trip-to-italy

Hari ini kami baru sahaja mendapat khabar berita yang gembira dari Shaklee tentang percutian ke Italy untuk tahun 2015. Percutian ini adalah sebagai ‘reward’ dari pihak Shaklee kepada pengedar-pengedarnya  yang telah bertungkus lumus dan berusaha gigih untuk sepanjang ‘cycle’ 2013/14 yang lepas, termasuk ramai rakan leader dari warga ‘IReach Family‘.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada mereka. Semoga pemberian ini memberi perangsang kepada ramai bakal-bakal leader lain untuk menuruti jejak langkah mereka.

Ok, dalam entri ini, saya cuba mambawa sekilas pandang tempat-tempat menarik di Itali yang bakal  di lawati oleh delegasi SID Malaysia nanti. Mari kita lihat kat mana tempat-tempat yang dikatakan best tu…

Percutian Ke Italy: Hari Pertama

Pada tahun ini, sekumpulan seramai lebih 200 orang leader Shaklee akan dijadualkan bertolak pada 20 November 2015 dari KLIA ke Milan, kota fesyen terkemuka dunia, dengan menaiki pesawat dari 3 syarikat penerbangan terpilih  iaitu Cathay Pacific, Emirates Airlines dan Singapore Airlines.

‘Itinerary’ di Italy untuk mereka sepanjang tempoh percutian selama 9 hari (termsuk hari pergi & balik) ini adalah seperti di bawah.

Kembara Itali Hari ke-2

Selepas tiba di Milan, mereka akan dibawa ke Gothic Duomo, Galleria Vittorio Emanuele dan La Scala Opera

gothic duomo
Gothic Duomo : Merupakan gereja bergaya gothic terbesar di dunia. Terletak di Piazza Del Duomo dan dikenali sebagai Duomo di Milano. Ia mampu menampung sehingga 40,000 orang di dalamnya pada satu-satu masa.

 

Galleria Vittorio Emanuele
Galleria Vittorio Emanuele : Merupakan syurga membeli belah bagi jenama fesyen terkenal di dunia seperti Louis Vuitton, Gucci, Prada dan lain-lainnya. Jika ada budget lebih, mesti banyak masa nak dihabiskan di sini, sekadar window shopping pun boleh.

 

 La Scala Opera
La Scala Opera : Merupakan salah satu gedung opera terbesar di dunia. Buat pencinta seni muzik orkestra dan wayang opera klasik, di sinilah tempat yang paling sesuai untuk dilawati. Turut menempatkan muzium unik yang menyimpan himpunan koleksi barang kenangan milik pemuzik dan penyanyi terkenal di Itali.

 

Jejak Kembara Itali Hari ke-3

Dari Milan, akan bergerak ke Florence dengan menaiki keretapi berkelajuan tinggi (bullet train). Kemudian mereka akan di bawa ke Statue of David dan Marble Duomo

bullet train italy
Bullet Train: Pengangkutan awam yang popular di Itali. Tawaran perjalanan sejauh lebih kurang 300km yang disediakan beberapa penyedia perkhidmatan keretapi laju. Mengambil masa dari 2 hingga 3.5 jam bergantung kepada jenis keretapi laju.

 

Statue of David italy
Statue of David : Dibina sekitar tahun 1504 merupakan antara hasil seni terbaik Michelangelo yang paling popular. Pemandangan yang agak mengganggu kerana hasil ukiran arca tubuh manusia yang agak ‘semulajadi terbuka’.

 

Marble Duomo italy
Marble Duomo : Dikenali sebagai “Cathedral of Saint Mary of the Flower” merupakan gereja utama di Florence.

Jejak Kembara Itali Hari ke-4

Mereka akan di bawa untuk melawat Pisa Leaning Tower dan The Mall Outlet. Shopping time… 😀

pisa leaning tower
Pisa Leaning Tower : Binaan unik kerana menaranya yang condong ke arah tenggara. Macam menara condong kat Teluk Intan, Perak Tak agaknya?

 

The Mall Outlet italy
The Mall Outlet :  Outlet “syurga membeli belah” bagi penggemar barangan berjenama seperti Prada, Gucci, Armani Jeans, Bottega Veneta, Roberto Cavalli, Valentino, Tod’s dan lain-lain.

 

Jejak Kembara Itali Hari ke-5

Dengan menaiki keretapi berkelajuan tinggi, mereka akan bergerak dari Florence ke Rome. Di Rome, mereka akan di bawa ke Piazza Navona, Spanish Steps dan Via Condotti

Baca Juga :  Selangkah Kehadapan, Shaklee Certified Product Trainer

 

Piazza Navona italy
Piazza Navona :Dataran yang terkenal di Rome kerana dikelilingi oleh bangunan klasik lama yang sangat unik dan cantik. Terdapat 2 arca air pancut yang terkenal disana, salah satunya ialah “Fountain of Four Rivers”. Menariknya, air di dalam fountain dikatakan datang dari sungai empat benua; Sungai Nil dari Afrika, Sungai Gangga dari Asia, Danube dari Europe dan Rio de la Plata dari Amerika.

 

Spanish Steps italy
Spanish Steps : Salah satu tempat tarikan di Rome. Sebenarnya ia hanyalah merupakan 135 tangga menuju ke gereja sahaja.

 

Via Condotti rome
Via Condotti : Berhampiran dengan Spanish Steps, ia merupakan tempat membeli belah menarik yang juga terdapat di Rome.

 

Jejak Kembara Itali Hari ke-6

Mereka akan di bawa ke Colosseum dan Castelo Romano (shopping outlet).

Colosseum italy
Colosseum :Antara “7 wonders of the world” yang wajib dilawati. Di bina pada era Maharaja Vespasian yang juga popular sebagai tempat pertarungan “Gladiator”. Boleh selfie atau wefie kat sini sampai muntah,

 

Castelo Romano italy
Castel Romano : Syurga membeli belah. Terdapat lebih 140 designer outlet disini dengan diskaun tertentu sehingga 70% jika kena pada gayanya.

 

Jejak Kembara Itali Hari ke-7

Lawatan ke Vatican City dan Sistine Chapel (untuk yang bukan beragama islam) atau Tivoli Villa (untuk yang beragama Islam). Bagi kita umat Islam, memadai dengan hiasan akhlak, ibadah dan peribadi muslim kerana syurga itu adalah abadi, dan tempatnya bukanlah di dunia ini. Jangan lupa solat! Hehe..

Vatican city
Vatican City : Ia adalah “independent country” yg terletak di tengah-tengah Rome, Italy yang gah mempunyai pentadbiran dan kerajaan sendiri.

 

Sistine Chapel
Sistine Chapel : Ia merupakan kediaman rasmi Pope, di Vatican City.

 

Tivoli Villa
Tivoli Villa : Dikenali dengan nama Villa d’Este, ia merupakan sebuah taman Italian. Termasuk di dalam senarai warisan Dunia UNESCO.

 

Jejak Kembara Itali Hari ke-8

Masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Italy untuk penerbangan pulang Ke Kuala Lumpur.

flight takeoff

Jejak Kembara Itali Hari ke-9

Dijangka tiba di KLIA pada 28 November 2015. See you again next time.

Syukur. Bukan mudah nak dapat percutian yang di taja 100% macam ni. Bak kata kawan-kawan geng #360, pergi sana bawak badan aje lah katanya. Segala keperluan termasuk winter jaket, makan dan penginapan di taja sepenuhnya oleh pihak Shaklee. Spare duit poket je kalau nak shopping lebih. Ok, nampaknya kawan-kawan dalam geng #360 kami tu semua dah nampak teruja sangat nak pergi dah. Dah mimpi siang malam & macam-macam plan nak buat kat sana. Hope your’re enjoy. Kita nantikan ‘review’ daripada mereka nanti. Inshaa Allah.

Owh, sebelum terlupa, sepanjang tempoh percutian ini, mereka akan menginap di Hotel bertaraf 4 atau 5 bintang iaitu di Hotel Melia Melano (Milan), Hotel Hilton Florence Metropole (Florence), Potrait Hotel (Florence) dan Hotel Marriott Park (Rome).

Hotel Melia Milano Milan Italy
Hotel Melia Melano (Milan)

 

Hotel Hilton Florence Metropole
Hotel Hilton Florence Metropole (Florence)

 

Potrait Hotel (Florence)
Potrait Hotel (Florence)

 

hotel marriott park rome italy
Hotel Marriott Park ((Rome)

 

Impian Bukan Misi Mustahil

Pakej percutian ini merupakan salah satu reward 3C yang diberi oleh Shaklee bagi mereka-mereka yang berusaha sungguh-sungguh dalam bisnes ini.

Walaupun percutian ke italy ni merupakan salah satu negara idaman yang nak sangat saya lawati, tapi kami telah buat keputusan untuk ke destinasi lain pada tahun ini. Di antara dua pilihan pakej percutian yang ditawarkan, kami memilih untuk mengikuti Trip Umrah Ziarah Abu Dhabi, khas untuk warga Shaklee yang beragama Islam.

Baca Juga :  Pengedar Shaklee di Klang dan Shah Alam

Kenapa? Sebab rindunya nak ke sini 2 kali ganda lebih dari segala tempat percutian yang ada. Dan yang paling bestnya, pakej umrah ziarah ni disediakan tiap-tiap tahun. Jadi optional nak pilih mana-mana dulu. Inshaa Allah jika ada ulangan trip ke Italy lagi, nanti kita pergi sama-sama ya. Jom join group FJM Families!.

Anda juga ada impian yang besar sama seperti kami?  Bercuti ke luar negara tetapi secara PERCUMA bukan satu angan-angan kosong. Ia boleh di realisasikan dengan Bisnes Shaklee.

     Segala impian bukannya mudah untuk direalisasikan, tapi tidak mustahil ia boleh dipermudahkan…

Hubungi saya untuk keterangan lanjut bagaimana kriteria untuk mendapatkan reward 3C ini.

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
Itinerary Percutian Ke Italy Bertaraf 5 Bintang Secara Percuma

4 thoughts on “Itinerary Percutian Ke Italy Bertaraf 5 Bintang Secara Percuma

  • August 27, 2015 at 10:13 pm
    Permalink

    Wahhhhh… Terus meremang bulu roma tengok gambar2 yg bakal dilawati november nanti. Btw, selamat menunaikan umrah Ita! ?

    Reply
  • August 27, 2015 at 11:04 pm
    Permalink

    Semoga korang bergembira di sana. Ambil gambar banyak-banyak tau. Share dengan kami di sini. heheh

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.