Jika kita mengalami rasa tertekan dalam satu jangkamasa yang agak panjang, ia sebenarnya boleh menjadi lebih serius. Dapatkan tips atasi stress dengan melihat pada infografik di bawah.

Orang berkata, sikap kebanyakan orang boleh berubah 360 darjah semasa di dalam trafik jam. Seorang yang penyabar dan lemah lembut pun ketika stafik jem boleh bertukar menjadi singa. Mungkin ada betulnya. Ini terjadi apabila seseorang itu dalam keadaan stress dan tertekan dalam tempoh masa yang panjang.

Rasa stress dan tertekan adalah perkara biasa yang perlu di lalui oleh setiap orang. Jika kita tiada rasa stress, maknanya kita tidak normal. Stress sebenarnya bagus untuk kita dan sebenarnya ia mampu untuk melonjakkan kita untuk mara ke hadapan. Ia juga jika dipandang dari sudut positif, mampu menjadi satu motivasi kepada kita untuk berubah.

tips atasi tekanan

Apakah tipsnya?

1. Kenalpasti apakah penyelesaian yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah itu. Mungkin dengan keluar dari rumah lebih awal boleh membuatkan emosi anda berasa lebih lapang kerana tidak perlu tersangkut dengan kesesakan jalan raya? Mungkin juga dengan mencari jalan alternatif lain untuk ke tempat kerja? Mungkin juga dengan menggunakan pengangkutan awam, dimana anda boleh duduk dan berehat sahaja tanpa perlu menumpukan perhatian ke jalan raya?

2. Bina diri sendiri dengan mendekatkan diri kepada Allah. Banyakkan amalan rohani seperti solat sunat (tentunya amalan wajib tidak dilupakan), banyakkan berzikir. Sesungguhnya dengan mendekatkan diri kepada Allah membuatkan kita berasa lebih tenang.

3. Ambil cuti dan pergi berehat. Sekurang-kurangnya ia mampu meredakan rasa stress buat sementara waktu. Lupakan seketika hiruk pikuk suasana di tempat tinggal dan tempat kerja anda.

4. Dapatkan bantuan orang sekeliling. Bantuan boleh diperolehi dari pelbagai cara. Mungkin dengan menghadiri sesi kaunseling ataupun mengadu kepada sahabat baik. Kadang kala kita perlu lepaskan apa yang terbuku dihati kepada teman-teman. Anda juga boleh mengambil suplemen B complex untuk mengawal mood dan emosi anda.

Baca Juga :  Awas! 9 Tabiat Merosakkan Buah Pinggang Yang Orang Kita Selalu Suka Buat

Benar, jika dah jem tu, memang sukar nak dielakkan. Jika tak boleh ubah suasana jem, kita ubah diri kita sendiri. Itu pun dah cukup baik. Betul kan?

Semoga membantu.

Facebook Comments:
[Infografik] Tips Atasi Stress Akibat Trafik Jam
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.