Seorang kanak-kanak berumur 13 tahun datang ke sebuah klinik gigi bersama ibunya. Sejurus masuk, ibunya terus hulurkan sebatang gigi yang dibalut dalam tisu. Bila diperiksa, boleh nampak dengan jelas gigi depan adik ni dah hilang sebatang. Bukan gigi patah atau gigi sumbing. Sebatang giginya memang ‘terkeluar’ dari soket gusi. Ceritanya, si anak terjatuh di taman permainan lalu giginya tak sengaja ‘terkeluar’. Si ibu pun kutip gigi tu, dan terus bawa balik ke rumah. Di rumah, gigi itu dicuci dengan air paip dan ‘Colgate’, kemudian dibalut dalam tisu untuk semalaman. Keesokan harinya baru mereka pergi ke klinik bagi mendapatkan rawatan untuk si anak.


Kanak-kanak memang akan sentiasa aktif bermain dan berlarian kesana sini. Kadang kala, mereka akan terjatuh dan mengakibatkan kecederaan. Jika tidak kena gayanya, gigi pun boleh patah. Ketahuilah, jika betul caranya, gigi patah akibat jatuh itu boleh diselamatkan.

gigi patah akibat jatuh

Namun, tahukah anda cara yang betul untuk menyelamatkan gigi yang telah patah tersebut? Adakah anda rasa tindakan ibu daripada cerita di atas itu betul? Jika tidak tahu, pastikan anda membaca artikel ini sehingga selesai.

 Gigi yang patah hanya boleh diselamatkan jika ia melibatkan gigi kekal yang terkeluar sepenuhnya dari soket iaitu lubang tulang tempat gigi tertanam. Ia masih boleh diselamatkan dengan melakukan implantasi semula iaitu dengan cara meletakkan semula gigi tersebut ke dalam soketnya. Di bawah saya kongsikan dengan anda langkah-langkah yang perlu anda lakukan.

 teeth3

gigi patah akibat jatuh

 

gigi patah akibat jatuh

Saya ada sedikit peringatan untuk anda demi menyelamatkan gigi yang patah tersebut :

  • Jangan memegang gigi pada bahagian akar gigi
  • Jangan memberus permukaan gigi dan akarnya
  • Jangan membalut gigi dengan kertas tisu atau sapu tangan
  • Jangan bawa gigi dalam keadaan kering, dibalut kain atau tisu
  • Jangan bawa gigi dalam air paip
  • Pastikan gigi sentiasa dalam keadaan lembap

Sebagai ibubapa dan penjaga, kita juga perlu menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan agar dapat menghadapi dan mengambil tindakan yang sepatutnya sekiranya terdapat masalah yang tidak diundang seperti masalah gigi yang patah dan terkeluar dari soket ini.

Baca Juga :  Cara Mengatasi Mata Rabun Jauh Tanpa Menggunakan Kaca Mata

Kalau gigi tu dihandle dengan cara betul, doktor gigi boleh letak balik gigi tu dalam soket gusi dan pasang ‘besi sementara’ untuk stabilkannya. Kemudian, doktor akan buat rawatan akar dan pantau gigi tu dalam masa 6 minggu. Kalau bernasib baik, gigi tu akan pulih dan boleh guna macam biasa balik..

Ibu-ibu, bapa-bapa dan guru-guru kena ambil tahu pasal ni yaaaa

P/S: Oh yaa, nama ‘sains’ yang kita panggil untuk kecederaan camni ialah ‘Tooth Avulsion’. Boleh google kalau nak tahu lagi lanjut.

Facebook Comments:
Gigi Patah Akibat Jatuh Boleh Diselamatkan Jika Betul Caranya
Tagged on:

2 thoughts on “Gigi Patah Akibat Jatuh Boleh Diselamatkan Jika Betul Caranya

  • January 10, 2017 at 7:18 pm
    Permalink

    Ni untuk gigi susu je ke?

    Reply
    • January 10, 2017 at 7:41 pm
      Permalink

      Salam Hazirah;

      Hanya untuk gigi kekal. Jika gigi susu tertanggal, ia mungkin tanda gigi baru akan keluar dan menolak gigi sedia ada.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.