Tahukah anda apakah kelebihan susu ibu berbanding susu formula? Ramai yang menganggap semua susu adalah sama. Jika kita teliti satu persatu nutrien yang terdapat di dalam susu ibu dan bandingkannya dengan susu lembu atau susu formula, kita tentu akan lebih menghargai susu ibu yang sememangnya diciptakan oleh Allah untuk memenuhi keperluan bayi kita.

kelebihan susu ibu berbanding susu formula

 

 

Samada susu ibu atau susu formula, kedua-duanya mempunyai

  • Air
  • Protein
  • Karbohidrat
  • DHA/ARA
  • Lemak
  • Vitamin
  • Mineral

Nampak macam lengkap kan? Tapi, tahukah anda apa yang ada di dalam susu ibu yang tidak terdapat di dalam susu formula? Ini jawapannya :

  • Enzim
  • Faktor tumbesaran
  • Anti-parasit
  • Anti-alergi
  • Anti-virus
  • Hormon
  • Antibodi

kelebihan susu ibu berbanding susu formula

Kualiti Tinggi Protein

Susu ibu rendah protein berbanding susu lembu. Namun, ia bukan bererti kekurangan nutrisi. Allah cipta susu ibu untuk berkembang secara perlahan-lahan seiring dengan tumbesaran bayi. Walau kandungan protein dalam susu ibu adalah rendah, namun amino asid dan taurina  yang terbentuk di dalam protein ini adalah sangat penting. Tubuh kita tidak dapat mengubah jenis amino asid lain kepada taurina. jadi, kehadirannya dalam susu ibu adalah sangat bermakna. Untuk makluman, taurina sangat penting untuk perkembangan otak dan mata.

Oleh sebab inilah, kebanyakan pengeluar susu formula mula menambah taurina tiruan di dalam susu formula bayi.

Tidak seperti susu formula, protein di dalam susu ibu amat mudah di hadam di dalam perut bayi.  Hal ini yang membuatkan bayi mudah berasa lapar berbanding jika diberikan susu formula. Malah, ia tidak mengambil tenaga yang banyak untuk dihadamkan. Allah cipta bayi menyusu dengan sangat kerap bagi memastikan bayi mendapat perhatian yang mencukupi dari ibunya. Subhanallah… Seronok bila fikir aturan Allah kepada kita. Ikatan ibu-anak itu lebih erat dan anak yang menyusu dengan susu ibu ini, manjanya lain macam sedikit. 🙂

Lemak Cerna Sendiri

Saya ada terangkan di atas tentang susu ibu lebih mudah dihadam di dalam perut bayi. ia juga berkaitan rapat dengan kehadiran enzim dan lipase yang terdapat di dalam susu ibu. Enzim dan lipase ini berfungsi untuk memecahkan lemak kepada butiran yang lebih kecil. Jadi, nutrien penting ini lebih mudah diserap kedalam salur darah. Lemak sangat penting kepada bayi tau. Ia adalah sumber tenaga kepada bayi. Kehadiran lipase ini menjadikan lemak di dalam susu ibu lebih banyak.

Baca Juga :  Cara Atasi Saluran Susu Tersumbat Pada Payudara Ibu Menyusu Elak Bahaya Mastitis

Lemak Bijak

Ia adalah lemak istimewa yang terdapat dalam susu ibu, yang sangat penting untuk perkembangan otak. Di sepanjang proses tumbesaran bayi, saraf-saraf mereka dilindungi oleh myelin. Myelin membantu saraf memindahkan mesej kepada saraf yang lain di seluruh otak dan tubuh. Bagi membina myelin yang berkualiti tinggi, tubuh bayi memerlukan asid lemak linoleic dan linolenic yang boleh ditemui dengan banyak di dalam susu ibu.

Vitamin dan Mineral

Walaupun vitamin dan mineral terkandung di dalam susu formula, ia masih tidak berpadanan dengan kandungan vitamin dan mineral susu ibu.

Kalsium, fosforus dan zat besi merupakan mineral yang penting kepada bayi. 50-70% zat besi yang terkandung di dalam susu ibu akan diserap oleh bayi. Namun, dengan susu formula, kadar penyerapan hanyalah sekitar 4% sahaja. Kerana sebab ini lah kebanyakan pengeluar susu formula telah meningkatkan kepekatannya. Nampak macam munasabah. Jika hanya sedikit yang diserap, mengapa tidak digandakan sebanyak mungkin di dalam susu formula itu.

Namun, tahukah anda bahawa lebihan mineral yang tidak mampu diserap oleh usus boleh mengganggu ekologi perut bayi? Ia mengganggu pertumbuhan bakteria baik dan menggalakkan bakteria jahat membiak. Perasan tak? najis bayi yang menyusu susu formula biasanya lebih keras dan berbau busuk? jika mereka tidak membuang setiap hari, mereka berkemungkinan besar akan terkena sembelit.

Berbeza dengan susu ibu. susu ibu mempunyai bahan yang meningkatkan penyerapan nutrien. Kebanyakan nutrien dari susu ibu diserap kedalam salur darah bayi, bukannya di dalam ususnya.

 

kelebihan susu ibu berbanding susu formula

Gambar di atas merupakan titisan susu formula (kiri) dan titisan susu ibu (kanan) yang dilihat di bawah mikroskop. Tiada apa dapat dilihat pada imej susu formula. Titisan susu ibu pula jelas kelihatan sel-sel darah putih yang memberi perlindungan terhadap jangkitan . Juga kelihatan globul lemak yang berfungsi untuk membantu perkembangan mata dan otak. Kagum kan?

Baru-baru ini saya ada terbaca soalan dari seorang pembaca yang bertanya:

      Mengapa ya saintis tidak mampu untuk meniru susu ibu? Adakah ianya terlalu susah?

– insan ingin tahu

Ketahuilah.. ilmu kita sebagai manusia sangat terbatas. Mana mungkin kita mampu menghasilkan sendiri sesuatu benda sama setara seperti ciptaan Allah. Sesuatu untuk kita fikir-fikirkan.

Baca Juga :  Cara Simpan Susu Ibu (EBM) Yang Terbaik Untuk Stok Keperluan Bayi

Maaf, saya tidak bias kepada anda yang menyusu susu formula kerana itu hak anda. Saya cuma berkongsi manfaat yang terkandung di dalam susu ibu. Itu sahaja. no heart feeling tau.

Semoga anda mendapat manfaat daripada perkongsian ini. Saya doakan semoga urusan penyusuan anda dipermudahkan. Ilmu penyusuan perlu dicari. InsyaAllah, anda akan rasa lebih mudah. Dapatkan sokongan daripada suami, ibu bapa, adik beradik ataupun rakan-rakan anda.

Salam Sayang,

Norhanita

Facebook Comments:
Kelebihan Susu Ibu Berbanding Susu Formula Yang Terdapat Di Pasaran
Tagged on:     

2 thoughts on “Kelebihan Susu Ibu Berbanding Susu Formula Yang Terdapat Di Pasaran

  • July 10, 2017 at 3:42 pm
    Permalink

    oh .terima aksih bagi maklumat

    Reply
    • July 11, 2017 at 1:02 am
      Permalink

      Terima kasih Pn Ami kerana singgah & membuat bacaan di sini. Semoga bermanfaat info yang dikongsi.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.