1 2
Ibu Menyusu

Doa Dan Zikir Tambah Susu Badan

Doa Dan Zikir Tambah Susu Badan

Susu ibu juga adalah rezeki dari Allah untuk anak kita. Sebagai umat islam, kita wajib yakin bahawa rezeki kita termasuklah susu ibu datangnya daripada Allah S.W.T. Saya yang mempunyai 4 orang anak mengakui bahawa melengkapkan penyusuan anak dengan susu ibu sehingga 2 tahun adalah tidak mudah.

Ada masa-masanya susu saya juga merudum dengan hebat terutama ketika stress, period, tidak sihat, penat dan sebagainya. Tetapi dengan cara yang betul, insyaAllah ia jadi lebih mudah. Pada waktu-waktu yang sukar, kita digalakkan untuk teruskan berusaha tanpa merasa jemu atau putus asa.

Berikut saya kongsikan beberapa doa, zikir dan amalan wajib yang membantu untuk tambah susu ibu khas buat anda semua yang dalam fasa menyusukan bayi anda.

#1 : Zikir Ya Matin

Banyak-banyakkan berzikir “Ya Matin”. Ia bermaksud “Maha Sempurna Kekuatannya”. Amalkan 70x setiap hari. Antara waktu terbaik adalah antara malam dan subuh. Anda juga boleh membaca zikir ini dan ditiupkan kedalam segelas air. Minum air tersebut.

#2 : Doa Surah Al Baqarah

Amalkan ayat 60, surah Al Baqarah sambil mengusap payudara. Berdoa di dalam hati semoga Allah permudahkan dan melimpahkan rezeki susu buat anak anda. Supaya anda mampu melengkapkan penyusuan sehingga 2 tahun.

Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberikan air kepada kaumnya, maka Kami berfirman :”Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, lalu terpancutlah dari batu itu 12 mata air, sesungguhnya setiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minum masing-masing. (Dan Kami berfirman) : “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.

#3 : Bersyukur

Selepas setiap kali selesai menyusukan bayi anda atau selepas mengepam susu, ucapkan Alhamdulillah. 

#4 Doa tanpa putus asa

Berdoa sentiasa semoga susu anda sentiasa meriah dan cukup untuk keperluan simanja.

” Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, perbanyakkanlah susu untuk anakku, dan permudahkanlah perjalanan penyusuanku mengikut syariat yang telah Engkau tetapkan…”

Semoga bermanfaat. Selamat mengamalkannya. Ilmu tanpa amal tidak berguna tau. Semoga anda dapat menyusukan permata hati tersayang secara exclusif sehingga mereka berumur 2 tahun. InsyaALLAH
Facebook Comments:
Doa Dan Zikir Tambah Susu Badan

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

4 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

4 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago