Surah al-Baqarah, ayat 233 :

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ

Maksudnya: “Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun, bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan.”

 

Jangan tak tahu ye. selain bayi kita mendapat faedah daripada penyusuan susu ibu, ibu juga akan mendapat faedah daripada penyusuan susu ibu. jom baca

 

#1 : Membantu mengecutkan rahim

Apabila kita menyusukan bayi, rahim yang sebelum ini membesar lebih 20 kali ganda berbanding sebelum hamil akan megecut dengan cepat. Biasa dengar pasal hormon oksitoksin? Hormon ini akan dirembeskan ketika kita menyusukan bayi kita. Hormon inilah yang akan membantu pengecutan rahim dengan cepat. Menyusukan bayi anda secara ekslusif mampu mengembalikan bentuk tubuh asal anda dengan cepat.

#2 : Membantu mengurangkan risiko pendarahan selepas bersalin

Ketika kita menyusukan bayi dengan susu ibu, hormon oksitoksin akan dirembeskan. hormon ini akan merangsang kontraksi. Kontraksi yang terjadi itu akan menutup saluran darah maternal. Jadi, masalah pendarahan, InsyaAllah dapat dielakkan.

#3 : Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.

Anak yang disusui dengan susu ibu lebih rapat dengan ibu. Mengikut kajian , tempoh selama 2 tahun akan membantu memperbaiki emosi dan perasaan kasih sayang si ibu.

Para ibu di luar sana, anda pasti tahu anak anda yang mana lebih lama menyusu, dan siapa yang lebih singkat. Pasti dalam ramai-ramai anak anda itu, ada yang lebih rapat dengan anda. Cuba check.

Saya Nak Susu Ibu

#4 : Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari

Memberi susu badan kepada bayi sekurang-kurangnya enam bulan dapat mengurangkan risiko mendapat barah payudara. Lebih lama seseorang wanita memberi susu badan, lebih kecillah risikonya untuk mendapat kanser payudara.

Mengikut kajian, menyusu badan mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 4.3 peratus setiap tahun penyusuan.

#5 : penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kelahiran

Ia merupakan cara perancang keluarga semula jadi. Teknik penyusuan yang betul InsyaAllah mampu membantu menjarakkan kelahiran. Keberkesanannya dikatakan sebanyak 98-99.5% jika memenuhi kriteria ini iaitu

  • Bayi berusia 6 bulan kebawah
  • Ibu masih tidak didatangi haid
  • Penyusuan susu ibu adalah secara eksklusif.

Apakah maksud penyusuan susu ibu secara eksklusif?
Maksudnya adalah menyusukan bayi dengan susu ibu sahaja tanpa susu formula atau makanan lain termasuklah air kosong.

#6 : Menjimatkan masa dan wang

Tempoh masa 2 tahun adalah lama. Dengan hanya menyusu badan, Insya Allah, dapat lebih keberkatan dan menjimatkan sedikit wang ringgit yang kena diperuntukkan sekiranya membeli susu formula. Selain itu, kita dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu mengambil masa untuk menyediakan susu formula.

Baca Juga :  3 Punca Susu Badan Tidak Banyak

Kita digalakkan untuk memberi susu ibu secara eksklusif kepada bayi kita sekurang-kurangnya 6 bulan dan jika mampu, bolehlah di teruskan sehingga ke 2 tahun. jika mampu lagi..boleh je teruskan walaupun lebih 2 tahun. 🙂

Facebook Comments:
Faedah Menyusukan Anak Kepada Ibu

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.