Isi Kandungan
Biasa dengar ini?
Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a pauper
Atau versi lainnya;
Eat your breakfast, share your lunch with a friend, and give your dinner to your enemy
Kedua-dua falsafah ini memberikan fokus kepada kita bahawa sarapan pagi adalah waktu makan yang penting dan perlu diberi lebih keutamaan.
Mengapa?
Bagi menjawab persoalan ini, mari kita lihat 9 sebab berikut kenapa kita wajib ambil breakfast setiap pagi & setiap hari.
Baca Juga >> Kira Kalori Online Anda Dulu Sebelum Sarapan
Jika anda selalu bangun lewat atau sibuk bersiap mungkin anda tiada masa atau tidak sempat untuk bersarapan sebelum keluar rumah untuk memulakan hari-hari baru.
Ok stop! Baca dulu 9 point penting di bawah ini. Ia mungkin boleh buat anda rasa insaf dan tidak sanggup lagi untuk skip breakfast disebabkan kelebihan dan kebaikan sarapan pagi berikut:
Anda lupa atau tak sempat nak sarapan pagi? Pernah tak anda rasa hilang fokus disebabkan tidak mengambil sarapan?
Ya, ia tidak dirasai di awal waktu pagi. Tetapi apabila hampir jam 9 atau 10 pagi dan ke atas, perut akan mula berbunyi, berkeriut dan rasa pedih, tanda ia menagih makanan.
Haa di saat inilah konsenstrasi minda kita mula terganggu dan sukar untuk fokus terhadap kerja yang kita sedang lakukan.
Ia tiada masalah jika kerja anda tidak terikat dengan waktu makan atau bila-bila sahaja anda boleh makan. Anda boleh mengatasinya dengan mudah dengan segera makan pada ketika itu juga.
Namun jika capaian anda terhadap makanan agak sukar diwaktu ini contohnya belum sampai waktu rehat ketika kerja di ofis atau terdapat kekangan lain, akan berlaku ketidakelesaan perut yang mengganggu prestasi kerja dan pemikiran otak.
Jadi, jangan skip sarapan pagi anda. Makan tepat pada waktunya dan ambil menu sarapan yang sihat.
Baca Juga >> Ini 6 Sebab kenapa Badan Letih Lesu & Cepat Penat
Point ini berkaitan secara langsung dengan point 1 di atas. Rasa lapar disebabkan tidak mengambil sarapan juga boleh mempengaruhi fikiran dan mood pagi anda pada hari itu.
Tidak hairanlah jika kita akan rasa moody, marah-marah, gelisah dan rasa tak tentu arah akibat perut yang kosong dan kelaparan.
Jadi amat penting untuk memulakan hari kita dengan mengambil sarapan pada masanya yang betul.
Sarapan yang sihat boleh membantu pelbagai aktiviti otak seperti mengawal emosi, perasaan atau mood, kelakuan & tindakan, membuat suatu keputusan yang baik dan daya pemikiran kognitif yang tinggi.
Baca Juga >> Atasi Stress Supaya Tidak Mudah Diserang Anxiety Disorder
Kita juga perlu bijak memilih jenis sarapan yang berkhasiat dan kaya dengan nutrisi yang bakal kita perlukan sepanjang hari sehingga sampai sesi waktu makan seterusnya.
Anda boleh mengambil menu sarapan yang kaya dengan protein dan tinggi fiber seperti susu, telur rebus, oat, bubur dan buah-buahan yang juga mengandungi nutrien sihat yang lain.
Kedua-dua elemen nutrisi ini sangat membantu kita untuk rasa cepat kenyang dan membekalkan kalori yang tinggi walaupun dengan portion sarapan yang sedikit.
Pengambilan diet tinggi protein di waktu pagi juga boleh membuat kita rasa kenyang, sangat bertenaga dan bertahan lebih lama.
Baca Juga >> Apa Itu Food craving & Cara Mengatasinya Dengan Sihat
Tahukah anda? Sarapan juga membantu meningkatkan kesihatan jantung anda setiap hari.
Kadangkala kita tidak tahu atau kurang bijak dalam memilih jenis pemakanan yang sihat.
Untuk bersarapan, ramai yang memilih makanan yang mempunyai kandungan tinggi kolesterol, tinggi gula dan juga tinggi lemak.
Walaupun diakui sarapan yang sedap dan menaikkan selera, namun dari satu aspek; kolesterol, gula dan lemak adalah sangat tidak baik untuk kesihatan jantung bagi jangkamasa panjang.
Jadi, sarapan apakah yang baik untuk kesihatan jantung? Anda boleh amalkan telur rebus, telur setengah masak, salad telur, roti gandum penuh (wholemeal), oat dan buah-buahan pada setiap pagi untuk menjaga kesihatan jantung.
Baca Juga >>Vitamin Untuk Jantung Sihat & Jangan Sesekali Abaikannya
Kebaikan bersarapan pagi tidak hanya pada orang dewasa. Ia juga memberi implikasi positif kepada kanak-kanak dan mereka yang sedang di alam pembelajaran.
Kajian mendapati, kanak-kanak yang mengamalkan sarapan pagi yang sihat menunjukkan prestasi yang lebih baik di sekolah.
Mereka melepasi ujian peperiksaan dengan lebih mudah dan mendapat skor markah yang lebih tinggi terutamanya dalam matapelajaran yang lebih kepada pembacaan dan pengiraan matematik.
Pengambilan sarapan pagi juga meningkatkan konsentrasi & fokus, memperbaiki memori & daya pemikiran serta membantu pembelajaran dengan lebih baik di sekolah.
Baca Juga >> Vitamin Untuk Anak Yang Cerewet Pasal Makan
Kebanyakan pakar diet dan pemakanan mengesyorkan supaya kita lebih utamakan sarapan bagi jika ingin kurus atau mengekalkan berat badan ideal.
Dengan syarat menu sarapan pagi kita perlu sihat dan berkhasiat supaya rasa kenyang itu dapat bertahan lebih lama tanpa menjejaskan aktiviti harian.
Bagi diet pengurusan berat badan, apa yang kita makan adalah aspek yang paling penting jika ingin berjaya.
Mereka yang skip sarapan pagi lebih cenderung untuk mengambil makanan yang tidak sihat kemudiannya.
Semasa tidur, fizikal tubuh kita berehat dan sistem tubuh kita melakukan kerja pada tahap yang optimum. Selepas waktu tidur yang panjang, tubuh kita mula inginkan makanan untuk mendapatkan sumber tenaga baru setiap pagi.
Menu sarapan pagi sihat seperti telur, oat, yogurt, bubur ayam, roti dan buah-buahan kaya dengan sumber protein dan serat yang dapat membantu rasa cepat kenyang, tahan lebih lama serta dapat mengelakkan pengambilan snek yang tidak sihat.
Baca Juga >> Cara Nak Tambah Badan Bagi Anda Yang Terlalu Kurus
Waktu pagi adalah waktu paling sesuai bagi ibu hamil untuk mendapatkan sumber nutrisi yang secukupnya.
Ibu hamil perlu sentiasa memastikan makanan yang diambil adalah berkhasiat dan mencukupi bagi keperluan ibu dan bayi.
Ibu hamil perlukan tenaga dan sumber nutrisi yang lebih berbanding wanita biasa terutamanya asid folik, zat besi, kalsium, vitamin B, vitamin C, vitamin D, choline dan asid lemak omega-3.
Selain susu, yogurt dan beberapa sumber tenusu lain, berikut adalah pilihan sarapan untuk ibu hamil yang sesuai dan berkhasiat:
Baca Juga >> Vitamin Untuk Ibu Hamil Nutrisi Penting Sepanjang Kehamilan
Tahukah anda vitamin untuk meningkatkan sistem imun?
Kekuatan sistem imun itu tidak terhad kepada kebergantungan terhadap vitamin C, vitamin B, vitamin D, kalsium, zat besi, potassium(dan lain-lain lagi) sahaja.
Tahukah anda? Sarapan pagi anda juga mungkin kaya dengan mikrob!? Yogurt, tempe, tofu, tauhu, pickle buah atau sayuran, kimchi, miso dan teh kombucha dikenalpasti mengandungi nutrien dan mikrob yang baik untuk tubuh.
Tidak semua mikrob itu jahat dan membahayakan. Sesetengahnya berfungsi membantu sistem imun untuk membunuh mikrob lain yang berbahaya. Mikrob baik ini juga membantu tubuh memecahkan molekul fiber supaya dapat meningkatkan aktiviti sistem imun itu sendiri.
Baik bukan? Anda makan tempe tak pagi ni?
Baca Juga >> 6 Cara Unik Vitamin C Dapat Menguatkan Sistem Imun
Sarapan pagi adalah waktu di mana tubuh mula mendapatkan bekalan nutrisinya.
Makan sarapan pagi memberi peluang dan ruang kepada diri untuk mendapatkan khasiat makanan terbaik dan secukupnya.
Jenis-jenis menu sarapan pagi kebiasaanya tinggi dengan sumber vitamin dan mineral. Kalsium, zat besi, folat dan serat adalah antara nutrien utama yang kita boleh perolehi ketika bersarapan pagi.
Jadi, mereka yang bersarapan pagi cenderung untuk dapat memenuhi keperluan vitamin dan mineral seperti yang dicadangkan oleh RDA berbanding mereka yang suka skip sarapan pagi.
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More