Kesihatan

8 Cara Nak Tambah Berat Badan Dengan Cepat dan Berkesan Bagi Mereka Yang Terlalu Kurus. Nombor 8 Paling Penting

Ada orang tubuh dia slim-slim aje, nampak fit dan sedang-sedang sesedap mata memandang. Ada orang badan tegap dan sado (ini lelaki la terutamanya).

Ada orang tahap gempal atau gemuk gedempol orang kata. Ada orang yang terlajak gemuk atau disebut obesiti yang serius.

Tapi perasan tak ada orang yang badannya kurus kering. Makan macam orang biasa atau lebih ganas lagi, tapi bila timbang jarum tak berubah sesenggat pun dari sebelumnya.

Kalau ikut mulut orang takde insuran, mesti diorang kata:

Dia ni aku rasa ada membela ni. Jin apa la duduk dalam badan dia agaknya. Orang makan sepinggan dia makan dua pinggan. Tapi badan kurus kering je aku tengok.

Ok, ini memang pelik sebab kebanyakkannya memang menjadi tanggapan biasa orang Melayu kita – mistik. Bukan tidak benar, cuma ia lebih kepada easy assumption atau pendapat mudah sahaja. Ye ke tidak?


Kategori Individu Mengikut Berat Badan Semasa

Setiap orang ada bacaan berat tubuh masing-masing. Begitu juga dengan ketinggian.

Dalam bidang kesihatan, kedua-dua bacaan ini digunakan untuk menentukan indeks jisim tubuh atau BMI individu tersebut.

Anda dikira kurang berat badan (underweight) jika BMI = < 19

Anda dikira normal (BMI Normal) jika BMI = 19 – 25

Anda dikira berlebihan berat badan (overweight) jika BMI = 25 – 30

Anda dikira tahap obes (obesity) jika BMI = > 30

Mesti Kira! >> Kira BMI Anda Guna Kalkulator

Macamana Ada Orang Boleh Jadi Terlalu Kurus

Ramai pakar kesihatan mengatakan bahawa, ada sesetengah individu yang didapati terlalu kurus walaupun tabiat pemakannya seperti orang biasa.

Rata-ratanya mengatakan ia disebabkan oleh faktor gen (bukan jin).

Kajian menunjukkan, orang yang mempunyai salinan tambahan gen tertentu lebih cenderung untuk menjadi sangat kurus. 1 dalam 2000 orang,  Sebahagian daripada kromosom-16 akan berduplikasi, menjadikan lelaki 23 kali ganda dan wanita 5 kali ganda lebih cenderung untuk mengalami masalah kurang berat badan.

Order Set Tambah Berat

Sesetangah yang lainnya pula mengatakan pola kurang berat badan ini dikaitkan dengan masalah kesihatan tertentu. Antaranya:

  • Simptom Kwashiorkor : Masalah kekurangan zat makanan
  • Obses kepada diet : Terlalu mengawal diet pemakanan sehingga memberi kesan buruk seperti hilang selera makan, kemurungan, masalah usus & perut, edema dan pertumbuhan terjejas.
  • Anorexia Nervosa : Sindrom penyakit tidak mahu makan kerana takut gemuk. Sanggup menahan makan kerana berfantasi masih tidak lagi cukup kurus walaupun dah terlalu kurus. Ini dikategorikan sebagai masalah mental.
  • Penyakit Kronik: Penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, kanser, tuberkulosis, HIV/AIDS dan sebagainya menghalang diet biasa pemakanan. Banyak pantang larang pemakanan perlu diikuti supaya tidak memburukkan lagi kondisi penyakit.
  • Pertumbuhan Terbantut (Fail To Thrive – FTT) : Terjadi pada fasa pertumbuhan awal kanak-kanak. Mereka dikatakan gagal untuk mencapai berat badan seperti yang dijangkakan sepatutnya pada usia tertentu atau kadar pertambahan ketinggian yang lemah..
  • Pyloric Stenosis :  Terjadi kepada bayi kecil dimana bukaan perut ke usus yang terlalu sempit sehingga menyekat perjalanan makanan ke usus kecil.

Baca Juga >> 9 Tips Menaikkan Berat Badan Secara Sihat

Adakah Terlalu Kurus Itu Satu Masalah?

Secara umumnya di Malaysia, perkadaran orang yang berlebihan berat badan adalah lebih signifikan berbanding orang yang kekurangan berat badan atau terlalu kurus.

Buktinya boleh dilihat secara mudah hanya disekeliling kita sama ada dalam kalangan keluarga atau kumpulan rakan-rakan kita sendiri.

Namun, adakah ia suatu petanda masalah?

Terlalu kurus tidak menjadi suatu masalah jika anda tidak mengalami apa-apa tanda masalah kesihatan tententu. Anda hanya perlu menikmatinya memandangkan ramai yang lain pula sangat mengidam-idamkannya.

Anda juga tidak bermasalah untuk terlalu kurus jika anda bukan seorang perokok. Merokok adalah satu cara yang salah untuk kurus.

Namun, adalah lebih baik untuk kita cuba untuk mencapai berat badan ideal atau tahap BMI Normal. Itu lebih penting.

Kerana ia lebih menunjukkan yang kita sihat dan fit dari segi bacaan-bacaan kesihatan seperti kolesterol, tekanan darah, bacaan gula dan lain- lainnya.

Ia juga membawa petunjuk risiko yang lebih minimum untuk kita menghadapi pelbagai masalah kesihatan kronik yang banyak terjadi di masa sekarang.

Tips Tambah Berat Badan yang Anda Patut Cuba

Ok, kita tolak dua penyebab masalah kurang berat badan yang melibatkan kanak-kanak dan orang berpenyakit kronik. Kita fokus kepada orang dewasa yang normal sahaja.

Untuk kanak-kanak boleh rujuk artikel ini untuk mengatasi masalah kekurangan berat badan. Bagi yang berpenyakit kronik (biasanya dalam kawalan doktor di hospital), ikuti pemantauan dan nasihat doktor adalah lebih baik.

Ini Khas untuk orang yang ada masalah terlalu kurus atau kurang berat badan; dan berhasrat ingin menambah berat badan.

Ini tips-tips yang sesuai untuk anda boleh cuba dan amalkan:

#1 : Ambil Lebih Kalori Berbanding Biasa 

Pengambilan kalori biasa anda sebelum ini habis hanya untuk aktiviti biasa pembakaran kalori dalam tubuh. Anda tidak sempat untuk menyimpan tenaga lebihan sebagai lemak dan membina otot.

Jadi, tambahkan sedikit jumlah keperluan kalori dalam pemakanan seharian anda. Ia adalah kaedah Calorie Surplus (kalori masuk > kalori keluar). Kalori masuk ialah jumlah kalori daripada sumber diet yang anda makan. Kalori keluar ialah kalori yang dibakar dalam tubuh.

Video Infografik Kalori Makanan Pelbagai jensi Nasi Kegemaran Rakyat Malaysia

Berapa banyak kalori kita guna setiap hari? Kira anggaran penggunaan kalori dengan Kalkulator Kalori Online ini.

Katakan kalori yang anda gunakan setiap hari ialah 3000.

Jika ingin tambah berat badan secara sederhana, boleh tambah 300 hingga 500 kalori daripada jumlah tersebut. Jika nak lebih cepat,boleh tambah dalam julat 700 hingga 1000 kalori.

Tapi harus di ingat, pengambilan kalori perlu sesuai dengan aktiviti. Senaman adalah menjadi keperluan untuk menjayakan misi ini dengan sihat.

Kita seharusnya membina lebih otot berbanding lemak jika tidak mahu terjerumus dalam kategori orang berlebihan berat badan.

Mesti kira! >> Cara Mudah Kira Kalori Secara Online

#2 : Ambil Lebih Protein

Salah satu cara untuk tambah berat badan dengan sihat ialah dengan ambil lebih protein.

Protein sangat diperlukan oleh tubuh untuk membina tisu dan otot. Tetapi, tanpa tambahan pengambilan kalori #1 di atas, ia mungkin berakhir dengan menjadi stok lemak berlebihan di dalam tubuh.

RDA (Recommended Dietary Allowance) mencadangkan pengambilan protein bagi individu biasa ialah sebanyak 0.8 gram bagi setiap kilogram berat tubuh.

Untuk anda yang terlebih kurus, cuba ambil 1.5 gram atau lebih protein berbanding individu biasa. Contoh berat anda 45 kg, jadi 67 g protein anda perlukan setiap hari untuk menambah berat badan.

Sumber tinggi-protein boleh diambil daripada daging, ikan, produk tenusu, kekacang, soya dan macam-macam lagi. Boleh juga diambil daripada suplemen protein terbaik.

#3 – Jangan Skip Waktu Makan

Misi tambah berat badan tidak sama dengan misi turunkan berat badan.

Jangan hadkan pengambilan diet karbo dan lemak, sesuaikan dengan jumlah kalori yang anda sangat diperlukan. Juga jangan skip waktu makan.

Lebih baik disekalikan dengan kombinasi protein – karbohidrat – lemak dalam diet harian. Ambil 3 kali sehari dan selang selikan dengan snek sihat tambahan yang menyihatkan jika perlu.

#4 – Pilih Makanan Yang Padat Dengan Tenaga Tetapi bukan Junk Food

Mengambil makanan yang padat dengan tenaga (energy dense food) atau kalori dalam satu hidangan amat penting dalam misi tambah berat badan.

Masalah ini biasanya tidak lari dengan pilihan pelbagai makanan segera (junk food) yang tidak cukup kalori dan tidak menyihatkan.

Buang option pilihan ini, ambil snek yang lebih sihat seperti:

  • Buah-buahan kering : Kurma, buah tin kering, kismis, buah prun dan sebagainya.
  • Kekacang : Kacang badam, walnut, kacang cerdik (pistacio), kacang gajus dan sebagainya.
  • Produk Tenusu : Susu segar, yogurt, keju dan sebagainya
  • Bijirin : Roti whole grain, biskut bijirin, oat, beras perang dan sebagainya
  • Ubi keledek: Keledek putih, keledek merah, ubi kentang dan keladi
  • Minyak & Lemak: Minyak zaitun, minyak ikan omega-3 dan minyak avocado.

#5 : Makan Sedikit Tetapi Kerap

Anda mungkin mengalami masalah kurang selera makan atau kerap terlupa waktu makan.

Untuk atasi masalah ini, anda boleh mengambil portion makanan yang sedikit tetapi kerap. Bawa makanan bersama anda jika perlu.

Elakkan junk food, tapi pilih makanan yang lebih sihat, kaya dengan protein, padat dengan tenaga dan cukup nutrisi.

#6 :  Kerap Amalkan Senaman

Senaman dapat membantu membakar kalori untuk pembentukan otot. Lakukannya sebagai rutin 4 – 5 kali seminggu.

Kita tidak mahu kumpul lemak-lemak berlebihan di dalam tubuh, tapi kita mahu tubuh kita fit dengan otot semasa proses menambah berat badan.

Selepas bersenam, ambil semula kalori tambahan seperti dalam tips #1 untuk menggantikan kalori yang telah hilang. Begitulah seterusnya untuk menambah berat badan secara sihat.

#7 : Ikut Panduan Piramid Makanan

Makan dengan portion dan cara yang betul. Piramid makanan dapat membantu perkara ini.

Kurangkan pengambilan gula, lemak dan minyak dalam makanan. Tumpukan kepada sumber kalori, protein, vitamin dan karbohidrat sihat.

