1 2
Tips IT

Cara Mudah Pasang Google AMP pada Website Untuk Kepantasan Loading Yang Luarbiasa

Nak cuba pasang Google AMP pada website? Nak tahu cara mudah pasang AMP? Sila ikuti tutorial ringkas ini.

Apa itu Google AMP?

Google AMP adalah singkatan kepada Accelerated Mobile Pages.

AMP adalah satu platform yang sedang dibangunkan oleh Google untuk memudahkan konten website dapat dibuka dengan lebih pantas oleh capaian pengguna telefon (mobile user).

Hari ini, hampir 60% pengguna internet mencari hasil carian di google search engine menggunakan telefon pintar (mobile). Option lainnya melalui tablet dan desktop/laptop.

Masa adalah sangat berharga. Oleh itu, pengguna tidak mempunyai banyak masa untuk menunggu tempoh loading sesebuah website untuk memaparkan keseluruhan kontennya.

Jika sebelum ini Google mengalakkan supaya setiap website itu mobile friendly, tetapi kini ia dipertingkatkan lagi dengan kehadiran aplikasi Google AMP.

Kuncinya, AMP menggunakkan hanya sedikit penggunaan html dan javascript pada website. Jadi konten website akan menjadi sangat ringan dan pantas dibuka.

Konten website ini dihostkan pada Google AMP Cache atau mudahnya sama seperti hosting website kita. Cuma ia hanya untuk konten sahaja.

Ikuti dahulu penerangan ringkas kenapa AMP adalah keperluan penting website hari ini oleh team AMP Project berikut:

 

 

Tutorial Cara Pasang AMP Pada Website

Sebelum berangan-angan nak pasang AMP pada website anda, perhatikan keperluan ini:

  1. Website anda menggunakan platform CMS WordPress
  2. Anda adalah administrator kepada Website anda sendiri
  3. Desktop untuk kerja install & setting yang lebih praktis
  4. Mobile (telefon) untuk lihat hasil AMP website anda

Langkah 1: Install Plugin

  1. Install plugin AMP by Automattic dan activate.

AMP Plugin

 

  1. Install plugin Accelerated Mobile Pages Plugin by Ahmed Kaludi dan activate.

 

  1. OK, siap. AMP sudah tersedia pada website anda. Jika anda ingin preview atau styling AMP, boleh ikuti langkah-langkah seterusnya.

Langkah 2: Preview AMP Pages

  1. Anda boleh pergi ke mana-mana published artikel anda dan preview sebagai AMP dengan tambahan /amp/ pada hujung URL.

Contoh: http://websiteanda.com/post-artikel/amp/

Hasil previewnya lebih kurang seperti berikut.

atau

  1. Akses ke Dashboard >> Appearance >> AMP . Lihat pada preview yang disediakan.

Jika ingin lakukan simple styling, boleh klik panel AMP >> Design

 

Lebih custom styling pada langkah seterusnya.

Langkah 3: Styling AMP Pages

Pergi ke Admin Dashboard >> AMP >> Getting Started

 


atau

Dashboard >> Plugins >> Accelerated Mobile Pages >> Setting

Anda boleh buat custom styling menggunakan option tab yang disediakan. Explore satu persatu sebaik mungkin. Tekan ‘Save Changes’ pada setiap option perubahan yang dilakukan.

 

Langkah 4: Lihat hasil AMP pages anda pada hasil carian Google Search

OK, dalam step ini WAJIB kena gunakan mobile phone. Tak ternampak AMP icon pada carian Google melalui desktop.

Gunakan mana-mana keyword yang anda guna pada website anda dan carikannya pada browser google search. Taipkan seperi berikut.

website:keyword

Contoh: websiteanda.com:cantik

Jika tanda petir atau lightning bolt ada pada awalan meta-description pages anda, maknanya Google AMP sudah sedia untuk paparan carian pengguna mobile.

Tiada AMP icon? Sabar, mungkin masih terlalu awal, berikan 1 hari untuk Google lakukan site index pada website anda. Mungkin perlukan beberapa hari untuk keseluruhan website anda untuk take effect.

Live Google Analytics: AMP meningkatkan trafik kerana hampir 90% pelawat adalah daripada pengguna mobile di yourfabulousmama.net pada waktu puncak.

Chill! Semoga Berjaya.

Macamana Nak Tahu Trafik dari Google AMP?

Antara kelemahan pemasangan AMP ialah kehilangan trafik. Bukan! bukan sebab orang lari dari website kita. Bahkan trafik sepatutnya bertambah-tambah selepas pemasangan AMP.

Cuma, kebanyakkan trafik ini tidak direkodkan atau synchronize dalam kebanyakan plugin statistik. Rekod trafik daripada Google AMP lebih mudah dilihat melalui statistik Google Analytics.

Untuk register trafik AMP ke dalam Google Analytics (GA) kita hanya perlu masukkan Google Analytics ID ke dalam Plugin AMP seperti berikut:

Langkah 5:

5.1. Buka akaun Google Analytics >> Klik tab Admin >> Tetapkan nama website dibawah tab Account >>   Klik tab .js Tracking Info >> Klik tab Tracking Code >> “Copy” kod Tracking ID

5.2: Pergi ke AMP Plugin pada Dashboard WP >> Klik tab Analytics >> “Paste” Tracking ID yang telah di “Copy” tadi >> Klik butang Save Changes

 

Hasilnya boleh dilihat secara “Live” dalam akaun Google Analytics anda >> tab Reports >> Real-Time >> Overview seperti dalam rajah Live Google Analytics di atas

 

NEXT >> Cara Setup FB Instant Article pada Website

Facebook Comments:
Cara Mudah Pasang Google AMP pada Website Untuk Kepantasan Loading Yang Luarbiasa

View Comments

  • Memang bagus fungsi AMP ni.. Loading pun cepat, visitor tak sempat nak tunggu page dah full loading.

    AMP ni hanya untuk wordpress saja? Untuk blogspot ada tak?

    • salam En/Pn Dedaun yang sangat comel. Ya kecepatan loadingnya sangat luarbiasa. Mengikut AMP project, setakat ni Google AMP hanya available untuk website Wordpress dan beberapa CMS lain.

      Tetapi untuk Google AMP Blogger/Blogspot mungkin boleh refer website ini sebagai rujukan : https://amprandom.blogspot.my/p/amp-blogger.html

  • kalau ada keterangan eror di google webmaster knp ya gan setelah instal plugin AMP AUTOMATTIC?

    • Terima kasih Tuan Yusep kerana datang ke sini. Memang normal ada error pada google webmaster / google search console pada keterangan AMP. Boleh drill down & lihat detail masalahnya di situ. Kemudian cuba fix.

  • Terima kasih atas tutorial ini.
    Memang saya sedang mencari panduan amp dalam bahasa melayu.

    Sangat jelas dan mudah penerangan tuan!

    • Alhamdulillah. Ilmu yang sedikit kita kongsikan bersama. Jika saya salah betulkan; jika tuan ada masalah beritahu saya. Inshaa Allah akan diikhtiarkan. hidup saling memberi. Terima kasih datag kemari, semoga bermanfaat.

  • Alhamdulillah, sangat bermanfaat

    • Salam Tuan Ruslan. Terima kasih & selamat berjaya.

  • errr.. dah try google guna amp ni iklan adsense tak keluar ehh.. so maksudnya earning kita akan kurang la sekiranya guna amp ni..

    • Salam Tuan Feroz. Boleh letak adsense dalam amp ni. Refer tutorial dari page ampforwp ini.

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

4 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

4 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago