Segmen DIY

DIY – Homemade Air Freshener Jenis Semburan Untuk Wangian Rumah Anda

Kita tentu sesak nafas jika ruangan dalaman rumah kita selalu “menyumbangkan” hidung dengan bau-bauan yang tidak begitu menyenangkan. Kadangkala boleh membawa stress!.

Bila pulang dari kerja atau outing misalnya; buka je pintu, kita mahukan haruman mewangi mengiringi setiap langkah kaki masuk ke dalam rumah. Tentu menenangkan kan.

Opps chopp dulu…Sapa yang nak wangikan rumah kita bila kita tak ada kat rumah!?

Haa…Selain guna air freshener automatik atau spray siap tinggal beli je kat kedai, Tahukah anda? kita boleh buat air freshener homemade sendiri kat rumah?  Mudah je caranya dan yang penting “Cost Saving”.

DIY-Homemade-Air-Freshener

Kenapa Kena Buat Air Freshener Sendiri?

Pertamanya, off courselah nak jimatkan duit belanja rumah. Pewangi rumah boleh dikatakan antara barang yang kerap kita beli. Kadang-kadang sebulan sekali terutamanya untuk wangian kereta.

Paling murah lebih kurang RM5.00 hingga yang agak mahal dalam RM30.00, bergantung kepada citarasa. Bagi yang ada duit dan suka shopping, baik beli je.

Keduanya, minat. Jika anda seorang yang minat kerja-kerja Do It Yourself, mungkin DIY Homemade Freshener ini boleh dimasukkan dalam buku log DIY anda. Nak buat tak lama pun. Seminit boleh siap.

Ketiga, FOBIA! Hehe..ini cerita saya. Dulu pernah sekali dalam 6 atau 7 tahun lepas, berlaku kesilapan teknikal (terlupa) akibat pewangi kereta. Saya pakai jenis spray.

Satu hari saya tertinggal pewangi aerosol dalam bonet kereta. Balik kampung parking kat kawasan terbuka. Kebetulan cuaca panas terik tengahari tu.

Teka apa yang berlaku? Ya, botol pewangi aerosol tu meletup, meletupkan sekali panel dashboard & cermin belakang kereta saya, habis berkecai.

Memang berbaloi hari tu, berbaloi tak pasal-pasal kena tukar cermin kereta yang sikit punya mahal walaupun proton wira aeroback je. Kejadian macam ni memang jarang-jarang berlaku dan buat saya serik. Hati-hati ya!.

DIY Cara Buat Homemade Air Freshener Sendiri Di Rumah

bahan-bahan-DIY

Bahan-bahannya mudah dicari:

  1. Botol spray kosong (200 ml) – Guna yang recycle lebih baik. Saiz tak kisah lagi besar atau kecil, cuma kawal sukatan.
  2. 1 Sudu Teh Baking Soda – Mintak sikit dari sektor kek dan pastri
  3. Pewangi aromaterapi jenis Essential Oil seperti Lavender, Camomile atau apa sahaja ikut kegemaran (Guna 3 titik sudah cukup)
  4. Air secukupnya – air paip atau suam pun boleh (lebih kurang 160ml)

Cara buatnya paling senang:

  1. Masukkan air dalam botol spray (tidak terlalu penuh).
  2. Masukkan baking soda dan campurkan 3~5 titik essential oil  wangian kesukaan anda.
  3. Goncangkan botol untuk sebatikan campuran.
  4. Test spray. Kalau berfungsi ok, maknanya dah siap & boleh guna!

Boleh Guna Di mana?

Boleh semburkan homemade air freshener anda pada ruang bilik, ruang tamu, bilik air, bilik tidur dan sebagainya. Boleh juga spray pada perabot, fabrik langsir dan juga karpet.

Selain digunakan untuk pewangi rumah, boleh juga diguna sebagai pewangi kereta.

Awas, berhati-hati untuk tidak semburkan pada lantai jubin bagi elakkan permukaan menjadi licin. Bahaya kepada anak-anak jika terjatuh.

Selamat mencuba!

