1 2
Kecantikan Wanita

9 Kebaikan Vitamin E untuk Kulit Muka

Vitamin E sinonim dengan kecantikan terutama kepada kaum wanita.

Selain baik untuk membantu menguatkan sistem jantung, sistem reproduktif lelaki dan wanita dan meningkatkan kesihatan mata.

Ia juga dikatakan dapat membantu wajah untuk kelihatan awet muda dan membuatkan kulit kelihatan lebih cantik.

Baca Juga >> 7 Manfaat Utama Vitamin E Untuk Kesihatan

Tahukah Anda?

  • Vitamin E tergolong dalam vitamin-larut-lemak dan boleh disimpan oleh tubuh dalam tisu lemak
  • Tubuh manusia memerlukan sekurang-kurangnya 200IU vitamin E setiap hari, bergantung kepada berat badan, umur dan kondisi kesihatan individu
  • Vitamin E terdiri daripada 8 jenis antioksidan berbeza. 4 tocopherol dan 4 lagi tocopherol dengan alpha, beta, delta dan gamma dalam setiap satunya. Alfa-tocopherol adalah yang paling aktif terdapat dalam tubuh manusia
  • Vitamin E sintetik mempunyai tahap aktif atau nilai fungsi hanya separuh berbanding vitamin E semulajadi.

 9 Kebaikan Vitamin E Untuk Kulit Muka Yang Perlu Kita Tahu

Tahukah anda? Terdapat 9 kebaikan vitamin E untuk kulit muka yang perlu anda ketahui dan bagaimana ia berfungsi.

#1 – Membantu kulit kelihatan lebih muda

Vitamin E adalah sejenis antioksidan yang melawan radikal bebas.

Proses penuaan menjadi lebih pantas apabila sel kulit kita diserang oleh radikal bebas seperti radiasi ion daripada gadget elektronik, asap kenderaan, asap kilang, sinar UV dan asap rokok.

Apabila serangan radikal bebas dapat di tangkis dan dikurangkan, maka  proses penuaan akan dilambatkan.

Baca Juga >> 6 Cara Bagaimana Vitamin C Meningkatkan Imun Tubuh

#2 – Membantu mencerahkan kulit

Vitamin E membantu penghasilan sel baru yang lebih sihat dan mampu melawan pigmentasi, perubahan warna kepada kulit dan tona kulit tidak sekata.

#3 – Membantu proses penyembuhan kulit

Ia memudarkan dan menghilangkan parut akibat luka, melecur, pembedahan dan kesan tinggalan jerawat.

Vitamin E mampu mengurangkan kesan parut kerana ia berfungsi untuk membantu penghasilan kolagen, melindungi dan melawan serangan radikal bebas yang menghalang penyembuhan parut.

#4 – Memudar dan menghilangkan jeragat

Jeragat selalu terjadi kepada mereka yang telah meningkat usianya kerana faktor usia, serangan radikal bebas dari pencemaran dan pemakanan dan fungsi hati yang kurang baik.

Vitamin E akan melawan serangan radikal bebas dan mengurangkan jeragat.

Apabila vitamin E disapukan kepada jeragat, ia akan melembabkan membran sel dan menggalakkan penghasilan sel baru yang jauh lebih sihat.

Baca Juga >> Cara Paling Efektif Hilangkan Jeragat

#5 – Melembabkan kulit

Minyak vitamin E mampu memberikan kelembapan apabila diaplikasikan pada kulit.

Biasanya digunakan bersama dengan minyak zaitun pada waktu malam untuk kaedah penggunaan yang lebih selesa.

Kandungan asid oleik di dalamnya membantu kulit mengekalkan kelembapan dan mengelakkan daripada masalah kekeringan.

Masalah kulit terlalu kering akan memberi banyak kesan yang tidak menyenangkan termasuklah kulit kusam, tidak bermaya, memburukan ekzema, psoriasis dan gatal-gatal.

#6 – Membuatkan kulit kelihatan berseri

 Bebas cela, kekal lembap dan tidak kusam membuatkan kulit kita kelihatan lebih berseri dan bermaya.

Selain menjadi rahsia kekal muda, ia turut menjadikan kulit lebih sihat untuk jangkamasa panjang.

#7 – Membantu memudarkan dan menghilangkan kesan stretch mark pada kulit terutama di perut

Menurut buku “911 Beauty Secrets: an Emergency Guide to Looking Great at Every Age, Size and Budget”, Vitamin E membantu penghasilan kolagen dan mengembalikan keanjalan kulit seterusnya menghilangkan parut.

Jadi ia juga boleh membantu mengilangkan kesan stretchmark pada perut ibu lepas bersalin atau mereka yang sedang mengalami penurunan berat badan.

Baca Juga >> Cara Hilangkan Stretchmark Selepas Bersalin Dengan Berkesan

#8 – Membantu meredakan masalah sunburn yang tidak serius

Vitamin E mampu melindungi pemakainya dari bahaya radiasi sinar UV matahari, seterusnya mengurangkan risiko terkena penyakit kanser kulit.

#9 – Mengurangkan kedut dan garis halus penuaan

Faktor umur dan radikal bebas dari pemakanan dan pencemaran alam sekitar akan menyebabkan kukit muka kurang tegang dan berkedut. Proses ini dapat dilambatkan dengan pengambilan vitamin E yang konsisten.

    Menurut buku “Healing with Vitamins: the Most Effective Vitamin and Mineral Treatments for Everyday Health Problems and Serious Disease”, Vitamin E mampu melambatkan dan menghalang pembentukan kedutan dengan melawan serangan radikal bebas.

Selain itu, seiring dengan pertambahan usia, penghasilan kolagen dalam badan akan semakin menurun. Kolagen merupakan sejenis tisu penyambung pada kulit yang menegangkan kulit menjadikan ia elastik.

Vitamin E mampu menggalakkan penghasilan kolagen seterusnya mengurangkan terjadinya kedutan.

Baca Juga >> 11 Makanan Paling Tinggi Vitamin E

Perbezaan Vita-E Complex Shaklee

Di Shaklee juga terdapat vitamin E. Perbezaan Vita-E Complex Shaklee berbanding produk lain seumpamanya di pasaran adalah :

  1. Ia terdiri daripada vitamin E jenis d-alpha- tochopherol iaitu vitamin E dari sumber semuladi (vitamin E sintetik dari dl-alpha-tochopherol). Vitamin E semulajadi jauh lebih mudah diserap oleh tubuh, lebih jauh berkesan dan jauh lebih selamat untuk digunakan berbanding vitamin sintetik
  2. Ia dilengkapi dengan selenium bagi meningkatkan kadar penyerapan dan keberkesanan vitamin E di dalam tubuh. Ia akan bekerjasama dengan vitamin E untuk melindungi dan mempertahankan sel dan tisu tubuh dari dimusnahkan oleh ancaman radikal bebas
  3. Diperkasa dengan kehadiran Grape Seed Extract untuk kesan yang jauh lebih baik kepada sel kulit yang sihat
  4. Sebiji kapsul mengandungi 400 IU vitamin E, cukup untuk keperluan harian tubuh
  5. Boleh diambil secara oral(dimakan terus) dan dijadikan masker terutama untuk kulit yang berparut dan berjeragat

Menurut Food Research Center, Guelph, Kanada, Grape Seed Extract mempunyai kuasa antioksidan 20 kali lebih hebat berbanding vitamin E.

Kajian yang di terbitkan di dalam “Journal of Medicinal Food,” pada tahun 2003 edisi musim sejuk membuktikan bahawa grape seed extract boleh melindungi tubuh kita daripada kerosakan cahaya matahari seterusnya mengelakkan kedutan, pigmentasi dan kanser kulit.

kebaikan vitamin e untuk kulit muka

Dapatkan vitamin E dari sumber semulajadi, lengkap dengan selenium untuk penyerapan optimum dan selamat untuk jangkamasa panjang dan diperkasa dengan grape seed extract untuk kesan yang lebih optimum.

Order Vita-E Complex Sekarang!

Jadi, pilihlah vitamin E anda. Buat pilihan yang bijak. Hubungi saya segera untuk mendapatkan kulit yang cantik berseri tapi dalam masa yang sama selamat dan semulajadi.

Untuk pertanyaan lanjut:

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof

Klik Direct Link Whatsapp:

019 – 477 1733

Shaklee ID
866451

 

Facebook Comments:
9 Kebaikan Vitamin E untuk Kulit Muka

View Comments

  • I want to buy

    • Salam Nur Zarina. If you interested to get Vita-E Complex, please do not hesitate order to me through this whatsapp link >> http://yourfabulousmama.wasap.my/

      I will give you the best price and consultation. Thank you.

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

4 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

4 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago