Asid amino meliputi 20% daripada berat badan manusia diikuti oleh air sekitar 60-70% daripada berat badan manusia. Oleh itu, jika berat seseorang manusia ialah 50kg secara anggaran, maka 10kg daripadanya adalah protein (asid amino). Ia dalam bentuk otot, saluran pencernaan, organ dalaman, hemoglobin dalam darah, dan juga kolagen pada kulit dan rambut.
Dan sejarahnya pula bermula begini…
Seawal tahun 1806, asid amino mula-mula dijumpai oleh saintis yang terdapat pada sejenis sayuran yang dikenali sebagai asparagus di Perancis, dan kemudian dinamakan sebagai asparagine. Asparagine merupakan salah satu daripada 20 struktur asas protein semulajadi yang biasa dijumpai di dunia, pada ketika itu.
Ia mempunyai ikatan sisi karboksamida dan merupakan ahli dalam kumpulan asid amino tak perlu. Tindakbalas asparagine dan karbonil reaktif pada suhu tertentu menghasilkan sebatian acrylamide. Bahan ini biasa terdapat dalam kentang goreng, cip kentang dan kopi panggang.
Sekitar tahun 1935, kumpulan asas protein seperti cystine, glysine dan leucine pula dijumpai di dalam batu karang, gelatin dan gentian otot. Sebelum itu, pada 1866 glutamate pula telah dijumpai oleh seorang saintis Jerman, Ritthausen melalui proses penyisihan daripada gluten; sejenis sari protein gandum.
Menjelang tahun 1908, Saintis Jepun diketuai oleh Dr. Kikune Ikeda telah menjalankan kajian mendalam terhadap glutamate yang dikenalpasti terdapat pada Umami iaitu sejenis rumpai laut. Kemudian kajian demi kajian semakin berkembang sejak daripada itu.
Apa yang lebih mengejutkan, pada tahun 1969, sebuah meteorit telah jatuh ke wilayah Murchison di Australia. Terdapat satu penemuan misteri telah dikenalpasti. Hasil daripada ujian sisihan mineral, didapati kandungan glysine, alanine dan glutamate telah wujud di dalam sebatian meteroit yang telah dijumpai.
Lalu saintis mula mengandaikan bahawa terdapat hidupan lain di luar alam semesta yang menyebabkan kehadiran asid amino hasil daripada perlanggaran meteorit di angkasa lepas dan jatuh ke bumi. Disokong pula dengan kewujudan alanine dalam fosil trilobite (sejenis krustasia) yang berusia 500 juta tahun menambahkan kemisterian penemuan ini.
Hasil daripada beberapa penemuan misteri, pelbagai andaian dan teori telah wujud mengenai dari manakah asalnya kehidupan itu bermula. Sesetengah pihak mengatakan ia bermula dari luar angkasa, sesetengah berpendapat teguh tentang kehidupan bermula dari ruang atmosfera bumi, dan selebihnya pula berpendirian bahawa asal kehidupan adalah dari dasar laut sejak jutaan tahun lampau.
Apapun ia hanyalah pendapat, masih perlu kepada bukti kukuh untukmenyokong pegangan teori masing-masing. Apa yang pasti asid amino dikenalpasti sebagai asas kepada benda hidup.
OK, kita tinggalkan sebentar kebingungan mereka. Mari kita lihat apakah yang dikatakan sebenarnya tentang asid amino.
Asid amino adalah sebatian organik terdiri daripada kumpulan amino (NH2) dan asid karboksilik (COOH) yang bergabung melalui ikatan peptida membentuk protein. Apabila kumpulan asid amino bergabung melalui rantaian-rantaian tertentu maka wujudlah struktur yang dinamakan protein. Kewujudan asid amino dan protein adalah penting untuk membina struktur organisma hidup termasuk membentuk organ, tulang, rambut, kuku dan kulit. Terdapat lebih 22 jenis asid amino yang perlu untuk diketahui dan mereka terbahagi kepada beberapa kelas yang tersendiri.
Asid amino dikelaskan kepada 3 jenis kelompok utama yang menjalankan fungsi masing-masing iaitu:
EAA tidak dapat dihasilkan atau disistesis oleh tubuh manusia. Ia terdapat dalam sumber makanan seperti daging, susu, sayuran, buah-buahan dan bijirin kekacang. Komposisi EAA ini perlu diambil oleh manusia dalam bentuk pemakanan.
Tubuh manusia hanya boleh menyimpan sejumlah asid amino dalam jangka waktu beberapa jam sahaja. Oleh itu pemakanan seimbang berterusan adalah amat penting. Komposisi EAA ini perlu diambil oleh manusia dalam bentuk pemakanan.
Tubuh manusia hanya boleh menyimpan sejumlah asid amino dalam jangka waktu beberapa jam sahaja. Oleh itu pemakanan seimbang yang berterusan adalah amat penting bagi kelangsungan tenaga dan fungsi penting tubuh badan.
Berikut adalah 9 jenis asid amino perlu beserta fungsi-fungsinya:
Tak-Perlu (Non-Essential) bukan maksud tidak diperlukan, tak penting atau sebagainya, tetapi membawa maksud ia (kumpulan asid amino) yang tidak terdapat dalam diet pemakanan. Lebih lanjut lagi, ia bermaksud tubuh kita perlu menghasilkan atau mensintesis sendiri secara biologi jenis asid amino ini.
Terdapat 5 jenis asid amino tak-perlu dan fungsi-fungsinya iaitu:
CAA tergolong dalam kumpulan Asid Amino-Tak-Perlu, tetapi ia hanya hadir dalam keadaan tertentu sahaja seperti ketika sakit dan stress.
Terdapat 8 jenis Asid Amino Terkondisi iaitu:
* Teruskan pembacaan asas nutrisi anda pada artikel selanjutnya mengenai sumber protein terbaik.
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
View Comments
Terima kasih info. Baru faham
Sama-sama Pn. Noradyani. Semoga bermanfaat.
Terima kasih kpd puan kerana membantu banyak dlm pemahaman saya dlm bidang asid amino~
Salam En Anonymus. Sama-sama dan terima kasih kembali kerana berjaya baca artikel info saja-saja ini di sini.
terima kasih atas maklumat yang diberikan. saya harap anda dapat mengeluarkan lagi maklumat-maklumat seperti ini
Terima kasih Fiona @ Yon. Inshaa Allah maklumat akan ditambah dari masa ke semasa.