
Demam denggi merupakan penyakit yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Malah ia dikenal sebagai wabak denggi kerana potensinya yang merebak dengan sungguh cepat ke serata pelosok negara. Statistik angka yang direkodkan bagi seluruh negara turut menunjukkan jumlah yang luarbiasa setiap tahun.
Ketahui dengan lebih jelas jenis dan tanda-tanda demam denggi yang perlu anda tahu. Inshaa Allah segala info yang diberi mungkin akan membantu.
Statistik Demam Denggi menunjukkan peningkatan kes kumulatif yang begitu tinggi saban tahun sehingga mencecah 68,223 kes bagi tempoh Januari sehingga Julai 2015 di seluruh Malaysia sahaja dengan melibatkan 185 kes kematian. Manakala bagi tempoh yang sama bagi tahun 2014 telah mencatatkan 52,232 kes (peningkatan 30.6%) dengan 96 kematian (peningkatan 92.7%).
Laporan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Situasi Denggi Semasa 25 Julai 2015
Demam Denggi Wabak Pembunuh
Denggi adalah salah satu penyakit yang berpunca dari pembawaan vektor (nyamuk: Artropod) yang utama dan berupaya membawa kematian kepada manusia. Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.
Vektor utama penyebab denggi di Malaysia adalah daripada nyamuk betina dari keluarga:
Related Post

#1 – Aedes Aegypti
- Juga dikenali sebagai nyamuk demam kuning
- Habitat biasanya terdapat di kawasan persekitaran dalam rumah dan berhampiran dengan manusia.
- Ia bertelur dan membiak di dalam bekas buatan manusia seperti akuarium, takungan pasu bunga, bekas terpakai dan yang seumpamanya.
- Juga suka tinggal diruang gelap di dalam rumah seperti di bawah katil, belakang almari dan belakang perabot.
- Menyerang mangsa secara senyap dan tangkas terhadap respon
- Dianggap vektor utama penyebar denggi di seluruh dunia
#2 – Aedes Albopictus
- Juga dikenali sebagai nyamuk harimau asia
- Kebiasaanya terdapat di kawasan persekitaran luar rumah seperti taman, kebun dan hutan
- Ia bertelur dan membiak di dalam bekas buatan atau buangan yang menakung air seperti tayar terpakai, tin atau tong kosong, perigi tinggal, tempayan terbuka dan sebagainya
- Menyerang mangsa secara aggresif
- Menjadi vektor utama di sesetengah kawasan, kebanyakkannya dianggap sebagai vektor sekunder
4 Jenis dan Tanda-Tanda Demam Denggi
Terdapat 4 jenis demam denggi yang bukan semuanya dianggap membahayakan dan boleh membunuh.
#1 – Denggi dengan demam biasa (Undifferentiated fever)
- Bagi bayi, kanak-kanak dan orang dewasa yang mendapat jangkitan demam denggi untuk kali pertama mungkin akan mengalami demam biasa yang sukar untuk dibezakan dengan demam viral yang lain.
- Kadangkala membawa simptom demam seakan-akan selesema dan bertahan untuk satu hingga dua hari sahaja.
- Kebiasaannya penghidap tidak mengetahui bahawa dirinya telah dijangkiti virus denggi.
#2 – Demam Denggi Biasa (Classical Dengue)
- Pesakit mengalami demam dengan suhu badan yang tinggi mencapai 38 ~ 40 darjah Celcius
- Pesakit berasa sakit serta sengal sendi seluruh tubuh badan disamping sakit kepala dan sakit pada bebola mata
- Pesakit mengalami rasa mual, muntah-muntah, pedih ulu hati dan senak perut, hilang selera makan dan cirit-birit
- Pesakit mengalami ruam kemerahan dan gatal pada kulit yang mula timbul pada hari ketiga atau keempat selepas mula demam akibat dijangkiti virus denggi
#3 – Demam Denggi Berdarah (Dengue Hemorrhagic Fever, DHF)
- Penyakit paling digeruni tetapi jarang berlaku dan hanya 5 peratus daripada pesakit DHF yang meninggal dunia
- Kebanyakkan kes berlaku kepada orang muda dan kanak-kanak yang menerima jangkitan berulangan virus denggi dari jenis yang berbeza
- Tanda pendarahan bermula antara hari ketiga hingga ketujuh selepas demam dengan gejala pendarahan bermula pada gusi, hidung, mata, air kencing, najis (hitam seperti tar jalan), muntah atau batuk serta pada kulit (berbintik hitam atau lebam)
- Pesakit mungkin mengalami pendarahan dalaman akibat salur darah yang rosak (darah keluar pada tisu, lapisan pleura paru-paru dan abdomen), menyebabkan kepekatan darah meningkat. Saluran darah kecil yang pecah atau kebocoran plasma dan jumlah platlet yang menurun juga turut boleh menyebabkan pendarahan, sama ada ringan atau berat.
- DHF juga boleh dikategorikan kepada 4 gred mengikut simptom jangkitan iaitu:
- Gred 1: Demam dan simptom lain yang tidak khusus dan ujian torniquet positif (berlaku pendarahan)
- Gred 2: Tanda-tanda Gred 1 bersama pendarahan secara rawak (tiba-tiba)
- Gred 3: Tanda-tanda kegagalan aliran darah (denyutan nadi menjadi laju atau lemah, tekanan darah rendah, kulit tampak lembap atau sejuk)
- Gred 4: Kesan renjatan yang jelas sehinggakan nadi dan tekanan darah tidak dapat dibaca.
#4 – Sindrom Kejutan Denggi (Dengue Shock Syndrome, DSS)
- Dianggap sama dengan DHF Gred 4
- Simptom DSS boleh muncul selepas 3 hingga 6 hari demam bermula.
- Kategori demam paling bahaya dengan kadar kematian yang tinggi akibat kejutan atau renjatan disebabkan pendarahan dalaman ke dalam organ paru-paru, perut dan kulit
- Pesakit DSS biasanya menunjukkan badan yang kelihatan mengembang dengan tanda-tanda DHF yang disertai tekanan darah yang jatuh mendadak
- Gejala atau petanda awal pesakit DHF mempunyai risiko meningkat kepada DSS adalah seperti:
- Pesakit mengalami sakit perut (abdomen) yang sangat teruk dan berpanjangan, atau muntah yang berterusan
- Pesakit mengalami perubahan suhu badan secara tiba-tiba daripada suhu tinggi kepada suhu bawah paras normal (hipotermia) disertai peluh, kelesuan, gelisah dan cemas
- Pesakit mungkin mengalami jangkitan otak dan saraf yang menyebabkan gangguan tahap kesedaran, sawan, lumpuh dan kekejangan leher
- Pesakit mungkin mengalami jangkitan pada hati yang akan menyebabkan rasa sakit pada bahagian kanan perut (bengkak hati) dan mata kuning. Jantung dan paru-paru juga boleh dijangkiti.
Apa Perlu Buat Jika Mengalami Simptom Demam Denggi?
Jika anda disyaki telah dijangkiti virus denggi (tanda demam berlanjutan dengan suhu badan tinggi), bersegeralah berjumpa doktor bertauliah sama ada di klinik perubatan atau hospital.
Jangan tunggu sehingga tanda-tanda atau gejala berat berlaku kerana ia semakin berbahaya dan mungkin akan mengancam nyawa.
Sehingga kini tiada antivirus atau vaksin berkesan yang boleh menghalang denggi. Mungkin beberapa rawatan alternatif dapat membantu untuk mengatasi gejala awal denggi tanpa penggunaan ubat.
Yang penting, dapatkanlah nasihat doktor pakar terlebih dahulu untuk mengatasi masalah denggi anda.
Jangan biarkan Denggi mengancam nyawa anda.
Awas! Denggi boleh membunuh.
View Comments
Kes demam denggi memang semakin meruncing sekarang ni. Memang elok kita cegah sebelum terkena. Thanks for sharing the very good info admin. Saya juga ada mengamalkan beberapa tips untuk cegah dan rawat demam denggi.
Sama-sama. Terima kasih juga kerana singgah ke sini. Demam denggi dah jadi perkara di Malaysia. Cuma akan jadi lebih serius bila kita atau yang terdekat dengan kita dihinggapi demam denggi. Minta dijauhkan, cegah selagi boleh, bertahan sebelum parah.
Bahaya betul demam denggi, ramai dah yang maut :(
Tu la. Boleh dikatakan kerap terdengar ada korban akibat Aedes. Biasanya datang mengejut tanpa kita sedari. Di kawasan kejiranan terdekat pun dah mula ada wakil yang kena jangkitan Aedes. Hmm sentiasa berdoa dibebaskan dari belenggu aedes dan diberi kekuatan andai terkena. Ambil tindakan terbaik dan berjaga-jaga sebaik mungkin.
Dari pengalaman saya bertarung dgn virus ini..denggi sgt2 bahaya..pencegahan lebih baik..jauhi dr kawasan yg byk nyamuk aedes...gunakan cream sekiranya keluar ke kwsan yg berisiko..jgn alpa kerana anda mgkn akan dijangkiti..tak peduli maut menanti..???
Terima kasih atas perkongsian pengalaman saudara..kebetulan malam ini 10 feb 2016 TV3 dalam slot rancangan SOAL JAWAB, membincangkan permasalahan denggi. Memang banyak fakta dan data yang dikongsikan menunjukkan betapa kes itu sedang meningkat dengan mendadak pada musim awal tahun 2016 ini. Lebih bahaya kini denggi dikaitkan dengan virus baru iaitu ZIKA..
Tumpang tanya sya berasa panas lepas tu badan sejuk Dan mengigil tapi tekak dan mulut berasa kering tiba2 kepala saja yg berpeluh mcm org baru mandi adakah saya kena dmam denggi atau kekurangan air sebab kdua nya dkt sama
Demam panas melebihi 38 darjah Celcius, sakit tekak, ruam, muntah, cirit-birit mungkin antara petanda awal demam denggi. Ambil tindakan segera, dapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor. Pihak berwajib ini sangat proaktif untuk membantu mengesan komplikasi pesakit denggi dengan lebih awal. Mereka mempunyai kaedah khas untuk mengesan simptom denggi dengan lebih spesifik menggunakan COMBO RAPID TEST KIT atau KIT PENGESAN DEMAM DENGGI.
Bagi pesakit, kecuaian untuk mengambil drastik pemeriksaan awal ini mungkin membawa risiko demam denggi ke tahap yang lebih berisiko tinggi. Justeru sekali lagi; nasihat saya, segera pergi berjumpa doktor berhampiran anda.
saya baru discharge akibat demam dengi berdarah.. DHF denggi nak recover 100% ambik masa jugaalhamdullilah Allah bg pinjam nyawa lagi..
Alhamdulillah. Semuanya milik Allah. Yang maha kuasa atas tiap sesuatu...
Banyak info dapat :)
Thanks for sharing.
Anak kena gigit nyamuk di kawasan yang ada kes denggi.
Risau sungguh sebab tak lama lepas tue dia demam.
Mujur takde pape, Alhamdulillah ~
Syukur Alhamdulillah. Moga anak dan semuanya dijauhkan dari segala kemungkinan demam denggi. Terima kasih kembali kerana sudi datang ke sini...
Banyak info dapat :)
Thanks for sharing !
Terima kasih kembali kerana sudi singgah ke sini...
Tumpang tny admin. Sy demam, sakit kepala, muntah2, sakit belakang, sendi rasa mcm dicucuk2, bdn jd lemah, selera mkn kurang. Sy da ke hosp buat pemeriksaan pd ari ptama sy sakit, result drh sy ok, tekanan drh ok. Doktr suruh dtg semula pd demam ari ketiga.. ari ketiga demam sy da kebah tp sakit2 sendi & yg lain blm kebah.. sy ke hosp amik drh.. result ttp ok.. kenapa ye admin?
Tindakan yang baik kerana terus berjumpa dengan doktor tentang demam Fiena. Dan tahniah juga kerana disahkan bebas dari denggi.
Mungkin tindakbalas dalaman tubuh melawan bakteria atau virus lain yang menyebabkan kita alami demam yang lebih kurang serupa simptomnya dengan denggi.
Itu adalah tindakan normal tubuh. Ia mungkin berpunca dari sistem imun kita melawan penyakit semakin lemah disebabkan penuaan atau adaptasi tubuh melawan virus baru contohnya. Namun untuk mengetahui puncanya masih perlukan analisis doktor pakar.
Jika ingin bantuan nutrisi untuk tingkatkan sistem imun tubuh atau kelegaan akibat komplikasi sampingan boleh hubungi saya di 019 - 477 1733 untuk konsultasi lanjut.
Asslmualaikum..nk tanya ni..tapak tangan saya ni gatal gatal and ada mcm bintik bintik and lembab/berpeluh..nk taulah kan ada kah saya dijangkiti denggi??saya takut ni...
Waalaikumusalam. Gatal tapak tangan serta berpeluh, timbul bintil-bintil kecil mungkin disebabkan alergik tersentuh sesuatu, jangkitan bakteria, kesan sampingan proses detoksifikasi atau pelbagai lagi.
Kebiasaannya geiala ini akan hilang dalam masa beberapa hari atau minggu bergantung kepada puncanya. Mungkin juga masalah serius jika simptomnya menjadi semakin teruk.
Dalam hal ini, jangan panik, jumpa doktor di klinik berhampiran untuk pemeriksaan dan dapatkan nasihat perubatan terlebih dahulu.
Dari segi alternatif suplemen mungkin saya perlukan lebih maklumat dari nurul atiqah. Mungkin Set Alergik Shaklee boleh membantu. Hubungi saya di 019 477 1733 untuk konsultasi & keterangan lanjut.
assalamualaikum , sy mau btanya jika hanya beberapa sahaja tanda tanda yang sy alami adakah berkemungkinan sy djangkiti demam denggi ? sy hanya demam , sakit sakit badan , kurang selera makan , seakan selsema , kerap sakit kepala dan ada beberapa bekas digigit nyamuk dan ianya gatal mnyebabkan sy selalu garuk sehingga luka . selain itu sy sakit leher dan terasa sakit untuk menelan .
Waalaikumsalam Puan Ameyy, normal jika bekas gigitan nyamuk membawa reaksi gatal-gatal, bengkak kecil atau kemerah-merahan. Berkenaan simptom demam, selesema, sakit kepala, sakit badan, selera makan terganggu merujuk kepada reaksi sistem pertahanan tubuh (imun) melawan jangkitan virus, bakteria dan penyakit.
Untuk kepastian sama ada puan mengalami simptom tersebut disebabkan oleh gigitan nyamuk atau sebab-sebab lain, lebih mudah jika merujuk kepada doktor kesihatan di klinik atau hospital berdekatan.
Jangan takut jika di tahan dan dimasukkan ke dalam wad demi untuk kebaikan. Jika sistem imun semakin lemah dan tindakan sewajarnya lambat diambil, simptom-simptom di atas boleh menjadi semakin kronik atau teruk, ataupun datang simptom lain yang lebih besar seperti radang otak, pembengkakan serius, platlet darah menurun dan sebagainya.
Jika puan ingin mencari alternatif berkesan untuk meningkat sistem pertahanan tubuh melawan penyakit, hubungi saya di 019 477 1733 untuk maklumat dan konsultasi lanjut. Insha Allah saya berikan yang terbaik. Terima kasih.