Shaklee telah bekerjasama dengan Harvard School of Public Health untuk menghasilkan pelbagai artikel mengenai nutrisi terbaik bagi membantu ramai orang untuk memiliki kehidupan yang lebih sihat.
Antaranya ialah berkaitan dengan manfaat kalsium dan tips untuk membina tulang yang sihat dan kuat.
Untuk memiliki tulang yang sihat dan kuat, kuncinya ialah mineral KALSIUM.
Pengambilan nutrisi kalsium yang mencukupi semenjak kecil lagi sehingga dewasa, sangat membantu untuk membina komposisi tulang yang baik dan dapat mengurangkan kehilangan jisim tulang apabila kita meningkat ke usia tua kelak.
Yang menariknya, mineral kalsium yang utama bukan hanya datang daripada sumber susu sahaja, malah ia bukanlah yang terbaik.
Terdapat pelbagai lagi sumber makanan lain yang juga boleh memberi kita sumber kalsium yang tinggi untuk keperluan tubuh kita.
Berikut adalah 5 tips yang boleh membantu kita untuk mendapatkan nutrisi yang baik dan betul bagi memiliki tulang yang sihat dan kuat.
Sumber kalsium yang baik tidak hanya terdapat pada sumber susu atau produk berasaskan tenusu sahaja.
Kurangkan susu dan makanan sumber tenusu tidak lebih daripada satu ada dua kali hidangan dalam sehari.
Pengambilan susu dan produk tenusu ini secara berlebihan tidak memberi lebih kebaikan kepada tulang kita. Malah sedikit sudah memadai kerana kita boleh dapatkan kalsium juga daripada sumber makanan lain.
Antara sumber bukan tenusu yang baik dan tinggi sumber kalsium ialah sayuran berdaun hijau – kubis keriting (collard), sawi bok choy & brokoli (juga mengandungi vitamin K – baik untuk tulang), susu soya yang diperkaya dengan mikronutrien, kacang panggang dan juga suplemen yang mempunyai kalsium serta vitamin D.
Selain itu, sumber kekacang dan tofu atau tauhu juga tinggi dengan kalsium dan baik untuk kita.
Vitamin D sangat membantu untuk meningkatkan kebolehserapan kalsium ke dalam tubuh.
Vitamin D boleh didapati daripada 3 sumber utama: cahaya matahari, makanan yang kaya dengan vitamin D dan dalam bentuk suplemen.
Dapatkan sumber multivitamin yang boleh membekalkan 1000 IU vitamin D sehari disamping pengambilan sumber kalsium.
Atau lebih baik jika boleh dapatkan daripada suplemen kalsium yang datang sekali dengan pakej vitamin D.
Kekal aktif dengan banyak lakukan aktiviti bersenam terutamanya yang melibatkan banyak pergerakan berat tubuh badan.
Senaman ringan termasuk berjalan mahupun berjoging adalah antara aktiviti penting untuk membantu proses pembentukan struktur tulang yang sihat dan kuat serta meningkakan fleksibiliti.
Retinol atau vitamin A daripada sumber haiwan seperti hati, telur dan lemak ikan. Juga makanan yang diperkaya dengan nutrien tertentu seperti bijirin sarapan, suplemen dan juga vitamin A sintetik.
Hadkan atau pantau pengambilan sumber makanan ini supaya tubuh tidak terpaksa menyimpan lebihan vitamin A di dalam hati.
Sumber vitamin A yang mencukupi sudah memadai untuk membantu fungsi penglihatan, pembahagian sel, kesuburan dan juga termasuk kesihatan tulang.
Namun, berlebihan vitamin A boleh menyebabkannya menjadi toksik kepada tubuh yang membawa kesan buruk antaranya ialah kerosakan dan kehilangan jisim tulang.
Oleh itu, kebanyakkan pengeluar multivitamin hari ini telah menyingkirkan sebahagiana atau keseluruhan retinol daripada produk mereka.
Alternatifnya mereka menggantikannya dengan vitamin A yang lebih baik daripada sumber tubmuhan iaitu Beta-Karotena yang tidak membahayakan tulang.
Usia remaja dan dewasa adalah tempoh sela masa kekuatan tulang begitu diuji pada tahap kemuncaknya.
Jika kekuatan dan kesihatan tulang tidak dibentuk bermula dari zaman kanak-kanak lagi, agak sukar kita untuk menempuh usia sekarang (dewasa) dan lebih teruk di usia tua nanti.
Amalkan gaya hidup sihat termasuk dari segi diet pemakanan seimbang yang cukup sumber kalsium dan vitamin D disertai dengan aktiviti aktif (bersenam dan bersukan) supaya dapat membantu kesihatan dan kekuatan tulang kita.
Jangan berhenti di situ, mulakan kembali dan bantu kesihatan serta kekuatan tulang anak-anak kita juga dengan cara yang sama.
Anda boleh baca tips tulang sihat dari Shaklee dan info tentang kalsium dari Harvard School of Public Health di sini.
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More