Pernah tengok panda? Perasan tak, di sekitar mata panda tu ada lingkaran hitam?

Itu panda, lingkaran hitam itu sememangnya kurniaan Allah untuk membezakan antara panda dengan spesis beruang lain. Nampak comel kan…

OK, apa yang saya nak kongsikan di sini adalah berkaitan sindrom mata panda pada mata manusia.

Apa dia tu mata panda? Bagi wanita, mereka tentu tidak gemar kepada gejala mata panda ini. Jenuh bersolek untuk cover mata ala-ala panda.

Bagaimana gejala ini boleh muncul dan apakah cara atasi mata panda ini? Saya kongsikan di dalam artikel ini. Semoga memberi menfaat, Inshaa Allah.

Sindrom Mata Panda

Gejala mata panda juga ditakrifkan sebagai kehadiran lingkaran warna gelap di sekitar mata.

Antara faktor penyebab terjadinya mata panda atau lingkaran gelap bawah mata  ini adalah:

  1. Keletihan pada mata – Mata yang tidak cukup rehat akibat kurang atau susah hendak tidur akan menjadikan kulit kelihatan lebih pucat dan lingkaran pada mata semakin jelas kelihatan
  2. Terdedah kepada sinar matahari – Terlalu kerap terdedah kepada sinar matahari boleh menyebabkan tubuh menghasilkan lebih banyak melanin sehingga terjadinya penggelapan kulit di bawah mata
  3. Dehidrasi penyebab kekurangan cecair tubuh Tubuh yang kekurangan bendalir akan menyebabkan peredaran darah dalam tubuh tidak lancar. Ia mungkin boleh mempengaruhi pembuluh darah di bawah mata. Pastikan anda minum air kosong sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari
  4. Kesan akibat erlalu banyak memakai Make-up – Jika anda selalu memakai make-up, pastikan anda membersihkan make-up itu sebersih-bersihnya. Tidur tanpa membersihkan make-up terutama di sekitar kawasan mata boleh menyebabkan iritasi pada mata seterusnya menyebabkan mata menjadi bengkak
  5. Kekurangan nutrisi untuk mata – Pakar percaya bahawa kekurangan mineral di dalam tubuh seperti zat besi akan mengurangkan kadar pengangkutan oksigen di dalam darah yang boleh menyebabkan sekitar mata menjadi bengkak.
  6. Kesan sampingan masalah kesihatan – Masalah anemia dan masalah buah pinggang juga mungkin boleh menyebabkan lingkaran hitam di bawah mata.
  7. Kesan sampingan preskripsi ubatan tertentu – Sesetengah ubatan boleh menyebabkan pembuluh darah membesar sehingga boleh menyebabkan kulit menjadi lebih gelap di bawah mata
  8. Ketagihan Alkohol – Pengambilan alkohol boleh menyebabkan dehidrasi tubuh dan menyebabkan kulit di sekitar mata menjadi lemah dan tenggelam.
  9. Merokok – Kesan merokok sebenarnya boleh melemahkan struktur kolagen yang berada di bawah mata. Ikatan kolagen yang lemah akan menyebabkan kedutan dan kulit kendur seterusnya menyebabkan kawasan sekitar mata menjadi lebih gelap
  10. Aktiviti penuaan semulajadi Apabila usia semakin bertambah, kulit akan kehilangan paras kolagen yang turut melemahkan struktur kulit sekitar mata.
Baca Juga :  Cara Mengatasi Pori Pori Besar Pada Wajah Dengan Cepat Dan Semulajadi

Cara Atasi Mata Panda Yang Anda Boleh Cuba

Banyak faktor rupanya. Jika tak boleh nak elak semua, sekurang-kurangnya kita cuba elakkan sebahagian daripadanya.

Setelah mengetahui kenapa mata panda boleh terjadi, jom baca pula cara atasi mata panda yang kita boleh amalkan.

#1 – Hilangkan mata panda dengan ais batu

Ia merupakan alternatif utama untuk menghilangkan mata panda. Kesejukan ais batu mampu melembabkan kawasan sekitar mata dan mengurangkan kawasan mata dari menjadi gelap.

#2 – Hilangkan mata panda dengan Uncang teh

Uncang teh yang telah digunakan, usah dibuang. Ia boleh digunakan untuk menghilangkan lingkaranggelap di sekitar mata. Letakkan di sekitar mata selama 10-15 minit.

#3 – Hilangkan mata panda dengan timun

Ia mampu membuat kawasan sekitar mata menjadi lebih lembab. Ambil hirisan timun dan letakkan di atas mata selama 10 minit.

Anda boleh mengambil peluang ini untuk menutup mata dan berehat sambil menenangkan fikiran mendengar musik kegemaran anda.

#4 – Hilangkan mata panda dengan tidur yang cukup

Punca utama mata panda adalah kerana kurang tidur. Pastikan anda tidur sekurang-kurangnya 7 jam sehari. wah.. sleeping beauty gitu.

#5 – Hilangkan mata panda dengan banyakkan makan sayur dan buah

Sayur dan buah membekalkan nutrisi vitamin dan mineral untuk meneutralkan dan menyingkirkan toksin yang juga boleh menyebabkan terjadinya mata panda.

#6 – Hilangkan mata panda dengan mengurangkan pengambilan makanan segera

Jika anda sering mengambil sarapan dari sumber segera seperti sosej dan nugget misalnya, sering mengambil mee segera, saya cadangkan untuk mula menukar habit makan anda. Ini kerana ia juga boleh menyebabkan mata panda terjadi

#7 – Hilangkan mata panda dengan pengambilan suplemen tambahan

Suplemen juga boleh membantu memperbaiki kesan mata panda dari dalam secara nutrisi. Antara nutrisi penting untuk penjagaan mata dan mengelakkan kesan mata bengkak, sembab, lingkaran gelap bawah mata atau mata panda ialah:

  1. Kolagen : Seiring dengan peningkatan usia, pendedahan setiap hari kepada sinaran UV dan oksidan di sekeliling kita menyebabkan kulit menjadi kendur. Jadi, kolagen membantu memberi kekuatan dan menganjalkan kulit. Ia menghidratkan kembali kulit dan menyingkirkan lingkaran hitam di bawah mata.
  2. Protein : Di dalam protein terdapat amino asid yang disebut L-lisin dan L-prolin yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam tubuh.
  3. Vitamin E : Vitamin E adalah sangat penting untuk membantu kulit di sekitar mata untuk terus kekal sihat. Ia juga mampu mengurangkan dan menghilangkan lingkaran hitam di sekitar mata. Cuba sapukan vitamin E seperti membuat masker pada kawasan sekitar mata yang lebam. Nak lagi best, sapukan saja pada keseluruhan wajah sebelum anda tidur dan biarkan sehingga pagi.
Baca Juga :  Rahsia Kulit Cantik Berseri Dan Bebas Cela

Cara Atasi Lingkaran Gelap Bawah Mata atau Mata Panda

Jangan risau dengan mata panda atau lingkaran gelap bawah mata yang anda hadapi. Kini ia boleh dihilangkan dengan kesan seawal 7 hari!.

Dengan Youth Restoring Eye Treatment, ia mampu menyelesaikan masalah anda dengan cepat dan berkesan seawal 7 hari penggunaan.

Bagaimana Youth Restoring Eye Treatment Berfungsi

Langkah 1 : Mengembalikan kelembapan kulit dan menyokong penghasilan kolagen

Langkah 2 : Mengurangkan penampilan lingkaran gelap sekitar mata

Langkah 3 : Menyegarkan mata seterusnya mengurangkan masalah mata sembab

Salah satu bahan utama yang terdapat di dalam Youth Restoring Eye Treatment adalah Licorice extract. Ia telah terbukti secara klinikal mampu membantu mencerahkan kulit di bahagian bawah mata untuk mengurangkan penampilan lingkaran hitam.

Kelebihan Youth Restoring Eye Treatment Shaklee

  • 100% vegan
  • Bebas kekejaman terhadap haiwan
  • Bebas gluten
  • Diuji oleh ahli Oftalmologi
  • Tidak menyumbatkan liang pori
  • Diuji oleh ahli dermatologi
  • Formulasi tanpa 1500 bahan berbahaya
  • 100% wanita terbukti secara klinikal memiliki kulit kelihatan lebih muda

Walaupun peknya nampak kecil, tetapi ia sangat berkesan untuk membantukan menghilangkan dark circle di sekitar mata anda.

Anda ingin mencuba? Dapatkan info lanjut daripada kami dengan segera. Bebaskan panda dari mata anda. Ia cantik di lihat di dalam habitat semulajadinya dan bukan di mata anda.

Order-Now

  • – Atau hubungi –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
Cara Menghilangkan Mata Panda Tanpa Perlu Cover Dengan Make-Up Tebal

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.