Wajar lagikah persoalan sebegini: Perlukah seorang Isteri masak untuk suami dan anak-anak di rumah?
Meniti kehidupan di abad ke-21 ini bukan mudah. Banyak halangan dan cabaran yang perlu diharungi untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.
Tidak hairanlah hari ini, ramai isteri lebih suka atau terpaksa memilih untuk bekerjaya berbanding menjadi surirumah sepenuh masa.
Memang tidak dinafikan ramai wanita hari ini mempunyai keupayaan intelektual yang tinggi dan keperluan mereka untuk berada di dalam sektor sumber manusia.
Justeru tidak salah untuk memilih kerjaya sebagai ‘option’ merealisasikan impian hidup dalam realiti dunia sebenar.
Tujuan utamanya ialah untuk membantu suami menambah pendapatan bagi menampung keperluan hidup seisi keluarga, terutama di zaman yang serba kian mendesak ini.
Namun ada beberapa aspek yang perlu di ambil perhatian.
Memasak di rumah juga perlu menjadi tugas utama bagi seorang surirumah untuk keluarga.
Iya, jika suami anda juga pandai memasak, memang keluarga anda sangat-sangat beruntung. Pendek kata, isteri boleh berkongsi jadual memasak dan anak-anak juga ada option untuk merasa air tangan ibu dan bapa sendiri pada masa yang sama.
Sebelum kita menangkis beberapa persoalan dan terus mengiyakan segala alasan kukuh yang bakal diberi, mari kita renung beberapa keistimewaan dan hikmah ‘Isteri Masak Untuk Suami dan Anak-anak di rumah‘.
Baca Juga >> Resepi Kek Batik Melting Untuk Anak
Jadual aktiviti harian yang padat dan tuntutan kerja yang sangat sibuk, amat membebankan pengurusan waktu bagi si ibu dan ayah.
Kebanyakkan masa habis dengan tanggungjawab pekerjaan dan tidak kurang juga habis di tengah jalan.
Sebahagiannya pula diperlukan untuk berehat sebelum meneruskan sirkulasi rutin harian seperti biasa untuk hari esok.
Ambil kesempatan masa terluang yang ada ketika di rumah selepas habis waktu bekerja, waktu cuti hujung minggu atau waktu cuti umum untuk menghidupkan semula aktiviti memasak di rumah.
Lebih elok jika ahli keluarga yang lain turut terlibat bersama.
Masaklah menu apapun dari menu seringkas nasi goreng kosong sehingga menu yang agak berat seperti barbeku daging dan makanan laut.
Sedikit sebanyak stress akibat bebanan kerja turut dapat dikurangkan. Tentunya baik untuk fizikal dan mental yang sihat.
Baca Juga >> Resepi Tauhu jepun Kegemaran Suami
Pendapat 1: “Setakat 2 atau 3 orang, baik makan kat luar. Lebih senang dan cepat”
Pendapat 2: “Masak di rumah lebih jimat. Tak habis masa makan tengahari, boleh bawa ke makan malam”
Baik, dua pendapat di atas adalah benar sama sekali. Malahan saya sokong keduanya.
Bagi yang berkeluarga kecil dan mempunyai masa terhad, pendapat yang pertama boleh diguna pakai.
Tetapi untuk sekali sekala, bukan sebagai rutin harian. Sebagai insan kita perlu menpunyai sifat ihsan, kerana di dalam rezeki kita mungkin juga ada rezeki orang lain yang lebih memerlukan.
Sedekahkanlah mana yang lebih kepada mereka yang layak.
Bagi yang berkeluarga besar, berpendapatan sederhana atau kedua-duanya sekali, pendapat kedua di atas pula adalah lebih baik.
Tidak perlu menjadi sehebat chef. Masakan yang berat tidak semestinya menjadi keutamaan, persediaan masakan seringkasnya tetapi sihat adalah lebih baik.
Selain itu, memastikan anak-anak berkelakuan elok (behave) terutamanya yang kecil di meja makan bukan suatu tugas yang mudah.
Menyediakan masakan di rumah lebih memberi persekitaran yang lebih baik dan terkawal.
Juga faktor yang boleh diambil kira ialah tidak semua ahli dalam keluarga mempunyai waktu lapar dan makanan kegemaran yang sama.
Anak-anak kecil mempunyai lebih kecenderungan makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap berbanding individu dewasa.
Jika boleh, kita tidak mahu simptom ‘makan tidak habis’ menjadi tabiat kerana ia boleh menjadi punca kepada pembaziran.
Topik isteri masak untuk suami dan anak-anak di rumah ini mungkin dapat menangani isu ini dengan lebih baik.
Baca Juga >> Resepi Durian Crepe Paling Sedap
Yang mana satu kita nak pilih: Makan di premis kedai yang dilabelkan tahap kebersihannya ‘A’ atau ‘C’ atau yang ada kelibat tikus mondok berlari melintas depan mata ketika kita sedang makan?
Tambahan lagi, hari ini popular dengan isu ‘sihir dalam makanan’. Menakutkan bukan?
Kebersihan adalah aspek yang amat ditekankan dalam segala pekerjaan. Termasuk profesion masak memasak. Dan diakui memasak di rumah lebih terjamin kebersihan dan kualitinya, jika di amalkan dengan betul.
Pemilihan daging atau ikan yang masih baik teksturnya, sayur yang dibersih cermat, alatan memotong dan memasak yang bersih dan menggunakan ramuan rahsia masakan yang belum expired adalah antara amalan yang baik untuk dipraktikkan sebelum memulakan sesi bersilat bersama kuali dan sudip di dapur.
Dalam mod makanan dan kesihatan pula, pengawalan dos pengambilan garam, gula, minyak, perasa dan sebagainya boleh dilakukan dengan baik hanya dari rumah. Dengan syarat ada ilmu dan kesedaran barulah kesihatan seisi keluarga boleh terjamin.
Hubungan erat kekeluargaan juga turut terbina di medan meja makan. Makan bersama secara berjemaah sambil bergurau senda, berbual, mengikuti perkembangan anak-anak dan sebagainya boleh memupuk nilai komunikasi antara satu sama lain dalam kalangan ahli keluarga.
Untuk lebih ceria, lakukan aktiviti aktif. Bahagikan tugas secara seadilnya. Contohnya, si abang sulung membantu menyusun pinggan di atas meja dan membaca doa makan, si kakak membantu membasuh dan mengelap pinggan, dan si adik kecil sebagai tukang panggil semua orang untuk makan.
Jika diamalkan secara positif, boleh mewujudkan kerjasama dan komunikasi yang baik sesama ahli keluarga, dan mungkin tiada ahli yang rasa terpinggir atau terasing.
Sebenarnya secara tidak langsung, masakan ibu boleh membentuk identiti pemakanan anak-anak kita sendiri. Biasa tak dengar ayat ini: ‘Masakan ibu adalah yang paling sedap dalam dunia‘. Setuju bukan? Walaupun ‘oldskool‘, tetapi ramai yang menyanjungi kualiti masakan ibu sendiri.
Malah restoran mewah pun turut ada yang memperkenalkan menu spesial ‘Resepi Bonda Sejak Zaman Berzaman’ untuk mencipta kelainan dan ‘tagline’ unik bagi menarik perhatian pelanggan.
Percaya atau tidak, sedari umur kecil, suap demi suap, malahan sehingga dewasa dan telah berumahtangga sekalipun, masakan ibu tetap menjadi pujaan hati.
Lebih-lebih lagi apabila kita mengidam nak makan macam-macam, masakan ibulah yang kebanyakkannya muncul pertama sekali dalam ilham kepala. Kerana “Kasih sayang ibu itu tumpahnya di atas sepinggan nasi“.
Iskk teringat pulak pada ibu, nostalgianya kenangan lalu. Masya Allah. Tabarakallah.
“Ya Allah, ampunilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihaniku semasa aku kecil. Kurniakanlah aku kekuatan setanding kasih sayang ibuku demi untuk suami dan anak-anakku – Amin YA Rabb”.
Baca Juga >> Resepi Roti Putih Guna Breadmaker
Air tangan isteri adalah yang terbaik untuk saya, bukan orang lain dan bukan sesiapa. Saya redha kerananya dan dialah isteriku – Suami Mithali
Ibu suka masak. Hari-hari ibu masak. Saya suka masakan ibu. Ibuku adalah yang terbaik. Yeay! – Anak-anak Cemerlang
Dia tidak lain seperti mengimbau zaman muda saya dulu-dulu. Walaupun penat tetap bersungguh memasak untuk keluarga. Melihat suami dan anak-anak gembira buat saya lupa segala penat lelah ketika itu. Semoga dia berjaya memanfaatkan senjata rahsia resepi masakan yang telah diperturunkan – Ibu Mertuaku
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More