Facebook Comments:
DIY – Homemade Air Freshener Jenis Semburan Untuk Wangian Rumah Anda

View Comments

  • terima kasih atas perkongsian yang menarik ini. saya suka bilik tidur saya bau aiskrim vanila. haha.

    • Sama-sama. Saya suka dua haruman ni. Lavender & lemon. Bilik & ruang tamu utk lavender. Bilik air utk lemon. Hari-hari berbau segar...

  • okeh.

    esok pi cari baking soda.

    leh wat ubat gigi sekali nih. hehe

    • Haha bukan setakat guna untuk buat kek dan putihkan gigi je..kalau search google "kegunaan baking soda", penuh result untuk kecantikan kulit muka kat 1st page.

  • Berapa lama leh tahan dalam botol spray??
    klu dlm sebulan tak pakai ade tukar bau ke??
    Mean air jadi bau busuk??.

    • Untuk saiz yang dicadangkan tu biasanya tahan sebulan. Ralit spray bila kena dengan bau kesukaan kita, lagi cepat abis. Nak buat pun senang je kan.

      In case kalau terlupa nak pakai sampai lebih dari sebulan, tak ada perubahan bau. Cuma kena goncang sebelum guna. Kalau air kotor, just buat baru.

  • Salam...saya try buat apa yg disarankan..cuma baunya kurang lekat..ada apa2 yang kurang ke..
    Saya guna fragrance oil lavender.
    Minta pencerahan.

    • Salam tuan. Terima kasih kerana cuba buat DIY dari blog ini.

      Normal, baunya hanya sementara dan tak kekal lama berbanding yang dijual di kedai. Ramuannya berbeza.

      Tapi x mengapa, ia murah & boleh spray banyak kali. Mungkin boleh cuba fragrance lain yang lebih menyengat baunya.

  • Kedai mana ada jual essential oil ye sis ?

    • Salam En Shukri.

      Essential oil mudah didapati di kedai-kedai RM5 menjual barangan jepun atau korea. Biasanya di pasaraya aeon/giant/jusco banyak ada kedai-kedai ni.

      • Wassalam...Thank you sis ye.

        • Sama-sama.. Moga bermanfaat. Terima kasih kembali.

Recent Posts

11 Makanan Tinggi Vitamin E Yang Perlu Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Vitamin

11 Makanan Tinggi Vitamin E Yang Perlu Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Vitamin E adalah sejenis antioksidan yang sangat penting untuk kesihatan tubuh badan manusia. Selain vitamin… Read More

11 months ago
Atasi Sembelit Ketika Hamil Supaya Tidak Kena Buasir di Kemudian Hari
  • Ibu Mengandung

Atasi Sembelit Ketika Hamil Supaya Tidak Kena Buasir di Kemudian Hari

Hari ini saya nak berkongsi satu masalah yang biasa dialami oleh ibu hamil iaitu sembelit.… Read More

1 year ago
Amalkan Sedekah Subuh Hatta RM1. Salah Satu Cara Menjemput Rezeki!
  • Umum

Amalkan Sedekah Subuh Hatta RM1. Salah Satu Cara Menjemput Rezeki!

Assalamualaikum, Hai semua. Semoga sihat dan dalam rahmat Allah sentiasa. Pagi ni Allah gerakkan hati… Read More

1 year ago
Shaklee Master Coordinator ‘s Luncheon @ Mandarin Oriental KL
  • Bisnes Shaklee

Shaklee Master Coordinator ‘s Luncheon @ Mandarin Oriental KL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hai semua. Lama rasa saya tak update blog ni. Bukan dah… Read More

1 year ago
Makanan Penambah Tenaga Ibu Menyusu
  • Ibu Menyusu

Makanan Penambah Tenaga Ibu Menyusu

Assalamualaikum Hai semua. Hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua  makanan penambah tenaga ibu… Read More

2 years ago
Diet Secara Sihat : 10 Minggu Diet, Capai BMI Normal, Turun 12 Kg
  • Diet

Diet Secara Sihat : 10 Minggu Diet, Capai BMI Normal, Turun 12 Kg

Diet Secara Sihat Dengan Cinch Shake 10 MINGGU DIET, CAPAI BMI NORMAL, TURUN 12 KG… Read More

2 years ago