Pernah rasa jantung berdebar-debar berlaku dengan tiba-tiba? Cuba selami 2 situasi ini.
Situasi 1:
Ketika kita berjalan sendirian di malam hari, tiba-tiba ada semacam sesuatu melintas di belakang.
Rasa cemas, takut dan jantung rasa berdebar-debar.
Fuhh serius bunyinya, tapi itu normal. Disebabkan rasa cemas & takut.
Situasi 2:
Ketika sedang duduk berehat-rehat membaca buku, tiba-tiba dada rasa berombak atau jantung berdegup cepat dalam tempoh masa 3 hingga 5 saat. Tentu pelik bukan.
Ehh dada aku ni dah rasa kenapa!? Rasa macam ada sesuatu tak elok nak berlaku. Alahh biasa je tu, enjin kereta pun kadang tersemput. Tak da apa-apa lah kut.
Ok, itu dua contoh situasi jantung berdebar yang berbeza. Satu biasa dan satu lagi luar biasa. Adakah anda pernah merasainya?
Mengikut cerita orang lama-lama, jantung berdetak kencang secara tiba-tiba itu mungkin cuba membawa maksud atau petanda tertentu.
Kata orang, anda mungkin sejenis yang ada “sixth sense’. Ada yang membawa maksud baik dan ada juga membawa maksud buruk.
Contohnya, petanda jantung berdegup kencang dengan tiba-tiba menunjukkan kita bakal berhadapan dengan situasi cemas, bahaya atau susah.
Namun ada juga petanda baik seperti rasa bakal berselisih dengan kekasih atau orang yang kita sukai. Tanda akan berjumpa sahabat lama, mungkin juga ya.
Ia juga mungkin terjadi ketika saat kita bakal diraikan dengan penuh meriah di dalam majlis pernikahan atau perkahwinan contohnya.
Namun itu hanyalah firasat atau pandangan orang lama-lama. Mungkin terjadi secara kebetulan atau sekadar mengikut pengalaman orang-orang terdahulu.
Jantung berdebar-debar atau disebut palpitasi (Palpitation) ditakrifkan sebagai peningkatan kadar denyutan jantung atau jantung berdegup laju atau jantung berdegup kuat secara tiba-tiba berbanding degupan serta ritma biasa.
Ia berlaku dengan tiba-tiba dan boleh dirasai di sekitar dada, tekak dan leher.
Ia boleh membawa sama ada rasa gangguan dan tidak disukai atau petanda tertentu yang merisaukan kita jika ia berlaku dengan sangat kerap.
Lazimnya situasi jantung berdebar-debar ini tidak membawa kesan yang serius atau berbahaya. Dan ia berlaku hanya seketika dan akan hilang bergitu sahaja dalam beberapa saat.
Kebanyakkan punca biasa penyebab situsi jantung berdebar ini adalah disebabkan oleh stress atau ketegangan, perasaan sedang marah atau kesan pengambilan kafein , nikotin mahupun alkohol.
Bagi sesetengah orang, keadaan ini juga boleh berlaku kepada wanita yang sedang hamil.
Adakah Dada rasa berdebar-debar membawa maksud kesihatan yang tidak baik?
Dalam kes-kes yang jarang berlaku, jantung berdebar-debar boleh membawa petanda kondisi jantung yang mengalami masalah di peringkat awal.
Anda boleh dapatkan pemeriksaan dan nasihat doktor berhubung dengan perkara ini. Lebih-lebih lagi jika ia disertai oleh:
Secara amnya, banyak punca yang boleh menyebabkan situasi jantung berdegup laju dengan tiba-tiba ini boleh berlaku.
Ia boleh sama ada disebabkan oleh faktor kesihatan jantung atau punca bukan masalah jantung.
Antara punca yang tidak berkaitan kepada masalah jantung yang menyebabkan situasi jantung berdebar ini berlaku ialah:
Anda perlu berjaga-jaga jika berlaku simptom jantung berdebar-debar atau jantung berdegup kencang dengan tiba-tiba. Ia mungkin boleh terjadi semakin kerap disebabkan punca:
Jika anda sudah sampai ke tahap ini, jangan ragu-ragu serta terus dapatkan rawatan doktor dengan segera.
Doktor mungkin akan melakukan beberapa ujian tertentu bagi mengenalpasti tahap kesihatan jantung seperti ujian awal sampel darah, elektrokardiogram (EKG), pengawasan holter, x-ray, echokardiogram dan sebagainya.
Bergantung kepada punca ia berlaku, jantung berdebar berlaku amat jarang sekali dan tidak berbahaya bagi individu normal.
Ia boleh datang dan pergi dalam masa yang singkat dan tidak serius. Dalam keadaan ini, tiada rawatan diperlukan kerana dianggap biasa-biasa sahaja.
Namun beberapa langkah awal bagi mengelakkan yang lebih buruk melibatkan jantung ialah dengan mengambilkira nasihat kesihatan berikut:
1. Kawal marah dan tekanan emosi sebaik mungkin dengan melakukan aktiviti yang sihat dan membawa ketenangan pada diri
2. Elakkan makanan tidak sihat seperti makanan segera dan minuman berkarbonat yang dikenalpasti tinggi karbohidrat, garam, gula, bahan pengawet, perisa dan MSG.
3. Jauhi tabiat merokok dan gejala ketagihan dadah
4. Ambil preskripsi ubatan mengikut apa yang dinasihatkan oleh doktor sahaja.
5. Amalkan aktiviti sihat dan aktif seperti bersenam, bersukan dan riadah mengikut mengikut.
6. Dapatkan nasihat pakar nutrisi jika ingin mengambil herba dan suplemen tertentu untuk kesihatan
Anda ingin lebih lagi artikel mengenai jantung? Anda mungkin perlukan 13 tips penjagaan jantung sihat ini atau 7 vitamin untuk jantung sihat yang anda perlukan.
Untuk menjaga kesihatan jantung, kita boleh amalkan 5 tips penjagaan jantung yang mudah berikut:
Cuba sedaya upaya turunkan berat badan jika ia melebihi had BMI (Body Mass Index).
Jika anda tidak tahu bacaan Indeks BMI anda, boleh kira BMI dengan kalkulator online dengan mudah di sini:
Berlebihan berat badan boleh mengundang risiko pelbagai penyakit kronik seperti diabetes, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi termasuk penyakit jantung.
Merokok membahayakan kesihatan. Berhenti merokok sekarang adalah langkah terbaik.
Anda perlu masa yang lebih panjang untuk kembali seperti sediakala (tidak merokok) dan mengurangkan kesan akibat merokok, jika anda tidak berhenti merokok sekarang.
Enapan nikotin dari rokok beserta pelbagai kandungan gas berbahaya dan bahan toksik boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
Penyakit paru-paru, diabetes, penyakit jantung dan paling bahaya penyakit kanser sering menjadi punca utama ramai orang mati kerana merokok.
Penjagaaan pemakanan adalah faktor utama kepada kesihatan jantung.
Pengambilannya secara sihat dan betul boleh membekalkan nutrisi penting untuk kesihatan jantung.
Terdapat lebih daripada 11 makanan sihat untuk jantung yang anda boleh masukkan dalam menu harian.
Aktiviti aktif membantu mengekalkan ketahanan jantung. Ia membuatkan otot jantung lebih kuat dan berkerja dengan lebih baik.
Senamam kardio dapat membantu jantung memperbaiki sistem aliran darah serta menurunkan risiko pembentukan darah beku atau masalah penyumbatan salur darah.
Selain itu, senaman dapat meningkatkan metabolisme tubuh, membakar lemak dan menurunkan paras kolesterol tidak sihat iaitu kolesterol LDL.
Mengamalkan gaya hidup sihat atau mengubah gaya hidup kepada yang lebih sihat sangat membantu kesihatan jantung
Terdapat 5 faktor gaya hidup yang anda perlu jaga dan perhatikan apabila usia anda mencecah 30-an iaitu:
Jika anda berjaya mengawal tabiat buruk dalam gaya hidup anda, banyak perkara baikt tentang kesihatan boleh diselamatkan.
Ia perlu dijaga bermula dari usia muda kerana ia membawa kesan jangka panjang.
Paling penting anda dapat jimatkan belanja kos perubatan dan bil hospital apabila anda melangkaui usia tua nanti.
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More
Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More
Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More
View Comments
Assalamualaikum. saya pnya masalah bila berhadapan dgn org ramai atau nk bertanya dgn org . sllu berdebar kencang jntung ni. apa sebab dia ye?
Waalaikumsalam Acap. ia mungkin lebih disebabkan oleh rasa gemuruh akibat pengeluaran adrenalin yang berlebihan.Ia adalah perkara biasa dan ramai yang mengalaminya.
Boleh kah injab jantung rosak akibat demam panas.sy pernah demam panas dan selepas pulih dr demam,dada sy seakan akan ada mengeluarkan bunyi..sy pergi jumpa doctor dan dia kata injab jantung sy dah rosak,doctor kata perlu buat pembedahan,tp sy rasa takut sbb doctor tu sendiri tidak berani bg jaminan akan pulih 100%..jd sehingga kini sy tidak pernah lg pergi ke hospital untuk check jantung sy..sbb sy akan jd stress dan bertambah berdebar jantung sy dan degupan menjadi tidak stabil..
Salam Boss. Mengikut pembacaan saya, Masalah injap jantung rosak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Demam panas (rheumatic fever) adalah salah satu daripadanya, disebabkan oleh kehadiran bakteria tertentu di dalam saluran kerongkong seperti bakteria streptococus.
Masalah injap jantung rosak boleh membawa tanda-tanda kesukaran bernafas, nafas jadi pendek, keletihan tubuh, pening kepala, ketidakselesaan sekitar dada, palpitasi (ritma degupan jantung yang tidak tetap), edema (bengkak kaki atau abdomen) dan pertambahan berat badan secara mendadak.
Dalam hal ini, rujukan, pemeriksaan serta nasihat doktor adalah amat diperlukan. Jika tidak terus kepada pembedahan, memantau perkembangannya juga sudah dikira baik. Diharap tuan dapat merujuk masalah tuan terus kepada doktor bagi mengelakkan masalah menjadi lebih serius.
Terima kasih.
Saya mengalamai palpitasi sejak umur 11 tahun dan kini 17 . Tahun ini dan lepas kerap terjadi. Palpitasi tu slalunya terjadi sehingga 15-20 minit dan slalunya sehingga 3 kali sebulan. Saya pernah ke hospital ketika terjadi palpitasi dan doctor itu kata kena kawal perasaan. Tetapi sehingga kini masih terjadi. Adakah ini normal?
Salam Saifuddin. Tidak semua kes palpitasi bahaya dan merujuk kepada masalah jantung yang serius. Kadangkala, Palpitasi berlaku berpunca daripada beberapa perkara yang menyebabkan jantung berdegup kencang seperti tekanan, sakit, dehidrasi, gemuruh atau ketika bersenam. Kerana kerap berlaku, ia dikatakan normal jika tidak melibatkan komplikasi atau tanda masalah jantung tertentu. Berlaku sekejap dan hilang selepas itu.
Bagi mengelakkannya sesetengah pakar menasihatkan supaya kita berusaha untuk mengurangkan stress dan sentiasa cuba tenangkan diri dalam semua situasi. Itu sebaiknya disamping berhati-hati untuk tidak mengambil ubat perangsang atau dadah.
Saya wanita berumur 36 tahun.. sy pernah mengalami masalah jantung berdebar-debar tanpa sebab.. setiap kali mengalami masalah ini sy akan unit kecemasan dan doktor akan suntik sy dengan satu ubat untuk mengembalikan denyutan jantung kpd normal.. sy telah melakukan pemeriksaan doktor, echo dan ujian holter dan ujian darah.. hasil dari ujian tersebut, tiada apa yg serius berkaitan dgn jantung sy.. dan doktor tidak dapat mengenal pasti kenapa saya boleh mengalami rasa tersebut.. skrg doktor minta sy untuk memakan ubat dr hospital.. boleh doktor bantu masalah sy?? tq
Salam Puan Wawa. Pertama sekali, kami bukan doktor dan bukan pakar dalam bidang perubatan. Kami hanya pengamal suplemen vitamin untuk kesihatan.
Memang ada orang yang akan mengalami masalah yang sama seperti puan, jantung berdebar-debar atau mempunyai ritma degupan jantung yang diluar kebiasaan orang normal. Puncanya sukar untuk dikenalpasti, tapi mungkin sebab kelainan pada jantung atau pembawaan genetik.
Namun Ia tidak berbahaya mengikut pemerhatian doktor dan puan tidak perlu terlalu risau. Jadi, ikut nasihat doktor tentang pengambilan ubat-ubatan. Disamping itu, amalkan pemakanan sihat untuk jantung. Suplemen minyak ikan, coQ10 dan sterol tumbuhan boleh membantu kesihatan jantung. Untuk maklumat boleh rujuk link artikel vitamin untuk jantung ini.
Terima kasih atas perkongsian puan. Diharap puan kekal sihat dan sentiasa di dalam kebaikan. Aaminnn.
Saya mengalami masalah ini, dengan tiba tiba saya rasa berdebar dan mengalami kesukaran untuk bernafas dan kadang2 terasa sakit di bahagian dada. Baru terjadi pada diri saya smenjak sebulan yg lalu hingga ke harini.
Salam Tuan Amirul. Jika tanda-tanda itu sudah jelas, segera bertemu doktor untuk buat pemeriksaan kesihatan di klinik/hospital berdekatan. Pengesahan doktor akan memberi info mengenai masalah sebenar kesihatan yang tuan sedang alami.
Saya selalu mengalami dengup jantung laju dan berdebar2 dan apabila ia terjadi mesti ada perasaan takut resah dah lima tahun lebih dan saya.buat full chekup setiap 6bulan dan tak ada masalah apa apa pun doctor cakap dgn saya masalah nak monopous atau hormon dan masalah gastrik dan angin dlm badan
Salam Puan Rusnani. Betul tindakan puan, bagus buat pemeriksaan berkala jantung. Pemeriksaan doktor membantu kita mengenalpasti kemungkinan/punca sebenar masalah jantung yang kita hadapi. Ambil nasihat dan cadangan penjagaan kesihatan oleh doktor. Terima kasih atas perkongsian puan.