1 2

Mesti Tahu! 9 Fungsi Protein Bagi Tubuh dan Jangan Abaikan Kepentingannya

Tahukah anda, apakah fungsi protein? Mengapa kita perlukan protein setiap hari dalam diet pemakanan kita?

Secara amnya kita tahu bahawa protein adalah sumber asas yang penting dalam tubuh kita. Ringkasnya kita memerlukan protein sebagai sumber tenaga untuk menyokong pergerakan dan aktiviti harian kita.

Namun kita perlu tahu juga, sumber protein bukan sekadar untuk itu, malah banyak lagi fungsi protein yang kite perlu ketahui. Dan lebih penting bagaimana kita hendak memilih sumber protein makanan yang baik untuk diri kita.

Protein juga dikatakan sebagai asas kehidupan kepada semua organisma hidup. Namun perlu kita tahu apakah yang dikatakan protein itu dan dari manakah ia datang?

Sumber Protein Terbaik

Apa itu Protein?

Protein adalah merupakan komponen binaan asas dalam semua organisma hidup. Terbentuk daripada rantaian 20 asid amino berbeza. Ia boleh terdapat dalam formasi sebagai enzim, antibodi, hormon, rambut, kuku, tulang, hemoglobin, neurotransmitter, kulit dan juga komponen asas dalam setiap sel tubuh.

Boleh dikatakan sebagai “memenuhi ruang”. Protein diperlukan oleh tubuh untuk membina, mengekal dan menggantikan tisu yang rosak. Otot, organ dan sistem imun juga terbina daripada unsur protein. Dari manakah datangnya protein dan sumber protein ini?

Tubuh memproses protein yang diambil dari pemakanan kita setiap hari untuk menghasilkan molekul protein tertentu bagi menjalankan tugas penting tubuh. Sebagai contoh, tubuh menggunakan protein untuk membentuk hemoglobin yang berfungsi mengangkut oksigen ke seluruh tubuh badan.

Sesetengah protein digunakan untuk membentuk otot kardio iaitu jantung. Secara fakta, sama ada anda sedang berlari atau berehat, protein berterusan menjalankan tugas penting bagi membantu pergerakan otot, kaki, paru-paru dan juga melindungi diri anda dari pelbagai penyakit.

9 Fungsi Protein Dalam Sistem Tubuh

Berikut adalah 5 fungsi dan manfaat protein untuk tubuh yang perlu kita ketahui:

#1 – Membekalkan Tenaga

Selain karbohidrat dan lemak, protein juga adalah sumber utama dalam makanan yang memberikan tenaga.

Protein membekalkan 4 kalori tenaga dalam setiap gram, jumlah tenaga yang juga sama dibekalkan oleh karbohidrat. Manakala lemak adalah penyumbang tenaga terbanyak iaitu 9 kalori bagi setiap gram.

Karbohidrat dan lemak adalah penyumbang tenaga utama dimana tubuh akan menyimpannya sebagai bahan bakar . Mereka juga lebih efektif dari segi metabolisma berbanding protein.

Sementara itu, sumber tenaga protein akan disimpan sebagai sumber tenaga alternatif yang akan digunakan apabila diperlukan.

Ketika aktiviti normal atau berat seperti bersukan atau kerja berat, tubuh akan menggunakan tenaga utama daripada sumber karbo dan lemak terlebih dahulu.

Ketika berpuasa contohnya, tubuh terhalang untuk mendapatkan sumber tenaga daripada makanan hampir berjam-jam lamanya.

Pada ketika ini, protein akan bekerja untuk menghasilkan tenaga bagi membantu menampung keperluan tubuh supaya dapat bertahan dan kekal energetik.

Tubuh lebih memerlukan protein sebagai sumber nutrien penting yang lebih meluas penggunaannya untuk menyokong fungsi tubuh yang lain.

Youtube Shorts: 10 Jenis Buah-buahan Paling Tinggi Protein

#2 – Menyokong Pertumbuhan & Pembaikpulihan 

Sel-sel dan tisu-tisu dalam tubuh sentiasa berkembang supaya dapat kekal berfungsi untuk menyokong pelbagai jenis sistem tubuh pada tahap yang optimum.

Di sini, protein memainkan peranannya untuk menyokong perkembangan dan menjalankan proses pembaikpulihan secara berterusan kepada sel dan tisu.

Secara normalnya, tubuh akan memecahkan sejumlah protein bagi tujuan kitaran pembinaan tisu-tisu baru dan pembaikpulihan semula tisu-tisu yang rosak.

Namu pada waktu-waktu tertentu, tubuh terpaksa memecahkan lebih protein berbanding yang boleh dihasilkannya sendiri bagi menampung keperluan segera sistem tubuh atas sebab atau kondisi tertentu.

Sebagai contoh, ketika mengandung, proses kelahiran bayi, menyusukan bayi atau ketika berada pada tahap kesakitan tertentu seperti kecederaan dan pembedahan. Ketika ini proten lebih banyak diperlukan berbanding biasa.

#3 – Menjalankan Proses Tindakbalas Biokimia

Enzim adalah salah satu jenis protein yang membantu beribu tindakbalas biokimia yang berlaku antara sel dan diluar sel di dalam tubuh.

Struktur enzim yang unik membolehkan mereka bergabung dengan molekul lain di dalam sel yang dinamakan substrat, dan memangkin tindakbalas yang penting untuk proses metabolisma.

Metabolisma adalah proses tubuh menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga

Enzim juga boleh bekerja diluar sel. Contohnya enzim penghadaman seperti laktase dan sukrase yang membantu tubuh mencernakan gula dalam makanan.

Sesetengah enzim pula memerlukan molekul lain seperti vitamin dan mineral untuk menjalankan proses tindakbalas biokimia.

Antara sistem tubuh yang bergantung kepada kehadiran fungsi enzim ialah:

  • Pencernaan & penghadaman
  • Penghasilan tenaga
  • Pembekuan darah
  • Pengecutan dan pengenduran (kontraksi) otot

Video Infografik: 30 Jenis Makanan Tinggi Protein

#4 – Bertindak Sebagai Penghantar Isyarat

Hormon juga adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai penghantar isyarat kimia dan membantu komunikasi antara sel di dalam tisu dan organ tubuh manusia.

Hormon dihasilkan atau dirembeskan oleh kelenjar endokrin dan kemudian diangkut melalui salur darah untuk dibawa kepada tisu atau organ sasaran bagi melakukan tindakbalas kimia tertentu.

Hormon diklasifikasikan kepada tiga kumpulan utama:

  • Polipeptida dan hormonal protein: Dibentuk melalui rantaian asid amino sama ada pendek (3 asid amino) atau panjang (lebih daripada 3 hingga beratus asid amino)
  • Steroid: Hormon yang dihasilkan oleh kelenjar seks (gonad) dan mudah larut dalam lemak. Testosteron dan estrogen adalah contoh hormon seks berasaskan steroid.
  • Asid Amino Derivatif: Hormon yang dibentuk oleh gabungan asid amino individu melalui siri tindakbalas tertentu. Contohnya adrenalin yang merupakan derivatif daripada tirosine > dopa > dopamin > norepinepherine > epinphrine. Hormon tiroid juga sejenis asid amino derivatif.

#5 – Membentuk jaringan struktur

Sesetengah jenis protein juga bersifat serat (Protein Fibrous) yang memberikan ciri-ciri elastisiti dan mengekalkan bentuk kepada sel dan tisu.

Kolagen, keratin dan elastin adalah contoh serat protein yang membentuk jaringan luaran dan rangka kerja struktur dalaman organ.

Kolagen adalah yang paling banyak terdapat di dalam tubuh manusia yang berfungsi sebagai protein struktural bagi menyokong kekuatan tulang, tendon, ligamen dan juga elastisiti kulit.

Elastin beratus kali ganda lebih fleksibel berbanding kolagen. Sifat elastisitinya yang tinggi dapat membantu sesetengah otot tubuh kembali kepada bentuk asalnya selepas berlakunya proses peregangan dan pengenduran seperti uterus, paru-paru dan arteri.

#6 – Mengekalkan keseimbangan pH dalam tubuh

Protein mempunyai fungsi penting di dalam mengekalkan keseimbangan pH di dalam darah. pH merujuk kepada indikator yang menentukan suatu bahan itu bersifat asidik, neutral atau beralkali.

Sifat asid-alkali suatu bahan ditentukan melalui nilai pada skala pH, iaitu:

  • pH 0 – 6 : Asidik
  • pH 7 : Neutral (Seimbang)
  • pH 8 – 14 : Alkali

Pada keadaan normal atau seimbang, pH dalam darah perlu kekal di dalam julat 7.35 hingga 7.45. Sebarang perubahan kecil pada nilai pH darah ini, ia akan memberi kesan yang signifikan kepada fungsi tubuh.

Jika darah terlalu berasid, ia akan menyebabkan potein mengalami denaturasi dan gagal menjalankan fungsi-fungsinya.

Denaturasi adalah proses dimana berlakunya pengubahsuaian struktur asas molekul protein. Ia memutuskan banyak ikatan antara molekul protein yang lemah dan mengubah struktur 3 dimensinya yang asal serta merencat fungsinya.

Terdapat beberapa mekanisma tubuh yang sentiasa bekerja untuk mengekalkan pH dalam darah. Salah satunya adalah melibatkan protein albumin.

Albumin sedikit bersifat asid dan bercas negatif, maka ia akan menyeimbangkan molekul-molekul yang bercas positif, seperti proton (H+), kalsium, potassium dan magnesium yang juga turut sama berada di dalam peredaran darah.

Jika berlaku peningkatan secara mendadak kepekatan molekul-molekul bercas positif ini di dalam sistem peredaran darah, maka albumin akan bertindak sebagai penampan bagi mengawal keseimbangan pH dan mengekalkan status quo.

Selain itu, hemoglobin juga turut terlibat dalam mekanisma mengekalkan keseimbangan ph dalam darah ini dengan cara mengikat hidrogen proton.

#7- Mengekalkan Keseimbangan Cecair tubuh

Pengambilan protein yang sentiasa mencukupi membolehkan proses biologi dalam tubuh mengekalkan status quo terhadap sebarang perubahan persekitaran dalaman tubuh.

Status quo merujuk kepada suatu keadaan yang kekal dan tidak berubah walapun berlaku perubahan nilai disekelilingnya.

Protein juga membantu fungsi tubuh mengawal keseimbangan cecair. Keseimbangan cecair merujuk kepada keseimbangan peredaran dan kepekatan air di seluruh sistem tubuh.

Jika banyak air yang memasuki tisu -tisu secara tiba-tiba dan terdapat pengumpulan cecair, maka kesan bengkak pada organ boleh berlaku. Lebih buruk lagi jika keadaan tidak terkawal, kematian sel boleh berlaku.

Air sentiasa mengalir dari kawasan yang mempunyai kepekatan rendah ke kawasan berkepekatan tinggi. Ini juga bermaksud, air mengalir ke kawasan yang mempunyai unsur larut air yang tinggi seperti protein dan glukosa.

Untuk memastikan air sentiasa diedar sama rata ke seluruh kawasan tubuh antara darah dan sel, protein akan secara terus bersirkulasi bagi meningkatkan kepekatan darah.

Pendek kata, protein akan berperanan sebagai magnet untuk menarik air ke kawasan tertentu yang kekurangan air.

Albumin dan globulin adalah protein yang sentiasa berada di dalam darah untuk berfungsi dengan cara sama ada menarik air atau menyingkirkannya bagi tujuan mengawal keseimbangan cecair dalam tubuh.

Jika sumber protein tidak diambil sewajarnya dalam pemakanan, makan paras albumin dan globulin ini akan beransur-ansur berkurangan.

Kekurangan albumin dan globulin di dalam darah akan menyebabkan keseimbangan cecair terganggu dimana air akan dipaksa masuk untuk memenuhi kawasan antara sel-sel.

Pengumpulan cecair ini akan menyebabkan edema iaitu pembengkakan yang biasanya berlaku dikawasan perut dan kaki.

#8 – Meningkatkan Fungsi Sistem Imun

Protein membantu pembentukan immunoglobulin atau lebih dikenali sebagai antibodi.

Antibodi adalah sejenis protein dalam darah yang membantu melindungi tubuh daripada serangan mikroorganisma bahaya dari luar seperti bakteria dan virus yang berupaya menjejaskan kesihatan.

Apabila berlaku kemasukan bakteria atau virus ke dalam sel, tubuh secara automatik akan menghasilkan antibodi bagi mengesan mereka untuk dihapuskan dan disingkirkan keluar dari tubuh.

Sekali tubuh mengeluarkan antibodi dan berjaya menghapuskan bakteria atau virus tertentu yang datang menyerang, sel akan menyimpan memori tersebut bagi tujuan pengeluaran antibodi yang sama di masa akan datang.

Secara tidak langsung, ini akan meningkatkan daya responsif dan kecekapan sistem imun terhadap serangan bakteria atau virus yang tertentu dan pelbagai dari masa ke semasa.

Tanpa antibodi, sistem defensif tubuh akan menjadi lemah dan bakteria atau virus ini akan berleluasa serta mudah berduplikasi.

Akibatnya penyakit akan merebak keseluruh tubuh dengan lebih pantas dan membawa masalah kesihatan yang lebih buruk.

#9 – Mengangkut dan Menyimpan Nutrien

Akhir sekali, fungsi protein juga adalah sebagai pengangkut dan stor simpanan kepada nutrien penting dalam tubuh.

Protein mengangkut nutrien termasuk vitamin, mineral, gula, kolesterol dan oksigen menerusi sistem aliran darah dan menghantarnya sama ada ke dalam sel, keluar sel, atau pun perpindahan antara sel.

Sebagai contoh:

  • Hemoglobin berperanan mengangkut keluar oksigen dan kembali dengan karbon dioksida daripada paru-paru kepada tisu-tisu tubuh.
  • Lipoprotein berfungsi mengangkut kolesterol dan lemak sama ada keluar dari hati untuk dihantar kepada seluruh sel-sel tubuh atau sebaliknya, iaitu balik ke hati untuk proses penyingkiran.
  • GLUT (Glucose Transporter) berfungsi mengangkut gula ringkas atau glukos kepada sel.

Fungsi lain protein adalah sebagai stor simpanan. Ferritin adalah protein utama yang berfungsi sebagai penyimpan dan detoksifikasi zat besi.

Casein juga disimpan didalam protein yang merupakan protein utama dalam susu bagi keperluan pertumbuhan bayi.

Bagaimana Protein dihasilkan?

Apabila kita makan apa sahaja jenis makanan yang mengandungi protein, organ perut dan saluran usus akan merembeskan asid untuk memulakan proses penghadaman makanan. Protein dalam makanan akan dipecahkan dalam unit-unit asas yang dipanggil asid amino.

Asid amino ini pula akan digunakan semula untuk menghasilkan protein yang penting bagi kegunaan mengekalkan kondisi tulang, otot, darah dan organ tubuh.

Secara visual, protein boleh diimaginasikan seperti rantai leher yang terdapat pelbagai bentuk manik dalam rantaiannya. Setiap bentuk manik mewakili unit asas asid amino. Unit-unit asas asid amino ini boleh bergabung membentuk beribu-ribu jenis protein yang berbeza.

Para saintis telah menjumpai terdapat banyak jenis asid amino dalam protein, tetapi hanya 22 jenis daripadanya dikenalpasti amat penting dalam kesihatan tubuh manusia.

Apakah yang dikatakan sebagai asid amino?

Baca Juga >> Takrif, Jenis & Fungsi Asid Amino 

Daripada 22 jenis asid amino tersebut, manusia dapat menghasilkan 13 jenis daripadanya di dalam tubuh tanpa kita sedari. Ia dikelaskan sebagai NEAA (Non-essential Asid Amino).

Selebihnya (9 jenis asid amino) pula terhasil di luar kuasa tubuh badan manusia.

Biasanya terdapat sumber makanan yang kaya dengan unsur protein seperti sayur, daging, susu, kekacang dan juga ulat! 9 asid amino ini dikelaskan sebagai EAA (Essential Acid Amino) kerana ia adalah penting untuk diperolehi dalam makanan yang kita makan.

Jenis-Jenis Protein

Terdapat dua jenis protein iaitu protein lengkap dan protein tidak lengkap. Protein lengkap datang dari sumber haiwan seperti daging dan susu kerana ia lengkap mengandungi 9 asid amino-perlu (EAA).

Dalam sumber tumbuhan terutamanya sayur-sayuran, ia dikategorikan sebagai protein tidak lengkap kerana ia mungkin kekurangan satu atau lebih daripada 9 jenis EAA. Ini agak menjadi dilema bagi anda yang tidak boleh makan daging atau produk tenusu.

Namun bagi anda yang menjalani diet sebagai vegatarian, masih terdapat banyak jenis makanan berasaskan sayuran yang kaya dengan unsur EAA, cuma perlu pandai mengadunkannya.

Sebagai contoh, kita tidak boleh dapat keseluruhan 9 EAA yang kita perlukan dalam sumber kacang semata-mata, sebaliknya jika kita mempunyai sekeping dua roti bijirin bersalutkan jem peanut butter, mungkin ya.

Oleh kerana terdapat banyak sumber protein dalam pelbagai jenis makanan, kita tidak perlu risau dan perlu makan kesemuanya yang mengandungi EAA dalam setiap hidangan. Memadai jika anda prihatin kepada jenis sumber protein yang ada dan anda ambil sepanjang hari secara berhemah, selebihnya tubuh akan menjalankan kerja menyerap dan memproses protein tersebut.

Formula Mudah Protein

Untuk menentukan dengan mudah jumlah protein yang anak anda perlu ambil setiap hari adalah seperti berikut:

Ambil kira berat badan anak anda dalam unit kilogram (kg); Maka, anak anda perlu mengambil 1 gram protein bagi setiap kilogram berat mereka.

Contoh: Berat anak anda = 32kg
Maka, jumlah protein yang perlu diambil dalam sehari adalah bersamaan 32g !

Bagaimana Mahu Tentukan Jumlah Protein Yang Telah Diambil?

Anda boleh sahaja merujuk kepada label kandungan nutrisi yang tertera pada kotak makanan. Biasanya terdapat jumlah protein dinyatakan mengikut saiz hidangan. Atau boleh merujuk kepada jadual protein asas makanan di bawah. Sebagai contoh:

  • 2 sudu teh (15ml) peanut butter mengandungi 7g protein
  • 1 cawan (240ml) susu rendah-lemak mengandungi 8g protein
  • 1 oz. (30g) atau 2 potong domino pizza berkeju mengandungi 7g protein
  • 1.5 oz. (90g) dada ayam mengandungi 10.5g protein
  • 1/2 cawan (80g) brokoli mengandungi 2g protein

protein table

Jadual kandungan sumber protein terbaik

Facebook Comments:
Mesti Tahu! 9 Fungsi Protein Bagi Tubuh dan Jangan Abaikan Kepentingannya

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

4 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

5 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago