1 2
Ibu Menyusu

Cara Tambah Susu Badan Dengan Cepat Untuk Ibu Bekerja

Ramai ibu bekerja yang sudah mempunyai kesedaran tentang kepentingan menyusukan bayi secara ekslusif dengan sumber semulajadi susu ibu.

Namun cabaranya bukan mudah. Ilmu dan kesedaran amat penting untuk menjayakan program penyusuan terbaik ini.

Masalah susu kurang, susu tidak mamu keluar, susu merudum dan kekangan masa adalah antara masalah normal yang biasa dialami dalam kalangan ibu menyusu.

Penyusuan susu ibu adalah satu tanggungjawab berat dan tidak semudah yang disangkakan.

Berkongsi tanggungjawab dengan kerjaya, urusan rumah tangga dan perhatian terhadap anak-anak serta suami; ibu menyusu perlu versatile dan mudah menyesuaikan diri dengan keadaan.

Bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Baik, ikuti 5 langkah berikut sebagai Cara Cepat Tambah Susu Badan bagi ibu yang bekerja. Ibu kena kuat semangat ya!

5 Tips Cara Tambah Susu Badan Dengan Cepat

Langkah #1 : Kesihatan di tahap yang baik

Tubuh badan yang sihat merupakan salah satu kunci penting kepada produktiviti susu ibu yang lancar. Perasan tak, masa kita tidak sihat seperti demam, selsema, sakit kepala contohnya; penghasilan susu biasanya juga akan turut terjejas. Betul tak?

Jadi, demi memastikan misi penyusuan bayi mencapai tempoh selama mungkin, kuncinya ialah kita kena perlu pastikan tubuh badan kita sentiasa dalam keadaan sihat dan optimum. Ya, sakit tidak boleh dielak, ia juga adalah anugerah. tetapi semangat untuk mengatasinya itu yang penting. Jadi bagaimana?

Vitamin C adalah sangat penting untuk membantu meningkatkan antibodi pada tubuh si ibu. Sumber pemangkin antibodi ini juga boleh disalurkan ke dalam susu ibu supaya faedahnya boleh dikongsi bersama melalui penyusuan ibu kepada si bayi.

Pengambilan dos harian vitamin C yang mencukupi sudah memadai untuk keperluan si ibu dan si bayi. Antibodi yang kuat akan membantu memastikan imuniti tubuh ibu dan anak bayi kuat dalam melawan penyakit.

Penting untuk mengambil sumber vitamin C yang paling natural sama ada melalui buah-buahan, sayuran atau suplemen vitamin C asli yang terbaik. Sustained Released Vita-C Plus 500mg daripada Shaklee ini sememangnya amat membantu.

Bonus : Ia juga sangat penting untuk menjaga salur darah di dalam tubuh kita. Pengambilan vitamin C yang konsisten juga akan menyebabkan kulit wajah ibu menjadi semakin cerah, bersih dan cantik berseri dengan membantu pembentukan kolagen yang lebih baik.

Langkah #2 : Tenaga di tahap optimum

Badan yang lemah, letih atau lemau membuatkan susu ibu pun segan nak keluar. Bila semangat semakin menghilang, nak buat apa sahaja kerja pun jadi tak lalu atau malas. Leibih-lebih lagi kerja mengepam susu ibu untuk keperluan stok si anak. (Baca:  Tips Teknik Power Pumping untuk meningkatkan produktiviti susu ibu)

Rasa nak tidur je kan? Hmm… masalah ni kita tak boleh biarkan berlarutan. Ia bukan setakat boleh menjejaskan prestasi kerja tapi juga akan memebri impak negatif terhadap misi penyusuan susu ibu secara eksklusif.

Kaedahnya ialah kena pastikan kita  mempunyai tenaga yang cukup sepanjang hari. Bagaimana? Ya, penuhi keperluan nutrisi tubuh untuk sumber tenaga berpanjangan.

Vitalea Iron Formula berperanan memberikan tenaga berterusan kepada tubuh kita terutamanya ibu menyusu. Selain itu, ia juga membekalkan zat besi bagi membantu proses tumbesaran anak dengan lebih baik.

Ibu menyusu juga digalakkan untuk mengambil Vitalea Iron Formula ini untuk membantu mengatasi masalah tubuh kehilangan tenaga dengan cepat atau mudah pitam selepas mengepam atau menyusu bayi.

 

Langkah #3 : Emosi stabil, gembira dan tenang

Kestabilan emosi juga memainkan peranan penting untuk kejayaan misi penyusuan ibu bekerja. Emosi yang tenang dan stabil akan merangsang pengeluaran hormon oksitoksin dengan lebih baik, seterusnya memastikan penghasilan susu menjadi semakin lancar.

Kerana inilah kita mesti memastikan emosi sentiasa berada di dalam keadaan terkawal dan tenang di sepanjang tempoh fasa penyusuan bayi. Kerana ia sangat mempengaruhi prestasi penghasilan susu ibu setiap hari.

Mudahnya begini; untuk memastikan minda kita kekal ceria, jawapan secara nutrisinya ada dalam vitamin B. Vitamin B Complex sangat penting untuk membantu diri kita mengawal mood agar sentiasa tenang dan positif.

Ia bukan dadah yang menjadi stimulasi untuk mendapatkan rasa seronok dan gembira sepanjang masa. Ia adalah keluarga vitamin B yang terbesar yang amat membantu fungsi otak dan mengelakkan kita daripada mengalami stress. Dengan itu ia secara automatik akan merangsang penghasilan susu yang lebih lancar.

Bonus :

  • B-Complex Shaklee juga membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh supaya ibu menyusu tidak mudah jatuh sakit.
  • Jika anda sedang mengambil pil perancang, anda sebenarnya lebih memerlukan vitamin B complex ini. Kesan pengambilan pil perancang sedikit sebanyak menyebabkan kemusnahan zat vitamin B yang sedia ada di dalam tubuh. Oleh itu, suplemen B-Complex amat membantu mengatasi masalah ini.
  • B-Complex juga mampu menjadikan kulit wajah lebih cantik berseri dan tidak kusam. Ia juga adalah salah satu nutrisi yang sangat penting untuk membantu metabolisma karbohidrat, lemak dan protein kepada tenaga.

Langkah #4 : Badan cergas dan ringan

Antara komposisi vitamin dalam susu ibu yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk pembentukan sel darah, membina tulang dan gigi serta jaringan saraf dalam tubuh manusia.

Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium adalah keperluan yang sangat penting dan tidak boleh dipandang ringan. Semasa keperluan kalsium ibu terpaksa berbagi dua (untuk sokongan tubuh ibu dan bayi) ketika fasa kehamilan, keperluan kalsium si ibu juga adalah sama selepas kelahiran.

Jika sumber kalsium dalam tubuh si ibu lemah, maka kalsium daripada komposisi tubuh iaitu tulang ibu itu sendiriadalah sumber alternatifnya. Ini dipanggil rompakan kalsium.

Mengapa? Selepas kelahiran; pertamanya ibu perlukan kalsium untuk memperbaiki kembali komposisi struktur sokongan utama tubuh (kerangka tulang dan saraf). Dan keduanya untuk bekalan manfaat kalsium kepada si bayi bagi menyokong proses tumbesaran melalui kaedah penyusuan sehingga bayi matang.

Jika si ibu tidak menggantikan semula sumber kalsium ini maka si ibu lebih berisiko tinggi untuk mengalami osteoporosis (lemah komposisi atau reput tulang), rasa sengal kaki, kekejangan otot, sakit tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua  (berkedut).

Bagaimana nak dapatkan sumber kalsium harian yang mencukupi? Pemakanan seimbang dengan sumber dikenalpasti tinggi kalsium dan suplemen kalsium tulen. OsteNutrix Shaklee adalah jawapan untuk keperluan harian kalsium bagi ibu menyusu (bahkan untuk semua orang).

Bonus:

  • Kalsium membantu badan kekal cergas dan ringan terutama ketika bangun tidur di awal pagi. Apabila kita bersemangat sejak dari saat kita bangun tidur lagi, rutin kita seharian akan terasa lebih lancar.
  • Mahu mudah bangun tidur di awal pagi? Kuncinya perlu mudah tidur di malam hari. Pengambilan harian 4 tablet Ostematrix sebelum tidur, memastikan ritma degupan jantung menjadi stabil untuk membantu proses tidur yang mudah.
  • Siang letih bekerja, sakit-sakit badan dan lemah otot? Ostematrix memberi kelegaan dan kesegaran selepas bangun tidur di awal pagi.
  • Tiada lagi masalah sembelit yang mengganggu hidup kita. Membantu proses pembuangan yang lawas dan sangat diperlukan oleh ibu hamil yang sembelit.
  • Kelebihan Ostematrix adalah ia di datangkan dengan formula mudah ditelan. Alternatif mudah bagi mereka yang alergik untuk meminum susuinum susu kerana ia tidak berbau dan tidak mempunyai rasa. Best kan?

Nota: Jika perasan, ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan turut merudum. Ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkir.

Langkah #5 : Dapatkan bantuan penggalak susu ibu (milkbooster)

4 langkah si atas telah membantu keadaan tubuh badan dan emosi ibu menyusu berada di dalam keadaan tip top! Jadi apa lagi yang diperlukan?

Kini masanya ibu menyusu dapatkan bantuan penggalak susu ibu atau milkbooster. Milkbooster ini berperanan untuk membantu tubuh menghasilkan susu ibu lebih cepat dan lebih banyak berbanding biasa.

Namun perlu di ingat, Ibu menyusu masih perlu mematuhi asas penyusuan susu ibu (wajib baca!) terlebih dahulu ya. Barulah suplemen dapat berfungsi dengan lebih baik dan memberikan kesan yang sangat optimum.

Di dalam set ini, terdapat 2 jenis sumber milkbooster. Jika digabungkan kedua-duanya sekali, ia lebih memberikan hasil yang sangat hebat kepada produktiviti susu ibu.

#1: Alfalfa Complex

Alfalfa adalah milkbooster yang terbaik. Ia membantu memekatkan susu ibu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.

Alfalfa turut membantu proses perkumuhan menjadi lebih lawas dan membantu membuang angin dari dalam badan. Kesannya, anak juga susah untuk mengalami komplikasi kembung perut.

Nota: Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE (autoimun)

#2: ESP – Soy Protein Isolate Powder

Komposisi nutrisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel dan sel tidak kenal akan nasi lemak, air soya atau tempe. Tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil.

Protein ESP berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.Protein sangat sensitif.

Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. Apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

Ia adalah sumber protein terbaik dan lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar.

Set Penyusuan Shaklee Bukan Sekadar Milkbooster

Harus di ingat, CHEKCLIST yang lengkap dalam menjayakan penyusuan adalah gabungan :

  • Tubuh yang sihat
  • Supply Vs Demand (kena kerap menyusu/mengepam)
  • Pemakanan yang seimbang
  • Diet seorang ibu yg menyusukan anak
  • Doa yang tidak pernah putus pada Allah SWT
  • Istiqamah iaitu konsisten

 

Set Penyusuan Shaklee bukan sekadar Milk Booster. Manfaat yang diperoleh terlalu banyak dan mencakupi pelbagai aspek kesihatan (sistem saraf, sistem peredaran darah, sistem perkumuhan dan lain-lain). Senang cerita ia memperbaiki, memperbaharui, dan memupuk tubuh kita dari dalam sehingga ke luaran.

Suplemen Shaklee adalah satu usaha yang kita boleh lakukan untuk meningkatkan taraf kesihatan kita.

 

 

Jika anda juga mengalami masalah yang sama seperti yang saya nyatakan di atas, pengambilan supplemen adalah salah satu usaha anda. Ia merupakan salah satu checklist yg perlu ada dalam menjayakan penyusuan susu ibu.

Bagi saya dan semua ibu-ibu menyusu yang sudah pernah merasai sendiri kehebatan suplemen shaklee, mereka mengakui suplemen sangat membantu melancarkan penghasilan susu.

Wajib baca : Mengapa Susu Ibu Kurang : Checklist Khas Untuk Ibu

Apa yang saya cadangkan di atas adalah apa yang saya juga ambil sekarang dan ia juga pilihan ibu-ibu seluruh Malaysia.

 

Jaminan Keselamatan & Keberkesanan

Adakah Set Lengkap Penyusuan ini selamat untuk ibu dan bayi? Jawapannya YA, Sangat Selamat.

Produk Shaklee tiada tandingannya dalam memastikan produknya sentiasa selamat dan sentiasa berkesan. Lebih daripada USD250 juta telah dilaburkan setiap  tahun untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk.

Pihak Shaklee juga menjalankan 350 ujian bagi setiap kandungan, 100,000 ujian kualiti produk dan 23,000 ujian keaslian dan keselamatan pada setiap tahun. Hanya bahan semulajadi yang paling asli dan paling tulen di gunakan di dalam ramuan produk Shaklee.

Paling penting, semua produk Shaklee tidak mengandungi sebarang bahan tiruan dan bahan kimia berbahaya seperti yang terdapat dalam produk pesaing Shaklee.

Betapa Shaklee sangat menitik beratkan keselamatan produknya, Shaklee telah bekerjasama dengan ahli toksikologi bagi mengemaskini senarai bahan kimia yang berpotensi berbahaya kepada manusia bagi memastikan bahan-bahan berbahaya ini tidak mencemari semua produk Shaklee.

Mesti baca : Jaminan Shaklee

keberkesanan shaklee

Mesti Baca : Berkesankah Produk Shaklee? Apakah Jaminan Pengambilannya Untuk Jangkamasa Panjang?

 

Jangkamasa Keberkesanan

Kesan adalah berbeza mengikut penerimaan badan setiap individu. Namun, kebiasaannya, kesan yang optimum diperolehi dalam 2-4 minggu penggunaan. Walaupun begitu, ramai juga ibu-ibu yang merasai kesan yang lebih cepat.

Jika anda konsisten mengambil semua suplemen Shaklee dan mengikut saranan dan tips ekslusif yang saya berikan, pasti anda akan rasa perbezaannya. Tips ini akan disertakan bersama-sama pack order anda.

 

Testimoni Ibu Menyusu

testimoni set penyusuan shaklee

testimoni set penyusuan shaklee

testimoni set penyusuan shaklee

 

testimoni set penyusuan shaklee

 


testimoni set penyusuan shaklee testimoni set penyusuan shaklee

testimoni set penyusuan shaklee

Beli Dari Pakar Bukan Dari Sesiapa Sahaja

Pengambilan suplemen memerlukan bimbingan yang betul. Untuk penyusuan, terdapat beberapa tips yang sangat berguna dan bermanfaat yang anda perlu tahu. Saya sangat sedih apabila ada ibu yang telah membeli Set Penyusuan dengan pihak lain datang kepada saya meminta konsultasi kerana mereka tidak mendapat bimbingan yang sepatutnya.

Ketahuilah bahawa harga yang anda bayar, termasuk konsultasi yang berterusan. Itu jaminan yang saya berikan kepada semua pelanggan saya, service after sales. Jadi pilihlah pengedar sah Shaklee yang mampu membantu anda, bukan sekadar mengejar sales semata-mata.

Niat saya buat Shaklee sejak 5 tahun yang lalu adalah untuk membantu lebih ramai ibu-ibu menyusu diluar sana menjayakan penyusuan selama mungkin, seboleh-bolehnya sehingga usia anak 2 tahun. S

aya faham perasaan ibu yang stress dan sedih kerana mengalami beberapa masalah dalam penyusuan kerana saya juga pernah berada di tempat anda suatu masa dulu. Yelah, anak pertama, ilmu pun tak cukup.

Belian set penyusuan lengkap dari saya melayakkan anda untuk mendapat konsultasi penyusuan berterusan daripada saya, panduan pengambilan suplemen yang betul bagi keperluan ibu menyusu, tips eksklusif khas untuk menambah susu dengan cara yang betul dan cepat dan jadual pengepaman harian.

 

Pilihan Set Penyusuan

Terdapat 3 pilihan Set Penyusuan Shaklee. Walaupun Set Premium yang terbaik, namun anda boleh memilih set lain mengikut tahap kesihatan, bajet dan keperluan anda. Saya akan bantu anda membuat pilihan yang tepat. Insya Allah. Di antara set yang kami tawarkan :

(i) Set Premium (3M) : Set menyusu terbaik dan paling lengkap. Set ini mengandungi 7 jenis suplemen iaitu Vitalea Iron Formula, Vitamin C, B Complex, Alfalfa, Ostematrix/ Omegaguard dan ESP.

Set ini untuk anda :

Jika anda seorang ibu bekerja yang sering kepenatan, berniat mahu menyusu bayi secara eksklusif, sering tidak cukup tidur dan rehat, selalu mengalami sakit pinggang/sendi/tulang, sering dan mudah jatuh sakit dan mahu tingkatkan antibodi, ibu dalam pantang yang akan kembali bekerja tetapi perlu menghasilkan stok EBM yang banyak, telah mengamalkan demand vs supply tetapi pengeluaran susu masih tidak memuaskan dan berat bayi masih tidak naik seperti sepatutnya, ibu yang dalam pantang yang ingin pulih segera, sering ter”miss” makanan yang berkhasiat dan seimbang, tidak suka susu dan bau susu, mengalami masalah susu merudum ketika haid.

(ii) Set Asas : Set ini mengandungi 4 jenis suplemen iaitu Vitalea Iron Formula, Vitamin C, B Complex, Alfalfa.

Set ini untuk anda :

Jika anda seorang ibu yang sering kepenatan, mahu menyusu bayi secara ekslusif, ibu yang sering dan mudah jatuh sakit dan mahu tingkatkan imun sistem, akan kembali bekerja tetapi perlu menghasilkan stok EBM yang banyak, ibu yang telah mengamalkan demand vs supply tetapi berat bayi masih tidak naik seperti sepatutnya.

 

(iii) Set Bajet : Set ini mengandungi 2 jenis suplemen iaitu Alfalfa dan ESP.

Set ini untuk anda :

Jika anda sudah fit, stress terkawal dan sentiasa cergas, tidak mengalami masalah keletihan. Untuk anda yang mahu menyusu bayi secara ekslusif dan juga akan kembali bekerja tetapi perlu mempunyai stok EBM. Ibu yang telah mengamalkan demand vs supply tetapi berat bayi masih tidak naik seperti yang sepatutnya.

Yang penting,  tidak kira yang mana satu pilihan anda, konsep demand vs supply dalam penyusuan wajib diamalkan. Barulah anda akan mendapat hasil yang positif. Insya Allah

Pertanyaan/Order

Hubungi saya segera bagi mendapatkan Set Penyusuan mengikut keperluan dan bajet anda.

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof

Shaklee Certified Product Trainer

Klik Direct Link Whatsapp:
019 – 477 1733

Shaklee ID

866451

Facebook Comments:
Cara Tambah Susu Badan Dengan Cepat Untuk Ibu Bekerja

View Comments

  • terima kasih untuk tips ini..memang sukar untuk ibu bekerja kekalkan penyusuan..harus ada semangat yang tinggi

    • Salam Puan Raihana,

      Betul, semangat ibu perlu ada untuk jayakan penyusuan. Bekerja terkadang ce[at rasa letih dan tak kurang juga mengganggu emosi. Ibu bekerja perlu mahir mengatasi permasalahan ini bagi mengelak permasalahan seperti susu ibu berkurang atau produksi susu ibu sukar dikeluarkan.

      Terima kasih kembali.

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

4 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

4 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago