1 2
Ibu Mengandung

Kaki Bengkak Semasa Mengandung : Biasa Atau Bahaya?

Kaki bengkak semasa mengandung sebenarnya adalah perkara biasa, terutamanya ketika kandungan memasuki trimester ketiga. Ia dialami oleh hampir 50-80% wanita hamil.

Walaubagaimana pun, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, segeralah berjumpa doktor.  Ia merupakan salah satu tanda pra-eklampsia. Pre-eklampsia adalah satu masalah yang serius bagi anda dan bayi yang anda kandung.

Punca Kaki Bengkak Semasa Mengandung

Di antara punca terjadinya kaki bengkak semasa mengandung adalah kerana semasa hamil, terjadinya peningkatan isipadu darah.

Disamping itu, kandungan yang semakin membesar akan menyebabkan pertambahan tekanan kepada ibu.

Pada ketika mengandung juga, akan terdapat lebihan cairan di dalam tubuh ibu yang kita panggil “water retention” atau gemuk air.

Ibu yang kurang bergerak juga boleh mengalami bengkak pada kaki disebabkan oleh peredaran darah yang kurang lancar terutama di bahagian kaki.

kaki bengkak semasa hamil

Pengalaman Peribadi Kaki Bengkak Semasa Mengandung Oleh Anisah Abdullah

Tempoh mengandung memberi saya pengalaman dan menyedarkan saya tentang menjaga pemakanan sihat. Di usia 24 tahun, ketika mengandung anak pertama, saya mengalami bengkak kaki dari awal kehamilan walaupun ia tidak ketara. Selepas memasuki trimester ke 2, kaki semakin bengkak dan sering pening dan pitam.

Di awal kehamilan, saya juga mengalami muntah-muntah dan loya teruk hingga dehidrasi. Lebih malang lagi, ketika itu adalah di bulan puasa dan masih gigih berusaha untuk berpuasa.

Saya layankan saja morning sickness, pitam dan paras hemoglobin rendah ketika mengandung tanpa ambil apa-apa tindakan kerana tidak mempunyai kesedaran mengenai makanan tambahan.

Akibatnya, saya selalu mengalami kekejangan kaki, bengkak kaki, pitam, dan paling malang lagi saya bersalinkan Adam Isyraf ketika saya mengandung 35 minggu.

Adam Isyraf dilahirkan pra matang dan ditahan di wad selama seminggu untuk memastikan dia bebas kuman dan diberi ubat untuk kuatkan paru-paru.

Berbeza dengan pengalaman mengandungkan Alyah Insyirah setahun kemudian. Ketika mengandungkan Alyah, saya memang sedang ambil suplemen Shaklee sejak bersalinkan Adam kerana bertujuan untuk penyusuan eksklusif.

Namun apa yang saya sendiri rasakan, ketika mengandung Alyah, saya langsung tidak mengalami sindrom seperti mengandung Adam. Tidak lagi kejang kaki, pitam dan muntah-muntah.

Kaki juga tidak terlalu bengkak kerana ketika 34 minggu baru kelihatan kaki membengkak. Saya juga bersalinkan Alyah ketika 39 minggu dan tidak mempunyai apa-apa komplikasi.

Yang lebih mengujakan, sepanjang tempoh kehamilan ke 2, buku rekod kesihatan mengandung saya langsung tidak ada ditulis dengan pen merah walaupun pada asalnya saya dimarah nurse akibat mengandung lagi selepas Adam berusia 8 bulan.

Paras Hemoglobin (Hb) sentiasa di paras normal. Alhamdulillah..Syukur saya mengenali Shaklee dan berkenalan dengan Set Hamil, Set Bersalin dan Set Menyusu Shaklee.

– Anisah Abdullah

Set Kehamilan Shaklee

Jika anda mengalami masalah kaki bengkak semasa mengandung, anda perlukan suplemen tambahan bagi membantu anda mengatasi masalah tersebut.

Set terbaik adalah dengan mengambil Set Kehamilan Lengkap Shaklee. Namun, jika anda mempunyai kekangan kewangan bole mulakan dengan Omegaguard dan Ostematrix Shaklee. Insya Allah anda pasti sukakannya kerana kesannya yang menakjubkan. Saya dan ramai ibu-ibu telah mengambilnya. Kami semua jatuh cinta dengan Set Kehamilan Lengkap Shaklee ini.

set kehamilan lengkap shaklee

Konsultasi Eksklusif

Ibu hamil adalah insan yang sangat istimewa, diberi anugerah boleh mengandungkan bayi dan bakal melahirkannya. Atas keistimewaan inilah ibu hamil perlukan penjagaan dan keperluan nutrisi yang lengkap dan mencukupi.

Setiap pembelian Set Kehamilan dengan kami, kami akan berikan konsultasi eksklusif khas untuk anda.

Hubungi Segera:

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 Direct Link Whatsapp:

019 – 477 1733

Shaklee ID:
866451

daftar ahli shaklee

Facebook Comments:
Kaki Bengkak Semasa Mengandung : Biasa Atau Bahaya?

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

4 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

4 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago