Terbaca kisah di internet mengenai seorang ibu yang baru 7 hari bersalin mengalami jahitan luka bersalin terbuka semula.
Ibu mengandung tersebut bersalin melibatkan proses “Episiotomi”. Apabila diperiksa oleh doktor, semua benangnya telah tertetas sebelum sempat lukanya bercantum.
Episiotomi adalah teknik memotong sedikit kemaluan dibahagian “Perineum” yang terletak antara vagina dan anus. Tujuannya untuk memudahkan kepala bayi keluar dari vagina.
Lazimnya luka episiotomi atau luka jahitan bersalin akan mengambil masa 2 hingga 4 minggu untuk sembuh. Benang surgeri untuk jahitan yang digunakan adalah dari jenis ‘Absorbable Suture‘ yang boleh terurai sendiri tanpa perlu dibuka setelah luka jahitan sembuh.
Menurut ibu itu, beliau mengaku telah mencuci sendiri lukanya dengan menggunakan “Dettol”.
Doktor mengagak mungkin sama ada cecair antiseptik itu tidak serasi atau mungkin ia tidak dilarutkan terlebih dahulu sebelum diguna sehingga boleh menghakis benang jahitannya.
Kesian dengar kisah ibu tu. Merasai sakit bersalin adalah yang utama, ditambah pula dengan sakitnya luka bersalin yang terbuka semula adalah suatu yang lain pula.
Nyeri lutut bila mengingatkan pengalaman sakit bersalin kita sendiri. Untuk ibu ini, berganda sakitnya tiada siapa yang tahu melainkan yang pernah melalui perkara yang sama.
Semoga Allah membalas segala pengorbanan dan ikhlas kesabaran semua ibu-ibu yang telah melahirkan anak dengan ganjaran pahala berlipat kali ganda. Aaminnn..
Diharapkan para ibu mendapatkan pengesahan dan mengambil saranan doktor sebelum menggunakan sebarang ubatan atau peralatan mencuci luka bersalin.
Jika tidak, risiko kompilkasi jahitan luka bersalin terbuka semula sebelum masanya mungkin menambahkan lagi kesengsaraan. Paling teruk pun, kena jahit lagi sekali. Aduhh..lemah lutut jadinya.
Kebiasaannya doktor akan membekalkan pencuci luka (alkohol) kepada kita untuk melakukan sendiri proses cuci luka bersalin. Saya guna yang itu je, tak berani nak mencuba yang lain.
Berikut adalah 9 cara penjagaan luka bersalin untuk elakkan ia terbuka semula dan cepat sembuh:
Sentiasa bersihkan luka setiap kali selepas ke tandas & tukar tuala wanita dengan kerap. Caranya: Lalukan air bersih kepada luka dan tekap dengan tisu bersih untuk keringkannya. Jangan kesat luka tersebut.
Letakkan pek ais pada luka yang dijahit. Ia mampu mengurangkan rasa sakit serta mengurangkan bengkak.
Jika berpeluang, ambil masa sebentar untuk membiarkan luka terdedah kepada udara bagi mengatasi kelembapan seperti berpeluh atau selepas dicuci. Bantuan kipas angin duduk boleh memberi pengudaraan yang lebih baik.
Duduk di dalam besen besar yang berisi air suam yang dicampur sedikit cecair antiseptik (garam juga boleh) bagi membasuh kekotoran di sekitar luka.
Banyakkan minum air kosong dan makanan yang kaya dengan fiber. Kerap meneran semasa membuang air besar boleh mengakibatkan luka meregang dan terbuka
Bagi mendapatkan nutrien penting untuk proses penyembuhan luka. Awas! makan makanan yang sesuai untuk ibu dalam pantang.
Senaman KEGEL’S iaitu senaman kemutan dapat membantu untuk menguatkan semula otot-otot pelvis
Jangan baring, berdiri atau duduk terlalu lama. Luka yang sedang dalam proses penyembuhan mudah membengkak apabila ibu tidak cukup rehat ataupun berada di dalam suatu postur yang terlalu lama
Cuma sesekali bangun dan berjalan-jalan sebentar kerana ia mampu membantu aliran darah dan proses penyembuhan.
Jika luka kelihatan berair atau mengeluarkan cecair yang jernih, bolehlah cuba masukkan kain kasa yang bersih di tempat luka.
Awas! jika luka mengeluarkan cecair berbau, berwarna atau bernanah; segeralah dapatkan rawatan doktor.
