Senggugut sering menganggu wanita apabila sampai kitaran haidnya setiap bulan. Ia adalah fenomena semulajadi yang biasa dalam hidup wanita. Rasa sakitnya boleh sama ada biasa-biasa atau sakit yang melampau.

Tanda-tanda senggugut yang boleh dilihat pada kebiasaanya adalah rasa kesakitan yang melampau sekitar bawah perut (pelvis), bahagian ari-ari sehingga membawa ke pinggang.

Senggugut boleh terjadi sama ada ketika fasa haid bermula pada hari pertama atau ia boleh datang beberapa hari lebih awal sebelum itu.

Terdapat beberapa cara untuk hilangkan sakit senggugut yang berkesan dan boleh diamalkan. Tetapi dalam artikel ini, saya ingin kongsikan cara menghilangkan senggugut tanpa penggunaan ubat tahan sakit atau painkiller.

Cara Menghilangkan Senggugut Dengan Cepat

Bagaimana Senggugut Boleh Terjadi?

Ketika fasa haid bermula, dinding rahim (uterus) akan melakukan kontraksi penguncupan untuk menyingkirkan darah haid bersama sedikit tisu dari lapisan/selaput dinding endometrium.  Proses ini berlaku dengan kehadiran hormon prostaglandin dalam tubuh wanita dan menjadi punca terjadinya senggugut.

Jika paras hormon prostaglandin adalah normal ia akan mendatangkan rasa sakit senggugut yang biasa atau ringan. Tetapi jika parasnya tinggi, keadaan ini akan mendatangkan rasa sakit yang mencengkam atau sakit senggugut teruk.

Selain itu, prostaglandin yang berlebihan juga akan menyebabkan komplikasi sampingan seperti rasa mual, cirit birit, muntah serta sakit kepala.

Sakit senggugut ini biasanya akan semakin berkurangan seiring dengan peningkatan usia. Usah khuatir, sakit senggugut ini tidaklah dikategorikan sebagai kronik dan perlukan rawatan khusus. Ia membawa petanda anda sangat subur.

Senggugut Biasanya Tidak Berbahaya Tetapi Usah Pandang Ringan

Walaupun senggugut adalah masalah biasa yang dihadapi oleh kebanyakan wanita terutamanya gadis yang sedang meningkat remaja, namun ia tidak seharusnya dipandang ringan. Jika sakit senggugut adalah teruk, segera buat pemeriksaan dengan doktor anda.

Pemeriksaan doktor dapat membantu mengenalpasti punca senggugut dengan lebih berhati-hati dan jelas. Dikhuatiri ia adalah petanda awal kehadiran senggugut kronik akibat masalah gangguan dalam sistem reproduksi wanita.

Masalah sistem reproduksi wanita boleh disebabkan oleh kehadiran fibroid, endometriosis, adenomyosis, jangkitan pada pelvik, uterus, tiub fallopio atau ovari. Ia boleh membawa risiko berbahaya jika tidak dikesan dengan lebih awal oleh doktor.

Tanda-tanda Sakit Senggugut Yang Perlu Kita Tahu

Sakit senggugut boleh dikenalpasti jika muncul simptom awal senggugut seperti:

  • Haid yang tidak teratur. Adakala panjang dan adakala pendek. Kadangkala ia datang dua kali dalam sebulan.
  • Sakit yang tidak menentu apabila tiba masanya kedatangan haid
  • Terdapat ketulan darah di dalam darah haid
  • Mengalami kesakitan yang teramat dalam tempoh 24 jam pertama terutamanya sebelum kedatangan haid atau 1 hingga 2 hari selepas kedatangan haid
  • Senggugut disertai dengan gejala sakit kepala, rasa loya, muntah-muntah, masalah penghadaman seperti cirit birit atau sembelit, mudah pitam atau pengsan, simptom prahaid seperti pembengkakan di bahagian abdomen yang boleh memanjangkan tempoh masa period

Adakah Cara Untuk Mengatasi Senggugut?

Salah satu cara nak menghilangkan sakit senggugut dengan mudah ialah dengan pengambilan pil penahan sakit atau painkiller seperti ibuprofen, aspirin dan paracetamol.

Namun, ia perlu datang dari preskripsi dan atas nasihat doktor. Pengambilan secara berlebihan (overdose) tanpa kawalan adalah merbahaya untuk diri kita di masa hadapan.

Mesti Baca! >> 9 Cara Hilangkan Sakit Senggugut Dengan Berkesan Ketika Datang Bulan

Alternatif kepada penggunaan ubat tahan sakit, kita juga boleh amalkan pengambilan nutrisi vitamin dan mineral yang dikenalpasti dapat membantu mengatasi dan memperbaiki masalah senggugut.

Antara vitamin untuk senggugut ialah minyak ikan, vitamin B6, kalsium & magnesium, vitamin E dan Asid Gamma Linolenik (GLA).

Cara Menghilangkan Senggugut Dengan Berkesan Tanpa Ubat

Sebelum itu, ikuti kisah Puan Maria Awi ini tentang bagaimana beliau yang pernah mengalami sakit senggugut dan berjaya mengatasinya.

Hmm.. memang sangat sakit senggugut yang Puan Maria Awi alami sehingga rasa macam pinggang nak patah dua! Tak tergambar rasanya, hanya beliau sahaja yang dapat merasakannya.

Bagaimana dengan anda? Biasa merasai sakit senggugut yang serupa? Nak cuba atasinya tanpa bergantung dengan ubat semata-mata?

Dengar kan, Puan Maria Awi tadi ada sebut tentang Set Senggugut yang berjaya membantunya hilangkan sakit senggugut selepas setengah jam. Nak tahu tak apa itu suplemen untuk senggugut yang adal dalam set ini?

Set Senggugut Shaklee ini sebenarnya terdiri daripada 3 suplemen utama iaitu:

#1 : Ostematrix 

  • Ia adalah suplemen yang kaya dengan sumber kalsium, magnesium dan vitamin D. Ia sangat berkesan membantu mengurangkan sakit akibat komplikasi simptom PMS dan membantu mengatasi kekejangan otot rahim akibat penurunan paras kalsium semasa haid. Dan off course membantu mengurangkan sakit pinggang supaya tak patah dua serta sakit urat (ketegangan) yang lain.

#2 : B-Complex

  • Suplemen ini mengandungi vitamin B6 dan asid folik yang sangat berkesan membantu menstabilkan emosi ketika sakit senggugut datang dan dapat membantu mengawal stress serta mengelakkan perasaan cepat marah.

#3 : GLA Complex 

  • Ia suplemen yang sangat baik untuk membantu memperbaiki regulasi atau kawalselia hormon dalam tubuh wanita.

cara menghilangkan senggugut dengan cepat

Mesti Baca! >> 8 Sebab Kenapa Perlu Percaya Shaklee Adalah Selamat

Berminat nak dapatkan Set Senggugut ini? Serius, hubungi saya segera di 019 – 477 1733 (Norhanita) serta dapatkan info lanjut dan konsultasi eksklusif. Biar faham dan puas hati baru beli.

 

– Hubungi Segera –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Cash On Delivery : Kulim Kedah dan kawasan sekitarnya

Penghantaran Melalui Poslaju : Ke Seluruh Malaysia, termasuk Sabah Sarawak

Penghantara Melalui e-Parcel : Ke Seluruh Dunia

 

Facebook Comments:
Cara Menghilangkan Senggugut Dengan Cepat Tanpa Pain Killer

Leave a Reply

Your email address will not be published.