1 2
Ibu Menyusu

Ibu Menyusu Berpuasa Kekal Cergas Tanpa Masalah Susu Merudum Dengan Minuman Ini

In Shaa Allah tidak lama lagi kita bakal menemui bulan Ramadhan yang mulia. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan segala amalan dilipatgandakan ganjarannya oleh Allah S.W.T.

Amalan istimewa yang wajib dilakukan di bulan ini ialah berpuasa. Berpuasa memberi banyak manfaat kebaikan kepada kita disamping memberi kerehatan kepada tubuh badan.

Kehangatan bulan Ramadhan semakin dirasai menjelang beberapa bulan sebelum kedatangannya lagi. Lumrah bagi umat wanita, berlumba-luma menggantikan puasa ramadhan yang tertangguh pada tahun sebelumnya.

Benar, ibu menyusu cepat berasa lapar. Ini mungkin akan buat kita risau tentang kondisi kita untuk menyambut Ramadhan. Adakah kita perlu berpuasa atau tidak?

Jika tiada halangan kepada kemudharatan ibu menyusu atau bayi sudah semakin membesar, mungkin kita berpeluang untuk berpuasa penuh tahun ini. Best kan!

Ibu yang menyusukan anak harus berbuka puasa kalau ia bimbang dengan berpuasa akan memudharatkan dirinya dan wajib qadha’ bagi puasa yang ditinggalkan.

Jikalau ia berbuka puasa kerana bimbang memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu, maka wajib qadha’ puasa yang ditinggalkan berserta membayar fidyah bagi setiap hari puasa yang ia tinggalkan.

Panduan Puasa Bagi Pesakit – e-fatwa.gov.my

Di antara isu penting yang perlu ibu menyusu berpuasa ambil berat adalah masalah dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Masalah dehidrasi ini biasanya akan menyebabkan susu merudum ketika berpuasa.

Jika anda mengalami tanda-tanda seperti tekanan darah rendah, berasa letih yang melampau, menggigil, rasa loya, pening-pening dan rasa haus yang teruk, ia adalah berpunca dari dehidrasi.

Baca Juga >> Banyak Tips Minum Banyak Air Di bulan Ramadhan 

Dehidrasi Punca Susu Ibu Merudum

Menurut kajian, punca susu merudum ketika berpuasa tidak boleh dikaitkan sepenuhnya dengan puasa kecuali berlakunya dehidrasi.

Kebiasaannya, ibu lebih cenderung untuk berasa risau sekiranya tubuh mereka letih dan susu berkurangan ketika berpuasa. Keadaan ini menyebabkan ibu kurang menyusukan bayi ketika berpuasa.

Apabila rangsangan kepada payudara berkurang, maka pengeluaran susu juga akan terjejas.

Konsep utama penyusuan ini adalah Permintaan vs Pengeluaran. Lagi banyak Permintaan, lagi banyak Pengeluaran yg dihasilkan. Jangan risau, badan kita memahami Permintaan untuk menyusu ini bila bayi kerap menyusu (8-12 kali sehari semalam).

Inilah satu-satunya cara secara fisiologi (fitrah fungsi badan) yang paling penting untuk memastikan penghasilan susu yang berterusan. Penyusuan yang berterusan samada ibu puasa atau pun tidak adalah amat penting supaya payudara tidak terputus menghasilkan susu.

Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan puasa di bulan Ramadhan tidak membawa kepada dehidrasi kepada ibu yang menyusukan anak sekiranya ibu menitik beratkan amalan sahur dan meminum air yang cukup dalam selang waktu yang lama sebelum berpuasa.

Baca Juga >> Tips Ibu Menyusu Kekal Cergas dan Banyak Susu Ketika Berpuasa

Bagaimana Nak Bantu Ibu Menyusu Berpuasa?

Hari ini, simpanan susu ibu EBM dapat membantu keperluan stok susu ibu kepada si bayi. Teknik Power Pumping dapat membantu kaedah perbanyakkan susu ibu untuk penyediaan stok EBM ini.

Namun, seperti yang dinyatakan di atas, kekhuatiran utama ibu menyusu di bulan puasa ialah susu merudum atau produktiviti susu badan berkurang.

Bagi membantu mengatasi masalah ini, ibu menyusu boleh menggunakan alternatif suplemen khas untuk memperbanyakkan susu dan memberi tenaga untuk kekal cergas sepanjang bulan puasa.

Di Shaklee, set berpuasa berikut mampu menyelesaikan masalah ini. Set Berpuasa Shaklee mengandungi gabungan 2 produk :

#1 –  Performance Drink

Performance Drink dari Shaklee adalah minuman yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk mencegah dehidrasi dan menjaga kestabilan bendalir dalam tubuh. Fungsinya sama seperti minuman isotonik.

Ia membekalkan rangkaian karbohidrat unik Shaklee iaitu Obticarb untuk tenaga dan stamina serta merta tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah. Ia sangat sesuai untuk ibu yang sedang menyusu bayi semasa berpuasa. tambahan pula sekarang musim panas.

 

#2 – Meal Shakes

Meal Shakes merupakan gabungan 19 jenis vitamin dan mineral penting. Mengandung 9 jenis asid amino perlu. Tinggi kandungan serat dan protein. Tinggi kalsium dan rendah glisemik indeks (GI). Satu gabungan nutrisi lengkap untuk memenuhi keperluan ibu dan bayi.

Disebabkan ia rendah GI, maka Meal Shakes memberikan ibu rasa kenyang lebih lama dan rasa bertenaga lebih lama sehingga ke petang.

 

Pengalaman Saya Sendiri Sebagai Ibu Menyusu Yang Berpuasa

Pengalaman saya sendiri, memang sangat rasa berbeza antara ambil set ini dengan tidak mengambilnya semasa berpuasa. Apabila saya ambil Set Berpuasa ini, saya rasa lebih bertenaga dan cergas.

Selain tu, saya rasa lebih gembira dan tenang kerana produksi susu saya maintain sepanjang hari. Kalau tak ambil atau terbabas tak sedar masa sahur, rasa lemah, letih, nak tidur je sepanjang hari.

Disamping set ini, saya juga ambil Set Penyusuan Lengkap untuk bantu saya menjalani puasa dengan lebih cergas, bersemangat dan ceria.

Bagi saya, setiap ibu yang mahu berpuasa dan dalam masa yang sama mahu pastikan pengeluaran susu ibu tetap seperti biasa, perlu mengambil Set Berpuasa ini.

Dapatkan segera. Setiap pembelian melalui yourfabulousmama.net layak mendapat konsultasi berterusan dari kami.

Hubungi kami :

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

 

Facebook Comments:
Ibu Menyusu Berpuasa Kekal Cergas Tanpa Masalah Susu Merudum Dengan Minuman Ini

Recent Posts

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

1 month ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

1 month ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

1 month ago
Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh
  • Info dan Berita

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh

Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More

2 months ago
Cara Hilangkan Batuk Secara Homemade Dengan Bahan Semulajadi Yang Mudah & Berkesan
  • Kesihatan

Cara Hilangkan Batuk Secara Homemade Dengan Bahan Semulajadi Yang Mudah & Berkesan

Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More

2 months ago
Resepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama
  • Resepi

Resepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama

Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More

2 months ago