1 2
Ibu Mengandung

Demam Semasa Mengandung Berbahaya? Cara Atasi Tanpa Perlu Makan Ubat

Seorang ibu yang sedang mengandung anak sulung mengadu dia rasa tertekan apabila telah dimarahi oleh suami dan rakan sepejabat hanya kerana dia demam. Siap diberi ceramah dan diberitahu pantang larang semasa mengandung lagi.

Mitos segelintir masyarakat mengatakan, ibu mengandung tidak sepatutnya demam. Jika anda demam semasa mengandung, anda perlu elakkan mengambil ubat kerana ubat itu mampu memberikan kesan yang negatif kepada anak di dalam kandungan.

Namun, kesan-kesan negatif yang bagaimana tidak pula diterangkan secara terperinci. Benarkah demam semasa mengandung berbahaya dan tidak boleh mengambil ubat? Teruskan pembacaan anda.

Hakikatnya, tiada siapa yang mahu demam. Semua orang mahu sentiasa sihat, betul tak? Nikmat kesihatan adalah anugerah dari Allah.

Soal kesihatan adalah diluar kawalan kita. Jadi, berhentilah berkata sesuatu yang boleh menyinggung perasaan orang lain terutama ibu yang sedang mengandung.

Mereka perlukan sokongan orang sekeliling mereka pada ketika tidak sihat.

Demam sebenarnya bukan sejenis penyakit. Tetapi ia adalah gejala yang menunjukkan seseorang itu menghidapi sesuatu penyakit.

Ia suatu tindakbalas normal badan kita terhadap serangan kuman dan penyakit-penyakit lain. Suhu badan normal adalah pada 37°C. Jika suhu badan melebihi angka ini, kita dikira menghidapi gejala demam.

Benarkah demam semasa mengandung berbahaya? Setakat ini, tiada kajian kukuh yang mengatakan demam membahayakan bayi di dalam kandungan. Jangan terlalu risau.

Demam yang rendah (kurang dari 100.4°F) adalah selamat walau masih diperingkat awal kehamilan

Namun, ada kajian yang menunjukkan bahawa jika seorang wanita hamil itu mengalami demam melebihi 39°C sekurang-kurangnya tiga kali, yang disebabkan oleh jangkitan kuman pada pundi kencing, kemungkinan untuk bayi yang dilahirkan akan terkena sawan adalah tinggi. Demam yang melebihi 39.5°C mungkin boleh memberi kemudaratan kepada bayi.

Demam yang tinggi pada peringkat awal kehamilan akan menjejaskan proses pembentukan fizikal bayi

Bayi berisiko untuk mendapat masalah neural tube defects seperti spina bifida terutama jika demam terjadi di sekitar hari ke-20 sehingga hari ke-28 selepas persenyawaan berlaku. Ini kerana pada masa itu sedang berlaku pembentukan saraf tunjang.

demam ketika mengandung, neural tube defects, spina bifida

Ada juga kajian yang menunjukkan bahawa demam bersuhu terlalu tinggi boleh menyebabkan keguguran. Hal ini juga boleh berlaku kepada wanita hamil yang mandi di hot tubs dan sauna ketika hamil. Jadi, kalau hamil, elakkan berendam dalam air panas ya.

Kalau kandungan dah masuk fasa akhir, demam yang tinggi selalunya tidak membawa kemudaratan.

Ini kerana pada masa itu, fizikal bayi anda telah terbentuk dengan sempurna kecualilah jika demam tu disebabkan oleh jangkitan kuman dalam rahim. Jadi berhati-hati. dan jaga kesihatan anda tau.

Menurut Dr Matthews, Perunding Obstetrik dan Ginekologi, doktor akan memastikan keselamatan setiap ubat sebelum memberinya kepada pesakit terutama wanita hamil.

Cadangan saya kepada anda yang demam semasa mengandung agar mengambil bacaan suhu badan yang betul. Sukar nak tentukan kita demam atau tidak dengan hanya meletakkan belakang tapak tangan di dahi.

Jangan main agak-agak aje tau. Gunalah termometer untuk mendapat bacaan yang tepat. Belilah 1 di farmasi, Guardian, Watson. Murah aje, tak mahal pun.

Selain itu, minumlah air kosong yang banyak. Demam akan membuatkan kita rasa cepat letih dan haus akibat dehidrasi. Maka, kita kena pastikan pengambilan air kosong yang mencukupi ketika demam.

Bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w

Demam panas adalah daripada serpihan neraka, maka sejukkanlah ia dengan air – (hadis sahih al-Bukhari dan Muslim)

Berdoalah

       Dengan nama-Mu Ya Allah, sembuhkanlah penyakit hamba-Mu dan benarkan bimbingan Rasul-Mu

Jika anda mengalami loya-loya dan muntah-muntah akibat alahan mengandung dan mengalami gejala demam, cubalah minum air sedikit demi sedikit menggunakan sudu.

Sentiasa tuam dahi dan dada anda dengan tuala yang basah untuk membantu mengeluarkan haba dari tubuh.

Jika anda hamil, beritahulah kepada doktor anda tentang kehamilan anda sebelum menerima sebarang jenis ubat. Ini kerana ubat yang sama boleh jatuh pada kategori yang berbeza jika anda hamil.

Ia mungkin selamat ketika anda tidak mengandung tetapi menjadi berbahaya jika anda sedang mengandung.

Anda boleh bertanya kepada doktor anda tentang kategori ubat-ubat yang diberi dan tahap keselamatannya kepada bayi yang dikandung. Jangan dengar sangat cakap orang sekeliling kerana tidak semua yang diberitahu itu betul.

Doktor mungkin akan memberikan ubat paracetamol yang selamat untuk wanita hamil dengan dos yang dibenarkan.

Namun, jika anda demam dan mampu bertahan, anda boleh elakkan dari mengambil sebarang ubat. Itulah yang saya lakukan dulu.

Setakat demam batuk dan selsema, saya halang diri saya dari mengambil sebarang ubat, dan membiarkan badan membina antibodi sendiri secara semulajadi untuk menentang serangan virus dan jangkitan.

Cara saya senang aje. setiap hari saya akan pastikan saya mengambil vitamin untuk ibu mengandung terutamanya vitamin C supaya kesihatan saya di tahap optimum, imun sistem saya lebih baik dan juga supaya rasa lebih bertenaga.

Saya sejak sebelum mengandung lagi dah ambil vitamin C Shaklee..dan terus amalkan nonstop sampai waktu bersalin dan berpantang.

*

Sekarang  baby saya dah 6 bulan.. Syukur Allhamdulillah setakat ni tiada masalah ekzema dan baby tak mengalami ruam walau sedikit.

*

Baby pun belum pernah alami demam lagi. Cuma bila saya demam semasa kehamilan saya terus ambil 2 tablet Vitamin C..Alhamdulillah demam tak lama dan cepat lega..

~ Normahira Zokifeli

Yang paling penting, saya ambil vitamin Shaklee ni sebab ia semulajadi, dan sangat-sangat selamat diambil walaupun ketika sedang mengandung. Alhamdulillah, semasa mengandung anak ke-2 dan ke-3 saya tidak pernah demam atau jatuh sakit. dengan izin dari Allah jua.

“Suatu ketika ada orang yang membicarakan mengenai demam dekat Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki mencela penyakit tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabta (yang bermaksud) : ‘Jangan mencela demam kerana demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi’ (Riawayat Ibn Majah)

Bersabarlah ketika menghadapi ujian demam ini. Semoga demam sehari yang kita hadapi dengan sabar boleh menghapuskan dosa kita selama setahun. Saya doakan anda diberikan kesihatan yang baik dan terhindar dari penyakit yang memudarkan diri dan bayi anda. Amiin. InsyaAllah.

Jika anda ibu mengandung dan sering berasa tidak sihat tetapi ingin mengelakkan pengambilan ubat-ubatan kerana berasa risau dengan keselamatan bayi yang di dalam kandungan, cubalah vitamin C shaklee. InsyaAllah anda akan terasa perbezaannya.

Untuk pertanyaan lanjut dan konsultasi eksklusif, hubungi saya di:

Eksklusif hanya di Yourfabulousmama.Net

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
Demam Semasa Mengandung Berbahaya? Cara Atasi Tanpa Perlu Makan Ubat

View Comments

  • Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. miliki set ibu hamil hari ini dengan harga penjimatan yang luar biasa.

    • sama-sama ummu khayla..terima kasih sudi singgah

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

3 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

3 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

3 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

6 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

6 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

6 months ago