Ingat! kita ingin tambah berat badan yang terlalu kurus itu dengan cara yang sihat, kan? Kalau boleh, amalkan diet #sukusukuseparuh.

#8 : Ambil Vitamin & Suplemen Tambahan

Vitamin dan suplemen adalah salah satu cara untuk menaikkan berat badan secara cepat dan berkesan.

Ia dapat membantu memenuhi lompong-lompong nutrisi yang tertinggal akibat masalah yang dialami akibat kekurangan berat badan.

Namun, masalah kurang selera makan sering menggagalkan misi ini. Sukar untuk mendapatkan jumlah kalori tambahan yang sangat diperlukan.

Vitamin Untuk Tambah Berat Badan

Berikut adalah 3 suplemen vitamin yang utama untuk membantu anda yang terlalu kurus supaya dapat menaikkan berat badan dengan sihat.

1 – Meal Shakes

  • Minuman berkhasiat, sedap dan berkrim serta sumber yang kaya dengan vitamin, mineral, kalsium, serat dan protein.

2 – Vita-Lea

  • Sejenis multivitamin yang mengandungi 28 jenis vitamin & mineral sebagai keperluan utama harian bagi orang dewasa.
  • Ia membekalkan nutrisi asas penting yang sangat diperlukan oleh sel bagi menyokong kesihatan tubuh disamping membekalkan tenaga segera bagi mereka yang selalu letih dan ingin menambah berat badan.

3 – Vitamin B Complex

  • Setiap tablet B-Complex mengandungi 8 jenis vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12 dan Biotin. Sangat baik untuk setiap individu dewasa, terutama wanita termasuk mereka yang sedang menaikkan berat badan sihat.
  • B-Complex dapat membantu mengawal kadar metabolisma badan, mempertingkatkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, mengawal tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Saya Nak Order Set Tambah Berat

Apa Kata Seorang Doktor

Apa Kata Pengguna

Ramai yang telah mencuba dan merasai kesannya. Anda bila lagi?

Order

Jika anda terlalu kurus dan tiada selera makan, segera hubungi saya untuk mendapatkan Set Lengkap Tambah Berat Dewasa ini.

Pastikan anda dapatkannya daripada kami di yourfabulousmama.net. Pengalaman kami dengan shaklee sejak 2011 insya Allah menjadikan kami mempunyai pengalaman yang luas untuk membantu anda mendapatkan kesan yang optimum. Sayang duit kalau beli mahal-mahal tapi tak tahu cara pengambilan yang betul dan anda tidak mendapat kesan yang sepatutnya.

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

Direct Link Whatsapp (Klik):

019-4771733

Shaklee ID:
866451

Tanya Kami Tentang Ahli Untuk Lebih Penjimatan

Facebook Comments:
8 Cara Nak Tambah Berat Badan Dengan Cepat dan Berkesan Bagi Mereka Yang Terlalu Kurus. Nombor 8 Paling Penting

View Comments

  • Salam bos... Sya nak tnya... Untuk pengambilan suplemen tu.. Sya dh ambil dlm masa 2 bulan.. Tpi slepas sya berhenti menggunakan suplemen tersebut berat badan saya telah turun secara mendadak... Apakah tindakan lain yang perlu sya ambil.. Untuk menaikan smula berat badan sya ini.

    • Waalaikumsalam Tuan Mohamad Syahiran. Kes tuan memang unik, sebab sukar nak orang nak turun berat badan berbanding naik berat badan secara mendadak. Tuan dikira tidak bermasalah jika memang semulajadi mempunyai tahap metabolisma yang tinggi secara semulajadi dan tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan seperti masalah tiroid, kencing manis yang masih minoriti atau lain-lainnya.

      Sebaiknya, teruskan suplemen yang tuan ambil kerana tuan perlukan sumber protein untuk menaikkan berat badan. Disamping itu, perbaiki diet pemakanan. Jangan takut ambil lebih kalori, makan kerap 3 atau 4 jam sekali (awas diet gula dan garam), amalkan senaman untuk bina otot (untuk kekalkan berat dalam bentuk otot) dan jika tuan ada masalah kesihatan, sila rujuk kepada doktor berkenaan masalah tuan.

      Saya tidak pasti tuan beli suplemen daripada siapa, tetapi jika berminat untuk terus dengan suplemen (sebagai sokongan tambah berat badan), boleh hubungi kami untuk tips & konsultasi lanjut. Terima kasih.

  • Salam ... supplement ape yg boleh gemukkan badan ya ?? Boleh bagi pendapat .. berat badan saya 43 kg jew ... sedihhhh ...

    • Salam Atia Nafeeza. Kalau nak naikkan berat badan boleh cuba suplemen Mealshakes, Vitalea & B complex. Inshaa Allah berat badan boleh naik cara sihat. Tapi kena betul dengan cara pemakanan le.

      Hubungi akak segera di Direct Link Whatsapp . Akak akan berikan info lanjut, cara pemakanan dan konsultasi eksklulif untuk bantu selesaikan masalah adik ni.

      Terima kasih.

  • Yang saya dgr dr org lain. Kurus ni jugak disebabkn ketrunan? Btul ke? Dan adakah keturunan tu mnjdi pnghalang nk jadi gemuk?

    • Salam & Hi Neetaman. Betul, ada orang memang semulajadi ada gen kurus. Maksudnya tahap metabolismanya sentiasa tinggi dan menghalang pembentukan lemak/otot dalam badan. Ada yang biasa-biasa adan yang kronik sampai tahap cekeding (kurus tinggal tulang). Ada juga yang disebabkan penyakit gangguan hormon dalam tubuh. Mungkin tak ramai tapi ada.

      Yang ramainya, nak kurus tapi tak kurus-kurus termasuk kita. masuk ni dah 5 kali tahun depan tak juga mula diet nak kurus. Hehe.

    • Assalamualaikum...sye nk tnya.. umor sye dh 34thun..dlu berat bdn sye dlm 40kg..bila sye mkn pil gemuk..bert naik smpai 46kg..tp bila stop mkn pil gemuk .bert bdn sye skrg nie dh 35kg..Allah Hu Akbar..sedih sgt³..smpai muka jd pnjng..nmpk tulang.blh bntu knapa...selera mkn ada..tp bdn x naik

      • Salam cik/puan Yati. sukar menambah berat badan boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah:
        1 - Tahap metabolisma yang terlalu tinggi - pembakaran kalori terlalu cepat sehingga sukar untuk menyimpan lemak dan otot
        2 - Masalah sistem penghadaman - makanan yang tidak dicerna dengan baik sukar untuk tubuh menyerap nutrien bagi membentuk tenaga dalam tubuh
        3 - Diet lemah - Untuk menambahkan berat badan, pengambilan sumber protein, karbohidrat serta nutrien lain yang mencukupi adalah sangat penting
        4 - Penyakit - penyakit tertentu mungkin menyebabkan anda kurang selera makan dan tubuh menjadi kurus.

        Hubungi kami di 019 - 477 1733 supaya kami dapat sarankan panduan pemakanan yang sesuai untuk tujuan penambahan berat badan.

  • Hai ..adakah berkesan cara cara itu?berat bdn saya 35kg shj...sedih..terlalu kurus...saya teringin sngt berat bdn saya bertambah..adakah saya harus mkn suplement?

    • Salam Nur. Badan gempal, gemuk atau kurus itu adalah kurniaan dari Allah untuk kita. Saat kita rasa kurus itu bebanan, ramai yang gemuk bersusah payah untuk kurus. Indeks kesihatan adalah yang patut menjadi ukuran. Bebas penyakit dan cergas dalam aktiviti kehidupan adalah yang patut diutamakan.

      Boleh, tiada masalah jika hendak mencuba suplemen. Sebagaimana makanan biasa, cuma kena pastikan suplemen yang kita nak ambil betul-betul berkesan, selamat dan tidak membahayakan kesihatan di masa hadapan. Kalau nak cuba suplemen untuk tambah berat badan, boleh terus hubungi kami di http://yourfabulousmama.wasap.my/.

      Inshaa Allah berkesan.

  • Salam tuan.. Sya ada mengambil supplement tambah berat badan seperti mass gainer yg sya dptkan dari gym.. Di botol ada tertulis 1900kkal, 85 protein, 18 bcaa dan 22 vitamins.. Sya mengambil 4 scoops setiap hari.. Soalan sya adakah setiap hari sya telah mengambil 1900kkal dgn hanya mengambil supplement tersebut?

    • Salam Tuan Mard. Jumlah Kcal yang kita ambil bergantung kepada sukatan Biasanya ada ditulis pada label nutrisi.

      Sebagai contoh, satu scoop (sudu) bersamaan 500kcal. Cadangan pengambilan (campur air suam) adalah 2 scoop, maka jumlah kalori ialah 1000kcal. Jika sehari ambil 2 kali makan kena kali 2 untuk jumlah semua kalori. Atau ada tambahan, jika dicampur susu segar menjadi 1500kcal. Itu contoh sahaja, boleh sesuaikan dengan produk yang tuan ambil.

      Pastikan produk sesuai dengan aktiviti harian tuan, produk untuk ahli bina badan or bina otot tidak sama dengan untuk orang biasa yang ada masalah membentuk otot (orang yang terlalu kurus & tinggi metabolisma). Ia perlu disertai dengan rejim senaman yang kuat dan banyak. Untuk panduan, sila rujuk dengan penjual or pakar nutrisi mereka.

      Terima kasih

    • Assalamualaikum.. saya nak tanyaa.. dlu berat badan saya 44kg tpi sekarang dah turun kepada 37.8kg.. dengan tinggi saya 150 .. dan saya rasa saya memang ada gen kurus sebab kakak2 saya kurus jugak sebelum berkahwin.. ramai yang cakap saya nampak kecik.. apa yang perlu saya buat?

      • Salam Puan. Bersyukur puan tidak mengalami berat badan berlebihan seperti mana majoriti rakyat Malaysia hari ini. Bertubuh kecil yang normal tidak memberikan puan risiko memiliki masalah kesihatan yang serius. Yang penting kita perlu menjaga keseimbangan indeks jisim tubuh (BMI).

        Jangan risau, nampak kecil itu comel. Yang penting suami kita suka, bukan untuk orang lain.

        Kalau nak berisi sikit, cuba tingkatkan diet pemakanan. Saya cadangkan pengambilan suplemen protein untuk pertambahan berat badan yang sihat.

        Jika berminat boleh hubungi saya di whatsapp https://yourfabulousmama.wasap.my/ . Saya akan terangkan produk yang sesuai beserta kaedah pengambilan yang disyorkan untuk menambahkan berat badan siuhat.

  • Assalam. Nk tanya. Macam mana nak tambahkan berat badan ? Sbb berat badan saya 37kg saja😫😓

  • assalam, mcm mane cara nak naikkan berat badan ye? sebab skrg berat badan saya hanya 38kg je. makan tkyah cakap mulut ni ade jee nak mengunyah. ade cadangan ?

    • Waalaikumsalam Wan Nur. Apa yang kita makan boleh membantu menaikkan berat badan yang sihat. Pemilihan diet pemakanan tinggi protein boleh membantu permasalahan ini. Saya suka untuk cadangkan pengambilan minuman berprotein tinggi untuk membantu menaikkan berat badan dengan sihat.

      Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya di link whatsapp berikut: http://yourfabulousmama.wasap.my/

  • Salam....saya kurus sangat... Berat saya hanya 45kg walaupun saya sudah 17 tahun paling kecik diantara kawan-kawan lain. Saya selalu jugak makan banyak, makanan yang saya ambil lebih banyak drpd kawan² saya tapi keadaan berat saya tak berubah ..jadi macam mana ye ?

    • Salam Tuan Amirul. Sesetengah orang memang mengalami masalah untuk naikkan berat badan. Tetapi lebih ramai lagi yang bermasaalah berlebihan berat badan.

      Kebanyakkan orang yang berumur bawah 20 tahun memang tidak mengalami kenaikan berat badan yang ketara. Antaranya disebabkan oleh faktor umur dan hormon.

      Aspek pemakanan yang betul boleh membantu menaikkan berat badan. Untuk bantuan nutrisi yang sesuai, hubungi kami untuk maklumat lanjut di whatsapp link berikut:
      http://yourfabulousmama.wasap.my/

      Kami akan berikan maklumat dan konsultasi berkenaan masalah tuan. Terima kasih.

  • Salam, saya nk tanya berat saya turun secara mendadak 2 tahun lepas. Tapi sekarang sudah mantain kepada 43-45 kg. Paling sikit 41kg. Sy dah cuba makan byk even supper pun sy makan mihun goreng or something yg berat tapi tetap turun n naik sikit. Tak pernah lebih dari 45kg. Kalau dulu saya 53-56kg. Sy juga setiap hari ke kuliah berbasikal. So, mcm mana nk naikkan berat lagi? Hehe adakah sy perlu makan supplemen? Kalau ambil vit B complex & vit C dlm satu masa yg sama boleh ke?

    • Salam Isha. Boleh, tiada masalah untuk ambil vit-B & vita-C sekali. Cuma make sure ambil selepas makan dan elakkan semasa perut kosong.

      Saya cadangkan suplemen protein sebagai tambahan untuk naikkan berat badan. ESP atau Mealshake sangat membantu memberi sumber protein terbaik untuk badan.

      Untuk maklumat ldan konsultasi anjut, hubungi saya direct link whatsapp berikut: dihttp://yourfabulousmama.wasap.my/

  • Assalam..sya ada masalah berat badan..sya telah mencuba pelbagai pil tambah berat badan tapi tidak menjadi..badan sya ni kurung kering tapi sya tak tahu nk buat mcm mna.. So sya minta saranan cik/encik produk apa yg patut sya gunakan..sya sering diejek kerana trlalu kurus..skrg ni sya sedang brusaha untuk memulihknn badan sya yg kering ni.. Boleh bantu

    • Salam EN. Nusrah. Menjadi kurus bukanlah suatu keburukan asal bukan disengajakan dan tidak mendatangkan masalah kesihatan. Hakikatnya orang yang kurus lebih beruntung, kerana populasinya lebih sedikit berbanding orang yang gemuk atau obesiti (berisiko membawa penyakit).

      Dari segi pemakanan nutrisi dan suplemen, saya cadangkan tuan ambil:
      1 - ESP (protein soya) ataupun mealshakes untuk membantu membina otot dalam tubuh
      2 - Vitalea (multivitamin) untuk menyokong nutrisi asas vitamin bagi tubuh dan menggalakkan diet pemakanan sihat
      3 - Vitami B-Complex untuk menyokong kesihatan secara menyeluruh

      Jika berminat, tuna boleh tanya lebih lanjut atau terus order kepada kami melalui whatsapp link berikut >> http://yourfabulousmama.wasap.my

      Terima kasih.

Recent Posts

  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

2 months ago
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

2 months ago
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

2 months ago
  • Info dan Berita

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh

Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More

2 months ago
  • Kesihatan

Cara Hilangkan Batuk Secara Homemade Dengan Bahan Semulajadi Yang Mudah & Berkesan

Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More

2 months ago
  • Resepi

Resepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama

Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More

3 months ago