Psoriasis adalah masalah keradangan pada kulit dan berkaitan dengan gangguan sistem autoimun. Kira-kira 2 hingga 3 peratus penduduk Malaysia mengalami masalah psoriasis termasuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Kulit akan menjadi bersisik dan berkerak tebal di kebanyakan bahagian tubuh badan terutamanya di kaki, bawah punggung, lutut, siku, tangan dan kulit kepala.
Tiada punca utama secara spesifik dapat dikesan setakat ini tentang mengapa penyakit psoriasis boleh berlaku kepada individu.
Baca Juga >> 7 Masalah Kulit Pada Bayi & Cara Atasinya
Namun, faktor-faktor berikut adalah antara yang dikenalpasti secara umum sebagai penyumbang kepada terjadinya psoriasis:
Rawatan mengatasi psoriasis bergantung kepada:
Setiap jenis rawatan psoriasis adalah berbeza bagi individu pesakit psoriasis. bergantung kepada tahap penerimaan pesakit terhadap rawatan, jika reaksi psoriasis lebih buruk, mungkin kaedah rawatan terpaksa ditukar atau dihentikan sementara.
Antara rawatan psoriasis yang biasa dilakukan termasuklah penggunaan krim sapu pada kulit, preskripsi ubat-ubatan tertentu dan terapi cahaya.
Meskipun masih tiada cara yang berkesan untuk sembuh dari psoriasis, masih terdapat cara untuk mengawal simptom-simptom ringan psoriasis.
Berikut adalah 9 cara untuk mengawal simptom psoriasis ringan yang boleh di buat hanya dari rumah:
Amalkan pengambilan suplemen untuk mengurangkan simptom psoriasis secara nutrisi dari dalam.
Minyak ikan omega-3, vitamin D, milk thistle (tumbuhan herba), aloe vera, anggur oregon dan EPO dikenalpasti antara yang boleh meredakan simptom ringan psoriasis menurut National Psoriasis Foundation.
Ia boleh didapati secara terus atau dalam bentuk suplemen. Namun perlukan nasihat dan saranan pakar dermatologi sebelum pengambilan bagi mengelak kesan awal psoriasis menjadi lebih buruk. Ia bergantung kepada tindakbalas penerimaan individu.
Gunakan perkakasan pelembab udara (humidifier) di dalam rumah. Ia boleh mengawal kelembapan udara persekitaran yang boleh menyebabkan kulit kering.
Penggunaan krim pelembab untuk kulit sensitif atau moisturizer juga baik untuk mengekalkan kelembapan kulit. Ia boleh mengelakkan atau melambatkan pembentukan plak (kulit tebal, bersisik atau berkeruping).
Minyak zaitun dan minyak kelapa juga baik untuk kulit. Boleh jadikan sapuan untuk mengekalkan kelembapan kulit lebih lama. Disamping kaya dengan vitamin E yang mesra untuk kulit.
Kebanyakkan sabun wangi dan minyak wangi mengandungi dye atau bahan kimia yang boleh menyebabkan iritasi kulit.
Memang untuk mewangikan badan tetapi pada masa sama juga menyebabkan simptom psoriasis menjadi lebih teruk.
Jangan guna produk sembarangan atau boleh pilih yang sesuai untuk kulit sensitif. Elak gunakan pada kawasan kulit yang terdedah kepada psoriasis.
Setiap individu mempunyai karakter psoriasis yang mungkin tidak sama berkaitan dengan alahan makanan tertentu.
Fahami situasi alahan kulit anda. Elakkan daging merah dan snek berlemaka atau apa sahaja makanan yang boleh mencetus psoriasis.
Pilih makanan yang sesuai dan sihat seperti buah-buahan dan sayuran, ikan (yang tidak mendatangkan alahan), biji-bijian, kekacang yang kaya dengan omega-3 untuk mmengurangkan keradangan.
Mandian hangat air suam bercampur garam epsom, minyak zaitun, herba dan sebagainya boleh membantu meredakan kegatalan dan melegakan kulit.
Gunakan pelembab kulit selepas mandi boleh menambahkan kesan baik pada kulit terjejas.
Simptom psoriasis kadang kala ringan dan kadang kala tiba-tiba boleh menjadi berat bila sampai masanya yang tertentu.
Menahan diri dari kegatalan atau tidak menggaru kulit terjejas psoriasis sering meningkatkan tahap stress.
Pada tahap ini, kesedaran dan kesabaran serta bijak mengawal situasi mungkin boleh menyelamatkan keadaan dan meredakan gangguan emosi. Berkongsi masalah dan maklumat dengan rakan-rakan psoriasis lain dalam Persatuan Psoriasis Malaysia mungkin boleh membantu.
