1 2
Jeragat

Hilangkan Jeragat Di Muka. Semua Wanita Berhak Nampak Cantik

Hilangkan Jeragat Di Muka. Semua Wanita Berhak Nampak Cantik

Jeragat adalah salah satu masalah kepada kulit kita. Untuk pengetahuan anda, semua masalah kulit adalah merupakan sejenis keradangan pada sel atau kita juga kenali sebagai inflamasi.

Pigmen memberikan perlindungan kepada kulit kita dari sinaran UV. Namun, penghasilan pigmen yang terlalu  banyak menyebabkan kulit menjadi gelap dan terjadinya pigmentasi dan jeragat.

Mengapa ia terjadi? Masalah pigmentasi dan jeragat ini terjadi berpunca daripada pertahanan kulit yang lemah iaitu ia tidak mempunyai cukup antioksidan yang sangat penting untuk memberi perlindungan kepada kulit.

Saya akan kongsikan kepada anda 4 Langkah Asas Untuk Hilangkan Jeragat di muka, yang patut anda cuba.

Langkah 1 : Perbaiki Sel Yang Rosak
Jeragat terjadi akibat keradangan sel dimana sel telah rosak. Sel kita setiap 4 bulan akan melalui proses duplikasi sel baru. Sel baru yang dihasilkan akan mengikuti DNA sel yang telah sedia rosak. Proses ini akan berterusan dan sel yang rosak akan terus rosak sekiranya tidak diperbaiki dengan segera.

 Kerana itulah kita dapat lihat jeragat menjadi semakin teruk dari semasa ke semasa. Untuk memperbaiki sel yang rosak, anda perlukan Vivix. Kelebihan vivix, ia satu-satunya suplemen yang diuji keberkesanannya untuk memperbaiki sel sehingga ke peringkat DNA, bahagian paling kecil di dalam tubuh kita.

 Vivix yang mengandungi resveratrol merupakan antioksidan terbaik di dunia. Ia membantu meneutralkan kesan tindakbalas kulit terhadap sinaran UV, membantu menstabilkan kembali hormon yang bercelaru, menentang serangan virus dan bakteria, menghalang serangan radikal bebas dan pelbagai lagi.

Kajian klinik telah dilakukan bagi membandingkan tahap perlindungan sel di antara resveratrol, vitamin E dan vitamin C. Keputusan yang diperolehi menunjukkan resveratrol mampu melindungi kerosakan sel sehingga 95% diikuti dengan vitamin E 65% dan vitamin C 37%

 

kandungan vivix shaklee

Langkah 2 : Betulkan Hormon Yang Bermasalah

Diantara faktor mengapa jeragat sukar untuk dihapuskan adalah kerana masalah hormon yang tidak seimbang. Sebab itu, anda sapu krim tiada kesan, anda buat rawatan laser, ia muncul kembali.

Sebenarnya pengambilan Gamma Lenolenic Acid (GLA) sangat penting kepada kita kaum wanita bagi membantu menstabilkan hormon setiap masa.Ia membantu menghilangkan jeragat dengan cara mengawal paras hormon estrogen dan testosteron.

Apabila hormon kita stabil, kulit kita akan menjadi lebih sihat dan kuat. Bermula dari situ, anda dapat melihat jeragat akan mulai pudar dan lama-kelamaan hilang.

Kelebihan GLA Complex : Ia mengandungi 2 kali ganda lebih GLA berbanding produk lain di pasaran. Ia juga mengandungi Vitamin E yang sangat penting untuk perlindungan sel sel dari serangan radikal bebas dan membantu memulihkan sel serta mencerahkan kulit dari tompokan hitam jeragat.

 

Langkah 3 : Tingkatkan Kolagen Di dalam Tubuh dan Cerahkan Kulit

Selepas usia 20 tahun, purata kadar kehilangan kolagen di dalam badan adalah di sekitar 1-4 g setiap hari.Apabila kolagen semakin berkurangan, kulit akan mula melemah dan hilang keanjalan. Sel kulit akan hilang kekuatan dan menjadi mudah rosak. Di antara kesan kerosakan sel kulit adalah timbulnya jeragat dan pigmentasi.

kolagen yang paling berkesan

Anda boleh mengambil suntikan kolagen namun risiko yang mungkin anda alami adalah berlakunya alahan atau jangkitan. Kesannya juga adalah untuk sementara waktu.

Anda juga boleh mengambil krim luaran. Namun molekul kolagennya terlalu besar untuk diserap kedalam kulit maka anda tidak akan dapat kesan seperti yang anda harapkan. Cara yang paling mudah dan berkesan adalah dengan mengambil kolagen secara oral.

Collagen Powder Shaklee merupakan kolagen yang paling berkesan dan terbaik yang anda boleh jumpa. Ia mempunyai berat molekul kolagen yang amat rendah iaitu sebanyak 1000 Dalton berbanding molekul kolagen biasa 300,000 Dalton.

kolagen yang paling berkesan

Langkah 4 : Halang Sinar UV

Kulit yang sering terdedah kepada pancaran sinaran matahari boleh menyebabkan terjadinya “sunburn”, salah satu punca utama jeragat. Sel mati yang terkena sinaran UV akan menjadi hitam. Jika dibiarkan tompokan akan menjadi semakin besar dan tebal.

Kesan “sunburn” ini boleh di neutralkan kembali dengan pengambilan vitamin E. Ia juga membantu proses pemulihan kulit yang terjejas dan menghilangkan jeragat dengan lebih cepat.

kebaikan vitamin e untuk kulit muka

Jika anda membuat belian Vitamin E Complex Shaklee dengan saya, saya ada satu tips rahsia khas untuk anda bagi memastikan jeragat dapat dihilangkan dengan lebih cepat berbanding biasa. Ia antara salah satu konsultasi yang saya berikan kepada para pelanggan saya tau!

Jangkamasa Untuk Melihat Keberkesanannya

Tempoh untuk melihat perubahan pada kulit bergantung pada keadaan kulit wajah anda. Kebiasaannya kesan boleh dilihat seawal 2 hingga 4 minggu pengambilan. Namun untuk kesan terbaik, berikan masa 3-4 bulan untuk anda nampak kesan yang menakjubkan.

Jika anda ambil Set Jeragat Premium ini secara konsisten mengikut saranan yang saya berikan, anda pasti akan terkejut dengan hasilnya nanti.

Percayalah.

Jaminan Keselamatan

Set Jeragat ini dijamin 100% selamat oleh Shaklee. Semua bahan yang terdapat di dalam produk Shaklee dihasilkan dari sumber semulajadi. Setiap bahan yang digunakan juga telah diuji lebih daripada 350 kali untuk memastikan ia bebas dari pencemaran dan bahan berbahaya. Ia sangat selamat dan terbukti mampu menghilangkan jeragat dengan berkesan.

Shaklee Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:

Beberapa senarai TIDAK ada pada produk Shaklee:

  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

 

Testimoni Hilangkan Jeragat

 

hilangkan jeragat di muka

testimoni jeragat

Beli Dari Pakar Bukan Dari Main Tangkap Muat Aje

Untuk mendapatkan hasil dan kesan yang memuaskan, belilah dari pengedar Sah Shaklee yang mempunyai ilmu berkaitan nutrisi dan mampu memberikan konsultasi yang mantap dan berterusan. Pengedar Sah Shaklee yang mampu menjawap setiap pertanyaan anda. Pengedar Sah Shaklee yang boleh berikan tips bagaimana nak jadi lebih cantik dengan cepat dan selamat.

Di antara motivasi saya berShaklee adalah saya mahu semua yang datang kepada saya mempunyai kulit yang lebih cantik kerana saya faham, wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Namun, saya mahu semua wanita kelihatan cantik bukan sekadar cantik diluar, tetapi juga sihat di dalam. Itu yang Shaklee mampu tawarkan kepada anda.

Dan saya sangat bersyukur kerana ramai yang suka dengan konsultasi yang saya berikan. Bukan mudah untuk mencadangkan produk yang sesuai dengan masalah dan keperluan pengguna jika tidak cukup ilmu di dada.Saya siap pergi ke kelas-kelas ilmu yang berbayar demi melengkapkan diri dengan ilmu nutrisi.

 

Menjadi kepantangan saya mendengar pelanggan bercerita mereka membeli dengan pengedar lain tetapi kemudiannya di suruh untuk google untuk tahu cara pengambilan suplemen yang ada. Tak patut kan? Sepatutnya, harga yang anda bayar disertakan sekali dengan konsultasi.

Jadi, tepuk dada dan tanya selera anda. Anda berhak memilih yang terbaik.

Set Jeragat Shaklee

Pertanyaan/ Order

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof

Klik Direct Link Whatsapp:

019 – 477 1733

Shaklee ID
866451

 

Facebook Comments:
Hilangkan Jeragat Di Muka. Semua Wanita Berhak Nampak Cantik

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

5 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

5 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago