Apabila bahagian dada atau bahagian tengah perut (betul-betul di bawah permukaan dada) terasa seperti nyeri, terbakar atau rasa panas, berkemungkinan besar anda menghidap masalah pedih ulu hati.

Ia juga biasanya dapat dirasai naik dari bahagian dada ke leher, tekak dan rahang. Walaupun simptomnya bermain-main di kawasan berhampiran dengan dada, jangan takut ia tiada kaitan dengan penyakit atau serangan jantung.

Ketahui kaedah untuk hilangkan pedih ulu hati bagi mengelakkan komplikasi yang lebih serius di masa hadapan.

 

     Didapati 30% orang dewasa pernah mengalami masalah pedih ulu hati dan sekurang-kurangnya 10% mengalaminya hampir setiap hari. Manakala sekurang-kurangnya 25% wanita atau ibu mengandung mengalami pedih ulu hati atau tanda-tanda (simptom) lain yang berkaitan dengan pedih ulu hati.

Know Your Medicine
Ministry of Health for Cunsumer

Bagaimana Refluks Asid  Berlaku?

Penyebab utama masalah pedih ulu hati adalah kerana berlakunya refluks asid dari dalam perut yang tertolak masuk ke dalam esofagus. Esofagus adalah saluran yang menghubungkan mulut dan perut kita. Ia berfungsi untuk menyalurkan makanan yang kita makan (bolus) terus kedalam perut.

asid-refluks-punca-pedih-ulu-hati

Pedih ulu hati yang disebabkan oleh refluks asid selalunya terjadi selepas makan, semasa berbaring atau ketika membongkok. Apabila kita makan, makanan yang dikunyah akan disalurkan secara peristalsis ke dalam perut untuk proses penghadaman. Untuk proses ini perut akan mengeluarkan sejenis asid perut.

Di antara bahagian esofagus dan perut, terdapat injap yang berfungsi mengawal kemasukan makanan dan menghalang kemasukan asid perut ke dalam esofagus. Injap ini dinamakan ‘Sfinkter Esofagus’.

Apabila ketidakcekapan atau penutupan injap sfinkter yang tidak sempurna berlaku, maka ia terpaksa membenarkan kemasukan asid perut ke dalam esofagus. Ini pula dinamakan sebagai ‘Refluks Asid ‘ yang menyebabkan ketidakselesaan dan iritasi esofagus.

Kebiasaannya ia boleh dineutralkan dengan mengambil ubat tertentu yang boleh meneutralkan asid perut. Namun, ia perlu diberi perhatian jika masalah pedih ulu hati ini berlaku dengan kerap dan apabila menyebabkan rasa sakit kronik pada bahagian dada.

Baca Juga :  Gigi Patah Akibat Jatuh Boleh Diselamatkan Jika Betul Caranya

Jika anda menghidapi masalah pedih ulu hati yang disebabkan refluks asid, segeralah dapatkan rawatan doktor. Ini kerana rawatan segera dapat mencegah lapisan esofagus anda daripada terus cedera dan rosak di sebabkan oleh gangguan asid perut.

Jika tidak ditangani, mungkin boleh menyebabkan komplikasi lebih buruk kerosakan dinding esofagus atau ulser esofagus.

Cara Mengatasi Masalah Pedih Ulu Hati Disebabkan Refluks Asid 

Kaedah berikut boleh diambil sebagai langkah untuk mencegah masalah pedih ulu hati:

+1 – Berjumpa Doktor Anda

Jika anda mengalami masalah pedih ulu hati yang berlarutan atau berpanjangan, segera rujuk masalah anda untuk dapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor.

Patuhi nasihat dan preskripsi ubat yang diberi bagi mengawal masalah pedih ulu hati anda.

+2 – Preskripsi ubat-ubatan 

Terdapat pelbagai ubat di pasaran yang boleh membantu mengatasi masalah pedih ulu hati. Sesetengah ubat memerlukan preskripsi tertentu. Oleh itu, konsultasi daripada doktor adalah amat penting bagi mengelakkan penyalahgunaan dan kesan sampingan yang serius. Antaranya ubat-ubatan yang boleh membantu ialah:

  • Antasid : meneutralkan pH dan merendahkan kandungan asid
  • Proton Pump Inhibitors (Omeprazole) : mengurangkan penghasilan asid dalam perut
  • H2 Receptor Blocker (Ranitidine) : mengurangkan penghasilan asid dalam perut
  • Gaviscon : Meningkatkan pH dan melindungi lapisan mukosa daripada tindakan asid serta mengurangkan refluks asid ke dalam esofagus.

+3 – Kaedah Pembedahan 

Rawatan pembedahan mungkin diperlukan untuk memperbaiki sfinkter esofagus bagi mengembalikan fungsi mengawal refluks asid. Proses pembedahan boleh dilakukan menggunakan peralatan laparoskop dan hanya memerlukan beberapa hari rawatan di hospital-hospital tertentu kerajaan atau swasta.

+4 – Ambil Nutrisi Vitamin

Sesetengah vitamin boleh diambil untuk membantu mengurangkan masalah pedih ulu hati akibat asid refluks. Antaranya ialah vitamin A, vitamin B, vitamin C dan vitamin E.

Sumber vitamin ini boleh diambil daripada sumber pemakanan biasa terutamanya buah-buahan dan sayuran atau boleh juga diambil dengan mudah melalui suplemen.

Namun kadar pengambilannya perlukan nasihat daripada doktor. Pengambilan vitamin secara berlebihan boleh menyebabkan kesan sampingan yang lain.

Tips Atasi Masalah Pedih Ulu Hati

Masalah pedih ulu hati boleh dicegah dari peringkat awal lagi dengan memperbaiki tabiat pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat berikut:

  1. Makan dengan kuantiti yang sedikit tetapi kerap (4-6 kali sehari)
  2. Cuba untuk capai berat badan ideal bagi mengelakkan tekanan pada perut penyebab refluks asid
  3. Semasa tidur, naikkan kepala sehingga 15-20 cm dengan menggunakan alas bantal
  4. Elakkan mengambil makanan berat sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur
  5. Jauhi rokok yang boleh menyebabkan masalah pedih ulu hati menjadi lebih serius kerana ia boleh menjejaskan fungsi sfinkter esofagus
  6. Elakkan atau kurangkan makanan berlemak dan pedas
  7. Kawal pengambilan minuman berkafein seperti teh dan kopi dan jauhi yang beralkohol
  8. Amalkan makan dengan tenang dan kunyah makanan sehingga lumat sebelum ditelan bagi memudahkan air liur meneutralkan asid dalam makanan dan baik untuk perut
  9. Jaga postur tubuh ketika makan. Elakkan makan secara baring dan berdiri, serta kurangkan aktiviti membongkok selepas makan.
  10. Pakai pakaian yang longgar untuk mengurangkan tekanan luar pada di bahagian perut
  11. Elakkan mengangkat benda berat atau melakukan kerja-kerja berat selepas makan. Pengecutan otot abdomen dalaman mungkin memaksa perut yang penuh untuk melakukan refluks asid
Baca Juga :  Rawatan Alternatif Gangrene Bantu Pesakit Mendapatkan Kehidupan Yang Lebih Baik

 

Suplemen Vitamin Untuk Pedih Ulu Hati Akibat Asid Refluks

Langkah awal mencegah pedih ulu hati boleh dibantu melalui pengambilan suplemen kesihatan. Di Shaklee, terdapat kombinasi produk yang sangat sesuai diambil oleh pesakit masalah pedih ulu hati iaitu:

  • Peppermint-Ginger Plus: Mengandungi daun pudina, halia, jintan manis dan jintan hitam yang membantu melegakan masalah pedih ulu hati dan ketidakselesaan perut dan usus, mengatasi masalah penghadaman dan melegakan otot perut.
  • Alfalfa Complex: Alfalfa yang bersifat alkali mampu meneutralkan kembali asid yang berlebihan di dalam esofagus.
  • Energizing Soy Protein, ESP: minuman protein yang membantu memberi rasa kenyang lebih panjang dan mengelakkan makan secara berlebihan. Juga membantu menghasilkan semula sel-sel baru yang sihat bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid yang digunakan untuk proses pencernaan makanan.
  • Ostematrix: Mengandungi mineral penting kalsium, magnesium yang membantu meneutralkan asid yang berlebihan serta membantu mengatasi komplikasi lain masalah pedih ulu hati.

Saya boleh bantu anda yang ingin hilangkan pedih ulu hati menerusi nutrisi suplemen. Anda boleh dapatkan segera set produk yang telah saya cadangkan di atas. Atau, untuk keterangan dan konsultasi lanjut, sila hubungi saya dengan segera.

ORDER-SEKARANG

– Atau Hubungi –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

Direct Link Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
Hilangkan Pedih Ulu Hati Yang Disebabkan Oleh Refluks Asid

8 thoughts on “Hilangkan Pedih Ulu Hati Yang Disebabkan Oleh Refluks Asid

  • October 26, 2016 at 11:34 am
    Permalink

    Saya nak tnya.. Saya sakit atas perut yang teramat sangt mkan pun sakit.. Mkan ubt yang dtr bagi pun sakit. Apa yang saya harus buat..

    Reply
    • October 26, 2016 at 3:34 pm
      Permalink

      Sakit perut bahagian atas mungkin berpunca daripada beberapa sebab. Salah satunya akibat asid reflux seperti yang dinyatakan di dalam artikel di atas.

      Ia juga mungkin gejala gastritis @ gastrik iaitu masalah keradangan dalam perut akibat perut kosong atau lambat makan. Dan juga banyak penyebab yang lain yang mungkin serius atau tidak.

      Kedua contoh asid reflux dan gastritis boleh menyebabkan gejala ulser peptik iaitu keradangan pada lapisan perut seperti luka. Ia boleh berlaku di dalam perut (sakit pada perut), di bawah esofagus (sakit perut bahagian atas) dan deodenum iaitu bahagian pertama usus kecil (sakit bawah perut).

      Namun, pemeriksaan teliti daripada doktor adalah lebih baik untuk mengenalpasti sebab utama sakit perut yang puan Azlina alami. Faktor jenis pemakanan yang menyebabkan rasa sakit, pola rasa sakit sama ada kerap berlaku atau kadang-kadang dan masalah penyakit lain mungkin membantu diagnosis doktor.

      Jika perlukan nutrisi vitamin untuk membantu mengatasi gejala sakit puan, boleh hubungi saya di 019 – 477 1733 (Norhanita)

      Reply
  • October 26, 2016 at 4:00 pm
    Permalink

    Perkongsian menarik, husband Mrs. A selalu kena pedih ulu hati.

    Reply
    • October 26, 2016 at 4:27 pm
      Permalink

      Terima kasih Cik A. Semoga info yang dikongsikan dapat mambantu.

      Jika ingin cuba nutrisi vitamin untuk bantu atasi masalah pedih ulu hati boleh hubungi saya Call/WA : 019 477 1733 (Norhanita)

      Reply
  • November 5, 2016 at 3:45 pm
    Permalink

    There is visibly a bundle to know about this. I consider you made various good points in features also.

    Reply
    • November 5, 2016 at 4:01 pm
      Permalink

      Thanks for coming here. Hope you understand the language I used. Your comment is highly appreciated.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.