Baca Juga >> Kisah Ibu Berpantang Luka Bersalin Cepat Sembuh
Di sini, saya juga mahu kongsikan kisah saya semasa melahirkan Dhani dan Dania. Setakat ni Alhamdulillah, luka hanya sedikit dalam 1 kali jahit macam tu lah. Belum teruji dengan luka bersalin yang besar.
Antara tips yang saya tekankan semasa meneran untuk bersalin ialah jangan angkat punggung dan cuba tahan diri dari banyak pergerakan. Insya Allah kalau terkoyak pun sikit sangat dan tak terkoyak besar. Jadi jahitan dapat diminimumkan.
Saya memang tak ambil apa-apa ubat atau jamu selepas besalin melainkan guna kaedah tradisional luaran semasa berpantang. Hehe..saya bukan jenis yang berani.
Cuma apa yang saya amalkan ialah mengambil makanan penjagaan kesihatan. Dan Set Berpantang Shaklee banyak membantu saya. Antara kesan yang paling ketara saya dapat selepas mengambil set ni ialah badan rasa lebih cergas.
Tukang urut siap cakap, pada hari ke-3 lepas bersalin tu tak nampak macam orang baru lepas bersalin pun. Cergas semacam, muka pun tak pucat, nampak berseri-seri.
Alhamdulillah..Orang lain yang perasan. Kita sendiri tak tahu pun. Hehe.
Selain tu, apa yang saya rasa sejak hari pertama lagi, memang saya tak alami sembelit. Pembuangan setiap pagi lancar aje. Tak risau luka tertetas atau bengkak sebab sembelit tu.
Tapi, tetap kena berhati-hati. baru bersalin ni adalah masa yang ‘fragile’, tak boleh lasak sangat. Semua benda atau kerja buat dengan lemah lembut.
Dari pemerhatian yang saya buat sendiri, saya dapati luka bersalin agak cepat sembuh. Hanya ambil masa 3 hingga 4 hari (kurang dari 1 minggu) terasa luka dah ‘feel easy’ dan kurang nyeri serta iritasi.
Dari segi emosi semasa berpantang, saya dah tak alami “sindrom baby blues” seperti yang pernah dialami semasa melahirkan abang sulung, Danish dulu.
Kalau tidak, selalu “mood swing”, jadi emo tak pasal-pasal. Alhamdulillah, melahirkan Dhani dan Dania tiada berlaku situasi emosi huru-hara macam tu lagi.
Set Berpantang Shaklee yang saya amalkan terdiri daripada komponen nutrisi asas vitamin seperti multivitamin, vitamin C, vitamin B kompleks, zinc, kalsium dan protein soya:
Disamping itu, saya juga tambah soy lecithin dan vitamin E untuk bantu atasi masalah bengkak susu. Alhamdulillah susu juga meriah dan masalah bengkak susu berjaya diatasi.
Sebenarnya Lecitin juga dapat membantu saya untuk kurus selepas bersalin. Yelah, mengandung dulu kan berat badan naik. Lepas bersalin pun turun tak banyak sangat.
So kena ambil suplemen untuk bantu kawal masalah berat badan berlebihan. Bolehlah maintain slim balik sekarang.
Jika anda mahukan pengalaman berpantang yang menyeronokkan seperti saya. Cubalah Set Berpantang Shaklee kalau tak percaya. Anda mesti rasai perbezaannya.
Untuk keterangan lanjut dan konsultasi produk secara eksklusif, hubungi segera:
Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer
SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733
Email:
norhanita@yourfabulousmama.net
Shaklee ID:
866451
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More
Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More
Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More
View Comments
Salm sye dh sbuln luka xsembuh rse nyri j
Sye tngok mcm jaitn trtas smua.sye tkot sngt nk jait..ad x tip nk bg dy cntum sndiri
Waalaikumsalam Puan Ieyra. Tahniah atas kelahiran baby baru. Jahitan luka bersalin ni perlu dua penjagaan. Secara luaran (fizikal) dan dalaman (penjagaan pemakanan).
Secara fizikalnya, jika jahitan terbuka dan rasa sakit, ada baiknya minta bantuan segera pemeriksaan oleh staff perubatan (misi dan doktor) untuk tindakan lanjut. Bagi pemakanan pula, nutrisi yang baik mampu membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka, pengambilan suplemen contonhya.
Luka bersalin sememangnya akan tercantum sendiri, cepat atau lambat bergantung kepada keupayaan tubuh. Dan normal, ibu berpantang menghadkan aktiviti berat untuk elakkan stress pada luka seperti bleeding atau jahitan terbuka semula.
