Bagi ibu yang tidak biasa membuat susu perahan atau expressed breastmilk (EBM), anda mungkin susah hati dan tertanya-tanya bagaimana cara menyimpan susu perahan ibu yang betul.
Kita dah penat-penat mengepam, korbankan masa rehat, berjaga tengah-tengah malam, bangun awal pagi untuk mengepam susu. Tentulah kita tidak mahu susu itu rosak. Betul kan? Kalau rosak, tentu stress.
Selain itu, cara penyimpanan yang tidak betul juga boleh merisikokan bayi kita.
Bagi ibu yang bekerja dan bercadang hendak memberikan susu ibu secara eksklusif kepada bayi, ketahui cara menyimpan susu yang betul. Saya ada tips untuk anda.
Saya galakkan ibu untuk menyimpan susu di dalam botol atau bekas simpanan mengikut kuantiti yang bayi perlukan untuk sekali minum.
Ini untuk mengelakkan terjadinya pembaziran. Kerja ibu pun menjadi lebih mudah.
Bagi setiap susu yang ibu mahu simpan, pastikan ibu telah meletakkan label di bekas simpanan.
Antara maklumat penting yang ibu mesti tulis adalah tarikh perahan, masa perahan dan jumlah perahan.
Tak perlu beli Labeller yang mahal-mahal. Cukup dengan membeli marker dan sticker di kedai alatulis berhampiran rumah ibu.
Apa yang ibu perlu tahu, semasa proses pembekuan, susu akan mengembang. Jadi, tinggalkan sedikit ruang di dalam bekas agar bekas simpanan tidak pecah.
Susu perahan sebenarnya boleh dicampur hanya jika sela masa perahan tidak melebihi 24 jam.
Jika melebihi tempoh masa itu, elakkan mencampur susu yang baru diperah dengan susu yang sudah lama disimpan.
Pastikan suhu kedua-duanya sama, sebelum ibu mencampurkan susu perahan itu ya.
Simpan susu perahan di bahagian paling dalam peti ais. Tidak kira samada di bahagian bawah atau di bahagian beku.
Elakkan meletakkan susu perahan di pintu peti ais. Suhu dibahagian dalam lebih stabil berbanding di pintu peti ais.
Jika ibu telah mencairkan susu perahan, susu tersebut mesti dihabiskan mengikut waktu yang ditetapkan. Susu yang telah dicairkan tidak boleh dibekukan semula.
Inilah sebab mengapa saya sarankan ibu untuk menyimpan susu mengikut kuantiti yang bayi perlukan bagi sekali minum sahaja.
Susu perahan yang dipanaskan untuk diberi kepada bayi adalah untuk sekali guna sahaja. Susu yang tidak habis mesti dibuang. Elakkan dari memanaskan susu berulang kali.
Sebenarnya, terdapat 2 faktor yang kita perlu pertimbangkan apabila kita mahu membuat penyimpanan susu yang diperah iaitu:
Anda boleh rujuk jadual dibawah dan selaraskan penyimpanan susu perahan berdasarkan keadaan anda.
Semoga info ini membantu anda dan mampu memudahkan urusan anda. Selain itu, sekiranya ibu mempunyai masalah penghasilan susu yang sedikit, teknik power pumping ini pasti boleh membantu ibu.
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More
Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More
Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More
View Comments
Saya suka jadual simpanan susu artikal ini.
Sangat bermanfaat.
Nak menangis kalau susu banyak dalam peti, tup2 takde elektri
Salam Farah. Terima kasih singgah ke sini. Anyway jangan risau. Kalau terputus bekalan elektrik & noticable, boleh pindah simpanan susu EBM ke dalam cooler box. Boleh terus guna untuk penyusuan tanpa perlu dibuang. Cuma kena ingat, bila susu beku dah cair jangan dibekukan semula bila ada elektrik balik.