Susu ibu sememangnya tidak dinafikan adalah pemakanan awal terbaik yang paling sesuai untuk si bayi. Disarankan sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan pertama selepas kelahiran. Sambungan sehingga bayi berumur 1 hingga 2 tahun adalah lebih baik.

Cara menyusui bayi termasuklah sama ada secara terus (direct breastfeeding) atau menggunakan bantuan botol susu sebagai alternatif.

Jika si ibu tidak mempunyai kekangan masa untuk menyusui bayi secara terus; seperti surirumah sepenuh masa, mereka tiada masalah untuk menguruskan stok susu ibu.

Bagi ibu yang bekerjaya, sudah tentu penting untuk merancang simpanan stok susu ibu supaya sentiasa cukup untuk memenuhi keperluan dan menjayakan jadual penyusuan bayi walaupun bekerja.

Baca Juga :  Cara Banyakkan Susu Badan Ini Buat Ibu Menyusu Tersenyum & Bayi Jadi Ceria

Bagaimana Mendapatkan Stok Susu Ibu Perahan (Expressed Breastmilk – EBM)?

Ibu menyusu boleh menghasilkan sendiri stok susu ibu melalui teknik perahan sama ada menggunakan tangan, pam manual atau pam elektrik (breastpump).

Sumber susu ibu yang banyak amat membantu menjayakan proses pengepaman. Oleh itu, amalan penjagaan pemakanan, teknik urutan yang betul dan masa pengepaman yang sesuai adalah penting untuk mengelakkan faktor susu badan kurang.

Selain itu, kemahiran menggunakan pam serta teknik pengepaman yang betul juga turut sama penting.

Cara Simpan Susu ibu Yang Sesuai

Susu ibu yang diperah disebut dengan istilah EBM – Expressed Breastmilk.

Komposisi nutrien susu ibu mengandungi sel hidup leukosit, antibodi, enzim dan hormon yang tidak terkandung dalam susu formula. Susu ibu juga mengandungi nutrien penting makanan yang perlu dipelihara kandungannya.

Terdapat beberapa kaedah tertentu sebagai cara simpan susu ibu untuk mengekalkan kesegaran dan kawalan jangkahayatnya. Antaranya ialah:

  • Simpan secara terbuka pada suhu bilik (25 ~ 37 darjah celcius) – boleh bertahan sehingga 4 jam
  • Simpan secara terbuka pada suhu berhawa dingin (15 ~ 20 darjah celcius) – boleh bertahan sehingga 8 jam
  • Simpan di dalam cooler box dengan pek ais – boleh bertahan sehingga 24 jam
  • Simpan di dalam peti sejuk pada suhu 2 ~ 4 darjah celcius – boleh bertahan sehingga 5 hari. Letak di bahagian paling dalam (paling sejuk) dan asingkan dari stok daging, ikan atau bahan mentah masakan
  • Simpan di dalam peti sejuk (bahagian freezer – sejuk beku) – boleh bertahan sehingga 2 minggu
  • Simpan di dalam peti sejuk beku (freezer box) pada suhu minus 18 darjah celcius – boleh bertahan sehingga 6 minggu

Perhatian! – Susu EBM beku yang telah dicairkan (nyahbeku) tidak boleh dibekukan semula. Ia sebaiknya terus digunakan dalam tempoh masa 24 jam.

Tips Penyediaan EBM Untuk Penyimpanan

#1 – Rancang saiz dan kapasiti bekas simpanan EBM

Saiz bekas simpanan perlu mengikut keperluan dan usia bayi. Kebiasaannya bayi minum susu dalam jumlah 2 ~ 4 oz. (60 ~ 120 ml). Boleh gunakan bekas berkapasiti 2 oz. (60ml) sebagai permulaan. Jika tidak  mencukupi, boleh gandakannya dengan pembaziran yang minima. Setiap titisan susu ibu umpama sebutir permata yang berharga.

saiz perut bayi dan keperluan susu ibu

#2 – Gunakan bekas yang disteril

Boleh gunakan pek plastik khas atau botol plastik (BPA Free). Elakkan guna botol kaca. Selain mahal, juga merbahaya jika terpecah atau retak. Pek atau botol guna semula perlu disteril terlebih dahulu untuk pastikan ia bersih dari kandungan kulat dan bakteria berbahaya.

#3 – Labelkan tarikh keluaran EBM dan guna ikut aturan

Setiap stok EBM diperah pada hari yang berbeza-beza. Gunakan stiker sebagai label dan catatkan tarikh bilakah susu ibu telah diperah dan dipekkan. Ini memudahkan pantauan ‘expiry date’ dan pengurusan stok susu ibu dilakukan. Gunakan EBM mengikut tarikh yang terawal sehingga yang terkini, jadi susunan EBM dalam bekas simpanan juga amat membantu displin penggunaan.

Seeloknya jika ingin mencampurkan stok susu EBM, gunakan tarikh keluaran yang sama. Pastikan suhu keduanya setara sebelum dicampurkan.

#4 – Sentiasa bersihkan peralatan mengepam

Pastikan alatan mengepam dibersihkan sebelum sesi pengepaman dilakukan. Rendam dalam air hangat seketika, basuh dengan sabun pencuci  yang sesuai dan bilaskan sebelum disterilkan.

#5 – Sentiasa bersihkan tangan

Cuci tangan sebaiknya untuk memastikan proses pengepaman dan penyimpanan kekal bersih. Amalan yang baik untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria yang berbahaya dalam stok EBM.

#6 – Jangan panik jika EBM berubah warna atau terpisah dua

Ibu menyusu pasti perasan EBM yang disimpan di dalam peti sejuk kadangkala mempunyai variasi warna kebiruan, kuning atau coklat; dan mengagak sesuatu yang tidak kena padanya.

Tahukah anda? Warna susu ibu yang berbeza dipengaruhi oleh makanan yang kita makan. Ia adalah normal.

Dan juga normal jika susu EBM itu terpisah kepada dua lapisan (hindmilk dan foremilk) apabila dibekukan. Usah bimbang, Hanya perlu sendengkan susu EBM setelah dicairkan ke depan dan ke belakang atau goyangkan secara perlahan untuk mencampurkannya semula. Jangan dikocak dengan kuat!

#7 – Cairkan atau nyahbeku EBM secara perlahan

EBM perlu dicairkan sebelum diberikan kepada bayi supaya sesuai dengan suhu badan bayi. Caranya sama ada pindahkan EBM dari freezer ke bahagian chiller – bawah peti sejuk semalaman (letakkan dalam semangkuk air).

Boleh juga lalukan dibawah aliran air paip, atau rendamkan dalam bekas berisi air suam selama 20 minit. Bantuan warmer juga boleh digunakan.

EBM yang dicairkan tahan untuk 24 jam dalam peti sejuk. Jangan dibekukan semula!

Suamkan sedikit susu EBM sebelum diberikan kepada bayi dalam botol susu yang bersih. Ia sangat baik untuk proses pencernaan dan penghadaman bayi.

Semoga info dan tips tentang cara simpan susu ibu di atas dapat membantu anda untuk menjadi ibu menyusu yang berilmu. Anak-anak adalah permata hati kita, lakukanlah yang terbaik untuk mereka.

Anda Mengalami Masalah Kurang Susu Badan?

Ikuti perkongsian cara atasi masalah kurang susu badan ini dan dapatkan Set Penyusuan Shaklee sekarang.

Jika anda memerlukan info lanjut mengenai tips penyusuan bayi, boleh hubungi saya:

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net 

Facebook Comments:
Cara Simpan Susu Ibu (EBM) Yang Terbaik Untuk Stok Keperluan Bayi

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.