lagipun prosedurnya senang je.
Doktor tunjuk satu peket kecil yang menarik bentuknya.
“Ini ubat kutu kucing untuk matikan kutu kat badan Mika ni” doc kata.
Tiba-tiba si abah tanya satu soalan agak lawakla jugak,
“Err… Saya kena buat ke atau Doc yang nak buatkan?” Tanya si Abah
Haha.. doktor letak paket kecil tu atas meja, so abang ingat dia yang kena buat sendiri.
“Ehh takpe, biar saya buatkan prosedurnya, senang je” Jawab Doc.
Doc koyakkan hujung peket ubat kutu tadi dan picit ubat tu pada belakang leher (tengkuk) Mika kemudian ratakan sampaikan ke kulit. Ohh macam tu je dan prosedur pun selesai.
“Lepas bagi ubat ni, kena kuarantinkan kucing dalam masa 24 jam. Kurung dalam sangkar, jangan sentuh tempat ubat ni (tengkuk kucing), jangan kenakan air atau mandikan dia, jangan bagi dia berkeliaran. Makan minum macam biasa” Pesan Doc.
“Lepas 24 jam tu, bolehlah sikat bulu kucing ni guna sikat kutu untuk buang saki baki kutu yang dah mati esok” Tambah Doc lagi.
Sebabnya dalam masa 24 jam tu, segala hama dan kutu akan keluar serta mati semuanya termasuk yang dalam peringkat telur, larva dan pupa. Wahh bagusnya, senang kerja kita. Tak payah nak risau sangat.
Apabila kutu dan hama mati, ia akan tertanggal dari badan. So, kena kurung si kucing. Sediakan tempat makan dan berak dia siap-siap dalam sangkar supaya tak perlu keluar. Hamparkan kain putih bawah kucing kalau nak tengok kutu yang mati berlambak jatuh nanti.
Of course, memang banyak sungguh kutu yang mati dan jatuh keesokkan paginya. Lepas 24 berlalu (terlebih pun sebab tak ada kat rumah masa tu hehe), kitaorang sikat bulu Mika untuk buang baki kutu yang mati terbunuh. Dah berkurang mungkin sebab dah bunuh diri jatuh dalam sangkar.
Selepas dari hari itu, Mika kurang menggaru (tabiat kucing memang suka menggaru dan jilat bulu & jari kaki tetapi tidak secara melampau atau berlebihan) seperti sebelumnya. Jadi lagi aktif dan suka bermain.
So, kitaorang isytihar Mika dah bebas kutu dan boleh buat main dengan anak-anak.
Ok, dalam hal ni, kita kena rajin periksa kebersihan, mandikan kucing & buat grooming. Selain seronok untuk dijadika pets, memang tanggungjawab kita untuk pastikan dia bersih, sihat dan cergas.
Selalu check bulu-bulu dia terutama tempat kutu suka membiak; dalam telinga, seluruh badan dan bawah perut kawasan kaki belakang. Pastikan kawasan rumah korang juga tak ada kutu berkeliaran, biasanya yang ada bela ayam atau haiwan ternakan atau peliharaan lain memang ada risiko kutu ni.
Ada banyak syampu untuk mandikan kucing di jual dipasaran. Pilih sekali yang ada option untuk halau / matikan kutu dan hama.
Kitaorang paling senang mandikan kucing dengan Basic-H je sebab dia jimat & serbaguna. Hanya 3 titik sudah memadai untuk kesan terbaik pelbagai manfaat pelbagai guna, termasuk untuk mandikan kucing.
Mandikan sebulan sekali (bagi kucing jenis berbulu pendek) dan dua kali sebulan (bagi kucing jenis berbulu panjang). Atau paling senang kalau kucing tu dah kotor or bau busuk, mandikan je terus.
Kalau tak perasan simptom kutu kucing ni, kena sediakan ubat kutu kucing sama ada dalam bentuk spray atau sapu. Kalau lambat detect atau buat tindakan, kutu akan menyebabkan kulit kucing jadi luka akibat gigitan beramai-ramai diorang.
Kalau nak mudah lagi dan gerenti berkesan, bawa je pergi klinik veterinar untuk check dan buang kutu kucing.
Kos untuk buang kutu kucing guna ubat Frontline Plus for Cats ni lebih kurang dalam RM30++. Doktor ada sarankan paling kerap sebulan sekali atau jika wujud simptom kutu pada kucing, cepat-cepat bawa ke klinik.
In Shaa Allah masalah selesai.
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More
Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More
Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More
View Comments
****KUTU KUCING*****
KAMI ADALAH PENYELESAIAN MASALAH KUTU N TELUR2 SKALI. INSYAALLAH 100% BERKESAN. IA TIDAK BERACUN KERNA DIPERBUAT DRPD BAHAN2 ORGANIK. PT MENYELESAIKAN MSLH KUTU PADA HAIWAN KESAYANGAN ANDA YG BERBULU SEPERTI.KUCING. BLH LAWAT KAMI DI https://www.facebook.com/proinsectmalaysia
KETERANGAN LANJUT BLH SMS SY DI TALIAN 0195713534 atau wasap sy http://www.wasap.my/60195713534
waktu kucing dikuarantin tu perlu ke pakaikan dya e-collar
Salam Shafikah. Bergantung kepada rawatan jika nak pakai e-collar atau tidak. Kalau jenis rawatan yang saya guna untuk Mika dalam entri ini, tak perlu e-collar sebabb ubat di letak pada pangkal tengkuk yang susah untuk capaian si kucing menggaru atau menjilat. Susah bagi kucing kalau pakai e collar dalam sangkar. Stress, melainkan kalau rawatan tu sangat penting dan memerlukan kaedah sedemekian.
Baru je amik anak kucing dekat surau, comel and manja. Tapi tengok bulu dia byak sgt mcm biji biji putih melekat. Tahu dah tu telur kutu. Mandi kan dia pun ada dah 6-7 ekor tercabut and melekat dekat towel kucing. Kesian sgt dia asyik menggaru and dia pun selalu sgt tidur dengan saya kang saya pulak dapat kutu. Huhuhu . So kalau klinik haiwan tu mmg semua boleh jual and tolong buangkan kutu dia ke mcm klink yang you pergi?
Salam Mia. Alhamdulillah, Cik seorang yang berhati mulia. Kebanyakkan klinik veterinar atau klinik kucing ada jual ubat dan rawatan tertentu untuk kutu pada kucing. Bergantung kepada budget kita nak yang mana. Nak pakai ubat kutu boleh, pakai sabun/syampu kutu pun boleh.
Just bawa kucing dalam sangkar ke klinik haiwan/kucing berdekatan dan tanyakn pada doktor atau pembantu perubatan. Selain itu boleh juga dapat banyak maklumat tentang penjagaan kucing daripada doktor (kalau rajin bertanya dan doktor peramah). Sebaiknya bagi anak kucing, kena bersedia dengan kaedah vaksin juga. Apa pun bergantung kepada budget kita. Terpulang.
Salam...akak ada bnyk kucing kat umah so bila ada yg kena kutu..wauuuuu risau panik sbb akak bjngkit..ada sekali anak kucing akak tkena kutu. X perasan langsung sehinggalah di asyik mgiau siang mAlam...x tetap duduk .mundar mandir..akak pun cek lah alahai.sian han sdh infested with lice and flea...aduiii sian. Akak tanya kawan seorang ni mcm ilangkan kutu...dia ckp guna minyak terpakai goreng ikan.akak pun trus try...tsgtlah betul.kutu2 semua naik ujung bulu aduiii banyak lg.tue.akak lumur minyk ke seluruh bdn kucing akak guna sarung tgn.akak lumur selama 3 hari aja dah.semua kutu mati...syukur cara kampug pun tsgt berkesan.
Salam Kak Saerint. Wow menarik ni. Kucing banyak kalau nak gi klinik memang makan kos sesangat. Boleh cuba tu cara guna minyak goreng terpakai. Actually kadang-kadang cara trial and error guna apa yang ada ni boleh bagi result yang terbaik juga. Inshaa Allah moga bermanfaat kepada orang lain juga. Akak tak tulis tips ni kat FB ke, mungkin ramai yang memerlukan boleh cuba tips ni. Cuba ambil gambar cara apply minyak tu pada kucing & hasil selepas gunakannya. Ada potensi viral yng positif tu.
kak..boleh tunjukkan tak macam mana cara guna minyak tu...saya pernah baca jugak orang guna tips nie..tapi tak tau cara nya..
Saya ada letakkan ubat kutu pada IBU kucing..boleh tak si IBU susukan anaknya
?
Salam Lin. Bergantung kepada jenis ubat kutu. Jika tak perlukan kuarantin (nasihat veterinar), boleh je menyusu. Dalam kes dalam artikel saya ni, si kucing kena duk dlm sangkar 24 jam. Tak boleh campur kucing lain, so menyusu kena stop sekejap.
Doktor dah letak ubat kutu, tp masih ada lg, bagai mana yaa, ada solution lain lg ke
Pertama, check dulu jika betul ia adalah kutu terutamanya selepas beberapa hari rawatan. kalau ada, mandikan dengan shampoo ubat kutu. Jangan kerap sangat tapi memadai 2 minggu sekali.
Kalau kucing tak banyak karenah, sikat dia dengan penyikat kutu selepas mandi dan di hari-hari biasa. Kalau tak hilang juga, kena refer veterinar semula.
Kutu ni memang tak mustahil akan datang semula sebab ia jenis berjangkit atau memang ada membiak di badan kucing yang tidak habis kita buang. Cuma mengurangkannya adalahlangkah terbaik.
KAdang-kadang masalah kulit juga punca kucing suka menggaru, bukan kutu sahaja. Jadi periksa betul-betul untuk tahu punca sebenarnya. Jika tak mampu buat sendiri, hantar ke klinik kucing berdekatan.
Salam doktor. Kalau tertitik lebih ubat kutu tu macam mana eh ?
Salam Faiq. Saya bukan doktor. Hanya pecinta kucing seperti tuan. Terlebih titik ubat kutu tak mengapa, jangan sengaja lebihkan kuantiti ubat kutu dari yang sepatutnya. Perhatikan reaksi kucing, jika ada kepelikan akibat berlebihan ubat kutu, bawa ia berjumpa doktor haiwan. Terima kasih.
kalau kucing masih menyusukan anak boleh ke letak ubat ni? takde effect ke pda anak kucing
Salam Naddy. Kene rujuk doktor yang nak bagi ubat tu. Ikut prosedurnya kena kuarantin 24 jam kucing yang kena ubat kutu jenis ni.