1 2

7 Fungsi Kalsium Dalam Badan Selain Untuk Kesihatan Gigi dan Tulang

Kalsium adalah mineral yang paling banyak terdapat di dalam tubuh kita dan mempunyai pelbagai fungsi utama. Paling utama adalah untuk menyokong bentuk tubuh badan kita – Tulang!

Selain untuk kesihatan dan kekuatan tulang, kalsium juga berfungsi utama dalam sistem kardoivaskular, fungsi otot dan sistem saraf.

Kalsium juga bertindak sebagai koenzim untuk pelbagai proses metabolik tubuh.

Baca Juga >> Manfaat Utama Vitamin & Tanda-tanda Kekurangannya

Kalsium sentiasa dikaitkan dengan sistem kerangka manusia yang menyokong perkembangan dan pembentukan struktur tulang serta fungsi-fungsinya.

99% kalsium di dalam tubuh manusia terdapat pada tulangyang juga berfungsi sebagai tempat penyimpanan kalsium daripada pemakanan. Tubuh akan mengeluarkannya apabila diperlukan secara sedikit demi sedikit. Hanya 1% kalsium sahaja kalsium terdapat di luar sistem rangka tulang kita.

Fungsi Utama Kalsium Dalam Badan

Berapa Jumlah Kalsium Yang Kita Perlukan Setiap Hari?

Tubuh kita tidak dapat menghasilkan kalsium dengan sendiri. Sumber diet pemakanan akan membekalkan kalsium kepada tubuh kita.

Kita boleh memperolehi kalsium daripada sumber buah-buahan dan sayuran, sumber tenusu dan bukan tenusu, makanan yang diperkaya dengan kalsium, kekacang, bijirin dan sebagainya.

Kalsium juga mudah didapati dalam bentuk suplemen. Kebiasaannya pengambilan kalsium perlu disertakan dengan kehadiran vitamin D untuk memudahkan penyerapan ke dalam tubuh.

Makanan Tinggi Sumber Kalsium
Sumber Makanan Tinggi Kalsium

Mengikut kepada piawaian RDA, keperluan hari kalsium bagi individu adalah seperti berikut:

Kategori UmurKeperluan Kalsium Harian Disarankan (RDA)Had Maksimum Pengambilan Kalsium (Upper Limit)
Bayi 0 - 6 bulan200mg1000
Bayi 7 - 12 bulan260mg1500
Kanak-kanak 1 - 3 tahun700mg2500
Kanak-kanak 4 - 8 tahun1000mg2500
Kanak-kanak 9 - 13 tahun1300mg3000
Remaja 14 - 18 tahun1300mg3000
Dewasa 19 - 50 tahun1000mg2500
Dewasa lelaki 51 - 70 tahun1000mg2000
Dewasa wanita 51 - 70 tahun1200mg
2000
Dewasa 71 tahun dan ke atas1200mg2000
Wanita remaja hamil dan menyusu1300mg3000
Wanita dewasa hamil dan menyusu1000mg2500

Baca Juga >> Cara Untuk Menguatkan Tulang Secara Sihat

Tanda-tanda Kekurangan Kalsium Dalam Tubuh

Kesan kekurangan kalsium dalam tubuh boleh ditunjukkan melalui simptom-simptom seperti berikut:

Tanda-tanda Kekurangan Kalsium
Tanda-tanda Kekurangan Kalsium

Fungsi Kalsium Dalam Badan

#1 – Memastikan otot dapat meregang dan mengecut dengan baik

Orang yang mendapat kekejangan adalah kerana ototnya tidak meregang dan berkontraksi.

Sewaktu mengandungkan anak pertama, saya pernah rasa kejang kaki. Kejang kaki atau simpul biawak biasa dialami oleh wanita mengandung.

Baca juga >>  Krem Kaki Semasa Hamil & Punca Dan Cara Atasinya

Melalui pembacaan, ia dikatakan berlaku apabila mesej dari otak tidak sampai ke otot dan saraf. Proses penghantaran maklumat inilah yang dipanggil neurotransmitter. Ion kalsium membantu pelepasan neurotransmitter.

Ketiadaan kalsium menyebabkan maklumat tidak sampai kepada penerima iaitu otot dan saraf. Akibatnya badan tidak dapat bergerak kerana tidak menerima arahan. Gejala paling ringan ialah kekejangan otot.

Teringat seorang teman saya, tiba-tiba beliau tidak dapat menaip. Doktor mengesahkan beliau ada masalah saraf. Apa yang saya tahu, beliau menyusukan anak dan bekerja. Mungkin pengambilan kalsium dapat membantu selain ubat-ubatan.