Merokok sememangnya memberikan lebih banyak kesan negatif kepada individu. Merokok boleh menjadi sebab ubat atau nutrisi pemakanan yang baik untuk mengawal psoriasis tidak dapat diserap dengan sempurna.
Merokok juga boleh menyebabkan kulit menjadi mudah kering kerana mengurangkan keberkesanan vitamin C dalam badan.
Sejenis herba masakan yang sangat mudah dijumpai di dapur rumah. Ia dikenal pasti mujarab untuk mengurangkan kerengsaan kulit akibat psoriasis.
Kunyit boleh diambil sebagai campuran dalam masakan atau dalam bentuk pil suplemen. Namun kesannya mungkin tidak sama bagi individu berlainan yang menhidapi penyakit psoriasis.
Sukar untuk menyatakan cara mana satu yang lebih sesuai untuk menangani masalah psoriasis bagi setiap orang. Mungkin ya, untuk orang tertentu tetapi mungkin langsung tidak memberi kesan kepada orang lain.
Rujuk dan berbincang dengan doktor atau pakar dermatologi terlebih dahulu adalah lebih baik. Biar mereka mendiagnosis masalah psoriasis dengan lebih teliti sebelum anda bertindak untuk menanganinya sendiri ketika di rumah.
Baca Juga >> Cara Atasi Ekzema Untuk Bayi Yang Masih Menyusu
Jika anda ingin mendapatkan nutrisi secara suplemen untuk menangani masalah psoriasis dari dalam, kita boleh cuba beberapa suplemen daripada Shaklee seperti berikut.
Ia dikelaskan khas dalam Set Lengkap Psoriasis dengan fungsi dan manfaatnya tersendiri.
Set Lengkap Psoriasis mengandungi :
Usah biarkan diri anda terus murung dibelenggu masalah psoriasis. Hubungi saya segera untuk mendapatkan set lengkap di atas dan dapatkan konsultasi eksklusif apabila anda membuat belian dengan kami. Inshaa Allah saya akan bantu sebaiknya.
Hubungi:
Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer
SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733
Email:
sales@yourfabulousmama.net
Shaklee ID:
866451
Vitamin E adalah sejenis antioksidan yang sangat penting untuk kesihatan tubuh badan manusia. Selain vitamin… Read More
Hari ini saya nak berkongsi satu masalah yang biasa dialami oleh ibu hamil iaitu sembelit.… Read More
Assalamualaikum, Hai semua. Semoga sihat dan dalam rahmat Allah sentiasa. Pagi ni Allah gerakkan hati… Read More
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hai semua. Lama rasa saya tak update blog ni. Bukan dah… Read More
Assalamualaikum Hai semua. Hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua makanan penambah tenaga ibu… Read More
Diet Secara Sihat Dengan Cinch Shake 10 MINGGU DIET, CAPAI BMI NORMAL, TURUN 12 KG… Read More
View Comments
thanks for sharing
Sama-sama Cik Puan Intan singgah ke sini.
hai. Jikalau saya menggunting rambut saya, apakah kesan yang akan berlaku kepada saya? Saya memohon untuk reply semula message ini.
Salam En Fairul. Adakah encik mengalami psoriasis pada kulit kepala? Jika menggunting boleh menyebabkan tuan mengalami masalah yang teruk, boleh berbincang dengan tukang gunting untuk cara dan potongan rambut yang sesuai.
Lazimnya memotong rambut tidak memberi kesan kepada masalah psoriasis. Bergantung kepada individu yang mengalami psoriasis juga, sesetengah orang akan mengalami stress dan sakit kepala. Jadi, tuan boleh memilih kedai gunting rambut yang sesuai atau yang tuan biasa pergi dan senang dengan mereka.
Terima kasih.
Hai. Sebenarnya saya berumur 14 tahun, dan saya juga dikehendaki oleh cikgu saya untuk menggunting rambut saiz no. 2. Bolehkah saya membotakkan rambut?
Salam Adik Fairul. Jika ingin membotakkan kepala atau mencukur rambut yang ada masalah psoriasis di kepala, adik perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Jika tidak terlalu bermasalah atau sekadar masalah minor, tidak menyakitkan dan pernah melakukannya sebelum ini tidak mengapa.
Jika psoriasis berada di tahap kritikal atau kulit kepala terlalu sensitif, perlukan cadangan dan pandangan doktor terlebih dahulu. Hanya pergi ke mana-mana klinik dan buat rujukan kepada doktor tentang masalah adik. Itu lebih baik.