Perasan tak, sekarang ni banyak link website yang dikongsi dan lalu di newsfeed Facebook ada simbol ikon tanda petir a.k.a Lightning Bolt pada sisi penjuru atas kanan imejnya? Cuba klik dan sepantas mana ia dibuka?
Contohnya seperti dalam paparan mobile phone pada imej di bawah.
Biasanya link berita seperti Sinar Harian, Berita Harian, Harian Metro dan yang sewaktu dengannya ada aplikasi ini. Tidak ketinggalan juga laman The Vocket, Bright Side, Yourfabulousmama.net dan banyak lagi.
Ikon ini disebut sebagai simbol Facebook Instant Articles.
Apa Itu Facebook Instant Articles?
Instant Articles adalah aplikasi yang diperkenalkan oleh Facebook khas untuk paparan pengguna mobile. Artikel yang dikuasakan oleh Instant articles ini dikatakan mempunyai kelajuan loading lebih 10 kali ganda berbanding artikel yang dibuka terus dari sumber asal websitenya.
Instant Articles is a mobile publishing format that enables news publishers to distribute articles to Facebook’s app that load and display as much as 10 times faster than the standard mobile web.
– Facebook Developer/Instant Articles/FAQ
Zaman sekarang semuanya kena laju. Dah laju pun kena laju-laju lagi. Begitulah hakikat Instant Articles ini. Mana-mana website yang belum apply aplikasi ini mungkin bakal ketinggalan jika tidak memanfaatkannya.
Kelebihan Instant Articles kepada website: Membantu meningkatkan kredibiliti dan branding website atau Facebook Page. Matlamatnya untuk menggandakan trafik dan mendapat social engagement yang lebih baik.
Kelebihan Instant Articles kepada pengguna mobile: Dapat lebih user-experiance, cepat mengakses sesuatu maklumat dari website tertentu dan berita baiknya dapat bebas dari gangguan pelbagai pop-ups dan iklan yang tidak diingini menganggu pembacaan. Kerana Facebook Instant Articles tidak membenarkan perkara ini.
Nak tahu cara set up Instant Article dalam website anda? Ada banyak jenis dan format tutorial online yang boleh diakses untuk tujuan ini. Namun agak kurang dalam Bahasa Melayu.
Jadi ikuti tutorial ini sebaiknya. Selamat mencuba.
Keperluan Untuk Set Up Instant Articles
Sebelum berangan-angan untuk set up aplikasi InsArt ini, perhatikan dulu senarai tool dan keperluan di bawah:
- Website wordpress: Anda selaku administatornya
- Desktop: Untuk proses set up yang lebih praktikal dan mudah
- Facebook Fanpage: Anda selaku adminnya
- Telefon Pintar: Menguji keberkesanan aplikasi
- Apps FB Page Manager: Untuk mudah mengawalselia Fanpage dan Instant Articles
Ikuti tutorial step-by-step cara set up Instant Articles pada website WordPress berikut.
TUTORIAL 1: Install Plugin dan Create Facebook Apps
Langkah 1.1:
Pergi ke WP Dashboard >> Plugins >> Add New >> buat carian plugin “Instant Article for WP” by Automattic >> Install & Activate plugin
Langkah 1.2:
Sekali lagi pergi ke WP Dashboard >> Instant Articles >> Facebook Instant Articles Setting Page >> Klik butang Get Started
Langkah 1.3:
Pada paparan Log In with Developer App and Facebook Account >> Klik butang Get App ID
Langkah 1.4:
Anda akan di bawa ke tetingkap Facebook for Developer >> Klik Add New App
Langkah 1.5:
Pada tetingkap Create a New App ID, isikan nama apps dan alamat email anda. Jika anda di bawa ke tetingkap Security Check, isikan Captcha yang diberi.
Langkah 1.6:
Pada tetingkap Apps baru anda >> klik Dashboard
Langkah 1.7:
Copy kedua-dua nombor pada petak App ID dan App Secret (Satu tetingkap sekuriti akan muncul meminta anda supaya login ke akaun Facebook anda sebelum nombor App Secret dapat dibuka).
Langkah 1.8:
Pergi ke Plugin Setting Page dan pastekan kedua-dua nombor ID pada petak yang berkenaan. Kemudian, klik butang Login.
Langkah 1.9:
Pergi ke Facebook App Dashboard semula >> Pada tab Facebook SDK, klik butang Choose Platform >> klik ikon WWW pada tetingkap pilihan platform
Langkah 1.10:
Muncul tetingkap baru, isikan alamat penuh website anda >> Klik butang Next >> Finished
Kembali ke Plugin Setting Page dan lihat tandas App Connected berjaya >> Selesai Tutorial 1.0 ini.
TUTORIAL 2: Connect WordPress dengan Facebook & Aktifkan Page
Langkah 2.1:
Klik butang Login with Facebook (rujuk gambar dalam langkah 1.10 di atas) >> Klik butang Continue as [Nama Akaun Facebook Anda] >> Klik butang OK
Tips: Jika proses login ini gagal, kemungkinan anda perlu create akaun personal FB yang baru (khas untuk IA) dan jadikannya admin dalam fanpage yang anda kendalikan. kemudian, ulangi langkah 1.3 hingga 1.10 di atas.