Lepas stu2 msalh sye dpt..mse buang air bsaq lpas2 2 ad bengkak n rsa skit ad x cre nk hlngkn bngkk
Pertama sekali saya sarankan rujuk doktor Puan Ieyra untuk pemeriksaan dan nasihat doktor. Mungkin puan sedang mengalami komplikasi tertentu.
Untuk konsultasi lanjut secara nutrisi suplemen, Call | SMS | Whatsapp saya di 019 477 1733. Terima Kasih
Please whtspp sy . 0113xxxx59
Baik Puan. Saya PM.
Luka episiotomy sy terbuka luar dan dalam semasa berpantang kerana masalah sembelit. Sekarang luka sudah sembuh tetapi tidak bercantum. Adakah bekas luka yg terbuka akan bercantum dan tumbuh semula? ? Mohon bantuan
Salam Puan MH. Terlebih dahulu kami ucapkan tahniah di atas kelahiran anak yang baru. Jika pun mengalami masalah luka bersalin terbuka semula, puan sepatutnya segera merujuk kepada nurse/doktor untuk pemeriksaan dan menentukan sama ada jahitan semula luka tersebut adakah perlu atau tidak.
Sekiranya luka tidak dijahit semula, bahaya jangkitan bakteria akan menyebabkan kesan yang lebih buruk akan datang. Luka bersalin yang baik adalah dapat sembuh dan bercantum semula sebelum benangnya mereput dan tertetas. Penjagaan pemakanan, pantang larang dan pengambilan suplemen nutrisi sangat membantu di dalam hal ini.
Jika puan perlukan suplemen yang bagus untuk membantu mempercepatkan pembaikpulihan luka bersalin, hubungi kami segera di whatsapp link berikut: http://yourfabulousmama.wasap.my
Kami akan berikan info lanjut beserta konsultasi berkenaan masalah puan. Terima kasih.
Maaf saya nak bertanya,saya bersalin 7 bulan yang lepas. Tapi luka jahit bersalin saya terbuka semula.. Sejak dari bulan 4 itu ari saya perasan bekas jahit tu terbuka sikit demi sedikit...saya ade pegi klinik check up n buat ujian untuk cek kalau ade jangkitan tapi result ok ke... Ade nurse tu cakap klau dh lama luka tu terbuka diaorg xkan jahit balik cuma akan bagi antibiotik je.. So temujanji tuk jumpa doc sekali lagi tu sya xpergi pun.... Sebab diaorg xkan jahit balik... Tapi masalah skg bekas jahitan tu terbuka sampai ke bawah... Tapi saya xrase sakit cuma ngilu n pedih sikit... Semalam saya ase yang dalam pun mcm nak tertetas juga... Sejak lepas bersalin sya ade masalah buang air besar... N saya ase macam ade daging sikit keluar dari dekat tempat buang air besar... Saya nak tau ape risiko kalau saya biarkan je bekas jahit bersalin sya trus terbuka... Luka besalin yang first degree... Tapi setiap kali saya buang air besar n najis agak keras n ketul mesti terase ngilu pada bahagian bekas luka bersalin tu... Saya dah lama x bersama suami... Saya takut risiko pape... Boleh mnyebabkan peranakan jatuh ke... Dan kalau bekas luka jahit tu dah lama terbuka or tertetas boleh bercantum semula ke kalau xjahit...
Salam Puan Ieza. Pertama sekali, kami warga Yourfabulousmama mengucapkan tahniah kepada puan atas kelahiran baby baru.
Jahitan luka bersalin ni sangat personal dan unik bagi setiap ibu selepas bersalin. Hanya tuan empunya badan serta pakar kesihatan yang tahu keadaan dan perkembangan luka jahitan bersalin. Selagi belum sembuh atau bercantum penuh, ia perlukan pemerhatian sepenuhnya.
Lazimnya, luka bersalin first degree akan pulih dengan sendiri tanpa perlu jahitan (atau sedikit jahitan) kerana melibatan hanya koyakan kecil. Proses penyembuhan yang lambat, aktiviti yang menyebabkan tekanan pada bahagian luka, masalah sembelit dan infeksi bakteria adalah antara punca mengapa luka jahitan bersalin boleh terbuka semula.
Dalam hal ini, puan perlu merujuk kepada pakar kesihatan khususnya doktor. Orang lain tidak dapat melihat keadaan sebenar luka puan. Kami nasihatkan, jumpa doktor dan dapatkan pemeriksaan dan nasihat segera. Bahaya jika dibiarkan terlalu lama, kerana boleh menyebabkan jangkitan pada luka dan bernanah serta boleh mengundang pelbagai komplikasi lain.
Diharap puan dapat mengambil tindakan segera supaya tidak timbul kesulitan di kemudian hari. Terima kasih.