Jom baca apakah faktor susu badan kurang sehingga perlu di tambah dengan susu formula.
Kebanyakan ibu gagal memberi rangsangan yang mencukupi kepada tubuh mereka bagi memastikan pengeluaran susu cukup banyak. Rangsangan yang dimaksudkan ialah samada secara penyusuan terus dari payudara atau pun melalui pam.
Melalui pam, antara beberapa kesilapan yang selalu ibu lakukan iaitu :
Untuk pengetahuan, kita perlu mengosongkan payudara setiap 2-3 jam sekali. Ini bagi menghantar signal ke otak bahawa susu tidak cukup dan supaya kilang susu terus menghasilkan susu secara berterusan.
Jika kurang rangsangan, makan pengeluaran akan jadi berkurang.
Ramai yang mengadu kepada saya bahawa mereka susah hati kerana payudara tidak bengkak.
Tahukah anda bahawa tidak bagus jika anda menunggu sehingga payudara bengkak dahulu baru ingin mengepam susu.
Apabila payudara sudah penuh, otak akan memberi signal kepada kilang susu bahawa pengeluaran susu cukup dan tidak perlu menghasilkan susu lagi kerana bayi tidak perlukan banyak susu.
Jika ibu tidak mengambil berat tentang perkara ini, lama kelamaan susu akan merudum.
Untuk penghasilan susu yang konsisten, saya menggalakkan ibu untuk membuat jadual mengepam ibu sendiri.
Jadual ini perlulah dilakukan secara konsisten untuk melatih badan supaya faham bilakan masanya susu perlu dihasilkan dengan banyak.
Walaupun susu ibu hasil mengepam itu sangat sedikit, anda perlulah teruskan mengepam juga.
Ibu juga sering beranggapan bahawa mereka hanya perlu mengepam apabila susu keluar dan terus berhenti apabila susu telah berhenti mengalir.
Konsep ini tidak betul sama sekali. Ketahuilah bahawa kita perlu mengepam setiap payudara sekurang-kurangnya 20 minit untuk 1 sesi mengepam.
Walaupun susu sudah berhenti mengalir, kita perlulah teruskan mengepam untuk stimulasi pengeluaran susu ibu. Biasanya akan ada 1 lagi let down reflex (LDR) dan pengeluaran susu akan kembali.
Keletihan, stress, datang period dan sedang mengandung boleh menjadi faktor susu merudum.
Pengeluaran susu ibu juga sangat berkait rapat dengan 2 hormon iaitu hormon prolaktin dan oksitoksin. Hormon prolaktin untuk membantu menghasilkan susu manakala hormon oksitoksin (hormon gembira) untuk merangsang pengeluaran susu ibu.
Apabila ibu berada dalam suasana tenang, gembira dan tidak stress, hormon oksitoksin akan dihantar ke otak untuk merangsang pengeluaran hormon prolaktin. Hormon prolaktin pula akan dihantar ke kalenjar susu.
Hasilnya, secara semulajadi badan akan menghasilkan susu dengan lebih baik. Jika ibu stress dan sering keletihan, hormon oksitoksin tidak dapat dirembes dengan baik. Ini akan menyebabkan pengeluaran hormon prolaktin berkurangan.
Hasilnya, penghasilan susu berkurangan. Maka, tidak hairanlah jika susu boleh merudum. Apabila ibu semakin risau, semakin teruk susu merudum. Jadi, anda perlulah pandai mengawal emosi dan cuba berfikiran positif. Elakkan dari berasa stress kerana stress boleh membuatkan susu ibu semakin merudum.
Antara komponen utama susu adalah air. Jika ibu kurang meminum air, bagaimanakah susu ibu hendak dihasilkan.
Jadi, saranan saya, anda perlu memastikan anda minum air kosong sekurang-kurangnya 3L sehari. Air kosong ya. Air manis tidak kira.
Khasiat susu ibu adalah bergantung kepada apa yang ibu makan. Kita disarankan untuk mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat agar tubuh kita cukup nutrien.
Jika tubuh ibu sendiri tidak cukup nutrien, bagaimana pula dengan susu yang terhasil? Bagaimana pula badan ibu mahu menghasilkan susu yang mencukupi?
Apabila badan ibu sihat, nutrien cukup, badan akan berfungsi dengan baik. Susu juga akan diproses dengan lebih baik.
Ramai yang mengeluh apabila mengepam mereka rasa sakit dan susu yang keluar sedikit sahaja. Punca utama ialah kerana penggunaan pam yang kurang sesuai.
Apabila menggunakan pam yang kurang sesuai, suction kadang-kadang menyakitkan, pengepaman tidak optimum dan hasil perahan juga sedikit.
Berusaha untuk membeli pam yang lebih berkualiti dan mimic hisapan bayi. Jika mampu belilah double pam.
Ini kerana masa let down reflex, kedua-dua payudara akan mengeluarkan susu. Jadi jika kita merangsang payudara serentak hasilnya akan jadi lebih banyak.
Q1: Pam berkeadaan baik atau tidak?
A1: Pastikan ia berkeadaan baik. Injap dan motor berfungsi dengan baik. Daya hisapannya juga dalam keadaan yang baik
Q2: Rutin mengepam konsisten atau tidak?
A2: Pastikan anda mengepam secara konsisten setiap 2-3 jam sekali. Seelok-eloknya pada waktu yang sama setiap hari.
Q3: Bayi sudah mula makan makanan pejal?
A3: Jika ya, ia juga akan menyebabkan permintaan susu menjadi kurang. Walaupun bayi masih menyusu secara terus, namun, kadar intake susu mungkin sudah berkurangan. Jika anda merupakan pumping mom, anda pasti akan dapat melihat hasilnya dengan ketara.
Q4: Anda mengambil pil perancang?
A4: Pil perancang yang mengandungi estrogen boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang. Dapatkan nasihat daripada doktor tentang pil perancang yang tidak mengganggu penyusuan susu ibu.
Q5: Anda datang bulan?
A5: Perubahan hormon juga boleh mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Apa yang anda boleh buat, teruskan menyusu dan mengepam seperti biasa.
Buat persediaan awal dengan menyediakan stok susu secukupnya sebelum datang bulan. Pastikan anda mengambil kalsium kerana kalsium sebenarnya mampu membantu anda mengatasi masalah kemeruduman penghasilan susu ibu semasa datang bulan.
Jika susu anda merudum dengan teruk, amalkan power pumping setiap malam.
Q6: Anda mengandung?
A6:Jika anda sedang mengandung, pengeluaran susu ibu juga akan terjejas.
Q7: Adakah anda “on diet”?
A7: Pemakanan ibu memang akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Jangan sesekali mengabaikan pengambilan protein. Ini kerana protein sangat-sangat membantu dalam pengeluaran susu ibu.
Q8: Adakah pengambilan air kosong cukup 3 Liter sehari?
A8: Sesibuk mana pun ibu bekerja, jangan lupa minum air kosong secukupnya.
Q9: Adakah anda cukup rehat?
A9: Jika anda tidak cukup rehat dan tidak cukup tidur, cuba curi-curi masa untuk dapatkan rehat yang secukupnya. Mengepam perlukan suasana tenang dan relaks.
Q10: Adakah anda stress?
A10: Stress boleh mempengaruhi LDR dan pengeluaran susu.
Q11: Adakah anda tidak sihat?
A11: Jika kita demam, mastitis atau mengalami dehidrasi (kekurangan air) juga boleh menyebabkan susu ibu berkurangan dengan ketara. Pengambilan ubat-ubatan seperti pseudoephedrine, etanol / minuman beralkohol, bromocriptine, ergotamine, cabergoline juga boleh mempengaruhi pengeluaran susu ibu.
Baca Juga >> Cara Tambah Susu Badan Dengan Cepat
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…
Saya Nurliyana binti Uzir. Berumur 31 tahun. Saya dah tau pasal Shaklee ni lama dah.. Lama tak lama la. Since saya menyusukan anak pertama lagi kira2 5 tahun dahulu. Tapi masa tu saya tak ambil peduli pun. saya buat tak tau je. Yang saya tau masa tu, Shaklee ni untuk ibu-ibu yang menyusukan. Suplemen untuk tambah susu. Saya menyusukan Dani secara direct hanya 4 bulan. Sebab Dani mengalami confuse nipple. Dan saya tak berusaha nak cari solutionnya.
Macam2 cara kan nak bagi anak tu direct feed balik.. Tapi saya buat tak kisah je. Ada susu adala.. Dia nak dia minum, kalau tak nak kita bagi susu FM je. Saya tak cukup ilmu masa tu. Menyesal tak sudah sampai sekarang. Dan yang paling rasa bersalah bila saya tengah menyusukan Zara, si Dani tengok je. Pastu dia cakap dia nak. Saya terfikirkan apa yang Dani fikir. Mesti dia tertanya-tanya kenapa dulu dia tak macam adiknya. Arghhh, bersalah sangat! Maafkan mama sayang… .
Bila mengandungkan anak kedua 2 tahun kemudian, hidayah saya tak sampai lagi untuk makan vitamin Shaklee ni. Tapi semangat nak menyusukan kembali tu berkobar-kobar. Hari-hari saya telek breastpump spectra 3 saya yang sempat pakai 3 bulan je masa Dani kecik dulu. Sampai lah bersalin.. saya kecewa sangat2 sebab susu saya setitik pun tak keluar. Frust! 3 hari takde susu. Baby asyik menangis-nangis haus. Nurse kat hospital pun tak boleh buat apa. Terpaksa topup FM. Saya masa tu dah la sakit lepas bersalin. Tension lagi ngan susu tak keluar. Anak melalak plak lagi. Manala susu nak keluar kalau saya tension + stress kan.. .
Hari ketiga balik kampung, saya tuam n urut sikit. Barulah start meriah. Buang terus FM. Lepas sesi mengurut 3 hari, lagilah meriah. Berterusan alhamdulillah sampailah ke hari ini. Masa berpantang, saya makan jamu kampung. Masa tu tak sampai lagi seru nak makan vitamin Shaklee. Sampaila si baby dah start meragam malam-malam. Menangis je. Asal tengah malam je menangis. Saya try google kat internet nak cari punca baby menangis tengah malam. Reason yang logik, dia laparlah kan. But kerap kot saya bangun menyusukan dia, sampai saya penat letih bila siang esoknya. Yang jadi mangsa, si abang. Sian dia. Asyik kena marah.. . Tak boleh jadi ni… .
Saya google then terbaca pasal pengalaman2 ibu2 yang consume Shaklee ni. Saya baca baca dan baca. Dapat gaji terus saya order Set B Shaklee (Breastfeeding). Kebanyakan yang saya baca semua kata best sangat set ni. Masa tu niat saya makan Shaklee ni, nak banyakkan susu badan dan nak bagi susu yang bernutrisi untuk baby. Belajar dari pengalaman lepas. Stok EBM saya start kumpul masa seminggu sebelum baby sebulan.saya lagi teruja bila susu badan saya jadi pekat dan likat. Hahaha.. plus jadi warna kuning.. Saya google google lagi, cari perbezaan kenapa masa saya tak makan shaklee susu cair je. Banyak memang banyak. Tapi putih biasa je. Tapi bila makan shaklee, susu jadi pekat kuning likat. Haa ko! Yang lagi super duper best, baby dah tak meragam lagi malam-malam. Tido jadi lagi lena.. Mama dia pun dapat rehat secukupnya… .
Tu bab susu.. . Ada cerita lain. Pasal kulit muka. . Saya sendiri pun tak perasan. Sehinggalah suami sendiri yang memuji. Masa dia balik kampung untuk menjenguk saya ngan anak-anak, lepas salam2 semua, dia tenung saya dan cakap..
“Eh, mama makin putihlah.”
Saya senyum kembang kempis lah. Waktu tu saya menafikan lagi yang sebab kulit saya jadi bersih tu.. Sebab saya ingat hormon baru lepas bersalin kan. Sampai saya naik keje pun, ramai yang cakap, kulit dah makin cantiklah.. Berseri-seri ibu baru lepas bersalin ni. Baru saya sedar masa tu. Sebab saya baca baca dan baca pengalaman orang lain pasal shaklee ni. Dalam set B ni ada Vit C dan Vit B. Ambil maklum yang Vitamin C amat penting untuk pembentukan kolagen, anti oksida dan menguatkan sel-sel. Vitamin B membantu sebagai penenang dan ianya membantu isteri, ibu dan wanita berkerjaya yang kurang rehat agar sentiasa bertenaga. Thats why, ibu-ibu yang nenyusukan yang mengambil set Breatsfeeding ni kelihatan berseri-seri..
Buktinya gambar kat attachment tadi. Gambar yang atas, masa Dani kecil lagi. Kusam comot kulit muka saya. Gambar bawah masa saya consume Shaklee time Zara ni, banyak khasiatnya. Beza kan? Di samping nak memperbanyakkan susu, baby sentiasa kenyang bila lepas menyusu, kulit muka juga makin berseri-seri malah baby pun dapat khasiatnya, bambam badan dia… . Yang penting, kena konsisten makan vitamin dan minum banyak air. Paling sikit 2 liter okay… .
Pakej haaa… badan cergas, susu ibu banyak, baby sihat, kulit muka makin flawless… semuanya kerana Set Breastfeeding Shaklee. Tq Shaklee! Akhirnya terus sign up jadi ahli Shaklee… smile emoticon Sekian. harap bermanfaat apa yang saya share kan ni..
Jika anda sudah berusaha untuk menambah susu dengan pelbagai cara tetapi masih tidak berkesa, apa kata anda mencuba Set Penyusuan Shaklee ini. Jangan malu dan segan untuk hubungi saya. Anda akan diberi info lanjut berkaitan produk dan masalah serta konsultasi secara eksklusif. Saya tidak mahu anda menyesal seperti apa yang saya dan liyana pernah rasa.
Duit boleh dicari, tetapi kenangan manis itu lebih “MAHAL” harganya.
– HUBUNGI –
Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer
Direct Link Whatsapp:
019 – 477 1733
Email:
norhanita@yourfabulousmama.net
Shaklee ID:
866451
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More