#2 – Bertindak sebagai alarm kepada sistem imun

Kedatangan virus dan kuman akan dimusnahkan oleh system imun kita. Namun, sebelum tentera pertahanan badan kita dapat bertindak, ion kalsiumlah yang akan membawa arahan supaya sel-sel imun bertindak memerangi virus dan kuman tersebut.

Kekurangan kalsium menyebabkan system pertahanan badan kita tidak berfungsi sepenuhnya.

Gejala yang biasa didapati ialah keradangan kulit seperti ekzema, kudis, jerawat, dan sebagainya lagi.

#3 – Melancarkan sistem jantung dan aliran darah

Jantung adalah nadi kehidupan manusia. Otot jantung bergerak apabila menerima arahan daripada kalsium.

Dikatakan kalsium mengaktifkan sejenis protein yang bertindak menggerakkan otot jantung dan mengalirkan darah.

Apabila kalsium dalam darah kurang, kelenjar parathyroid akan mengarahkan kalsium dari tulang masuk ke dalam pembuluh darah.

Masalahnya kalsium dari tulang ini tidak menjalankan fungsi kalsium di pembuluh darah. Ia mengikat lemak di jaringan pembuluh darah sehingga mengakibatkan salur darah mengeras, tebal dan menyukarkan aliran darah.

Kemudian, berlakulah masalah hipertensi atau tekanan darah tinggi. Lebih parah lagi, ianya membawa kepada masalah strok dimana anggota badan tidak dapat digerakkan.

Emak kawan saya dulu mengalami masalah jantung yang agak lemah dan mengambil Aspirin bagi membantu jantungnya berdegup. Tetapi sekarang Alhamdulillah, pernafasannya lebih lancar dan tidak tersekat-sekat walau banyak bergerak dan berjalan. Memang benar, kalsium menguatkan degupan jantung dan boleh mengurangkan lemak dalam darah.

Gejala-gejala seperti di atas tidak berlaku dalam jangka masa pendek. Ia akan muncul apabila melewati usia tua.

Ia datang sedikit demi sedikit. Kita tidak sedar sehinggalah ia menjadi parah. Tidak mengapa tulang rapuh, gigi patah dan rosak tetapi kalau system saraf tidak berfungsi, apalagi yang kita boleh lakukan.

Baca juga >> Awas! Tanda-tanda  Kekurangan vitamin C Dalam Tubuh

Jelas sekali, peranan kalsium memberi impak yang cukup besar dalam kesihatan manusia dan kelangsungan hidup.

Kekurangan kalsium boleh menjadi punca serangan pelbagai penyakit kronik. Mencegah itu lebih baik dari merawat. Cegahlah sebelum menjadi lebih parah

#4 – Untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat

Ini semua orang tahu, termasuklah budak sekolah rendah. Kalsium memastikan tulang kita padat dan kukuh.

Ini bagi memastikan kita boleh berdiri tegak. Jika kurang kalsium, tulang kita ada ruang kosong, rapuh dan mudah patah.

Baca juga >> Cegah Osteoporosis Sebelum Terlewat

#5 – Kesuburan

Kajian oleh para ilmuan dalam bidang kesihatan mendapati di hujung sperma terdapat komponen kalsium yang berfungsi membelah dan menembusi dinding telur, kemudian barulah berlaku pembentukan janin.

Jadi, sebenarnya tidak semudah itu sperma dapat masuk ke dalam ovum, perlu ada kalsium. Berita baik untuk mereka yang belum dikurniakan anak. Mungkin perlu tingkatkan pengambilan kalsium terutama pada si suami.

#6 – Membantu fungsi otot dan jaringan saraf

Menurut satu sumber yang saya baca, kajian saraf adalah yang paling rumit untuk difahami. Sistem saraf bertugas sebagai pengendali. Ibarat stereng kereta. Kalau tiada stereng bagaimana hendak memandu.

Kalau sistem saraf kita tidak berfungsi, kita jadi lumpuh. Kalau sesiapa yang pernah mengikuti perkembangan komposer terkenal, Seri Bayu pasti tahu, betapa beliau menghadapi satu ujian yang hebat iaitu menderita penyakit saraf.

1% kalsium yang berada di luar tulang ini, memang kecil tapi besar impaknya pada tubuh manusia

 

Facebook Comments:
7 Fungsi Kalsium Dalam Badan Selain Untuk Kesihatan Gigi dan Tulang

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

4 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

4 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago