Setiap umat islam di muka bumi ini mempunyai impian yang sangat tinggi untuk mengerjakan sekurang-kurangnya ibadah umrah ke tanah suci sekali seumur hidup bagi yang mampu. Bagi kita yang berkedudukan jauh dari koordinat Masjidil Haram di jazirah arab ini, tidak dinafikan ia memerlukan infaq harta yang agak besar untuk pergi ke sini.
Namun selain memasang impian, adalah menjadi keutamaan bagi kita sebagai muslim untuk berusaha dan bertawakkal kepada yang Maha Esa sebagai jalan untuk merealisasikan impian ini.
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).
– Al-Mulk 67:2 –
Di dalam segmen ini, saya dan suami ingin menzahirkan rasa syukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk mengunjungi Baitullah buat kali pertamanya seumur hidup ini.
Memang sudah menjadi impian dan dituliskan di dalam ‘Vision Board’ saya untuk pergi ke mengerjakan umrah sebelum usia menjelang 40.
Alhamdulillah, peluang telah datang untuk tahun 2015 ini. Jika tiada sebarang halangan dan masalah, tinggal menanti waktu dan ketikanya sahaja untuk berangkat ke sana. In Shaa Allah.
Di sini, saya akan kongsikan dengan anda itinerary umrah ziarah Abu Dhabi yang pihak Shaklee Malaysia sudah aturkan untuk semua delegasi SID yang menyertai kembara ini.
Jom kita lihat apa aktiviti utama yang dirancangkan. Bagi yang ingin ke sana dengan alternatif sendiri pun boleh lihat tempat-tempat yang best kat sini.
Bermula episod kembara hari pertama ini, kami diminta untuk berkumpul di KLIA pada 11hb Disember 2015. Dari KLIA, menaiki Etihad Airways untuk terbang terus ke Abu Dhabi.
Masa untuk melawat Abu Dhabi, Dubai. Tanah arab juga tidak sunyi daripada binaan-binaan yang mengagumkan. Malah ada antaranya yang terbaik di dunia.Tak sangka akan dapat juga melihat secara LIVE depan mata Burj Khalifa, Burj Al Arab dan Masjid Sheikh Zayed.
Kami akan dibawa melawat ke YAS Island bagi melawat Ferrari World Abu Dhabi Theme Park dan Jumeirah Etihad Towers.
Dijadual keberangkatan dari Abu Dhabi ke Madinah. Diharap segala pengalaman di “syurga dunia ciptaan manusia” di Abu Dhabi tadi tidak melupakan hasrat sebenar untuk ke tanah suci. Hehe..
Di Madinah, lokasi utama lawatan adalah ke Masjid Nabawi dan Masjid Quba. Semakin hampir di tempat jejak kaki Rasulullah suatu masa dulu, semakin rindu dan terkesan dengan syariat yang ikhlas dibawanya untuk manfaat umat seluruhnya. Getirnya saat itu sudah diserap oleh Rasul dan para sahabat. Kini bumi Madinah menjadi bumi agung penuh dengan cahaya.
Masih di Madinah dengan aktiviti bebas. Masa untuk berehat setelah 5 hari kembara. Juga mengambil manfaat ibadah berada di sini sebelum berangkat ke Mekah al Mukarramah.
Bergerak dari Madinah ke Mekah. Kami akan di bawa ke Masjid Bir Ali dan Masjid al-Haram dan bermulalah episod ibadah umrah yang utama bagi kami.
Dari Jabir R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda “Satu solat di masjidku (Masjid Nabawi) lebih afdhal daripada 1,000 solat di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah. Dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100,000 sembahyang di masjid-masjid yang lain.”
Peserta akan di bawa ke Jabal Nur dan Jabal Tsur. Kena mental dan fizikal yang kuat untuk mendaki bukit ini. Tiada daya dan upaya bagiku melainkan yang datang hanya dari Allah.
Peserta akan di bawa melawat Hudaibiyah dan Ladang Ternak Unta.
Hari terakhir di kepulauan arab, pergi melawat Jeddah. Dan dijadualkan pulang ke Malaysia.
Memulakan perjalanan pulang ke tanah air pada hari ke 12. Dijangka tiba di Malaysia pada 22 Disember 2015.
Subhanallah. Besarnya kasih sayang Allah pada hamba-Nya yang berusaha. Semoga Allah izinkan kami untuk kesana pada bulan Disember 2015 ini. Saya juga doakan anda yang membaca artikel ini akan di berikan kesempatan untuk menjejakkan kaki ke rumah Allah suatu hari nanti. InsyaAllah.
Owh ya. Di sana nanti, penginapan yang disediakan adalah di Yas Viceroy Hotel (Abu Dhabi), Oberoi Hotel (Madinah) dan Hilton Hotel (mekah).
Bertuahnya rasanya sampai ke tahap ini bersama Shaklee, yang menjadi nadi bisnes utama kami sekeluarga. Betapa Shaklee sangat prihatin kepada para pengedarnya yang beragama Islam. Saban tahun, mereka pasti akan membuka peluang kepada leader yang layak dan beragama islam untuk mengikuti satu trip khas umrah ziarah.
Dan bagi tahun 2015 ini, seramai 70 orang leader Shaklee yang telah berjaya dan memilih untuk menikmati reward umrah ziarah ini. Tidak kurang juga, 200 orang yang lainnya telah memilih pakej percutian ke Italy sebagai destinasi ‘reward ‘pilihan mereka. Wahh meriah betul! nak pilih mana-mana pun boleh.
Trip Umrah Ziarah ini termasuk di dalam salah satu kategori 3C yang ditawarkan oleh Shaklee iaitu ‘CONVENTION’. Bagi saya, ia merupakan trip yang sangat LUAR BIASA. Layanan yang sangat mantap. Bertaraf 5 bintang. Segalanya percuma. tak perlu fikir banyak-banyak apa nak makan, nak pergi ke mana, berapa banyak duit kena bawa, nak tinggal di mana. Ini kerana semuanya di aturkan oleh pihak pengurusan Syarikat. Hanya bawa diri aje. Siap sponsor jaket sejuk lagi (bulan disember dijangka musim sejuk di Mekah).
Ok, jika nak tahu lebih lanjut macamana nak skor trip umrah ziarah ni, jom join FJM Familes! Segala panduan dan tips akan diberikan secara percuma. Inshaa Allah, saya doakan anda juga sihat dan berjaya juga. Aaminnn…
Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer
SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733
Email:
norhanita@yourfabulousmama.net
Shaklee ID:
866451
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More