Nutrisi Pemakanan

Awas! 9 Tanda-tanda Kekurangan Vitamin C Yang Perlu Kita Tahu

Vitamin C adalah nutrien penting yang perlu sentiasa ada dalam diet pemakanan harian kita bagi mengelak kesan kekurangan vitamin C.

Sumber vitamin C yang mencukupi kepada tubuh adalah sangat penting untuk membantu mengekalkan kesihatan dan kekuatan tulang, kulit dan juga salur darah.

Secara normalnya amat sukar untuk rakyat Malaysia khususnya, mengalami masalah kekurangan vitamin C. Negara kita adalah antara yang kaya dengan sumber makanan semulajadi yang sentiasa mencukupi daripada buah-buahan dan sayuran yang tinggi kandungan vitamin C.

Tanda-tanda Kekurangan Vitamin C

Fakta Ringkas

  • Vitamin C disebut juga sebagai asid askorbik
  • Vitamin C tidak boleh dihasilkan dalam badan manusia. Tubuh kita hanya boleh menyimpannya untuk tempoh jangka waktu yang tertentu
  • Paras vitamin C dalam tubuh dikawal oleh buah pinggang melalui proses penyerapan semula renal (renal absorption) atau sistem urinari
  • Lelaki dewasa memerlukan 90mg vitamin C setiap hari
  • Wanita dewasa memerlukan 75 mg vitamin C setiap hari
  • Kanak-kanak 9 – 13 tahun memerlukan 45 mg vitamin C sehari
  • Had maksimum pengambilan vitamin C (19 tahun dan ke atas) tidak boleh melebihi 2000 mg sehari

Faktor-faktor Punca Kekurangan Vitamin C

Namun, terdapat beberapa faktor yang boleh menjadi penyebab kenapa individu di negara kita tetap juga mengalami masalah kekurangan vitamin C.

Antara faktor utama tersebut yang boleh dikenalpasti termasuklah:

  • Kurang pengambilan vitamin C : Tidak peka atau kurang mengambil buah-buah dan dayuran dalam diet pemakanan harian
  • Tabiat merokok : Kandungan nikotin dalam rokok menghalang proses penyerapan vitamin C dan pelbagai mineral penting dalam tubuh
  • Tabiat minum alkohol yang kronik : penyelahgunaan alkohol secara jangkapanjang boleh menyebabkan gangguan penyerapan vitamin c oleh pankreas.
  • Masalah penyakit kronik : penyakit jantung dan penyakit buah pinggang antara penyakit kronik yang menghadkan keupayaan pesakit untuk mendapatkan sumber vitamin C kerana dibawah prosedur perubatan. Nasihat doktor kesihatan adalah amat diperlukan dalam kondisi ini.
  • Gangguan tabiat pemakanan: anorexia nervosa , bulimia nervosa dan binge eater disorder adalah di antara penyakit kecelaruan pemakanan yang amat menggangu diet sihat individu terhadap keperluan utama pengambilan vitamin C.

Walaupun kesan buruk kekurangan vitamin C mengambil masa yang begitu lama untuk menunjukkan kesan negatif yang kronik kepada kesihatan tubuh, namun beberapa tanda-tanda simptom kekurangan vitamin C berikut mungkin boleh membantu anda mendapatkan amaran awal dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Baca Juga >> 6 Cara Bagaimana Vitamin C Menguatkan Sistem Imun Tubuh

9 Tanda-tanda Kekurangan Vitamin C Pada Tubuh

Berikut adalah 9 tanda kekurangan vitamin C kepada kesihatan tubuh:

+1 – Muncul banyak garisan halus atau kulit berkedut di muka

Kulit berfungsi sebagai sistem pertahanan primer kepada tubuh untuk menghalang daripada implikasi berbahaya radiasi sinaran UV dan oksigen.

Wrinkle Face

Komponen utama dalam pembentukan kulit adalah kolagen yang berfungsi mengekalkan kesihatan, kekuatan dan kecantikan kulit supaya ia sentiasa tegang, segar dan gebu.

Vitamin C sangat berperanan di dalam membantu proses sintesis kolagen bagi memastikan kolagen sentiasa hadir dan mencukupi untuk mengekalkan fungsi pertahanan dan pembaikpulihan kulit, selain untuk fungsi kecantikan.

Jika tubuh kurang vitamin C, maka kulit akan kering adan kehilangan sifat keanjalan atau elastisiti yang akan menyebabkan kesan kemunculan garis-garis halus dan kedut pada wajah.

Baca Juga >> Cara Hilangkan Jeragat Di Muka Dengan Cepat & Berkesan

+2 – Rambut mudah rosak dan putus

Kesan kekurangan vitamin C juga boleh menyebabkan pertumbuhan bulu pada tubuh atau rambut sedikit tidak normal seperti melengkung, patah atau bentuk berpintal (corkscrew).

Jangan salah faham, ini bukan merujuk kepada rambut kerinting ya!

Corkscrew Hair

Rambut atau bulu dengan bentuk yang pelik ini adalah bersifat mudah rosak dan mudah putus. Jika sepatutnya rambut anda lebat dan subur, tapi kini rambut menjadi lemah dan rapuh; jadi anda perlu hati-hati kerana ia mungkin tanda-tanda anda mengalami masalah kekurangan vitamin C

Baca Juga >> 11 Vitamin Untuk Rambut Sihat

+3 – Gusi selalu berdarah

Kolagen juga sangat penting di dalam pertumbuhan gusi dan gigi yang sihat, selain penting juga pada kulit.

Tanpa penghasilan kolagen yang mencukupi ia juga memberi kesan negatif terhadap kesihatan mulut anda, iaitu gusi mudah bengkak, radang dan berdarah atau juga dikenali sebagai penyakit skurvi.

Gusi Berdarah

Kurang mengambil vitamin C bagi individu berupaya menunjukkan kesan negatif sama ada ringan atau lebih buruk, bergantung kepada paras vitamin C yang sedia ada di dalam tubuh.

Individu yang hanya jarang-jarang mengambil vitamin C, dalam beberapa hari atau minggu mungkin hanya akan mengalami kesan ketidakcekapan fungsi antioksidan pada tubuh; kesan yang tidak begitu ketara.

Tetapi jika paras vitamin C ini terus berkurangan dalam tubuh dari semasa ke semasa tanpa penambahan baru kandungan vitamin C dalam tubuh, simptom-simptom negatif lain akan mula timbul, pertama sekali mungkin tubuh akan terasa lemah dan cepat letih, kemudian diikuti dengan tanda-tanda gusi mudah berdarah.

+4 – Gigi Mudah Rosak

Bahagian luar yang berwarna putih da keras pada gigi lebih dikenali sebagai enamel atau crown . Disebaliknya pula terdapat sebahagian besar tisu utama yang membentuk struktur gigi yang disebut dentin.

Tisu dentin ini amat bergantung kepada sumber vitamin C untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatannya. Tanpa vitamin C yang mencukupi, struktur dentin akan lemah dan gigi akan mula mudah rosak atau reput.

Sakit Gigi

Risiko kesan gigi mudah reput dan rosak ini lebih senang dialami oleh mereka yang kurang mengambil buah-buahan dan sayuran terutamanya. Kerana padanya terdapat sumber utama nutrien penting untuk kesihatan dan kekuatan gigi seperti kalsium, vitamin c dan sebagainya.

Disamping itu juga aspek penjagaan kebersihan gigi juga perlu diutamakan untuk mengekalkan kesihatan rongga mulut termasuk gigi dan gusi.

Baca Juga >> 4 Kepentingan Vitamin C Yang Anda Perlu Tahu

+5 – Mudah timbul lebam pada badan

Dalam satu kajian yang di terbitkan oleh PubMed Central pada 2009, mereka telah mendapati bahawa tanda lebam boleh muncul pada badan disebabkan oleh kesan kekurangan vitamin C.

Hasil kajian mendapati, pengambilan vitamin secara oral telah memberi kesan positif dapat menghilangkan kesan lebam tersebut dengan lebih cepat melalui pengambilan  suplemen vitamin C.

Kesan lebam pada tubuh boleh berpunca daripada kesan kerosakan salur darah yang pecah dan kemudian merebak ke kawasan sekitar di bawah kulit. Ia mungkin terjadi disebabkan kekurangan penghasilan kolagen yang menyebabkan struktur dinding salur darah menjadi lemah dan mudah pecah.

lebam

Dan sekali lagi, penghasilan kolagen adalah berkait rapat dengan kehadiran sumber vitamin C yang mencukupi.

Oleh itu, penting untuk kita mengekalkan paras vitamin C yang sihat dalam badan. Diet pemakanan sihat melalui buah-buahan dan sayuran dapat membantu membekalkan sumber vitamin C kepada badan, termasuk penggunaan suplemen vitamin C yang terbaik.

+6 – Luka Lambat Sembuh

Sekali lagi dinyatakan, kekurangan vitamin C secara ketara boleh menyebabkan fungsi kolagen menjadi sangat lemah.

Kadar penghasilan kolagen yang tinggi diperlukan oleh kulit bukan sahaja untuk mengekalkan keadaan kulit yang sihat sepanjang masa, malah juga untuk membantu proses membaikpulih tisu kulit yang rosak akibat luka atau cedera berpunca dari faktor luaran atau dalaman tubuh.

Luka kecil pada kulit lazimnya akan sembuh sendiri dalam masa 3 hingga 7 hari secara normalnya.

Jika tiba-tiba luka ini dikesan mengambil masa yang lama untuk sembuh, salah satu penyebabnya mungkin berpunca daripada kesan kekurangan vitamin C.

Kesan buruk jika luka lambat sembuh atau terbuka pada masa yang lama akan menyebabkan kesan infeksi virus dan bakteri akan lebih mudah untuk menjangkiti tubuh dan menambahkan lagi kesan buruk sampingan akibat perebakan luka.

Baca Juga >> Luka Bersalin Lambat Sembuh? Kisah Ibu Berpantang Yang Sangat Rileks

+7 – Mudah diserang radang atau sakit sendi

Sakit sendi adalah antara tanda utama kesan kekurangan vitamin C dalam tubuh. Tanpa bekalan vitamin yang mencukupi, bahagian sendi tubuh akan mudah mengalami radang atau inflamasi.

Kolagen adalah antara 3 komponen utama dan juga penting dalam struktur kartilaj sendi selain air dan proteoglycan. Hampir 60 hingga 70% bahagian dalam kartilaj terdiri daripada kolagen.

Kartilaj adalah tisu penghubung yang kenyal dan kuat pada sendi, berfungsi sebagai pelindung sendi antara tulang-tulang.

sakit sendi

Ia berfungsi seperti komponen penyerap hentak (shock absorber) untuk mengurangkan geseran dan mengelakkan kepala tulang bergesel atau terhentak antara satu sama lain. Jika ini berlaku, radang dan sakit sendi boleh berlaku, lebih buruk lagi akan menyebabkan bengkak sendi.

Jadi sekali lagi ditekankan peranan vitamin C juga penting untuk menyokong penghasilan kolagen yang mencukupi pada sendi tulang dalam tubuh.

Pengambilan suplemen kolagen untuk sendi juga dikatakan dapat membantu mengurangkan kesan radang atau sakit sendi selain sumber vitamin C.

Baca Juga >> Masalah Lutut Berbunyi? Adakah Ia Sakit Sendi Yang Serius?

+8 – Badan cepat letih dan lesu berbanding normal

Badan cepat letih dan lesu boleh terjadi secara jelas akibat kesan kandungan paras gula yang tinggi dalam tubuh, anda tidak sihat dan mengambil ubat atau anda sendiri memang kurang rehat. Itu dikira normal.

Badan Cepat Letih Lesu

Namun, jika ia berlaku secara tidak normal tanpa sebarang sebab yang jelas, petanda kekurangan vitamin C dalam tubuh mungkin boleh diambil kira.

Jadi cara mudah untuk mengatasi badan cepat letih dan lesu ini adalah dengan memperbaiki semula pengambilan vitamin C harian anda. Jika tidak mampu makan sayur dan buah-buahan, option secara suplemen juga boleh diguna pakai.

Ini boleh dibuktikan melalui satu kajian oleh PubMed Central pada tahun 2012 oleh sekumpulan penyelidik dari Korea Selatan yang menemukan bahawa vitamin C dapat membantu mengurangkan letih dan lesu pada badan.

Baca Juga >> 6 Punca Badan Cepat Penat dan Letih Lesu Penyebab Kita Mudah Hilang Tenaga

30 Jenis Makanan Tinggi Vitamin C – Kategori buah-buahan dan Sayuran

+9 – Kejadian hidung berdarah tiba-tiba

Pendarahan hidung secara tiba-tiba biasanya mudah berlaku kepada kanak-kanak di bawah umur 16 tahun. Ia mungkin sesuatu yang bukan serius kerana pendarahan selalunya berlaku sekejap sahaja.

Situasi hidung mudah berdarah ini disebut epistaksis secara istilah perubatannya. Ia merujuk kepada pendarahan yang berlaku akibat salur darah kecil (kapilari) yang banyak terdapat di dalam rongga hidung itu pecah disebabkan oleh kecederaan dalaman, udara yang terlalu sejuk atau kering, jangkitan sinus atau sebagainya.

Hidung Berdarah

Walaupun ianya tidak terlalu serius, namun kita perlu tahu pendarahan hidung ini boleh berlaku akibat daripada kesan kekurangan vitamin dalam tubuh.

Daripada laman Livestrong, dikatakan kekurangan vitamin A, B, K dan termasuk juga vitamin C adalah penyumbang kepada berlakunya salur darah kecil (kapilari) menjadi lemah dan mudah pecah. Dan antara kawasan yang ada banyak kapilari darah itu termasuklah rongga hidung.

Kapilari darah yang lemah disebabkan oleh kekurangan unsur kolagen dalam tisu dinding salur darah. Kolagen juga disini berkaitrapat dengan nutrien vitamin C.

Bagaimana pula jika lelaki dewasa yang kerap mengalami hidung berdarah secara tiba-tiba? Adakah sama puncanya dengan kanak-kanak? Ya, sama dari segi punca kekurangan kolagen dan vitamin C dalam badan. Dari punca dan penyebab luarannya mungkin ia lebih ekstrim dan berbeza.

Baca Juga >> Tips Memilih Suplemen Vitamin C Terbaik Di pasaran

Rumusan

Vitamin C adalah besifat antioksidan dan sejenis nutrien penting pelbagai fungsi dalam tubuh manusia. Ia membantu menghasilkan kolagen, mengurangkan tekanan oksidatif dan mempercepatkan penyembuhan luka,

Terdapat banyak sumber vitamin C yang boleh diambil dalam diet harian. Buah-buahan dan dayuran adalah sumber terbaik semulajadi vitamin C.

Pengambilan suplemen vitamin C juga boleh membantu membekalkan keperluan harian vitamin C, tetapi anda perlu bijak memilih serta merujuk dan mendapatkan nasihat pakar kesihatan sebelum pengambilannya.

Facebook Comments:
Awas! 9 Tanda-tanda Kekurangan Vitamin C Yang Perlu Kita Tahu

Recent Posts

6 Manfaat Utama Vitamin E pada Tubuh
  • Nutrisi Vitamin

6 Manfaat Utama Vitamin E pada Tubuh

Fakta Ringkas Vitamin E Vitamin E adalah jenis vitamin larut lemak yang boleh disimpan oleh… Read More

6 days ago
  • Umum

Testimoni Set Kehamilan Shaklee – Tak Menyesal Cuba

Kisah diri sendiri dengan Set Kehamilan Shaklee :)) Akak mula kenal shaklee dengan set ni.… Read More

1 month ago
11 Makanan Tinggi Vitamin E Yang Perlu Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Vitamin

11 Makanan Tinggi Vitamin E Yang Perlu Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Apa itu Vitamin E? Vitamin E adalah sejenis antioksidan yang sangat penting untuk kesihatan tubuh… Read More

1 year ago
Atasi Sembelit Ketika Hamil Supaya Tidak Kena Buasir di Kemudian Hari
  • Ibu Mengandung

Atasi Sembelit Ketika Hamil Supaya Tidak Kena Buasir di Kemudian Hari

Hari ini saya nak berkongsi satu masalah yang biasa dialami oleh ibu hamil iaitu sembelit.… Read More

2 years ago
Amalkan Sedekah Subuh Hatta RM1. Salah Satu Cara Menjemput Rezeki!
  • Umum

Amalkan Sedekah Subuh Hatta RM1. Salah Satu Cara Menjemput Rezeki!

Assalamualaikum, Hai semua. Semoga sihat dan dalam rahmat Allah sentiasa. Pagi ni Allah gerakkan hati… Read More

2 years ago
Shaklee Master Coordinator ‘s Luncheon @ Mandarin Oriental KL
  • Bisnes Shaklee

Shaklee Master Coordinator ‘s Luncheon @ Mandarin Oriental KL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hai semua. Lama rasa saya tak update blog ni. Bukan dah… Read More

2 years ago