Langkah 2.2:
Pada Plugin Setting Page, Tick untuk pilih Facebook Page yang anda ingin gunakan untuk Control & Manage Instant Articles >> Klik teks Sign Up
Langkah 2.3:
Anda akan di bawa ke tetingkap Facebook >> Tick pilihan Facebook Page anda >> Tick setuju pada Agreement to Instant Articles Terms >> Klik butang Access Instant Articles Tools
Langkah 2.4:
Anda akan dikembalikan ke Plugin Setting Page WordPress >> Tick radio button sekali lagi untuk Confirmkan Facebook Page pilihan anda >> Klik Select (sebelum ni inactive)
Langkah 2.5:
Selesai untuk Langkah 2 ini. Facebook Fanpage anda berjaya disambungkan dengan Instant Articles Plugin Setting Page.
TUTORIAL 3: Customize Style Instant Articles untuk Mobile
Langkah 3.1:
Sambungan langkah 2.5 di atas, klik butang Customize pada tab Customize Your Style with Style Editor .
Anda akan dibawa ke Instant Articles Configuration Page Facebook >> Rename “default” ikut kesesuaian nama yang dipilih >> Upload Logo >> Optional Style Customization >> Klik “Create“
NOTA: Explore tab yang lain seperti dalam bahagian Article Head, Article Body, Quotes dan sebagainya untuk customize Instant Articles mengikut citarasa dan kesesuaian anda. Segala perubahan boleh lihat pada mobile preview.
Langkah 3.2:
Kembali ke Page Publishing Tools untuk Claim URL Website >> Configuration >> Tools >> Connect your sites >> Taipkan alamat website anda pada petak URL >> Klik butang Claim URL
Tips: Jika proses claim url website tidak berjaya, kemungkinan anda perlu copy & paste meta property (yang black highlighted pada imej diatas) pada html website atau theme header.php antara <head></head> tag. Kemudian taipkan alamat url dan klik butang Claim URL sekali lagi.
Langkah 3.3:
Pergi ke website anda >> Taipkan pada browser “/feed/instant-articles/” pada hujung URL website >> Preview RSS feed ok >> Copy keseluruhan URL RSS Feed
Langkah 3.4:
Kembali ke Page Publishing Tools untuk set Production RSS Feed >> Configuration >> Tools >> Production RSS Feed >> Paste URL RSS Feed yang di “copy” tadi >> Klik butang Save >> Muncul tetingkap Instant Articles Setting >> Klik butang OK
TUTORIAL 4: Submit Articles for Review
Langkah 4.1:
Proses untuk set up IA sudah hampir ke kemuncaknya, iaitu untuk langkah paling penting dan agak kompleks untuk berjaya lepasinya.
Pergi ke Plugin Setting Page >> Submit for Review tab >> Lihat senarai artikel yang perlu diperbaiki mengikut terma IA (Jika ada)
Langkah 4.2:
Klik satu persatu senarai artikel dan lakukan penambahbaikan atau “Fix error” seperti yang ditunjukkan dalam bahagian ‘Edit Post”.
Ulangi langkah ini untuk dapatkan 5 atau lebih artikel yang sesuai untuk tujuan “Submit for Review” nanti.


Langkah 4.3:
Setelah semua artikel yang di ‘highlight” untuk penambahbaikan siap dan berjaya di “Edit” >> Tekan butang “Submit for Review” (butang bertukar in-aktif kepada aktif) >> Tekan tab “Open Advance Setting Now“
Langkah 4.4:
Pada ruangan Article Style, taipkan nama style yang telah disetkan sebelum ini dalam Langkah 3: Customize Style >> Tekan butang “Save Changes“
Langkah 4.5:
Pergi ke Publishing Tools Fanpage FB >> Pada ruangan Configuration, lihat senarai artikel yang mempunyai isu seperti Empty Articles dan Missing Logo >> Refresh Configuration Page ini beberapa kali selepas setiap perubahan yang dilakukan jika perlu
Langkah 4.6:
Anda mungkin perlukan tahap kesabaran dua kali ganda untuk melepasi tahap ini. Andai berjaya, tekan butang Submit for Review >> Klik OK >> Tunggu 3 hari untuk lihat hasil review daripada Facebook >> Refresh & Relax!




Apa Jadi Selepas 3 Hari?
Jika tiada masalah, selepas 3 hari, proses permohonan untuk “Convert” artikel dalam blog anda ke bentuk Instant Articles akan berjaya.
Langkah 5.1:
Lihat statusnya di Fanpage FB >> Publishing Tools >> Configuration
Langkah 5.2:
Lihat statusnya di Publishing Tools >> Production Articles >> Set status artikel ke “LIVE“
Untuk artikel yang baru kita publish di blog selepas dari tarikh ini akan automatik di tukar format dalam bentuk Instant Articles.
Untuk lain-lain artikel lama (sebelum dari tarikh ini dan tidak tersenarai dalam 5 artikel pilihan untuk proses review), anda hanya perlu edit dan update artikel tersebut. Kemudian setkan ke mode “Live” di page “Publishing Tools“.
Macamana Nak Share & View Instant Articles?
Setelah “Live“kan semua status artikel blog anda di Publishing Tools page, kita boleh mula bebas share URL artikel blog tersebut di mana-mana platform Facebook. Di Fanpage, Personal Wall atau Group page.

Opps, sekali lagi ditekankan andai terlupa. Kita hanya boleh View Instant Articles kita di mobile phone.

Kita juga lebih mudah dapat mengendalikan Instant Articles dengan menggunakan aplikasi Facebook Fanpage Manager.
OK, selamat ber “Instant articles”
NEXT >> Cara Pasang Google AMP Pada Website
Perkongsian yang sangat bermanfaat nie sis. Terima kasih ??
Aniway, blogspot boleh buat macam nie tak?
Salam Cik Jaja. Terima kasih singgah ke sini. Blogspot/Blogger website juga boleh convert to instant articles.
Ada beberapa tutorial hasil carian google jika guna query berikut “instant articles for blogspot”.
Antaranya: http://jesscarranza.blogspot.my/2017/03/facebook-instant-articles-for-blogger-blogspot.html
Salam,
kenapa saya punya apps id dalam developer tak boleh nak create? Dia kena blocked. Ada solution tak?
Salam Puan Fadah. Mungkin solusinya kena create satu akaun FB baru khas untuk IA. Jadikannya sebagai admin pada fanpage FB puan. kemudian ulangi langkah 1. Selamat mencuba.
Berjaya dah…terima kasih
Tahniah fadah. Selamat berblogging era 2K17.
wow..panjangnya
mahu satu hari buat artikel ini..
dan ia sangat bermanfaat..
Salam mr Hanafi. Actually ambik 2 minggu untuk siapkan artikel tutorial ni. Dah lepas satu-satu setting tak gamak nak undo! takut kena review lagi 3 hari. Hehe Terpaksi pinjam setting blog http://ohcantik.com
Blogspot boleh ka apply A.I ?
Salam & Hi Master Ida Khairani. Saya tak mahir dengan blogspot, tapi link komen kat atas ada guide installation untuk blogspot.
Terima Kasih Tuan Dexxx…
Salam Master Wan Muliani. Terima kasih kerana singgah. If any problem, please do not hesitate to contact me
Ada sebarang bayaran tak kalau guna ni?
Salam YB, setakat ini penggunaanya percuma. Hanya perlu activate website ke Instant Articles mengikut setting yang telah ditetapkan oleh FB. Sekarang ini agak pelik jika website itu tidak berformat IA jika lalu di newsfeed FB. Rasa malas nak klik sebab lambat nak tunggu loading. Itu pentingnya IA. Kalau di Google Search, website berformat AMP lebih menarik perhatian dengan tujuan yang sama.
Terima kasih atas tutorial yg lengkap.. selepas selesai setting yg ni, adakah kita terus boleh setting Audience Network? atau tunggu review berjaya dulu?
Salam En Pendidik dan semua warga pendidik. Sebaiknya tunggu review approval oleh FB dulu. Terima kasih melayari laman ini untuk tutorial IA. Semoga berjaya dan semoda maju jaya.
step by step.. sngat menarik tapi blog saya selalu sngkut kat letak feed dia tak detect 5 artikel minimum tu.. terus mlas nak buat ahahaha
Salam Abg Feroz Khan, ohh if dia tak detect cukup 5 artikel, just buat secara manual.
Pergi ke POSTS >> ALL POST >> Pilih Artikel >> EDIT >> klik butang UPDATE >> Skrol terus ke bahagian bawah artikel untuk tahu sama ada artikel telah berjaya disubmit ke IA (refer nota seperti dalam gambarajah ke dua pada langkah 4.2).
Ulangi untuk edit artikel lain sampai cukup submit 5 artikel.
Anyway, WOW tinggi juga rank http://www.jiwarosak.com/. Hebat!
macam menarik je rasanya nak buat.hehe..
Nasihat ini penting. Kalau jenis rajin share kat FB, better setup IA cepat-cepat. Kalau main kat pelayar google, boleh setup AMP. Hasil lumayan.
guide utk view earning, setup payment n check cpm macam mana?
Salam Mr Tia Zainal. Untuk ads, payment & check CPM tuan boleh refer banyak tutorial di Google. Saya tidak set semua itu di IA web saya. Terima kasih.
Inilah informasi yang saya cari selama ini jujur apa yang admin jelaskan di sini sangat membantu dan informasinya sangat lengkap artinya mudah di pahami dan di peraktekan. Terimakasi salam sukses..
Salam Tuan Akun. Artikel tutorial ini sudah ditulis hampir lebih setahun yang lepas. Jika masih praktikal, Alhamdulillah. Tak sempat nak update version 2018 punya, dah banyak perubahan yang dibuat oleh FB. Apa pun, selamat mencoba…Terima kasih