Suami saya dah 2 tahun menghidap penyakit penapis buah pinggang bocor atau Nephrotic Syndrome dan walaupun terpaksa bergantung dengan ubat semata-mata, keadaannya masih sama. Suami saya sering menangis mengenangkan nasib yang menimpanya. Apakah yang perlu saya lakukan?

Di dalam buah pinggang kita terdapat penapis halus yang bernama “Glomeruli“. Ia berfungsi untuk menghalang albumin (sejenis protein) dari keluar ke dalam air kencing.

Apabila glomeruli ini telah rosak atau bocor, lebih daripada 3 gram protein akan terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari (dipanggil proteinuria).

Keadaan ini akan menyebabkan badan mula kehilangan banyak protein yang sangat penting untuk sistem tubuh (kebocoran protein).

Masalah ini dinamakan Nephrotic Syndrome atau Penapis Buah Pinggang Bocor.

atasi masalah penapis buah pinggang bocor

Punca Kepada Nephrotic Syndrome

Penyebab kerosakan glomeruli pada pesakit penapis buah pinggang bocor kebanyakannya sukar untuk dikenalpasti. Namun antara penyebab yang biasa adalah disebabkan oleh jangkitan kuman dalam darah seperti sifilis, autoimun seperti Systemic Lupus Erythematosus (SLE), penyakit darah sejak lahir seperti sickle cell disease dan kencing manis.

Baca Juga :  Awas! 9 Tabiat Merosakkan Buah Pinggang Yang Orang Kita Selalu Suka Buat

Komplikasi yang mungkin akan berlaku akibat daripada masalah ini termasuklah:

  • Pembesaran kanak-kanak terbantut dan mereka perlu dimasukkan ke dalam hospital sehingga sembuh
  • Antibodi badan akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pesakit mudah diserang jangkitan kuman sehingga boleh membawa risiko maut
  • Air yang terkumpul di selaput paru-paru dan tisu badan boleh menjadi tempat pembiakan kuman yang meningkatkan risiko jangkitan paru-paru
  • Kegagalan buah pinggang peringkat akhir di mana ia tidak dapat lagi berfungsi dengan baik
  • Darah menjadi lebih pekat akibat kehilangan banyak air yang boleh menyebabkan salur darah bengkak (edema) seperti pada kaki, sekitar mata dan muka, atau pada bahagian perut.
  • Kebergantungan kepada ubat seperti steroid yang perlu diambil, dan mungkin akan memberi banyak kesan sampingan.
  • Hati pula akan mula menghasilkan lebih banyak lemak di dalam darah.

Simptom atau Gejala Nephrotic Syndrome

Gejala yang biasa dikenalpasti bagi penghidap penapis buah pinggang bocor ini adalah :

  • Berasa lemah dan tidak bermaya
  • Kencing berbuih-buih
  • Mata dan muka kelihatan bengkak pada waktu pagi setelah bangun dari tidur
  • Kaki kelihatan bengkak pada waktu petang
  • Perut kembung
  • Sakit perut
  • Cirit birit
Kencing Berbuih
Sample air kencing berbuih (bubbly/foamy urine)

Baca Juga :  9 Tanda Awal Sakit Buah Pinggang Yang Perlu Kita Tahu

Apa Perlu Buat Jika Anda Mengalami Simptom-Simptom Nephrotic Syndrome?

Menjawab persoalan di atas juga, saya syorkan anda supaya segera berjumpa dengan doktor pakar perubatan mengenai penyakit ini.

Diagnosa masalah kesihatan anda bersama pakar perubatan akan memberi ruang untuk mengenalpasti penyakit yang berlaku ke atas diri anda dan untuk mendapatkan rawatan susulan serta pemerhatian berterusan dari pakar.

Berikut adalah antara kaedah rawatan yang mungkin anda perlu ambil:

  • Ubat steroid (prednisolone) diberikan mengikut berat badan sehingga tiada lagi protein di dalam air kencing. Kemudian dose ubat akan dikurangkan sedikit demi sedikit
  • Ubat kencing akan diberikan sekiranya muka dan badan bengkak air sehingga boleh mengancam nyawa.
  • Protein albumin akan dimasukkan kedalam salur darah jika perlu
  • Antibiotik akan diberikan sekiranya terdapat jangkitan
  • Menjaga diet dalam pemakanan seharian iaitu mengurangkan pengambilan garam mengawal pengambilan air (untuk kes edema yang teruk)
  • Memastikan pengambilan kalori dan protein yang baik dalam diet seharian.
Baca Juga :  Pesakit Penapis Buah Pinggang Bocor (Nephrotic Syndrom) Berjaya Elak Biopsi

 

Facebook Comments:
Cara Merawat Penapis Buah Pinggang Bocor Supaya Tidak Kerap Letih

8 thoughts on “Cara Merawat Penapis Buah Pinggang Bocor Supaya Tidak Kerap Letih

  • December 3, 2015 at 6:04 pm
    Permalink

    Dengarnya seperti tidak kritikal kan.
    Penapis buah pinggang bocor adalah bahagian kecik tetapi memnag menggangu keseluruhan sistem badan.

    Reply
    • December 3, 2015 at 6:16 pm
      Permalink

      Tak kena lagi kita tak tahu rasanya macamana. Mungkin ia dah datang tapi tidak disedari. Allahuakbar, mohon dijauhkan.

      Reply
  • August 21, 2017 at 11:47 pm
    Permalink

    Sy lin..baru2 sy dapati doktor mngesahkn buah pinggang sy ada sedikit kebocoran..jd sy nk tau berkenaan produk ni..

    Reply
    • August 21, 2017 at 11:50 pm
      Permalink

      Salam Puan Alin. Puan boleh hubungi saya segera Call|SMS|Whatsapp : 019 477 1733. Terima kasih.

      Reply
  • September 27, 2017 at 2:55 pm
    Permalink

    boleh ke perempuan mengandung yg ada masalah protienuria guna vivix?

    Reply
    • September 29, 2017 at 11:54 pm
      Permalink

      Assalamualaikum Puan Ana. Wanita mengandung tidak digalakkan untuk mengambil Vivix. Begitu juga bagi kanak-kanak dan ibu menyusu.

      Buat masa ini puan boleh kawal pemakanan dan dapatkan nasihat doktor tentang masalah kebocoran protein untuk langkah keselamatan. Rujuk pemakanan yang sesuai untuk masalah buah pinggang dan perkembangan bayi.

      Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut, sekian terima kasih.

      Reply
  • April 6, 2018 at 4:14 pm
    Permalink

    Berapa harga dan dimana boleh mendapatkannya di Brunei?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.