1 2

kenapa rambut gugur selepas bersalin

Rambut gugur selepas bersalin adalah antara dilema yang dihadapi oleh para ibu. Kata orang tua, bila bayi dah mula menyembur, rambut pun mula gugur. Ada juga yang mengaitkan keguguran rambut selepas bersalin dengan penyusuan ibu. Benarkah?

Jika anda juga mengalami masalah yang sama, jom teruskan pembacaan anda

Bayi mula menyembur, rambut mula gugur. Betul ke?

Sebenarnya, keguguran rambut selepas bersalin adalah normal. Ia tiada kaitan dengan bayi menyembur atau menyusu badan. Rambut mengalami fasa pertumbuhan dan fasa ‘rehat’ iaitu bila rambut kekal di kulit kepala dan akan gugur untuk memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru. Oleh itu, keguguran rambut sebenarnya normal.

Masalah keguguran rambut ibu-ibu lepas bersalin kebiasaannya disebabkan oleh faktor:

1. Hormon semasa mengandung menyebabkan rambut mengalami fasa pertumbuhan yang ketara. Apabila bersalin, rambut mengalami fasa ‘rehat’ dan sebagai memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru, lebih banyak rambut asal semasa mengandung akan gugur.

2. Kurang rehat, mungkin kerana menjaga bayi yang baru lahir.

3. Kurang vitamin, mineral dan protein.

Biasanya keguguran rambut selepas bersalin ni berlaku dalam 2-3 bulan selepas bersalin, sama fasa dengan bayi mula menyembur air liur.

Tips atasi masalah rambut gugur selepas bersalin.

1. Tukar syampu kepada yang lebih rendah kandungan bahan kimia atau yang berasaskan organik dan gunakan perapi dari sumber yang sama (di Shaklee ada Set Pro Sante).

2. Tukar sikat rambut kepada yang kurang memberi tekanan kepada rambut dan kulit kepala.

3. Mengambil supplement yang mengandungi vitamin, mineral, zinc dan protein yg bagus utk kesihatan rambut.

4. Minum air secukupnya.

5. Tidur dan rehat yg cukup dan jauhi stress

Sepatutnya masalah keguguran rambut ini akan berakhir apabila bayi mula memasuki usia 1 tahun. Namun, sekiranya keadaan berterusan, sila dapatkan khidmat nasihat pakar perubatan kerana keguguran rambut selepas bersalin juga boleh  jadi kerana kecelaruan hormon akibat tiroid dan juga anemia.

Bagaimana anda tangani masalah rambut gugur.. jom share!!

Facebook Comments:
kenapa rambut gugur selepas bersalin

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

4 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

4 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago