Soalan glamer dari customer-customer saya :

Kalau x ambil semua tu bole tak?

Nak beli alfalfa aje boleh?

Saya nak ESP dan alfalfa je

Saya hanya nk beli ESP je. Untuk milkbooster. Orang kata bagus

Serius saya cakap. Jika kami ni berniat hanya ingin menjual, pasti kami hanya memberi apa yang anda inginkan atau kami menjual segala vitamin dari huruf A ke huruf Z. Tidaklah wujud cadangan suplemen shaklee yang pelbagai seperti disyorkan.

Tujuan kami ingin mendidik dan berkongsi pengalaman bersama ibu-ibu diluar sana. Tidak terhad kepada menjual vitamin Shaklee sahaja. Ini kerana saya ingin ibu-ibu tahu kepentingan setiap vitamin. Apatah lagi dizaman moden kini yang mana kita tak dapat memenuhi keperluan lengkap semua zat dan vitamin dalam makanan seharian.

Saya tak nafikan. Terdapat segelintir ibu yang hanya mahu mencuba ALFALFA dan ESP Shaklee kerana menganggap mereka hanya memerlukan ALFALFA dan ESP sahaja dalam menjayakan penyusuan. Persoalannya, bolehkah hanya mengambil Alfalfa/ESP sahaja dan apakah kesannya dengan mereka yang mengambil beserta vitamin-vitamin asas yg disyorkan iaitu Multivitamin@Vitalea, B complex, Vitamin C, Ostematrix dan Omegaguard? Cuba lihat 2 kes ini

Kes #1 (hanya mengambil alfalfa/ESP)

Jika hanya bergantung dengan alfalfa/ESP sahaja masih boleh menghasilkan susu dengan banyak kerana sifat ALFALFA/ESP itu sendiri iaitu sebagai agen yang membantu badan stimulate susu dengan lebih cepat. Sebab itu mereka yang mengambil 4 biji alfalfa pasti akan merasakan perbezaan ketara apabila pengambilan ditingkatkan kepada 10 biji sehari.

Jika mereka mengambil kombinasi ESP dan alfalfa. Si ibu akan merasakan payudaranya lebih cepat penuh terutama apabila pengambilan air yang banyak serta sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekali.

Namun malangnya pada satu tahap si ibu itu akan merasa sangat letih dan mulalah datangnya sifat moody, mudah mengantuk bila pulang kerja (tidak mampu bertahan buat kerja rumah), kedinginan terhadap seks dek kerana mengantuk dan keletihan yang melampau. Ini kerana si ibu hanya tertumpu kepada pemakanan yang membanyakkan susu.

Maka badan akan memaksa menghasilkan susu sebanyak mungkin tidak kira apa jua keadaan si ibu. Risikonya pula jika si ibu tidak membuat perahan sehingga mengosongkan payudara, susu tersumbat atau nama lain clog duct mudah berlaku.

Kes #2 (ibu mengambil vitamin lengkap seperti yang dicadangkan)

Sudah pasti ia dapat memenuhi keperluan tubuh badan ibu. Badan berasa lebih sihat dan dapat menghasilkan susu dengan lebih baik. Pada dasarnya vitamin ini ibarat minyak pelincir kepada kereta.

Jika sesebuah kereta itu dijaga penyelenggaraannya (maintainance), minyak hitam berganti, minyak sentiasa banyak, enjin berkeadaan baik, aircond tip top, maka sudah pasti kereta itu dapat dipandu dengan lancar, tanpa ada hembusan asap hitam dan tiada tersengguk-sengguk macam orang yang sakit. Penumpang pun selesa.

Baca Juga :  Faedah Menyusukan Anak Kepada Ibu

Sama dengan keadaan si ibu yang menjaga pemakanannya. Jika badannya sihat, moodnya ceria, sentiasa bertenaga , bersemangat dan membuat sesi perahan yang konsisten, sudah pasti dengan izin ALLAH susu akan terhasil dengan baik mengikut keperluan bayi tadi.

Mari lihat kandungan yang ada dalam senarai Set Penyusuan

(1) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin

Dilengkapi dengan kesemua vitamin beserta zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak. Contoh terbaik ialah ikan bilis. Bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg.

Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.

(2) B Complex

Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein. B Complex juga terkenal sebagai anti stress (sebagai penenang) yang hebat. Ia juga membantu meninggikan sistem pertahanan badan serta menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga. Paling penting untuk ibumenyusu, B Complex membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood dan emosi lebih baik).

Apabila kurang stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri, tidak kusam.

(3) Sustained Release Vita C Plus

Sangat penting untuk menjaga salur darah. Ia bertindak sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu. Pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. Sekiranya anda atau bayi demam, cuma tingkatkan pengambilan vitamin C.

Bagi ibu-ibu yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh. Satu lagi kesannya kulit ibu dan bayi makin bersih, cerah dan cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen.

(4) Ostematrix

Ostematrix merupakan gabungan kalsium, magnesium, vitamin D, dan beberapa mineral lain.

Antara kelebihan ostematrix adalah ia membantu mengatasi sembelit, memudahkan tidur dan mudah bangun dari tidur di pagi hari.

Ia juga membantu mengekalkan tekanan darah normal, bantu kita rasa  segar, elakkan kemurungan, mengatasi masalah water’retention’, elakkan kekejangan dan masalah tulang belakang.

Baca Juga :  Kelebihan Susu Ibu Berbanding Susu Formula Yang Terdapat Di Pasaran

Dalam susu ibu, antara komposisi vitamin yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia.

Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.

Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum…ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkir.

(5) Alfalfa Complex

Merupakan suplemen penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.

Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 4 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 10 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.

Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu. Alfalfa turut membantu perkumuhan (lebih lawas) dan membuang angin dalam badan. Secara automatik kesan baik pada bayi. Susah nak kena kembung.

(6) ESP – soy protein isolate powder

ESP adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada bayi yang sedang membesar.

Selain itu, ia membekalkan tenaga yang berpanjangan, memberi rasa kenyang lebih lama. Sesuai untuk ibu menyusu yang selalu rasa lapar. Membantu ibu mendapatkan kuku, rambut dan kulit yang sihat. ESP juga meningkatkan imun sistem. Ia membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit

ESP membantu membanyakkan susu badan (milkbooster). Ini kesan yang ibu paling suka. Anak cepat kenyang, masa penyusuan lebih pendek dan bayi tidur lebih nyenyak.

ESP membantu mengekalkan kepejalan otot. Kulit ibu lebih tegang dan kurang mengeleber. Mempunyai Indeks glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal. Ia juga membantu mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung.

Baca Juga :  4 Rahsia Penting Menyusu Bayi Di Bulan Puasa

(7) Omegaguard

Omega-3 menyokong perkembangan otak, mata dan sistem saraf bayi dan ibu. Bebas dari plumbun, merkuri, dioksin dan lain-lain bahan cemar. Bau dan hanyir yang sangat minima dan diiktiraf sebagai Friend Of Sea.

Membantu menjaga kesihatan jantung, melancarkan aliran darah,meningkatkan kolesterol baik (HDL) dan menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL)

Maka ibu punya pilihan iaitu

#1 : Hanya memastikan susu terhasil dengan banyak tanpa mengira kepentingan kesihatan diri si ibu itu sendiri yakni hanya concern on quantity.

ATAU

#2 : Mengambil vitamin yang seimbang dengan keperluan ibu supaya ceria dan bertenaga disamping menghasilkan susu dengan lebih baik dan mengkayakan nutrisi dalam susuibu. Si ibu concern on quality and later thought about quantity.

Jika masih ada yang bertanya, do i need supplement?

Jawapannya terletak pada diri kita kerana hanya kita sahaja yang tahu bagaimana gaya hidup seharian kita. Bak kata Mentor saya, Kak N

“mungkin ada orang kata dia tak perlu supplemen sebab belakang rumahnya ada kebun sayur-sayuran, ada kebun buah-buahan yang bersih dari semburan racun, ada reban ternak ayam dan itik maka tak makan ayam inject dan dapat makan telur ayam kampung bila-bila masa. So tak perlu suplemen . So memang betul”

Buat semua ibu-ibu diluar sana. Penyusuan susu ibu merupakan pengalaman yang dipenuhi kasih sayang dan keintiman di antara anda dan bayi. Detik itu hanya berlaku untuk satu tempoh yang sangat singkat.

Kita boleh belikan baju, mainan dan macam-macam utk si kecik setiap bulan dan setiap tahun..tapi peluang menyusukan si manja ni hanya sekali itu No turning back. Lainla kalau dapat peluang mengandung setiap tahun.

Sebelum sempat anda menyedarinya, bayi anda sudah pun membesar dan perhubungan anda dengannya telah melalui satu dimensi baru. Jadi, pergunakanlah masa ini bersama bayi dengan sebaik-baiknya. Berseronoklah dan hargainya.

TAK RUGI MENCUBA SUPLEMEN SHAKLEE

Yakinlah. 2 tahun yang akan datang anda pasti terkenang kembali detik anda membeli Shaklee dan bersyukur kerana anda sudah memilih yang terbaik dan memberi kepada si kecil anda melalui susu ibu perisa Shaklee. Anda telah berusaha memberinya susu yang terbaik apabila dia sangat memerlukannya.

Anda ibu menyusu bayi dan mahu saya bantu menjayakan perjalanan penyusuan anda bersama si manja?

– HUBUNGI –
Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

Klik Direct Link Whatsapp:
019 – 477 1733

Shaklee ID
866451

Klik Untuk Info Lanjut
Facebook Comments:
Hanya Alfalfa Dan ESP Untuk Ibu Menyusu Atau Set Lengkap. Pilihan Di Tangan Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.