1 2
Ibu Mengandung

Hb Rendah Semasa Mengandung Kini Kembali Normal

Hb rendah semasa mengandung bukanlah perkara yang luar biasa. Ramai dalam kalangan  ibu mengandung yang mengalami masalah yang sama tentang masalah ini.

Pada fasa awal kelahiran, kebiasaannya, bacaan hemoglobin atau Hb ibu hamil kebanyakkannya berada di tahap normal.

Namun, apabila fasa kehamilan semakin bertambah atau usia kandungan semakin meningkat, bacaan hb akan mula menunjukkan angka penurunan.

Adakah indeks penurunan Hb ini membawa petanda positif atau negatif? Bagi ibu yang mungkin pertama kali tentu agak terkejut dengan perkara ini.

Tiba-tiba dinasihati oleh misi tentang bacaan Hb rendah dan kena jaga dan kawal makan. Suruh makan itu, suruh makan ini, tak boleh makan itu, tak boleh makan ini.

Apa masalah sebenarnya? Tak pernah tahu pun sebelum ni dalam badan ni ada Hb. Kenapa masa mengandung kena particular benda-benda ni? Serius saya tak tahu…

OK, bagi ibu-ibu muda yang baru hamil, terus terang saya katakan apabila pemeriksaan darah dibuat, penurunan bacaan Hb atau biasanya disebut Hb rendah, ia adalah suatu petanda yang tidak baik.

Mudahnya nak sebut, ia akan memberi kesan negatif kepada kita (ibu hamil) dan dua kali ganda negatif kepada bayi (anak dalam kandungan).

Tahukah Anda!

Masalah Hb rendah boleh menyebabkan risiko kelahiran pra-matang ataupun bayi kekurangan berat badan semasa lahir, masalah keguguran, bayi dilahirkan cacat atau paling teruk bayi meninggal di dalam kandungan.

Apa Kaitan Hb Rendah dengan Anemia?

Anemia berlaku apabila kuantiti sel darah merah berkurangan daripada biasa. Atau apabila sel darah merah tidak mempunyai kuantiti hemoglobin (Hb) yang mencukupi berbanding normal.

Hemoglobin adalah protein. Ia memberi indikasi warna merah dalam darah. Fungsi utamanya adalah untuk mengangkut oksigen bermula dari paru-paru ke seluruh bahagian tubuh.

Apabila ibu hamil dikesan mengalami masalah Anemia, ia bermaksud darah tidak berupaya membawa bekalan oksigen yang cukup untuk keperluan fungsi tubuh.

Tanpa oksigen yang mencukupi, sel tisu dan organ tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan baik seperti yang sepatutnya.

Anemia perlu ditangani sebaiknya dengan segera, lebih-lebih lagi bagi ibu hamil. Jika tidak, risiko atau komplikasingan akan berpanjangan kepada bayi yang dikandung.

Kekurangan Nutrisi Punca Masalah Hb Rendah 

Terdapat banyak punca penyebab masalah Hb rendah.

Salah satunya adalah kerana faktor kekurangan nutrisi akibat diet pemakanan yang tidak seimbang dan kelemahan penyerapan nutrisi dalam tubuh.

Hb rendah biasanya menunjukkan anda kekurangan nutrisi berikut :

#1 – Kurang zat besi (iron)

Hemoglobin(hb) adalah protein dalam sel darah merah. Ia mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh badan. Tubuh memerlukan zat besi untuk menghasilkan hemoglobin.

Apabila badan tidak mendapat nutrisi zat besi yang mencukupi, badan akan kekurangan hemoglobin. Ia akan refleks pada bacaan hb dalam darah ibu hamil.

#2 – Kurang Asid Folik (vitamin B9)

Badan memerlukan asid folik untuk menghasilkan sel-sel baru. Ini termasuklah sel-sel darah merah yang sihat.

Kekurangan asid folik akan menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi.

Ibu juga digalakkan untuk mengambil folik asid untuk mengelakkan kecacatan kelahiran seperti spina bifida dan kekurangan berat semasa lahir.

#3 – Kurang Vitamin B12

Vitamin B12 sangat penting untuk membantu proses pembentukan sel darah merah yang sihat.

Kekurangan vitamin B12 ini selain menyebabkan hb rendah, ia boleh menyebabkan kecacatan kelahiran dan risiko kelahiran pra-matang.

 

 

Hb Rendah Semasa Mengandung Kembali Normal Selepas 3 Minggu!

Assalamualaikum w.b.t. Nama saya Siti Aishah Binti Mohamad. Umur 24 tahun. Saya seorang surirumah sepenuh masa dan ibu kepada seorang anak perempuan berusia 5 bulan.

Saya dah amalkan Shaklee ni sejak 9 bulan lalu iaitu ketika usia kandungan saya masih 5 bulan. Punca saya ‘jatuh hati’ dengan Shaklee adalah disebabkan masalah ‘hb’ saya ‘low’.

Bila ‘hb’ dah ‘low’, dengan tak lengahnya saya cari apa-apa suplemen atau ubat jenis pil yang boleh bantu saya normalkan balik ‘hb’ saya tu.

Dengan bantuan Mr.Google, kebanyakan story-mory yang dipaparkan adalah tentang kebaikan Shaklee. Haaaa nampak tak permainan Mr.Google kat situ? Dia bagi saya petunjuk yang sangat tepat okey! Hihii Nak tahu sebab ape??? .

Secara kebetulan ex-teacher sains saya masa sekolah menengah dulu merupakan pengedar Shaklee. So, tak payah saya nak cari jauh-jauh. Depan mata dah ada pun.

Saya dapat info ni pun melalui ‘FB’ beliau. Suatu hari tu, secara kebetulan saya nampak beliau post pasal cara mengatasi ‘hb low’ dengan mengambil supplemen Vita-Lea dari Shaklee.

Dengan izin suami, saya terus order dan dapat memiliki Set Hamil dari Shaklee iaitu Vita-Lea, Vita C, B-Complex dan Ostematrik. Alhamdulillah, selepas 3 minggu amalkan set hamil Shaklee, ‘hb’ saya kembali normal.

Cik Misi pun terkejut! Siap tanya lagi apa rahsianya. Hihihii..

Sepanjang preggy saya mengalami sakit-sakit badan terutamanya tulang belakang dan bahagian pinggang. Kadang-kadang tu tahan sakit sampai nak call tukang urut.

Tapi, Alhamdulillah dengan amalkan ostematrik secara konsisten hilang segala sakit-sakit badan. Terus tak jadi nak panggil tukang urut. Hahaa! .

Saya terus amalkan Shaklee sehingga bersalin. Ketika saya dalam pantang, saya cuma tambah Zinc Complex. Haa nampak tak sebotol Shaklee boleh tahan sehingga 5 atau 6 bulan. Tu yang best dan jimat.

Walaupun bersalin secara normal, saya mengalami luka/koyak yang terlalu banyak/besar. Almaklum la baby 1st kan.

Sepanjang mengamalkan zinc complex dan supplemen shaklee yang lain, luka dan jahitan saya cepat sembuh.

Semasa dalam pantang juga, perkara yang paling menakjubkan dan tak boleh saya lupakan malah buat semua orang terkejut apabila kepala anak saya jadi tegak je bila dukung, tak lembik atau terlentok.

Masa usia anak saya sebulan pulak, kaki anak saya jadi kuat apabila cuba didirikan. Jiran-jiran yang datang menziarah pun teruja melihatnya.

Sampai mak mentua saya gelarnya ‘Baby Shaklee’ disebabkan terlebih kalsium gamaknya. Hahaa! Tu lah hakikatnya…. .

Ostematrik juga banyak membantu saya dalam penyusuan. Saya sentiasa amalkan ostematrik sebelum tidur.

Bila tengah malam Miss B saya akan jadi bengkak sebab banyak susu. Sampai basah baju saya dibuatnya. Hihii.. Alhamdulillah rezeki anak saya untuk menikmati titisan emas ni secukupnya… .

Vita C juga banyak membantu saya dari segi kulit muka. Sebelum amalkan Vita C Shaklee, kulit muka saya sangat kusam, bertompok-tompok dengan parut jerawat dan tona kulit tak sekata.

Alhamdulillah, sejak amalkan Vita C Shaklee, kulit saya kembali sekata. Tak de dah tompok2/parut jerawat. Paling bestnya kulit semakin cerah dan jerawat pun malu-malu nak keluar.

Itu lah pengalaman saya mengamalkan Shaklee sehingga hari ini. Tanpa Shaklee mungkin badan saya sentiasa jadi letih lesu dan tak bermaya.

Terima kasih Shaklee kerana telah membuatkan saya jadi cantik secara sihat dari segi zahir dan batin. Alhamdulillah…

 

– Siti Aishah, 24 Tahun

hb rendah semasa mengandung

Video Testimoni Cara Atasi Hb Rendah Semasa Mengandung

Masalah Hb rendah atau anemia, kejang kaki dan sembelit teruk semasa mengandung merupakan antara masalah yang sangat sinonim dengan ibu hamil.

Kekurangan nutrisi dalam pemakanan dan tidak mendapat rehat yang cukup adalah antara punca utama mengapa masalah ini mudah berlaku. Set Lengkap Kehamilan Shaklee dapat membantu mengatasi dilemma seperti ini yang sering dialami oleh ibu mengandung.

Ikuti kisah Master Norhanita Mohd Yusof yang pernah mengalami kesemua masalah ini semasa kehamilan anak kedua dan bagaimana beliau berjaya menjumpai solusinya.

Paling mengujakan, ia juga merupakan adalah detik manis perkenalan pertama beliau dan mula jatuh cinta dengan Shaklee yang berpanjangan sehingga ke hari ini.

Ibu Dengan Hb Rendah Perlukan Set Kehamilan Asas Ini

Terdapat 4 produk asas dalam set kehamilan Shaklee. Ia sangat membantu anda untuk mengatasi masalah Hb rendah semasa mengandung iaitu :-

  1. Vitalea with Iron Formula : Mengandungi 28 Multivitamin dan mineral lengkap termasuk zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah. Ia juga penting dalam penghasilan sel darah merah yang lebih sihat.
  2. B Complex : Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuk vitamin B12 dan folat. Membantu meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin.
  3. Sustained Released Vita C Plus : Membantu penyerapan nutrisi terutama zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan sistem pertahanan badan
  4. Ostematrix : Membekalkan keperluan kalsium,magnesium dan vitamin D kepada ibu. Sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan tulang. Ibu yang sering mengalami sengal-sengal badan, cramp kaki, sukar tidur malam, dan sembelit sangat digalakkan untuk mengambil ostematrix.

hb rendah semasa mengandung

Order Set Asas Sekarang!

Set ini adalah apa yang Siti Aishah, saya dan ramai ibu mengandung ambil untuk mengatasi masalah hb rendah kami. Kami berasa anda juga tidak patut lepaskan peluang untuk berasa lebih sihat dengan kesihatan yang jauh lebih baik  dari sekarang.

 

Order | Pertanyaan

Saya sangat-sangat ingin membantu anda mengatasi masalah hb rendah semasa mengandung ni. Suatu masa dulu, saya juga pernah mengalami masalah yang sama. Set di atas juga telah membantu mengatasi masalah hb rendah saya. Untuk mendapatkan Set Asas Hb Rendah ini, Anda boleh hubungi saya secara terus di :

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 475 1733

Shaklee ID:
866451

daftar ahli shaklee

Facebook Comments:
Hb Rendah Semasa Mengandung Kini Kembali Normal

View Comments

  • lepas ni saya kena jaga makan nih, sib baik ada shaklee

    • Salam En. Ainul.

      Penjagaan diet pemakanan harian terutamanya semasa hamil memang sangat diutamakan. Kita tidak perlukan suplemen tambahan jika rekod kesihatan dan perkembangan kehamilan adalah baik disepanjang tempoh kehamilan.

      Namun, dengan pengambilan suplemen yang betul dari sumber yang terbaik mampu membantu memberi pemeliharaan dan meningkatkan tahap kesihatan ke tahap yang lebih baik untuk jangkamasa panjang.

      Hari ini, pengabaiaan kualiti pemakanan, penjagaan kesihatan dan gangguan persekitaran adalah antara faktor utama banyak kes kemerosotan tahap kesihatan individu termasuk golongan ibu hamil. Oleh itu, kesedaran mencegah adalah lebih baik daripada langkah mengubati.

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

4 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

5 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago