Tiada siapa yang mungkin tidak pernah diserang jerawat. Kehadiran jerawat pada waktu tertentu terutamanya di muka adalah perkara biasa. Namun ia menjadi suatu masalah bagi wanita. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan jerawat kronik.
Kebiasaannya, jerawat yang muncul di muka akan pergi dan hilang dengan sendirinya. Namun bagi jerawat kronik, ia dikatakan sebagai jerawat yang degil, sentiasa muncul berterusan pada tempoh yang lama atau tidak surut langsung dan meninggalkan parut kasar yang sangat menjejaskan penampilan wajah.
Akibatnya, individu mungkin akan mengalami kesakitan pada wajah yang teruk, stress, masalah emosi, malu dan hilang keyakinan diri untuk bertemu atau bersosial dengan orang lain.
Apakah punca munculnya jerawat degil ini? Adakah cara untuk hilangkan jerawat kronik ini dengan berkesan? Ketahuinya secara lanjut di dalam artikel ini dan juga kami akan kongsikan pengalaman beberapa individu wanita tentang bagaimana mereka berjaya dapat bebas daripada belenggu jerawat kronik ini.
Jerawat melibatkan gangguan kelanjar pada kulit yang terletak bersebelahan dengan fotikel rambut. Kalenjar ini yang dikenali sebagai kelenjar sebum, merembeskan bahan berminyak yang dipanggil sebum.
Semua orang mempunyai kelenjar ini dan rembesan sebum adalah normal. Tetapi jika anda mempunyai jerawat, itu bermakna anda mempunyai kelenjar sebum yang lebih besar dan sebum yang lebih banyak telah dilepaskan ke dalam kulit. Sebum yang berlebihan mampu memerangkap minyak, bakteria dan sel kulit. Jika kehadiran bakteria tidak dibendung, ia boleh menyebabkan keradangan kulit.
Punca sebenar jerawat muncul pada muka sukar untuk dikenalpasti, tetapi hasil kajian menunjukkan beberapa faktor boleh diambilkira sebagai punca berlakunya masalah jerawat.
Diantara faktor punca tersebut ialah:
Makanan yang berminyak, manis dan berasaskan sumber tenusu menyumbang kepada kulit yang berminyak dan berjerawat.
Sesetengah individu mempunyai masalah hormon yang tidak seimbang. Hormon yang tidak seimbang akan mengacau keseluruhan sistem tubuh dan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuklah kehadiran jerawat yang meriah.
Kebanyakan wanita mesti perasan bahawa kehadiran jerawat semakin meriah apabila tiba masa untuk datang bulan dan kemudiannya kembali menyusut dan hilang.
Sejarah keluarga memainkan peranan yang besar di dalam penghasilan jerawat di wajah seseorang. Ia bermaksud, jika ramai ahli keluarga anda mempunyai masalah jerawat, risiko untuk anda mendapat masalah jerawat juga adalah lebih tinggi.
Sesetengah ubat-ubatan yang mengandungi steroid boleh menyebabkan komplikasi yang serupa dengan simptom jerawat. Simptom ini akan muncul secara tiba-tiba dan merebak dengan sangat cepat.
Pastikan anda mendapat nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang ubat.
Sesetengah kosmetik dan produk penjagaan kulit boleh menyebabkan terjadinya blackhead dan whitehead.Produk kulit yang tidak sesuai dengan kulit wajah anda juga boleh menyebabkan jerawat menjadi lebih teruk.
Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan berpeluh atau persekitaran yang lembap boleh mencetuskan jerawat. Ia boleh menghalang liang pori dan seterusnya menyebabkan terjadinya jerawat.
Perubahan hormon ketika mengandung juga boleh menyebabkan kehadiran jerawat. Jika anda ingin mendapatkan rawatan bagi masalah jerawat anda, sila maklumkan kepada dermatoligist dan doktor anda kerana sesetengah rawatan jerawat boleh menyebabkan masalah kepada bayi jika diambil semasa mengandung.
Shaklee mempunyai rangkaian produk yang sangat bagus untuk memberikan anda kulit yang halus, bersih, cerah, cantik, bebas cela dan dalam masa yang sama memastikan tubuh anda kekal sihat dan cergas. Berikut murupakan Set Jerawat Kronik yang sangat penting untuk anda yang mempunyai jerawat yang kronik.
Jika anda telah mencuba pelbagai alternatif dan masih tidak mampu hilangkan jerawat kronik, ia masih juga menyakitkan, masih bernanah jerawat, tompok gelap kelihatan pada kulit selepas jerawat kecut, dapatkan Set Jerawat Kronik di atas segera dengan menghubungi saya di :
– HUBUNGI –
Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer
SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733
Email:
norhanita@yourfabulousmama.net
Shaklee ID:
866451
Vitamin E adalah sejenis antioksidan yang sangat penting untuk kesihatan tubuh badan manusia. Selain vitamin… Read More
Hari ini saya nak berkongsi satu masalah yang biasa dialami oleh ibu hamil iaitu sembelit.… Read More
Assalamualaikum, Hai semua. Semoga sihat dan dalam rahmat Allah sentiasa. Pagi ni Allah gerakkan hati… Read More
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hai semua. Lama rasa saya tak update blog ni. Bukan dah… Read More
Assalamualaikum Hai semua. Hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua makanan penambah tenaga ibu… Read More
Diet Secara Sihat Dengan Cinch Shake 10 MINGGU DIET, CAPAI BMI NORMAL, TURUN 12 KG… Read More